Pages

Tuesday, 1 January 2013

Tunnel Sous La Manche - The Under Sea Tunnel - France To England

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

28 Julai 2011 - Khamis - Entry kali ini aku nak kongsi serba sedikit pengalaman dan info mengenai tunnel yang berada bawah laut yang menghubungkan antara negara France dan England. Dan juga sedikit kisah aku ketika berhadapan dengan pegawai immigration France. Somehow aku bernasib baik sebab dapat melalui tunnel di bawah laut ini.

Sebab kebergantungan kepada jadual pergerakan bas dan mengikut keadaan lalu lintas juga. Jika bernasib baik maka dapat la merasa pengalaman melalui tunnel ini and if not Eurolines Bus ini akan menggunukan perkhidmatan ferry dari Paris ke London. That also another interesting experience :D

Bas berhenti untuk pemeriksaan
immigration di border France.
French Customs tu jer yang aku faham :D
Turun dari bas untuk stamp passport di Conquelles Border, France
Ok jom baca kisah aku ini. Perjalanan menaiki perkhidmatan dengan Eurolines Bus mengambil masa lebih dari 7 jam. Tepat pukul 14.15pm bas mula bertolak dari Gallieni International Coach Station, Paris dan sampai  pada pukul 21.30pm di Victoria Coach Station, London. 

By the way untuk kali ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Shukry. sebab beliau telah menyambut aku di Victoria Coach Station, London. And thanks to Saudari lham Ainaa jugak yang membantu aku  meng"arrange"kan. Sebab minta tolong pada Saudara Shukry untuk tunggu aku di station bus. 

Agak panjang ceritanya siapakah Ilham dan Shurky ini. Yang pada ketika itu aku langsung tak mengenali siapa shukry apatah tak pernah langsung berjumpa dengan beliau. Dan Ilham pun aku hanya kenal atas orang. Dan hanya beberapa kali berhubung melalui email dan sms sahaja sebelum memulakan trip ke Europe ini hahaha :D

Sebelum bas masuk ke dalam train, semua penumpang kena turun dan beratur untuk cop passport sebab nak keluar dari Schengen Country dan England bukanlah a part from Schengen Country. Masa nak cop passport ni ada dua kaunter sahaja yang dibuka dengan dua pegawai immigration France yang bertugas di setiap kaunter. Yang seorang ni muka cengih la kata orang Kedah. Dah la kepala botak separuh. First person yang pergi pada dia dah kene marah. tak tahu la kenapa.

Sedikit Maklumat Mengenai Tunnel Ini :

1. Panjang tunnel dari France to United Kingdom ialah 50.45 kilometer atau 31.35 batu.
2. Tunnel dibina dari paras laut sedalam 150 meter atau 490 kaki.
3. Siap dibina sepenuhnya pada tarikh 06 Mei 1994
4. Perbelanjaan tunnel menelan belanja sebanyak USD 21 Billion.
5. Bermula dari Calais, France -dan berakhir di Folkstone, Britain.
6. Ada dua tunnel kereta api di sebelah kiri dan kanan dan sebuah tunnel kecil di tengah untuk kerje-kerja maintenance.
7. Sepatutnya ia mula dibina seawal 100 tahun jika tidak kerana politik antara England dan France.

Yang seorang pegawai lagi cool jer. Aku pun berdoa dalam hati berharap sangat supaya dapat ke kaunter pegawai France yang cool ni. Dan dari kiraan aku semua dalam line ini akan pergi ke pegawai cool ni hahahaa. Masa ni dah happy sangat. Tapi last-last, take a guess..?? Memang nasib tak baik sebab kena stamp passport dengan yang cengih ni.

Dia siap ambil passport dan letak di sebelah muka aku. Nak tengok muka sama ke tak. Masa ini memang kena buka topi spec mata bagai. But Alhamdulillah syukur aku lepas dengan tidak ada satu soalan pun yang di tanya. Tak macam orang lain yang dia tanya pelbagai soalan. Tapi masa nak pulangkan passport tu dia bagi pandangan dan senyuman yang agak sinis la hahahaa. Tak apa la janji passport aku hang dah cop :D

Jom masuk Tunnel Sous la Manche atau
dikenali sebagai The Channel Tunnel in English
Keadaan hujan di sepanjang perjalanan Paris ke tunnel.
Tersenyum selepas Passport di stamp.
Bersama Dragan from Macedonia. Dia duduk seat sebelah aku.

Dan pihak Immigration United Kingdom pun akan cop passport sebelum masuk ke dalam tunnel. Tiga soalan utama yang pegawai immigration tu tanya pada aku.

First Question - Do you have return ticker? Aku pun tunjuk flight ticket dari Amsterdam ke Stockholm pada 9 August nanti - Mean i have to get out from UK before that date to catch my flight in Amsterdam. And somehow aku tak boleh beli tiket Eurolines Bus dari Paris - London - Amsterdam. Kena beli dari tempat berlepas sahaja sebab destinasi yang tak sama.

Second Question - Do you bring money and how much is that? Aku just inform "I have around 250 Euro and 180 Pound in cash. And i have some more in my bank account. Sambil menunjukan Debit Card Maybank yang ada gambar buah cherry merah comey tu.

Third Question - Where are you going to stay in London? Hah Sudah..!! Mana aku tahu alamat Shukry. But the best part tiba-tiba Pakcik Immigration ni tolong tuliskan alamat. Sebab aku kata tak tahu. terus dia tanya "Where do your friend stay? Aku jawap "Malaysian Student Hostel, East London." Jawapan yang aku tibai hahahaa. Dan terus passport aku di stamp, available untuk 6 bulan. Lama tu :D

With other solo traveler
from Macedonia and Nisya from India.
Membaca adalah amalan mulia :D
Two Tunnel for transport train.
And one small service tunnel.
Menikmati perjalanan
dalam The Channel Tunnel :D
Kita dibenarkan turun dari Bas.
Semasa bas berada di dalam train. 
Terjumpa pula dengan seorang
Ahli Parlimen dari Bangladesh.
Pemisah antara satu gerabak dan gerabak yang lain. Dah try nak cross tapi pintu tu macam tak boleh buka :D

First sangkaan aku bahawa bas akan dipandu oleh driver di dalam tunnel ini dari France hinggalah ke United Kingdom tapi sangkaan itu meleset. Bas akan dipandu masuk ke dalam sebuah train yang amatlah besar dan ia mempunyai dua tingkat. Bahagian atas khas kepada kenderaan kecil seperti kereta, van, mpv dan yang seangkatan dengannya.

Dan kenderaan besar seperti bas, lori dan yang seangkatan dengannya akan ditempatkan di bahagian bawah atau di tingkat bawah. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke seberang. Dan semasa berada di dalam bas kita dibenarkan untuk turun dari bas yer. Dan pemandu bas akan mematikan enjin bas. Tapi masa ni musim sejuk. Maka suasana sejuk diluar tadi memang terbawa ke dalam tunnel.

Terdapat banyak info yang diletakkan di dinding train. Maka ambil peluang ketika ini untuk membaca semua info info yang menarik ini. Dari sejarah sehinggalah kepada teknologi dan geogarfik tunnel ini. Terdapat juga toilet disediakan di dalam train ini. At least boleh beri tahu pada orang lain yang anda pernah buang air besar 150 meter di dasar laut hahaha..

Respecting the earth by going under the sea.

Update 2024 - Shukry adalah kawan kepada Ilham yang aku assume mereka adalah dari satu tempat pengajian di London. Dan Ilham adalah anak murid kepada Auntie Shal di Sekolah Puteri Cyberjaya. Siapa Auntie Shal? - Boleh baca di sini Uncle Azizul Dan Auntie Shal Yang Ku Kenali. So Ilham aku kenal ketika dia dan kawan dia hadir ke South Africa bercuti. Tapi masa dia datang aku sibuk dengan kelas pengajian maka ada beberapa kawan lain yang bantu membawa diorang berjalan.

So aku memang tak pernah jumpa siapa ilham ini sampai la sekarang tahun 2024 ini hahaha.. Masa sampai di Victoria Staion London. Aku nampak seorang lelaki melayu dan aku assume itulah Shukry dan memang betul. Selepas bertegur sapa. Kami terus ke rumah Shukry dengan menaiki bas. Dalam bas Shukry tanya aku "Siapa Ilham tu?".. "Kawan ke Tunang?" Terus aku gelak.. "Jumpa dia pun tak pernah, Shukry" sambil kami berdua tergelak hahaha.. :D

6 comments:

  1. Jeles jeles...xtaw bla leh smpai france huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jeles jeles..
      Insyallah nanti sampai lah tu :D

      Delete
  2. Best nyer.nak pi juga jika dizinkan Allah dgn suami bila dah pencen n dpt duit kwsp..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah... Allah Taala perancangan terbaik untuk kita.. mungkin sebelum pencen dah di beri keizinan untuk merasa kaesana.. :D

      Delete
  3. pegawai immigration france memang camtu kot. kami pon dapat yg cengih dulu kena compare muka ngan gambar kat passport. adik lelaki dia tenung lama sikit sebab gambar passport 2008, travel 2012. maybe next time ada rezeki boleh try via tunnel ni sebab kami naik ferry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nasib tak berapa baik.. kene pegawai immigration mcm tu.. cenggih satu hal..
      nect time try la.. sebab masa masuk dpt ikut tunnel.. balik dapat ikut ferry.. nasib la kalau naik eurolines nie..

      Delete