Pages

Monday, 17 December 2012

Zimbabwe Part 5 : Ghost Train from Victoria Falls Town To Bulawayo City

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Zimbabwe Part 4 : Victoria Falls National Park & Sunset By Zambezi River Cruise

10 November 2011 Khamis - Jika anda berjaya berada di Victoria Falls ini dan sukakan sesuatu pengalaman yang baru maka aku mencadangkan korang mengambil perjalanan Ghost Train ini dari Victoria Fall ke Bulawayo sejauh 435km.

Gerabak kereta api ini di bina di Birmingham, England pada tahun 1958. Hampir keseluruh gerabak adalah dibuat dari kayu dan bila aku baca dari internet mengenai "Ghost Train" ini. Terasa seronok sangat nak cuba. Bila dah tengok depan mata memang agak menakutkan la sebab train ni gelap gelita tak ada lampu langsung.

Di hadapan Victoria Fall Train Station bersama pemandu teksi kami dari petang tadi.
Korang boleh membeli tiket train mengikut kemampuan anda but somehow aku rasa harga tiket untuk first class pun not bad. Tak ada la mahal sangat dan yang paling penting adalah demi keselamatan diri sendiri. Elakkan membeli tiket di Third Class.

1. 3rd class berharga $4.00 USD - Just a seat dan dengan perjalanan malam susah kalau nak tidur. Lagi-agi orang akan penuh dan sesak di 3rd class. Maka bukan la a good choice to make. Ditambah dengan bahaya pun ye juga..

2. 2nd Class berharga $8.00 USD - Anda akan dapat sebuah katil dan bilik yang disediakan sama ada berempat atau berenam. Kalau kami bernasib baik dapat la berempar sahaja dalam bilik berenam.

3. First Class berharga $12.00 USD - Sama macam 2nd class juga. Dapat bilik dan katil but sama ada anda dapat 4 katil atau 2 katil dalam satu bilik. So if travelling alone so better take first class with two bed sebab akan sebuah bilik private..

Actually aku pun tertanya-tanya. Apa beza first class dengan second class?? Maka staff di kaunter tu pun bagitahu. "First class anda akan dapat selimut dan bantal dan second class anda cuma dapat katil sahaja.." Bila aku berfikir di tengah musim summer ni buat apa nak pilih first class yang ada selimut tu.

Bergambar dengan gerabak ghost train di malam hari sebelum bertolak.
Tapi di sebabkan kami berempat baik la juga amik first class dapat la kami berempat sebuah bilik bersama, tak ada la bercampur dengan orang lain. Kalau second class belum tentu dapat bilik yang berempat mungkin dapat yang enam katil nanti kene share dengan orang lain.

Dan yang best nya first class berada di gerabak paling hujung belakang sekali. Maka jauh la dari menghidu kempulan asap dari kepala kereta api ni. Kami naik malam jadi tak la nampak sangat betapa buruk dan uniknya ghost train ini. 

Tapi bila naik train ni dengan keadaan agak memeningkan. Dah la keadaan gelap dan panas tak ada kipas apatah lagi Aircond. Dah la sekarang musim panas. Dengan bau yang kurang selesa tapi tak la sampai status ada bau busuk. Apa pun nasib baik la kami pilih first class. Bayangkan kalau fisrt class pun macam ni. Kalau third class macam mana l.

Bergambar ketika train berhenti di sebuah station
Kereta api berhenti dalam 15 minit di Sawmills Station.
Alhamdulillah selepas tiket yang kami beli semua selamat disahkan layak untuk memasuki bilik first class. Sebab nampak macam first class ini lebih kepada tourist dn orang kaya maka kawalan security agak ketat sedikit. dan train delay 30 minit sebab dalam tiket tertulis bertolak pada pukul 7.30 pm tapi last-last pukul 8.00 pm baru bertolak.

Tak apa lah janji esok pagi kami selamat sampai Bulawayo City. By the way dalam bilik first class ni ada sinki tapi tak ada tab air dan air memang tak ada la. Dan kalau tutup sinki ini maka ia boleh menjadi meja di tengah-tengah bilik ini.

Aku amik katil atas sebab bawah angin kurang. Waktu pagi macam sejuk pulak.
Anas dan Ridwan tertidur lagi lepas subuh. Yang warna hijau itu meja yang aku bagitau tadi.
Keadaan di laluan hadapan bilik first class kami.
Tandas terletak di hujung gerabak. Tapi tak ada air yer. Kena bawa air sendiri.
Bila train dah mula bergerak kami masih dalam keadaan teruja dan takut sebab tak tahu macam mana keadaan perjalanan dan keadaan bila sampai nanti. Sambil-sambil tu kami berborak dan makan malam dengan apa yang ada. Sebelum naik train tadi sempat la driver teksi tu bawa kami singgah ke kedai runcit. Kami sempat la grab apa yang ada depan mata seperti roti, air mineral, air gas, biskut, crips dan beberapa keperluan lain.

Kalau la tahu dalam train ni tak ada air memang kami dah beli air minum banyak-banyak. Tak pasal-pasal kena catu minum air dalam train hihii. Maka if korang nak naik train ni make sure bawa air banyak sikit sebab nak guna untuk minum dan basuh tangan, muka dan nak gosok gigi pagi esok. 

Sambil makan dan berborak, seorang demi seorang tertidur. Di tengah malam dalam pukul 11.0pm macam tu semua terjaga sebab train berhenti mengejut. Anas je yang macam tercedera sikit kepala terhantuk dekat dinding. Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan.

Layan pemandangan di pagi hari..
Ini lah rupa tandas dalam train ni.. tak ada flush.. 
dan ia akan jatuh terus ke atas landasan. Ada rasa nak cuba ke? :P
Aku pun buka pintu dan keluar dari bilik dan nampak staff train ini. Bila aku tanya dengan staff train ini "Kenapa tiba-tiba berhenti..?" Dia jawap ada sekumpulan gajah lintas landasan kereta api.. Aku dengan yang lain macam.. Serius laaa..Staff tu kata lagi kalau langgar mau terbabas train ni.

Dalam pada masa yang sama baru sedar cuaca dah bertukar menjadi sejuk. Kalam kabut kami semua cari selimut. Tak tahu kenapa siang tadi panas tapi bila malam sejuk dengan angin kuat yang masuk tingkap bilik kami. By the way keadaan katil di bilik ini. Dua di dinding belah kanan dan dua katil disebelah kiri. Ruang agak luas dan selesa untuk kami berempat.

Bila tiba waktu pagi memang best sebab dapat lihat pemandangan sejauh mata memandang.Train ini akan lalu dalam kawasan national park di negara ini. Jika anda bernasib baik maka dapat la tengok pelbagai jenis rusa, seladang atau zebra dalam bilangan yang amat besar sedang berkumpul atau berlari berkelompok.

Akhirnya kami sampai di Bulawayo Train Station..
Perjalanan train akan memakan masa selama 10 jam yang sepatutnyalah tapi kami sampai di Bandar Bulawayo lebih kurang pukul 10.00 pagi keesokan harinya. Ini bermakna lebih 14 jam perjalanan kami dari Vactioria Falls dari magrib semalam.

Agak lama perjalanan tapi syukur waktu malam kami semua tidur dalam keadaan nyenyak. Kranya berbaloi sangatlah dengan jarak perjalanan yang amat jauh melebih 435km untuk sampai ke Bulawayo. Apa pun ramai traveler comment kalau nak dapatkan feel mengembara dengan Africa Experience" kena la naik train ini. Kalau nak lihat teknologi canggih pergilah Europe. Nak tengok nature silalah datang dan explore Africa :D

12 comments:

  1. wooww... nice story.. saya suka baca cerita kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bisa2 aja Tuan Goiq.. thanks for coming.. :-)

      Delete
  2. pasni mana pulak bro hala tuju.. Planet namek? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni insyallah.. lagi 2 negara then beraya di malaysia.. mengikut apa yg diplan .. :-).

      Delete
  3. selalunya negara panas , mlm mmg sejuk ... tandas yg tak perlu di cuci ...hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. bila siang panas.. malam tetiba jadi sejuk pulak kan huhu..
      Tandas tu tak perlu cuci sangat.. landasan jer yg perlu di cuci selalu hahaha :D

      Delete
  4. best! cool je travel by train ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali travel ke sesebuah negara jika ada peluang mesti saya akan ambil perjalanan dengan train :D

      Delete
  5. I think this is an enlightening post and it is exceptionally valuable and proficient. along these lines, I might want to thank you for the endeavors you have made in composing this article. Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite The Sims 4 streamers! sims 4 news

    ReplyDelete
  6. Post ni tahun 2011 .. ada lagi ker Ghost Train ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ada lagi.. sebab junior baru pergi last year masih ada..

      Delete