Pages

Friday, 28 September 2012

Part 1 : The Netherlands - Sampai di Schiphol Airport

20 Julai 2011 - Rabu.. Sarjan Yusuf dari pihak Pertahanan Kedutaan Malaysia di South Africa hantar aku kat O.R Tambo Johannesburg International Airport (sebab aku lepak rumah dia sebelum ke aiport).. mereka pun macam tak percaya betul ke aku nak tour Europe sorang2.. risau kata mereka.. actually aku pun takut.. tapi buat muka kering je..

Okay start cerita.. aku amik flight KLM Airlines ke Schiphol International Airport - Holland.. flight selama 10 jam 30 minit.. alhamdulillah selamat sampai.. yang best nyer seat sebelah aku tak ada orang so selesa la sket.. makan, tido, tengak movie nak habiskan 10 jam nye pasal.. Dan untuk panduan korang sebelum beli flight ticket make sure korang minta makanan halal.. insyallah makanlah dengan tenang..

Sarjan Yusuf bersama isteri nya kak Hafsah dan
En.Zulkarnain Pengurus Airport MAS
Sebelum naik flight aku isi airtime R 189.00.. dan buat roaming sms jer.. orang tak boleh call in dan aku tak boleh buat call out.. 1 sms R 2.70.. aku boleh send 70 sms.. Flight pukul 11.20 pm dan aku sampai Schiphol Airport pukul 9.58 am - keesokan hari 21 Julai 2012.. nasib baik waktu sama dengan South Africa.. tak la susah aku nak tahu waktu.. especially waktu solat..

Sampai di Schiphol Airport.. cuaca sejuk semacam.. check hari tu sekarang ni musim spring tak kan sejuk macam ni.. nasib baik dah ready satu baju sejuk.. rupa2 kat sini memang sejuk even dah masuk spring..

By the way.. aku dapat info dari member Amerika.. diorang kata Schiphol Airport agak ketat dan susah.. sebab diorang even just transit tapi sebab diorang nama islam.. kene tahan.. cuak jugak aku nak lepas immigration ni.. so bila keluar je dari kapal terbang dah ada dekat 10 pegawai berdiri untuk check setiap penumpang yang keluar..

Bergambar di hadapan Schiphol Airport setelah lepas dari immigration :D
Bila time aku kene soal.. first dia tanya aku nak pi mana.. transit ke atau ini destinasi.. second berapa banyak duit ada..  aku jawap transit 3 minggu.. nak stay kat Amsterdam seminggu lebih dan nak pi rumah kawan dekat Hamburg, German.. okla tak ada pape pun.. lepas je dengan pegawai ni.. time nak stamp passport kene soal benda sama lagi.. tapi alhamdulillah la.. tak susah macam mane yang member aku cerita.. mungkin sebab time tu aku tak pakai jubah mcam diorang..

Layan pemandangan dari dalam tren.. 
sambil berfikir boleh ke aku nak jalan seorang ni :P
Fyra tren from Schiphol to Central Amsterdam

Bila dah stamp paasport aku pun cari la exit.. jumpa jer pintu exit kene tahan lagi dengan pegawai lain.. dia tanya ada barang nak declare tak.. aku kata tak ada.. sambil memberi senyuman dia kata ikut jalan sana.. aku pun jalan sampai lepas pintu dan terus keluar di arrival.. Waahh lega.. tak ada la susah mana.. mungkin nasib aku je yang baik.. :P

First aku kene buat sebelum start perjalanan.. cari tandas.. then solat.. cari jer corner yang agak tersembunyi jauh dari orang.. bentang kain dan solat.. Alhamdulillah time aku tak ada orang kacau.. :D

Sampai Di Station Central Amsterdam  
Bergambar dengan train ni sat
sebelum keluar dari bangunan ni
Habis solat.. aku pi cari kaunter nak beli tiket tren nak pi Amsterdam.. tapi semua signboard dalam bahasa Dutch.. sakit gak nak nak fikir ni.. nasib baik nampak  orang beratur kat mesin ada tulis tren.. aku pun beratur la dengan confident nyer.. sampai je kat mesin tu.. satu haprak pun tak faham.. tempat nak masukan duit pun tak ada.. terus pening tak tahu nak buat apa..

Nasib baik nampak ada makcik tua pakai tudung dengan husband dia.. bila aku tanya.. dia geleng kepala sambil menunding jari ke seorang pemuda sedang bercakap telephone.. bila pemuda tu abis cakap telephone makcik tu beritahu apa ntah.. rupa2 nya pemuda ni anak pakcik makcik tu.. diorang tak tahu English.. so suruh aku cakap dengan anak dia..

Dia tanya apa aku nak pi nak? aku kata cane nak beli tiket tren ke Amsterdam.. sambil tersenyum dia bawa aku pi kaunter tiket kat hujung airport.. ( la ada rupanya kaunter :p ).. dia minta duit untuk bayar tiket tren tak sampai 2 euro.. then bawa aku pi terminal.. memang banyak tren dia..

alhamdulillah dia bawa aku betul2 sampai depan tren untuk ke Amsterdam.. tren dua tingkat.. seat besar boleh tahan siap ada plug untuk charge.. tren aku naik ni tak stop langsung kat mana2 station.. strait jer sampai Amsterdam.. in the end baru aku tahu.. ada masa tertentu.. ada tren memang strait to Amsterdam dari airport.. Continue to Part 2..


Monday, 24 September 2012

Part 1: Truly Of Africa.. Republic of Malawi

Assalamualaikum..

Selepas tour di Zambia.. aku cross border ke negara sebelah - Republic of Malawi.. negara ni best sebab ada satu tarikan UNESCO WORLD HERITAGE iaitu Lake Malawi.. memang terkenal di dunia.. Malawi Lake ni panjang lebih 700 km dari South - North.. dengar macam best so itulah misi aku di Malawi nie hehee..

Kedudukan Tasik Malawi di Southern Africa
Dari Border Mchinji, Malawi.. Kene naik teksi atau bas mini (van).. untuk ke Lilongwe, The Capital of  Malawi.. Masa tengah sibuk cari transport tiba2 ada orang offer naik van dia.. dia hanya orang biasa bukan bas mini dan dia akan ke Lilongwe..


Perkhidmatan bas dari Border Mchinji ke Lilongwe.
Dia charge seorang RM 30.00 - 90 km dari border.. so naik la.. ingatkan senang la.. sebab kalau kerete sendiri tak susah macam naik bas mini yang akan selalu berhenti naik turun penumpang dan  lagi mahal..

Kami di izin untuk bermalam sebagai tetamu..
Masjid A-Falaah.. Lilongwe..
Sekali dah naik.. rupa2 nya dia boleh angkut orang lain lagi sampai penuh van tu nasib baik aku duk depan.. kesian la kat anas ,umar ngan musab kat belakang tu huhu.. naik mcm bas ayam jugak..

Sebelum masuk Bandar Lilongwe ade post tentera.. untuk check kenderaan keluar masuk.. bila check van yang kami naik.. dah ok boleh jalan.. sekali Mus'ab buat hal..

Dia snap gambar post kawalan.. terus pegawai tentera marah Mus'ab (sebab tak boleh amik gambar).. kesian Mus'ab lama kene marah hehee.. nasib baik dia tak rampas camera just suruh deleted gambar yang dia amik jer..

Sampai Lilongwe lepas maghrib.. aku denagn yang lain cari masjid nak solat dulu.. sebelum teruskan perjalanan ke Lake Malawi..

Kami jumpa Masjid Al Falaah.. masjid terbesar di sini.. Bila masuk jer orang2 masjid tanya.. ni jemaah tabligh ke? ada kursus ker..??  kami kata bukan.. Just student nak jalan2 time holiday..

Ahli qariah sambut kami dengan baik.. lepas selesai kami solat jama' magrib - isya'.. ahli jawatan kuasa masjid panggil kami duduk dengan mereka dalam masjid.. tanya kami macam2.. bila tahu kami pelajar agama lagi la mereka suka.. dan tiga dari kami hafiz pulak.. kami di layan seperti tetamu VIP..

Orang masjid bagi cadangan pada kami.. kata mereka waktu malam bahaya naik bas pergi Malawi Lake.. kami di izin kan bermalam di bilik tetamu masjid.. esok baru teruskan perjalanan ke Malawi Lake.. kami  pun ok je..

Bersama Maulana Abdur Rahman Imam Masjid Street 7,
Sahabat lama di University Zakariya, Johannesburg, Afrika selatan

Lepas solat isya'.. ramai datang jumpa kami.. siap ada yang bawakan pizza untuk makan malam kami.. ada yang bawakan kami roti nan dan kari ayam.. time nak amik malu2.. masuk bilik terus makan maklumlah lapar.. alhamdulillah itulah rezeki.. ada juga yang bertanya.. nak selimut, bantal etc.. yang ajak datang tido rumah diorang pun ada..

Lepas solat subuh dan baca quran.. ada ustaz ni tanya " ada nak pi mana2 ke kat Lilongwe ni.." aku kata ada kawan kat sini super senior la kat Johannesburg.. kalau di izinkan aku memang nak jumpa dia.. ustaz tu tanya lagi dia tinggal mana.. aku kata dia imam kat masjid street 7.. Maulana Abdur Rahman.. terus pakcik seorang ni offer bawa kami naik kete pi masjid tu.. tak sampai 10 minit.. kami sampai..

Satu2 nya bas dari Lilongwe untuk ke Mangochi ..
Makan jagung bakar untuk lunch kami dalam bas
4 tahun tak jumpa.. Maulana Abd Rahman ni jamu breakfast.. nasi tu macam nasi lemak tapi sebenar nyer masak pakai susu dan gula.. manis giler.. aku buat kering je makan je la.. sebab perut aku boleh ape je makanan asalkan halal.. Mus'ab memang tak leh nak telan hahaa.. lepas setengah jam lebih kami pun balik.. ntah bila boleh jumpa balik dengan Maulana abdur Rahman ni..

Balik semula ke Majid Al-Falaah.. kemas barang.. kami di bawa ke rumah Rashid Bhai.. untuk bersarapan.. Orang nya biasa tapi makanan dia luar biasa.. Ada sandwich, daging hancur black pepper, jus oren, roti bakar, butter, scramble eggs , tea, coffee macam2 la :P.. Walau malu2 nak makan.. tapi habis semua kami makan hahaa...

Bila dah naik bas lebih 7 jam untuk perjalanan 250 km..
Macam ni la jadi nyer.. Main snap2 gambar :P
Mus'ab dah bele & lapar.. tak tau apa nak buat..
Ayam hidup pun diorang bawa naik bas.. Ayam goreng boleh tahan lagi..
Kesian umar duduk sebelah ayam hehehee.. 

Ticket bas pukul 9.00 pagi tapi pukul 11 lebih baru bertolak.. perjalanan 250 km dan bas ni macam ikan sardin.. orang bawa ayam hidup pun ada.. dekat waktu magrib pukul 6.30 petang kami sampai Mangochi.. dan harga ticket bas berharga 1700 kwacas (RM 25.00)..  dari Linglowe ke Mangochi..

Sampai Mangochi Station Bus.. kami naik bas lagi satu untuk ke Pekan Monkey Bay (setengah jam juga) dan bila sampai cari Mufasa Lodge sebab hari dah agak gelap.. (harga bas ni pulak 400 kwacas).. nasib baik ada seorang mamat kampung ni tolong kami untuk cari hostel kami.. bila sampai di Mufasa Lodge.. baru tahu dia memang kerje kat situ pun.. patut la dia tolong pun hehee.. Continue Part 2..

Tuesday, 18 September 2012

Zambia Part 2 : Special Guest At Lusaka National Museum

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Selepas Sulaiman Lee inform yang dia masih stuck di Johannesburg sebab ada masalah dengan flight ticket beliau. Aku dah mula stuck macam tak tahu nak buat apa. Maka kami pun buat perbincangan berempat nak buat macam mana. Nak cari accommodation untuk malam ni atau teruskan jer perjalanan ke daerah Chipata.

Bergambar bersama Pengarah Lusaka Muzium di pintu masuk.
Dan kemudian azan asar pun berkumandang di masjid ni. Ramai lah jemaah yang mula masuk ke masjid dan boleh kata kesemuanya memandang ke arah kami. Macam kami ni Jemaah Tabligh pula mana tak nya dengan beg backpack lagi hahahaa.

Selepas solat berjemaah ade seorang Pakcik India ni tanya dengan aku datang dari mana..? Nak buat apa..? Nak ke mana..? Lepas aku explain pada beliau situasi kami. Dia kata buat apa nak susah-susah cari hotel, datang jer rumah dia jer. Kebetulan rumah sewa dia yang tak jauh dari masjid ni tengah kosong.

Simbol kebebasan bersuara di Zambia.
Bergambar bersama rombongan sekolah yang melawat Lusaka National Museum 
Maka kami pun ape lagi tersenyum lebar dibuatnya. Lepas habis bacaan hadis selepas asar di dalam masjid. Kami pun ikut pakcik tu naik kereta Toyota Land Cruiser beliau. Terus pergi rumah sewa dia sebuah rumah yang attach dengan rumah pakcik ni juga.

Waktu malam selepas isya balik dari masjid tiba-tiba dia datang bawa makanan ke rumah sewa. Scrumbe Eggs, Sosej, Daging hancur yang dimasak dengan capsicum dan bawang, dan sayur bendi goreng berempah kering. Makan dengan satu loaf roti. Siap tambah lagi. Ini first time dapat makan proper dalam dua hari ni huhuu.. :D

Cara menghidupkan api pada zaman dahulu.
Antara kereta yang digunakan ketika era zaman perintahan penjajah.
Antara senjata yang digunakan oleh para pejuang 
Di Lusaka ni sebenarnya tak banyak perkara yang kita boleh lakukan. Mostly kalau tempat cantik nature tu kebnayakan berada di luar bandar. Maka keesokan pagi kami dicadangkan oleh pakcik tu untuk ke National Museum of Zambia. Sebab dia pun berkerja tak dapat nak bawa kami jalan-jalan. 

Pada keesokan pagi tu kami ikut pakcik tu pergi kerja dan dia drop kan kami di depan Lusaka National Museum. Entrance USD 5.00 per person. Kira mahal jugak la sebab dalam agak kosong tak banyak benda yang di pamerkan. Mungkin kalau minat sejarah ok la kot.

Replika gambaran perkampungan luar bandar di Negara Zambia.
Time nak masuk muzium tiba-tiba terserempak dengan pengarah muzium lusaka ni. Terus dia tegur tanya dari mana. Bila dapat tahu dari Malaysia lagi dia teruja nak berborak. Kami bagitahu kami belajar di university di South Africa. Lepas berborak terus dia panggil seorang pegawai untuk escort kami ke dalam muzium dan jadi tour guide kami :D

Benda pelik benda yang ini. Di tanya tapi tak dijawap pula hahaa..
Kraf tangan yang diperbuat dari tanduk dan tulang binatang.
Asal plan classmate aku Sulaiman Lee tu yang akan bawa jalan-jalan tapi bila dia dah tak ada. Mati akal dibuatnya. Nak study tempat-tempat yang menarik pun macam dah no point sebab masa dah habis banyak. So hari kedua kami hanya ke Lusaka National Museum dan jalan-jalan disekitar bandar.

Waktu asar kami ke masjid yang sama sebab dah janji dengan pakcik tu jumpa di masjid lepas solat ikut dia balik rumah. Alhamdulillah bersyukur sangat bila ditemukan dengan orang yang baik hati ikhlas membantu. Gambar dengan pakcik tu tak ada  sebab dia tak bagi ambil gambar dia. 

Freedom Statue of Zambia. Berada di uar banguanan muzium.
Hari ketiga kami angkat beg ikut pakcik tu solat subuh di masjid dan kami berpisah sebab kami akan menaiki bas ke Chipata sejauh 570km dari Lusaka. Nanti aku kongsikan naik bas sempit. Bas yang sama saiz di malaysia tapi insted kerusi dua kiri dua kanan. dia buat 3 kiri 3 kanan. itu belum yang masuk bawa ayam hidup dengan kambing lagi. bas yang panas tak ada aircond hanya ada tingkap. Itu pun org afrika tak suka buka tingkap . serius panas tak tahan. diorang siap kata buka tingkap kene angin nanti akan sakit.

Bersambung Zambia Part 3 : 
 

Friday, 14 September 2012

Zambia Part 1 : 28 Hours - Johannesburg To Lusaka By Bus

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Okay jom mulakan cerita travel aku dari negara ni but this is not the first country of my travelling. Ini mungkin negara yang ke 5 atau 6 rasanya. Republic of Zambia - Masuk melalui Border Chi Rundu. Naik Bus Intercape di Park Station, Johannesburg. Park Station adalah terminal bas utama di Bandar Johannesburg, South Africa.

Laluan bas ni melalui Negara Zimbabwe dari selatan sehingga la ke utara dia cross. Maka sampailah aku di Zambia dengan perjalanan bas selama 28 jam. Lama bangatkan dah keras kemat sampai lembut balik la hahahaa. Bertolak dari South Africa 2 April pukul 9.00 pagi dan sampai di Lusaka, Capital of Zambia 3 April - 12.00 tengah hari.

Bersama Mus'ab dan Umar sebelum naik bas selama 28 jam di Park Station.
Perjalanan sejauh 1200 km. Nasib baik service bagus siap bagi lunch dalam bas. Ada toilet dan ada pramugari lagi. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Gambar ni snap time stop somewhere di kawasan hutan kering di Zimbabwe.. 
Semasa di Chi Rundu Border agak lama juga proses nak cop passport di immigration. Pegawai tu nak check dulu Malaysian Passport ni kene visa atau tidak dan pegawai kastam nak check every single luggage kami. Mungkin pelik kenapa orang Malaysia nak masuk negera diorang :P

Dekat 2 jam juga di border ni. Orang hitam afrika ni ada yang baik dan ada yang jahat. Yang kat sini mostly jahat sebab keje nya asyik nak menge''paw'' setiap orang. Alhamdulillah kami berempar selamat dari di paw oleh pegawai immigration dengan kastam. Nak paw memang kami akan lawan balik la.. :P

Dari Negara Zimbabwe nak masuk ke Zambia kene melalui Sungai Zambezi. Dan jambatan ini telah dibina pada zaman Pemerintahan British yang menjadi penyambung antara Zambia - Zimbabwe.
Masih wujud tulisan era British di tembok jambatan ini.
.
Aku nak amik gambar kat tempat bersejarah ni tapi tak boleh. Last-last dapat ideal cakap dengan askar ni nak amik picture dengan dia sekali. Nasib baik dapat huhu.. Tapi kene paw la dengan askar ni sebab bergambar dengan dia. Mangkuk betul kan tapi itu lah Afrika.
Ambil gambar curi-curi sebab tu senget. Ini kawasan office immigration untuk cop passport.
Ada askar yang jaga kawasan sini tak boleh amik gambar.
Dari Chi Rundu Border nak ke Bandar Lusaka ni perjalanan memakan masa lagi dua jam lebih. Cuaca pulak memang tengah panas terik. Badan meleket tu tak yah cakap la hahaa. Maklumlah total 28 jam dalam bas tak mandi tapi nak buat macam mana kan.

Turun dari bas semua orang kulit hitam jer kat sini. Nak ambil gambar pun rasa takut-takut. Orang yang terlalu ramai menjadi terlalu padat. Mungkin sekarang tengah pick hour rasanya. Maka kami pun berjalan keluar dari Lusaka Bus Station  untuk mencari cari masjid yng ada.

Alhamdulillah ada juga beberapa buah masjid di sini. Makanan halal pun senang nak cari sebab orang islam dari Pakistan, India dan Bangladesh  di sini, very unexpected sangat. Sampai di satu masjid ni kami bersolat jama' dan rehat sekejap. Sebab classmate aku Sulaiman Lee kata bila sampai Lusaka nanti. Pergi ke mana-mana masjid nanti dia datang jemput.

Inilah Lusaka capital of Republic of Zambia. With Umar dan Mus'ab.
Lusaka Masjid. Alhamdulillah besar masjid ni.
Sementara tunggu classmate aku Suleiman Lee datang jemput kami di masjid ini. Aku dah mula risau sebab dari sampai Lusaka tadi, aku sms dengan dia tak reply-reply sampai la ni. Rupa-rupanya dia still ada di Johannesburg. Dia ada masalah dengan flight ticket dia. Ah sudahhh..!!! So next option kami kena la cari accommodtaion untuk bermalam. Tak kan nak lepak tidur dalam masjid ni pulak. 

Bersambung Zambia Part 2 : Lusaka National Museum



Thursday, 13 September 2012

Perkenalan Blog Ini Dan Diri Aku - Mr. TimeTraveller

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1 Malaysia..

Salam Ramadhan 1433 Hijrah. 

Pertama kali reason kenapa blog ini dibuat adalah kerana nak share my own experience dalam dunia pengembaraan backpakcers around the world. Mungkin ada any information yang berguna yang boleh diguna pakai oleh pembaca di sini  perhaps. Second reason is sebab ramai kawan-kawan dan kenalan yang request untuk aku buat blog.

Alhamdulillah official hari ini 13 September 2012 - 16 countries in 3 continents Asia, Africa and Europe dah berjaya dijejaki. England, France, Belgium, Netherlands, Sweden, South Africa, Zimbabwe, Zambia, Malawi, Botswana, Mozambique, Swaziland, U.A.E, Singapore, Cambodia dan Malaysia.

Setiba kaki menjejak Schiphol Airport @ Amsterdam, Netherlands.
Misi menawan separuh negara di dunia ini atau 89 negara sebelum umur mencapai 35 tahun. Then kene start fikir untuk mempunyai keluarga sebab life dengan hobby kene balance. Tak boleh mengejar impian hingga mengabaikan hari tua.

Dan kita tahu selepas berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Masa akan menjadi terlalu terhad untuk kita membuat sesuatu. Right now proundly i'm still single and that the only reason for me to do what i want for my life. :D

Air terjun terlebar di dunia (1.2km) - Victoria Falls @ Zimbabwe & Zambia.
Swedish Apple is every where here in Stockholm, Sweden.
Ramai orang kata nak ada hobi travel ni biasanya akan belanja besar dan unlikely mostly yang travel ni semua orang kaya atau mereka yang memang dah kaya dari lahir. Tapi bagi pendapat aku its is how you spend your budget in travel. Dan aku telah buktikan dengan budget yang sikit aku berjaya menjejakkan kaki ke beberapa negera yang mana parent aku tak terfikir pun masa aku lahir dulu. 

Satu sebab orang biasa macam aku nak travel sebab minat nak lihat negara orang lain. Kita just nak travel just for that sake. So janganlah travel macam orang kaya. Pakai baju yang dah 2-3 hari pun kita tetap sampai di sesuatu destinasi tersebut. 

Di situ datangnya term "Backpackers" ini. Travel dengan cara murah dan mudah dalam semua aspek - Gunakan public transport like others citizen, spend in very less in accommodation. Banyak kan berjalan untuk meneroka sesuatu tempat. Jimatkan accommodation dengan perjalanan malam dengan menaiki bas atau train dan banyak lagi.

Amik angin musim bunga Eiffel Tower @ Paris, France.
Kilang Kasut Kayu (Croccs) @ Marken Island, Holland.
Dan paling penting menabung untuk travel kalau kita boleh berjimat untuk 10 bulan sebab nak buat down payment kereta so sama je lah dengan travel. Berjimat 10 bulan pergi travel ke sesebuah negara. Dan paling utama jangan merokok sebab saving dari tidak merokok tu memang banyak guys. My late father was a heavy smoker. I know how much he spend.

Other thing is kalau masih muda janganlah ada nak bercinta tanpa hala tuju masa hadapan. Seriously itu one of the reason kenapa tak boleh saving duit. Unless if you are really serious then go ahead but keep your self in love without any futher move to get married then tak payah la. Baik pergi travel hahaha.

Giant Causeway, Belfast @ Northern Ireland - Update May 2013
Birmingham Railways Station @ England - Update May 2013
One thing about me is aku jenis yang tak suka berbelanja dan tak suka barang branded yang mahal. Lebih suka masak sendiri dan makan di rumah. Tak berlebihan dalam memilik handphone sebab hp canggih tapi tak tau nak buat apa pun tak guna juga. Setakat nak bangga dengan brand semata-mata pi buang jauh-jauh la.

Aku ada satu sweater warna brown RM 15.00 beli di afrika masa belajar dulu. Alhamdullilah 11 negara dia ikut aku jalan. Nak kata koyak tidak. Warna pun tak pudar dah 4 tahun setengah pakai. Just aku nak highlight dengan pakaian murah kita boleh berjalan bukannya tak boleh. Dan yang penting sebenarnya dalam travel ini kene ada keberkatan.

(Update December 2012) 
View from the highest peak of  Sibebe Rock, Kingdom of Swaziland
Union Building @ Pretoria, Republic of South Africa
Bridge to Zambia @ Livingstone, Zambia
Apa yang aku dapat travel ni..? Ilmu.. Pengalaman.. Pengetahuan.. Kenalan.. Boleh study culture sesebuah negara. Setiap pandangan dalam melihat kebesaran Allah Taala itu adalah rezeki dan kita akan dapat sesuatu. Pengalaman aku travel ke third world country macam Zimbabwe, Malawi, Zambia dan yang seangkatannya yang ada dalam benua afrika ni.

Kemiskinan dan kekurangan kemudahan. Makanan yang tak mencukupi untuk kehidupan harian. keselamatan yang tak terjamin di rompak, di rogol, di zalimi dan ditekan oleh mereka yang lebih berkuasa. Penyakit yang tidak terkawal especially sesuatu penyakit yang tak patut wujud lagi di masa kini.

Tower Bridge @ London, England (2011)
Grand Palace @ Brussels, Belgium.
Makanya kene rasa bersyukur sangat especially kita hidup di Malaysia. Atleast kita (walau pun harga naik mcm giler gak kdg2 kat malaysia) still boleh hidup dengan aman, ada tempat tinggal, ada benda nak dimakan setiap masa dan keadaan selamat jika dibandingkan dengan negara lain. Kat sini lah baru aku dapat rasa apa itu nikmat selesa. Sebab itu kita disuruh bersyukur dengan apa yang ada.

National Memorial Museum @ Lusaka, Zambia
Sekiranya ada yang tak kene dengan pandangan sehingga mendatangkan khilaf kefahaman. Tersalah info. Salah dalam penggunaan ayat dan tatabahasa (Maklumlah belajar sampai Tingkatan 1 sahaja). Boleh berikan comment di setiap posting yang berkenaan. Sebab tulisan di blog ini atas pengalaman pengembaraan aku sahaja. :D

Aku baru je buat blog ni. Tak tahu sangat nak mengubah suai blog ni. Insyallah nanti akan belajar-belajar lagi selok belok blog ni. Hope para pembaca boleh manfaatkan maklumat  jika ada la hehehee.. 

Insyallah akan cuba perbaiki dari masa ke semasa dan akan cuba untuk letak lebih banyak info yang lebih bermanfaat. If ada yang nak travel tempat yang aku dah pergi, nak tanya any question boleh la ajukan soalan. If aku tahu ia akan dijawap or else aku try to refer dengan sahabat traveler yang lain.. kalau aku senyap jer tu makna aku tak tahu jugak la hahaha..

Kama Rhino National Park @ Botswana
City Hall @ Stockholm, Sweden.
Ramai yang tanya kenapa pilih nama Time Traveller nie..

Sebab time untuk aku travel tak banyak. Sebab nak travel kene cari duit. Memang target nak travel sampai umur 35 tahun sahaja. Lagi-lagi bila dah abis belajar ni agak susah nak travel dan agak susah nak dapat masa free.

Dan ada juga yang bertanya mana datangnya hobi mengembara ni. Salah satu sebab yang paling kuat ialah dari abang aku. Ketika aku di Mahad Tahfiz. Abang aku yang belajar di South Korea suka mengembara. Setiap tempat yang dia pergi dia akan send satu postcard ke rumah. Just nak buat collection postcard negara berserta setem yang dia sendiri hantar. Aku rasa itulah permulaan hobi mengembara aku :D