Pages

Tuesday, 15 September 2026

Hong Kong & Macau Part 6 : Midnight Walk Around Senado Square & St. Augustine's Square

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selepas menikmati pemandangan dan suasana indah di Senado Square. Aku meneruskan perjalanan for another 300 meter dengan keadaan jalan mendaki bukit (mengah weii..!!). Menuju dua tempat tourist attraction yang berusia ratusan tahun.

Lebih kepada redah sahaja sebab tengok dalam google map ianya hanya walking distance sahaja dari Senado Square.

Suasana malam yang hidup di tengah bandar. Tak sunyi kalau nak berjalan seorang diri.
Largo de Santo Agostinho (1586) atau dikenali sebagai St. Augustine's Square yang berjuga bersebelahan dengan Teatro Dom Pedro V (1860) atau D. Pedro V. Theatre. Keduanya telah diiktiraf oleh UNESCO dan The Historic Centre of Macau.

Keduanya berbaloi untuk dikunjungi sekiranya anda seorang yang meminati sejarah dan seni bina architecture lama.

Largo de Santo Agostinho (1586) atau St. Augustine's Square.
Suasana yang teramat sunyi ketika sampai di area sini.
Teatro Dom Pedro V (1860) atau D. Pedro V. Theatre.
Ketika berjalan ke sini suasana persekitaran agak sunyi dari riuh orang ramai. Mungkin area sini hanya dipenuhi pelancong pada musim cuti dan weekend atau tourist hanya datang pada waktu siang sahaja. Di sini lebih kepada kawasan perumahan flat/apartment yang senyap dan hanya terlihat beberapa buah kedai makan dan souvenir di sepanjang jalan.

Balik ke area Senado Square yang meriah dengan suasana malam yang hidup.
Bukan malam weekend pun orang ramai memenuhi di suasana di jalanan.
Berjalan seorang diri sepanjang malam bagi aku adalah selamat.
Walau aku few lorong gelap yang aku kena lalu sebab ikut google map.
Selepas menikmati suasana dan mengambil gambar aku berjalan pulang menggunakan jalan lain iaitu Central Road & Da Se Road dan menuju ke attraction terakhir aku pada malam ini iaitu Paco Episcopal da Diocese de Macau atau dikenali Cathedral of the Nativity of Our Lady, Macau yang telah dibina pada January 1576.

Paco Episcopal da Diocese de Macau.
Pemandangan di hadapan dan persekitaran Paco Episcopal da Diocese de Macau.
Banyak tinggalan bangunan sejarah di Macau dan kebanyakannya adalah gereja. Maka aku decide cukuplah tengok beberapa seni bina gereja. Di hadapan Dioceese Church terdapat kawasan lapang yang disediakan kerusi yang banyak.

Ramai orang bersantai di kawasan lapang di hadapan Dioceese Church.
Aku duduk sebentar berehat sambil menikmati suasana di sini yang ada perumahan di sekeliling, kanak-kanak bermain dan juga orang ramai yang datang berkunjung ke kawasan ini yang bersebelahan dengan Domingos Road. Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan "Eh aku tertidur di bangku park ini 😅". Aduh keletihan sangat ni. Terus aku bangkit menuju pulang.

Terlihat sebuah kedai menjual dan mengajar peralatan muzik lama china.
Kalau dapat belajar semua instrument ni mesti best.
Ketika sampai di bilik hotel, aku melihat jam menunjukan dah hampir pukul 11.00 malam. Terus aku mandi dan kemudian plan nak baring atas katil sambil melayan apa sahaja cerita di tv tapi letak jer kepala atas bantal terus tertidur 😅.

Aku hanya bangkit keesokan pagi subuh bila alarm handphone berbunyi. Sambil menunggu subuh aku bancuh coffee 3in1 dan makan Mamee Lontong lagi. Dah terjaga sebelum subuh janganlah cuba nak tidur lagi mesti terlepas subuh huhu..

Pagi-pagi sebelum subuh turun ke lobi ambil air minum.
Kita layan coffee cuppucino 3in1 dan Mamee Lontong.
Sambil membaca beberapa info dan membelek google map di phone melihat apa yang aku boleh buat dan apa nak buat pagi ini. Dan disebabkan hari ini adalah Jumaat maka aku nak cuba mencari masjid yang berdekatan untuk solat jumaat.

Di seluruh pulau ini hanya terdapat satu aktif masjid yang tak jauh dari Guia Hill yang aku singgah semalam. Dan dari bacaan aku ia telah dibina di awal tahun 1980-an oleh masyarakat India Muslim yang telah datang ke sini untuk berniaga.

7Eleven sebaris dengan hotel tak sampai 40 meter berjalan kaki.
Suasana di awal pagi sebelum syuruk.Meh la kita berjalan ke Ruin of St Paul's.
Selesai solat subuh dan sarapan ringan di bilik, terus aku keluar dari hotel menuju ke Ruins of St Paul's sebelum pukul 7.00 pagi sebab semalam tak dapat bergambar dengan baik dek ramainya umat manusia. Dan bila aku sampai hanya ada 2-3 orang sahaja. Tersenyum indah sampai ke telinga dibuatnya hahaha. Terasa bangga pada diri sendiri tetiba 😜.

Ruin of St Paul's dan Fortalezado Monte hanya bersebelahan.
Keadaan sangatlah tenang dan kalau nak baring dekat tangga-tangga depan Ruins of St Paul's tu pun tak akan ada sesiapa pun yang kacau hahaha.. Hampir setiap penjuru aku bergambar.. Syukur boleh menikmati suasana dengan nyaman di sini.

Mengambil gambar di hadapan Ruin of St Paul's tanpa ada yang mengganggu.
Boleh kira dengan jari berapa orang sahaja yang ada di sini.
Kalau semalam nak berjalan pun susah sebab semua orang pun nak bergambar di sini.
Dari Ruins of St Paul's aku mula berjalan 650 meter ke arah Sofitel Macau at Ponte 16. Sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak bersebelahan laut yang menghadap tanah besar China. Sekadar nak melihat pemandangan sahaja dan kemudian pulang semula ke hotel. Sambil tu boleh la melihat suasana pagi hari di kawasan persekitaran sini.

Orang tak ada.. Moh ler kita bergambar di setiap penjuru hahahaa..
Sebab dah tak tahu nak buat apa dan nak rehatkan kaki pun ya sebab dah berjalan lebih 17 ribu langkah semalam sahaja. 

Bila sampai di hadapan Sofiel Hotel, there is nothing much to see melainkan bangunan hotel itu sendiri yang berdiri tinggi dengan megah dan pemandangan laut tu pun tak nampak langsung dan tiada yang menarik. Terus aku buka google map dan melihat jika ada any attraction nearby dan kelihatan A Ma Temple dengan jarak 1.4km.. Hurm nak pergi ke tidak..

Bersambung Hong Kong & Macau Part 7 : (Under Construction)

1 comment: