Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Nampak elok keadaan sepanjang minggu ini.. Agak tenang jika dibandingkan dengan keadaan di minggu lepas yang banyak terkejar sana sini. Menguruskan anak-anak dan urusan kerja.
Syukur semua anak anak sihat dan dapat bersekolah dari Isnin sampai hari ini.
Pagi isnin syukur dapat breakfast berdua dengan wife selepas selesai hantar semua anak-anak ke sekolah.
![]() |
| Ice Americano with English Tea. |
![]() |
| Salmon Sandwich with Half Boil Egg RM33.00 (Free Ice Americano). |
![]() |
| Wife macam biasa pilih English Breakfast dapat free English Tea. |
Namun kecerian kami berdua bersarapan bersama tidak kekal lama. On the way balik ke rumah kereta kami dilanggar oleh sebuah lori dari arah kanan. Syukur sempat mengelak ke kiri sehingga naik ke atas divider. Side mirror pecah melambung dan dari pintu belakang sampai lampu depan digeselnya. Ujian di awal pagi isnin 😅.
![]() |
| Baru selesai breakfast berdua kena hentam dengan lori on the way balik. |
But syukur pemandu lori mengaku salah dan katanya dia tak nampak ada kereta di sebelah kiri. Kami buat report polis 30 minit sebab nak kena uruskan pertukaran sekolah anak anak tengah hari tu. Call agent insurance itu ini, minggu depan kereta masuk bengkel. Bertabah la kereta tak sampai 2 tahun setengah lagi 😅.
![]() |
| Buat kerja kebajikan di bawah PIBG sekolah agama anak. |
![]() |
| Okay done susun order t shirt sukan pelajar ikut setiap kelas. |
Alhamdulillah baju sukan sekolah juga siap minggu ni. Tahun ini pertama kali dilantik jadi AJK PIBG sekolah agama anak. Maka sibuk sikit lah membantu mana yang boleh. First batch 241 helai baju selamat diserahkan pada murid-murid sekolah. Insyallah second batch hujung bulan ni.
![]() |
| Tak ada rezeki nak jejakkan kaki ke Manaman, Bahrain tahun ini. |
![]() |
| Tengah tengok mana destinasi lain yang boleh ditukar dengan nilai yang sama. |
Dapat pula email dan whatsapp dari AirAsia - Pemberitahuan flight ticket Kuala Lumpur - Bahrain bulan 10 ini dibatalkan disebabkan conflict yang tidak berkesudahan di timur tengah. Baiklah kita stay at home tenang-tenang if tak ada promo tiket lain 😅. Harga promo tak sampai RM600.00 return sayang nya huhu.. Btw my birthday was few days ago. 😆








Ujian kecil.. Alhamdulillah, takde kejadian yang serius... Semoga dipermudah segala urusan..aamin..
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur selamat dan sempat mengelak.. apa pun nyawa lebih penting.. moga dipermudahkan segala urusan Amin..
DeleteAllahuakbar..Dugaan ni...Smoga dpt siap dgn cpt lps masuk bengkel nnt. Add on - Happy Bday...=D
ReplyDeleteDugaan bersambung dari minggu lepas huhu.. banyak yg nak diuruskan psl kereta ni.. moga cpt dan mudah la segala urusan.. thnks for the wish..
DeleteAllahuakbar...harap xde kecederaan pada empunya badan...semoga dipermudahkan urusan ye....tiket dibatalkan...x boleh nak buat apa kan...burn ke tiket tu?
ReplyDeleteAlhamdulillah tiada kecederaan yg teruk.. sempat mengelak ke kiri.. kalau tidak mungkin lebih teruk.. tiket dpt refund alhamdulillah tapi nak dpt balik harga tu mmg mustahil kot huhuu..
DeleteAlhamdulillah. Segala masalah dapat diatasi. Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAmin amin terima kasih atas doanya.. moga urusan kita semua dipermudahkan .. 🤲🏻
DeleteAlhamdulillah. Segala masalah dapat diatasi. Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteHappy birthday, Afif. Ya Allah, dugaan betul ni, bawa bersabar dan semoga digantikan dgn yg lebih baik oleh-Nya.
ReplyDeleteThanks for the wish.. dugaan setiap minggu huhu.. moga ada yg lebih baik menanti di masa hadapan ☺️👍🏻
Deletehappy belated bday sanah helwah utk afif. moga dipermudahkan urusan repair kereta tu..ujian tu... Allahumma yassir. memang nampak ramai yg share psl cancellation trip AA to bahrain tu...perang masih ongoing kan..cuma on off gitu dan affecting certain coutries
ReplyDeleteThanks for the wish.. amin moga dipermudahkan urusan utk baiki kereta ini.. itulah perang tak nampak tanda tanda nak berhenti.. melepas peluang nak ke Bahrain.. tak apa la moga ada hikmah lebih baik di masa lain amin..
DeleteSanah helwah!
ReplyDeleteBaarakallahu fi umrik 🤲🏻
Hujan dulu, nanti hadirlah pelangi. Semoga dipermudahkan urusan ye Afif esp bab kereta tu
Itulah ... lama pulak hujan nya kali ini.. Moga kembali cerah secepat mungkin...
DeleteUjian berat juga kereta tu masuk asrama sebulan lebih..
Allahu akbar… alhamdulillah tiada apa2 kecederaan. Semoga dimudahkan urusan pembaikan dan urusan insuran keretaa…
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur tiada kecederaan yang serius.. Harap cepatlah proses claim insurance dan baiki kereta tu..
DeleteAllahuakhbar..nasib takde yg cedera kecuali kereta la kan... ada hikmah tu.. just think +ve walau sakit gak hati kan lbh² lagi kereta masih terasa baru...
ReplyDeleteKesian pada kereta cedera teruk.. betul ada hikmah... yakin pada Allah Taala.. semoga semua baik sahaja dan urusan baiki dipercepatkan..
DeleteMula-mula baca tenang je tengok menu sarapan pagi tu tapi bila masuk pertengahan Allahuakbar.. tapi syukur semuanya dipermudahkanNYA dan bila baca sampai perenggan akhir.. Selamat Hari Lahir, moga rutin harian dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteItulah kami seawal pagi pergi sarapan selesai menghantar anak-anak ke sekolah.. rupanya tenang itu tak berpanjangan.. apa pun syukur semuanya selamat.. thanks for the wish :D
DeleteAlhamdulillah..syukur dapat bertenang sedikit kan daripada minggu lepas tu. Ada juga ruang masa dapat berdating berdua. Sedapnya menu sarapan di CBTL. Menu sihat ringkas dan mengenyangkan.
ReplyDeleteAllahuakbar..kita dah cukup berhati-hati tapi jadi mangsa pula. Syukur hanya rosak kereta dan cedera teruk. Tapi pedih jugalah mengenangkan kereta yang baru lagi tu.
Mujurlah pemandu tu bertanggungjawab tak lari.
Semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin..
Pasti ada hikmahnya apa yang terjadi dan tak ada rezeki ke Bahrain tu. Semoga ada rezeki yang lebih baik Allah gantikan. InsyaAllah..
Belated happy birthday. Semoga Allah panjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang. Aamiin...
Di waktu anak 4 ini .. kalau dapat dating berdua mmg seronok sangat tak gangguan hahahaa.. CBTL kadang-kadang ada masa kita saraapan la di situ.. tenang dan indoor.. makanan pun sedap sedap.. anak-anak pun suka ke CBTL tapi itu lah harga nya tidak begitu marhain huhuu.. Balik sarapan diuji pula namun syukur tiada kecederaan yg berat alhamdulillah..
DeleteRisau juga kalau lori tu lari kan tapi syukur di berhenti depan dan agree bersama ke balai polis.. tapi itulah urusan insurance dan nak baiki kereta bukan kerja yg mudah dan memakan masa sebulan lebih juga.. moga dipermudahkan segala urusan.. hujung tahun ni free sbb tiket Bahrain dah cancel huhuu.. Btw thanks for the wish dan doa birthday :D
DeleteUjian sungguh pagi Isnin! Alhamdulillah semua selamat. Kena bersabar uruskan tuntutan insurans kereta dan bengkel nanti. Aduhai, kempunan nak berlepas! Memang rugi tiket penerbangan promo murah itu, tapi keselamatan tetap kena utamakan. Stay safe! Moga dipermudahkan!
ReplyDeleteYes ujian sungguh di pagi hari isnin yang tenang.. apa pun syukur selamat.. alhamdulillah kereta dah hantar ke bengkel dan diberitahu memakan masa sebulan lebih juga nak baiki.. insyallah ada hikmah cancel flight tu..
DeleteAllahu akbar… alhamdulillah tiada apa2 kecederaan. Semoga dimudahkan urusan pembaikan dan urusan insuran kereta
ReplyDeleteAlhmdulillah tiada kecederaan yang berat atau teruk.. at this moment dah hantar kereta ke bengkel.. sebulan lebih katanya baru siap.. moga baik baik semuanya amin..
Deletelama juga tu sampia sebulan di bengkel walaupon nampak mcm tak teruk sangat...
DeleteItulah... Sebab nak clear kan insurance dari lori tu.. dah confirm bahai baru kerja kerja baiki bermula..
DeleteSarapannya memang buat full sampai ke siang nih 😄.
ReplyDeleteAiiisssh, ujian di pagi hari ya bang. Kena tabrak pula. Mobil blm lama. Tp Alhamdulillah ada insurance , tak lah pening sangat. Dan driver lori pun mengaku salah.
Risky sangat bepergian ke kawasan timur tengah untuk skr yaa 😔😔. Kemungkinan dicancel besar. Harap2 dapat ganti destinasi yg lebih baik. Mongolia naik apa? Sept kan?
Btw, happy belated birthday 🎂. Harap2 Abang Makin banyak travelingnya bersama kluarga
Sekali sekala sarapan begitu tak salah kan hahaa.. kalau2 hari mau kering wallet hahaha.. Ujian di pagi isnin ditabrak lori ketika pulang bersarapan.. setakat ini byk yg dipermudahkan moga cepatlah kereta keluar dari service center..
DeleteAgak riski ketika ini tapi itulah peluang untuk dapat tiket murah ke Bahrain lagi mungkin tipis bangat.. Mongolia kena tangguh juga sebab hujung tahun ini planning lebih besar.. btw terima kasih atas wish birthday nya :D
btw hepi belated besday
ReplyDeleteThank you so much... :D
Delete