Pages

Wednesday, 25 September 2013

Pulau Pinang : Part 5 - Muzium Perang Berhantu Di Batu Maung

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Pulau Pinang : Part 4 - Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah

Selepas kenyang makan Mee Sotong dan Coconut Shake di Kota Lama.. Kami memulakan perjalanan ke Batu Maung.. Destinasi yang di kata agak menyeramkan ni ialah Penang War Museum.. Bekas Kubu Pertahanan Tentera British.. dan menjadi Kem Tahanan Tentera Jepun.. beratus2 orang mati semasa dalam tahanan jepun..

Refresh : Suasa ceria ketika menjamu Mee sotong dan coconut shake :D
Bayaran setiap kereta yang masuk ialah RM 5.00.. dan adult ticket RM 20.00.. dan tapi tak tahu kenape auntie kat kaunter tu refund balik duit parking kereta pada kami..  dan ada extra charge lagi.. RM 2.00 untuk semua peralatan mengambil gambar.. camera, phone etc.. if ada 2 camera 3 phone bayaran RM 2.00 untuk semua.. bukan setiap satu.. aaa faham dok?? layan je lah..  by the way auntie tu kerek sket so sabar je la.. 

Welcome to War Museum Pulau Pinang

Walau shazmin seorang engineer tapi mampu buat keje accountant -
Contoh :  in charge kutip duit untuk beli tiket masuk :P  
Aizat dan aku jer yang excited dengar taklimat dari pihak pengurusan.
Laluan tentera seperti keadaan tahun 1941.
Replica bom atom kata tour guide tu..
Bilik simpanan peluru meriam sedalam 18 meter berada di bawah ini..
A replica Cannon of 6 inch-breech loading gun cannon installed here since 1941
Terdapat sebuah meriam yang besar di tapak ini..
Telah di musnahkan oleh Tentera British supaya tidak jatuh ke tangan Jepun

Kami sampai War Museum ni agak lewat.. pukul 5.20 petang.. so nampak gaya kami macam group terakhir yang masuk.. meh aku nak bagi tip sket.. sebenar nya kalau nak datang sini tak payah la korang baca kisah2 seram kat sini.. sebab buat korang seram je sepanjang masa..  macam aku hahaha..  actually tempat ni memang keras sket.. eh silap!! memang banyak.. sampai di ketogerikan "10 most haunted site in Asia" by National Geography Channel..

Suasana Terowong Dan Kubu Bawah Tanah


Penerangan yang di beri oleh Saudara Indra di dalam salah satu kubu bawah tanah.

Ada lebih 3 atau 4 tunnel dalam kubu ini..
Dan ini tunnel pertama yang kami masuk..

Dan ada tunnel yang telah ditutup sebab terlalu kerass..
Terowong ini mampu memuatkan 220 tentera
untuk berlindung ketika serangan udara pihak musuh..
Keadaan tunnel yang sempit ini mampu memuatkan 220 tentera..
Kene berjalan secara menunduk..

Menyeramkan.. Memang gelap..
hanya lampu flash camera dan handphone je yang menerangi suasana

Bilik simpanan senjata bawah tanah yang di bina 1930-an.
Antara bekas peninggalan surat yang dijumpai.
Antara peluru meriam yang sudah tidak berfungsi..

Dan sesiapa pun jangan lah cakap besar " aku tak takut la.. ape la.. bla bla.." just rileks.. Baca bismillah dan masuk.. ok sambung cerita.. tempat ni memang besar so korang perlukan lebih dua jam kat sini..  kalau yang suka amik gambar tu.. lagi la.. datang la awal.. tak ada la jadi macam kami.. sampai habis azan maghrib kami still kat dalam war museum ni..  tu yang bertambah seram.. 

Alhamdulillah mungkin sebab kami ni  peramah dan comel  group last.. ada bro yang kerje kat tempat ni.. dengan suka rela jadi guide kami and explain kat kami setiap sudut di museum nie.. tak pasal2 tour habis setiap sudut kat sini.. bagus sebab senang tak ada lah kami tercari2 jalan.. tapi seram sebab dia cerita semua yang seram jer kat kitaorang..


The only way out.. merangkak sejauh 9 meter..
bila dah masuk tunnel nie.. tak boleh patah balik..
Ini gaya seorang komando tak lulus ujian hahahaa..
"Tolong jangan tinggal kan aku.." hahaha gurau jer..
Actually Farani adalah orang paling kuat dalam group kami.
Dah merangkak..
kene pulak panjat tangga setinggi 7 meter..


Hadri :  " MISSION COMPLETE "
Lubang keluar dari tunnel tadi..  baru senyum ko hahaha..
Bergambar dengan penuh ceria.. selepas berjaya memasuki semua terowong..

Sedikit info.. Ia di bina pada tahun 1930-an.. oleh pihak british.. dan di duduki oleh askar british, sikh dan melayu di atas nama Jack Union.. Kubu ini jatuh ke tangan tentera jepun pada World War II - 17 September 1941.. Tentera british kalah di kubu ini dengan kesalahan andaian strategic mereka bahawa jepun akan menyerang dari laut.. tetapi jepun menyerang dari " inland "..

Keluasan tanah kubu ini sebesar lebih 20 ekar.. memuatkan lebih 550 - 700 tentera dalam satu masa.. Kubu ini di lengkapi bilik simpanan peluru meriam bawah tanah sedalam 18 meter.. dan sebesar 2 gelanggang tennis.. mempunyai tiga terowong "escape" ke arah berlainan sejauh 50 - 100 meter..  mempunyai beberapa meriam besar - 6 inch breech loading gun - yang mampu menembak sejuah 15.5 km ke semua arah..

" Ku Terdengar.. Suara.. Kebebasan.. " kata aizat..

Dulu semua bilik di benarkan masuk.. tapi lepas ramai yang kene hysteria..
Hanya bilik paling hujung sahaja di buka.. 
Keadaan bilik paling hujung.. Masih ada kesan tembakan..
Digunakan oleh tentera jepun untuk menembak tahanan.
Fareez di hadapan salah satu asrama tentera
Belakang tu.. Tempat paling keras kata saudara indra..
Sebab ramai orang di bakar hidup2 oleh jepun kat dalam rumah itu..
Peninggalan bendera matahari terbit Nippon
Antara bilik yang di gunakan oleh Jepun untuk menyiksa tahanan wanita..
Kami sempat snap gambar akak ni di salah satu bangunan asrama tentera.

10 Most Haunted Site in Asia ialah :

1. The Abandoned Tak Tak School - Hong Kong 
2. Kadena Air Base - Okinawa Japan
3. The Clark Air Base Hospital - Philippines 
4. Gedung Lawang Sewu - Semarang Indonesia  
5. War Museum Penang - Malaysia
6. The Green Island Prison - Lyudao Island Taiwan
7. Mansion - Yeongdeok-Gun - North Gyeongsang South Korea
8. The Temples of Ayutthaya - Thailand
9. Con Dao Island - Vietnam
10. Old Portuguese Colonial Outpost Diu island - India


Kubu ini juga di lengkapi dengan beberapa dapur.. sesuai dengan cara masakan yang berbeza.. untuk ahli tentera pelbagai bangsa.. asrama tentera.. kantin.. pejabat.. bilik simpanan senjata bawah tanah.. bilik kawalan.. bilik mesyuarat pegawai tinggi bawah tanah.. ruang theater.. dan ada terowong kebal bawah tanah untuk bersembunyi sesama serangan udara oleh pihak musuh.. dan terowong kebal ini mampu memuatkan seramai 220 tentera dalam satu masa..


Kata Saudara Indra - Kenapa gantung patung ni..??
Sebab langsuir banyak berkeliaran di waktu malam..

Time ni dah kedengaran azan maghrib.
Bilik di mana Tentera Jepun memancung kepala tahanan..

Tepat pukul 7.35 malam.. kami beredar dari war museum.. menuju pulang.. rasa lega bila dah keluar dari tempat ni hahaha.. sebab seram sejuk jer kat dalam tadi.. mana tak nyer.. orang yang terakhir dalam group kami berjalan di sapa bahu.. logik tak??  mana ada orang belakang dia.. dia pun tak nak toleh hahaha..

Bersama Tour Guide kami Saudara Indra - baju hijau..
Di hadapan pintu masuk War Museum Pulau Pinang..

Dah la waktu azan maghrib kami still berlegar2 di dalam.. tour guide tu pun boleh cerita macam mana dia kene kacau dulu.. siap tunjuk tempat kami berdiri.. dulu dia nampak makcik tua dengan muka hodoh berambut kusut panjang etc.. apa - apa pun tempat ni memang best.. make sure korang datang tau..
Continue Part 6

86 comments:

  1. haish seram plak baca...hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak DJ.. kadang2 kene la seram best jugat :D hahahaa..

      Delete
  2. Gambar akak tu betul ke? Seramnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep gambar akak tu real... seram??? kalau nampak dengan mata sendiri lagi seramkot :P

      Delete
  3. serius xtau kat penang ada tempat mcm ni tapi seram la... eh yg pepuan rambut pjg tu real ke ?? mcm pelik ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kita kene explore tempat yg kita pergi.. study sebelum pergi hehehe..
      baru jumpa tempat yg best yg ramai orang tak pergi :D

      Delete
  4. menyeramkan tempat ni...bravo to all of you, melepasi segala rintangan, fear is not a factor..

    akak rambut pjg tu seksi gila atau kena siksa..curious..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually macam tak puas hati jugak.. dah banyak site yg telah di tutup oleh pihak pengurusan.. alasan sebab terlalu keras bahaya untuk pengunjung.. :(

      Delete
  5. Dah byk byk story org gi travel ke PP tapi tak ada lgi yg citer pernah sampai ke War muzium ni...mybe dorang takut kot..kalau pegi ramai2 best aaa..kurang sikita rasa seram tu..kalau JM..kalau dalam group yg kecil...mohon ampun....amk takut nokksss..tgk pulak budak pompuan rambut panjang tu..ee..org betul ke patung tu..

    Masuk tunnel dh mcm kat Chu Chi Tunnel Saigon dah..nasib baik tak ada yg follow balik umah kan..eee serammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la risau jugak kalau ada benda follow ikut balik kan.. tapi alhamdulillah ok jer.. :D
      memang ramai orang kene hysteria kat sini.. termasuk rombongan pelajar sekolah etc..
      sebab tu "seekers" pun datang sini buat pengambaraan.. lagi teruk diorang kene..

      Delete
  6. ok..seram..tak jadi nk pegi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram la jugak.. but kene pergi kot.. sejarah ni.. :D

      Delete
  7. takutnya bila baca... baca pun da seram... macam mano nak poie ni... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak satu rombongan Cik Kiyah.. buat kecoh..tak ada la seram sgt hahhaaa.. :P

      Delete
  8. Replies
    1. tempat seram pun kene explore jugak kak Wanieys :P

      Delete
  9. Uihhh serammm nih... Tgk jer patong pompuAN sexy tu, teanjat boboiii huhuhu.. Terowong tu klo badan mcM teman nih haruihla tak muat.. Mau kene tembak dah klo zaman jepun dulu hu3.. Rasa insaf bila tgk tempat nih betapa sshnyE zaman dahulu sebelum merdeka.. ( Saya Sayang Malaysia!! )

    p/s: baru taw yang Muzium nih one of the haunted site in Asia.. huhuhu - kecian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terowong tu agak besar la kak mysha.. kawan yg berbadan agak besar pun muat..
      tapi zaman jepun mungkin la kot kene tembak hahaha.. sebab semua tahanan memang kene tembak oun kat sana :P ye betul tu.. sayang malaysia..

      Baru tau..?? tak apa sekarang dah tahu kan :D

      Delete
  10. err...
    errrr...
    ok bai
    (pack barang terus 'imigration' pi newzilen-dok kije sana plak)

    seram ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. La nak pi mana tu kak anash.. ( belum belanja roti jala lagi ni hahaha..)
      macam la kat NZ tu tak ada tempat seram.. sana lagi banyak kot sebab zaman dulu diorang nyer amalan byk berpuaka :P

      Try je la war Museum ni dulu :D

      Delete
    2. (pekup telinga tutup mata tamau baca ayat "roti jala")...lalalalalal
      cish...saja dengki tak bagi akak ke niezilen eh?
      ok
      akak detour pi alaska
      k bai
      (ikat boncot kain kanvas atas bumbung kete ketat ketat)


      Delete
    3. roti jala jer pun hahaha.. :P
      bukan benci tapi caring ( ceh pooyo hahaha.. ).. NZ memang best..sila sila..:D
      Alaska?? jgn lupa bawa kopi 3-1 banyak2 tau.. sejuk kat sana hehehee..

      Delete
  11. saya kalo pegi nih..mau xleh tido malam sebab terbyang2..hahha...grrrrrr...menakutkan tul lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la beramai2.. part2 yg rasa tak mampu tu tak yah la masuk stay kat luar la :D

      Delete
  12. seram yaah.. tapi saya suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goiq kalau nanti kamu ke Malaysia.. jangan lupa ya datang ke tempat ini..
      Gedung Lawang Sewu - Semarang Indonesia itu di mana ya?

      Delete
  13. glurp..saya yang baca ni pun dah seram sejuk..benda apa yg rambut panjang tu..benda tu ke korang snap ? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah la.. sebab akak tu ada kat sana.. kami snap la gambar dia kat sana.. sebelum dia pandang kami baik kami cabut :D hahahahaaa...

      Delete
    2. Pergi seorang2 memang pengsan kot hahaha :p

      Delete
  14. ngeri gak tengok gambar2 pancung tu...seram bangattt...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually banyak lagi gambar nak upload kat sini.. tapi mcm dah panjang sgt so terpaksa cut..

      Delete
  15. Kalau OKje TT...tak melawat muzium pun tak pe hehe....sebab kurang minat sejarah...tulah pasal haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium ni unik sket la Kak Hainom Okje.. agak seronok kot :D
      kurang minat sejarah or takut hehehee.. :P

      Delete
  16. eeerkk.. seramm.. xnk baca leh? hik3

    done follow sini no.108
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram?? tak nak baca..?? pendek je kot.. gambar je yang banyak hahahaa.. :P
      Ok im done follow your blog hahahaa..
      thanks for coming here :D
      Salam kenal juga.. will keep in touch with u..

      Delete
  17. sumpah tak mau pergi sini..!!!! tqs for sharing wahahahaa.... baca sini dah la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mulan.. tak paksa pun just sharing jer hahahaa.. :D

      Delete
  18. Wah seramnya..Never thot going thru the article pun boleh seram..no wonder listed as the most haunted..tapi you all baring-baring kat lantai tu tak takut ke..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually bukan nak bagi seram.. just nak share pengalaman di sana jer..
      itu bukan baring saje2.. that memang kene meniarap untuk keluar dari tunnel tu hehee..

      Delete
  19. WOW... menakjubkan akak membacanyer.. membuatkan hati bertambah kuat mengatakan pulau pinang destinasi tahun 2014 akak nanti.. pernah baca pasal bendani tapi tak rasa se'interesting' ini pulak.... thanks TMY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Cho Zila.. sila baca semua entry pulau pinang ni sebelum bertandang ke sana yer hahaha.. :D mesti enjoy jalan kat negara sendiri.. well as writer.. kene lah bagi cerita interesting dgn penaglaman yg menarik :D

      Delete
  20. seramnya la ha.. tapi cam best je kat sane. teringin pulak nak pegi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kalau buat aktiviti seram pun seronok juga :D
      apa pun war museum memang best .. sila pergi jgn tak pergi..

      Delete
    2. tak de orang nak bawakkan.. huhkhuk.. sedih :D *konon raih simpati la nih.. haha :D

      Delete
    3. minta guru besar buat lawatan ke War Museum Pulau Pinang hahahaha :P
      Sy stone hearth .. susah nak simpati nie hahahaha

      Delete
  21. nampak mcm best.. tp mcm menakutkan.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia memang best dan menakut kan huhuhuu..
      Thanks for coming.. :D

      Delete
  22. OMG seksinya akak tu... dia tak malu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bukan manusia lah dia tak rasa malu.. nak tahu lebih lanjut sila ke sana untuk melihat sendiri hehehe :D

      Delete
  23. Sape ppuan sexy yg bbju hitam rmbut mgurai 2.Hantu ke patung?musykil la...seram tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous..?? Cuba lah rajin2 sket bagi nama.. at least tahu jugak sape yg ngomen hehehee..
      nak tahu siapa.. sila datang sendiri ke War Museum Pulau Pinang yer :D

      Delete
  24. syok pulak tgok..mghrib pn msih ada kt situ..seram pn ada tgok gmbar tu semua..cuba perhati elok2..ntah2 ade slit mkhluk pelik2 kt dlam gmbar 2..he3 =) kena pergi jugak ni 1 hr nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhuuu.. memang syok dan lagi kalau rasa sendiri :P
      ntah la.. tempat tu besar 2 jampun macam tak cukup.. tu yg terlajak sampai magrib pun still kat dalam..
      bab nak perhati tu.. serah kat anda jer lah hahahaa.. :D pergi jgn tak pergi.. !!!!

      Delete
  25. berapa lama kena merangkak? war museum ni mcm terowong chuchi ..besar mana bleh lepas terowong? seronoknya ramai ramai pegi sana... saya masuk tuol sleng kemboja masuk mimpi jadi tahanan .... seram seram ,..ok panjang tulisan dan tak igt sbb gagal bg komen ..anyway , mmg bestlah korang

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa lama kene merangkak tu.. ada dua tunnel yg tak boleh jalan dgn sempurna..
      satu jalan dgn cara membongkok tu.. kedua kene merangkak atau meniarap.. berapa lama tu bergantung berapa ramai orang dan berapa cepat la anda dpt lakukan :D
      ia cukup besar.. XXL pun boleh lepas :D
      Oh kami syukur la tak ada siapa yg mimpi hehehe..

      Delete
    2. Memang taklah tempat mcm ni pergi sorang dua je

      Delete
    3. Masa dtg hari tu.. ada je nampak orang datang berdua or bertiga.. :D

      Delete
  26. seraaaam, nampak gambar pompuan tu lagi seram...baca last2 lagi bertambah seram
    terus kansel taknak pegi, orang nak belanja pun taknak pegi sambil buat muka belagak!!

    *eerk sape lak nak belanja tetiba :P orang last yang cuit bahu tu kah????

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seram pun..sampai ada kene nightmare .. terjerit2 malam tu huhuhuu.. :P
      Ala kalau orang belanja pi ramai2 apa salah nyer.. :D buat biasa sudeee..
      orang last tu takut tak nampak pulak hahahaha..

      Delete
  27. Siapa yg berlakon jd pompoan sexy 2... Haha..
    Motif T.T buh pic 2?? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg berlakon pmpn sexy tu?? hurmm.. yang pasti bukan manusia.. sebab kalau manusia dia tak akn duduk kat situ senyap2 dan dalam gelap kat tgh hutan..
      motif nak share apa yg saya nampak .. :P

      Delete
  28. MJ yang dok Penang pun xpernah terjah tau.. tak berani oooo..hehee0

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah terjah sebab tak tahu atau sebab tak berani hohohooo..

      Delete
  29. haishh..seramnye tmpt ni..akak tu pun seram.. siapekah? huhu.. x penat ke merangkak bawah kubu tu? dah la seram semcm jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak seram.. tak kan lah boleh jadi list most haunted site in Asia by National Geography Channel.. :D
      Sebab seram sampai tak penat kot hahahaa.. :P

      Delete
  30. weols dah pergi sini isnin lepas...sunyi sepi..mula2 tu best gak
    tp pas tgk hantu2 tu..terus balik..takutttttttttttttt haha
    xtau pulak war museum ni the most haunted in asia..
    tp weols x igt ape2 pun time masuk situ
    just nak tgk bagaimana tempat perang tu
    abg danish paling terujalah sbb dia minat askar :)
    byk gak tempat x terjah..sbb scaryyyyyyy haha
    alhamdulilah semua baik2 jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah pi.. isnin maybe sbb tu sunyi.. org tak de.. :P
      La.. terus balik.. rugi la tak conquer semua tempat .. bagus jugak tak tahu one of the most haunted site in asia sblm pergi..xde la takut sgt ..
      okla xde pape..sebab kami balik malam tu ada 2-3 org kene kacau tgh malam..

      Delete
  31. what a great blog ! im dropping by ere coz nak carik info about penang . and yeay ! got this . best ! boleh nak search info about penang kat sini je >_<
    if u x mind can i have your email ?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. try to explore Pulau Pinang last trip.. hope boleh jadi info bagi mreka yg akan ke sana.. :D
      My email.. Timetravelafif@gmail.com

      Delete
  32. okay got that . x de fb ke bro ?
    aku tanye padahal aku baru nak buat fb . haha
    geylang-johor-melaka-n9-kl-perak-pinang-kedah-and after that baru nak ke luar .
    tq bro for ur email . baru nak berjinak-jinak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sila la follow blog nie yer.. nama dgn picture tu dah ada boleh la follow :D

      Delete
  33. ya allah punya lama study kat penang.. mcm mana le x boleh tahu kewujudan war muzium ni.
    serius memng seram.. tambah kat part tmpat pancung..dgn port langsuir bterbangan....
    lpas ni dtg penang memng kena cari muzium ni!! mesti gempak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana tak tahu kewujudan.. hurmmm takboleh nak tolong la sedara hahaha.. :P
      Senang jer nak cari museum ni di Batu Maung.. lagi2 kalau ikut jambatan kedua pulau pinang.. memang akan smpai batu maung :D

      Delete
  34. alaaa nk g sini jugak..mmg plan nk g pn bln 3 ni..hope xle sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah tak sesat.. senang jer.. the best tanya jer dengar orang2 local sana.. the easy way nak dapat location :D

      Delete
  35. seram gak eh..
    ade anak kecik tak boleh la nak pergi lagi skrg ni..
    tapi akak yang rambut panjang tu real ke idak tu.. seksi la pulak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. memang seram.. ada anak kecik tu tak perlu la di bawa..
      akak rambut pnjang tu real ke tdk kene pi tengok sendiri la..
      huhuhuu.. seksi ke apa ker jgn di tegur.. :P

      Delete
  36. Aku baru je pegi semalam. Sumpah seram. Tapi bnyk tempat yg kau tunjuk tu da tak boleh masuk. Diorg tutup. Maybe sebab kerasssss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram kan.. pergi berapa orang.. seorang dua mmg cari pasal la hahahaa.. well congrat la dpt tour that place.. :D
      Oh dah byk tutup ker.. ish rugi la.. :P

      Delete
    2. Pegi bertiga, tiga2 pon gadis sopan penakut. Bole pulak tibe2 denga bunyi piano lepas kluar dari bilik tu. Tp kitorg pura2 tak dengar dan blah laju2

      Delete
    3. Huhuhuu.. seram kan.. kitorang pun balik dari situ 2 orang kene kacau malam yg sama.. but alhamdulillah semua nyer selamat.. itu yang penting.. :D

      Delete
  37. tempat ni mcm nampak seram...tapi interesting sgt, mcm harus pergi....Tapi ngah memikir plak, rombongan kami ada budak2 kecik yang umur setahun pon ada, agak2 tak bahaya ka ekk????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada bawa budak bawah umur tu memang tak la di galakan pi museum ni.. bdk2 kan.. kang tak tido malam tak pasal2 pulak hahaha :P

      Delete
  38. saya tertarik dengan part yang u kata "by the way auntie tu kerek sket so sabar je la.. " haha. saya pun terkena dengan situasi mcm ni. auntie itu sgt tidak sesuai diletakkan di bahagian kaunter. Sangat tidak friendly seolah-olah macam urat senyum dia dah tak berfungsi. nasib baik ada seorang lelaki melayu dan perempuan melayu yg agak ramah melayan karenah kami. klu tak mmg tak mau masuk pun sbb sakit hati dgn auntie kat kaunter tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sebab auntie nyer pasal nanti ramai yang tak nak dtg ke muzium ni hahahahaa... haruslah tukar dgn org lain hahaa.. Mungkin auntie dah lama hidup dari zaman kubu itu di gunakan kot hahahaha :P

      Delete