Pages

Monday, 5 May 2014

Kembara England : Part 7 - Natural History Museum - Victoria & Albert Museum - Hyde Park

Sambungan dari Kembara England : Part 6 - Camden Town Street Market

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Di kala waktu pagi yang sejuk serendah 15 degree.. Aku menguatkan badan untuk bangun seawal pagi bagi melengkapkan lagi misi kembara aku di bumi London ini.. Tempat ini adalah yang harus dan semestinya anda lawat jika berada di Kota London iaitu Natural History Museum.. 

Terlalu banyak benda yang menarik dari pra-sejarah lagi.. Dari tulang dinosaur hingga la ke abad ini.. memerlukan lebih setengah hari untuk berlegar-legar dalam muzium ini.. Apa pun nasihat dari aku ialah.. masuk souvenir shop dulu sebelum nak berlegar2.. sebab takut tutup kalau dah lewat petang hahaa..


Natural History Museum dibina pada tahun 1873 dan dirasmikan pada 1881. 
Founder by Richard Owen and Architect by Alfred Waterhouse..
So hari ni jom kita masuk muzium sejarah yang bersejarah ini..  :D

Dan yang paling utama ialah bayaran untuk memasuki Natural History Museum ni adalah percuma yer.. tiada sebarang bayaran.. Kecuali jika terdapat exhibition yang memerlukan anda membeli tiket masuk.. Alamat :- Natural History Museum, Cromwell Road London SW7 5BD United Kingdom.. Tel: +44 (0)20 7942 5000.. Open Monday to Sunday from 10.00-17.50, except 24-26 December.. Last admission 17.30.. Dan Train Station South Kensington adalah yang paling hampir dengan muzium ni..

Dan jika anda datang ke sini anda bukan hanya melawat satu muzium tetapi 2 muzium yang lain iaitu Victoria and Albert Museum dan Science Museum.. Dan disini juga terletaknya banyak collage termasuk la Imperial Collage, Royal Collage of Music, Imperial Collage Union dan Royal Collage of Art.. Dan paling pasti anda nak pergi ialah Royal Albert Hall.. tempat bagi artis tersohor membuat show mereka.. termasuk artis dari Malaysia seperti Dato' Siti Nurhaliza..


Jom Tengok Apa Ada Dalam Natural History Museum Ini :-

Masuk2 dah nampak fossil dinosaur yang besar.. Dan pokok yang telah menjadi batu..
Masuk dalam ni untuk melihat hampir kesemua specis serangga yang telah diawetkan
Tu dia .. fossil dinosaur pulak..  :D
Antara jenis burung yang telah diawetkan.. Kesian pun ada.. 
Antara jenis burung yang diambil dari benua lain juga diawetkan ..
Batu-batu yang menarik.. harga pun beribu2.. sekadar batu..
Part ni aku suka macam dalam movie.. huhuuu..  
Statues Titans dan Fossil Dinosaur .. :D
Pamandangan di dalam Natural History Museum 1
Pamandangan di dalam Natural History Museum 2
Pamandangan di dalam Natural History Museum 3


Dan apa yang menarik di Victoria and Albert Museum ni..?? Untuk pengetahuan anda muzium ini adalah The World's Largest Museum of Decorative Arts and Design.. Mempunyai lebih 4.5 juta collection dari serata dunia.. Diberi nama sempena Queen Victoria dan Prince Albert.. Dengan keluasan lebih 12 ekar.. Terdapat lebih dari 145 gallery.. yang merangkumi art dan design hampir lebih 5000 tahun yang lepas..

The museum owns the world's largest collection of post-classical sculpture, with the holdings of Italian Renaissance items being the largest outside Italy. The departments of Asia include art from South Asia, China, Japan, Korea and the Islamic world. The East Asian collections are among the best in Europe, with particular strengths in ceramics and metalwork, while the Islamic collection is amongst the largest in the Western world.


 Jom Tengok Apa Ada Dalam Victoria and Albert Museum :-

Bangunan muzium yang bersejarah dari tahun 1852.. 
Antara Art yang terdapat di dalam muzium ini..
Antara pintu-pintu gallery dalam muzium ni.. 
Barang2 dari Kerajaan Islam Utmaniyyah Turkey..
Barangan bersejarah dari china dan jepun pun ada..

Ada banyak lagi aku nak tunjuk tapi takut panjang pulak entry nie huhuu.. :P
So ini lah dia Victoria adn Albert Museum.. Masuk adalah percuma.. :D


Dari ketiga2 muzium di sini hanya Science Museum sahaja anda perlu membuat bayaran masuk.. Aku memang tak masuk pun Science Museum ni sekadar mengambil gambar di pintu entrance.. Selepas penat kehulu hilir dalam muzium2 nie.. Aku terus langkah ke Royal Albert Hall tak berapa jauh dari Imperial Collage.. tak masuk pun just amik gambar dari luar jugak hahaha.. 

Bersebelahan jalan dengan Royal Albert Hall ni pulak ialah Hyde Park.. sebuah taman yang besar serta cantik dan nyaman.. kelihatan ramai orang bersiar2, picnic, jogging dan melakukan riadah sukan etc.. Masa aku menjejaki kaki ke dalam Hyde park ni hujan renyai mula membasahi bumi.. tapi yang aku risau bukan hujan tapi keadaan yang semakin sejuk bila hujan huhuu..


Nak jalan ke Royal Albert Hall ternampak pulak apartment curve nie  :D


The Royal Albert Hall - London

Architects: Francis Fowke and Henry Young Darracott Scott..

" The Hall is a Grade I Listed building.. and has been in continuous use since it was opened in March 1871. It was always conceived as a multipurpose building to host not only concerts of music but exhibitions, public meetings, scientific conversations and award ceremonies.. It is a registered charity held in trust for the nation but is financially self sufficient.. it receives no funding from central or local government. "
Well here i am.. Royal Albert Hall, London..  :D

Hyde Park  -  Kensington Palace

Suasana di Hyde Park yang mula mendung huhuuu.. :D

Okay di Hyde Park ni ada beberapa tempat yang menarik iaitu Kensington Palace, Princess Diana Memorial Fountain, Serpentine Gallery dan Speaker's Corner.. Speaker's Corner tu tempat bagi mereka yang mahu meluahkan pandangan masing2.. termasuk la isu keagamaan.. Ada orang kata kadang2 keadaan di Speaker's Corner ni menjadi agak tegang di luar jangkaan.. so kalau pagi ahad tu tak perlu la kesana orang kata la.. tapi nak pergi pun tak salah huhuu.. 


Di hadapan Kensington Palace.. Normal Adult Ticket Price is £15.00..
Aku tak masuk pun sebab sama jer dengan yang lain :p

Berbalik pada Natural History Museum tu.. aku nak komen sket sebab diorang bangga sangat.. Sebab ada banyak benda bersejarah mereka boleh tunjuk dalam muzium ni.. Tapi bagi aku kebanyakan items dalam muzium tu bukan nyer dari Britain tapi banyak yang dicuri/diambil/dibeli masa mereka menjajah tanah jajahan mereka huhuuu.. termasuk la mumia dari mesir.. fosil dinosaur.. dan pelbagai lagi..

Oh lupa nak share di entry yang lepas.. Restaurant Malaysia Hall ini terletak berhampiran dengan Hyde park juga.. sekiranya anda mengambil tempat penginapan berdekatan memang terbaik la sebab boleh dikatakan hampir dengan semua tempat.. tapi walau bagaimana pun kemudahan public transportation di London cukup mudah dan hampir prefect untuk memudahkan anda bergerak kemana sahaja..  Will Continue Part 8..

106 comments:

  1. Luas jugak Muzium ni TT memang patut pun kena separuh hari mengambil masa dalam tu ye...
    Backpacker ke pergi London ni TT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu luas sehingga begitu banyak section dalam muzium tu.. kalau nak jalan semua kene satu hari kot huhuu.. ini pun banyak gambar tak share.. Aah ini backpacker ke London :D

      Delete
  2. fuyooooooo.. bila la nak kembara england sendiri ni. kagum dengan nikmat Allah beri pada awk menikmati keindahan alam. take care. happy ho-ho-liday :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish Kak N.Harnani ni.. biasa2 sudehhh hehehee... insyallah saya doakan agar akak dimurajkan rezeki untuk mengembara di england jugak :D alhamdulillah syukur dalam menikmati keindahan alam.. thanks :D

      Delete
  3. banyak artifak rare ni .. hmm hmm.nak g UK laa... ToT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes artifak yang rare... Insyallah ada kemahuan pasti ada jalan .. :D

      Delete
  4. Besarnya muzium tu..memang patut pun boleh habiskan masa setengah hari kat dalam tu..tapi
    bagi yang kurang berminat dengan sejarah mesti rasa bosan duduk dalam tu lama-lama hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak pergi betul2 memang setengah hari tak cukup kot.. ni pun pergi cuaca sejuk magrib awal.. hurmm tempat ni lebih dengan sejarah kan.. berminat mmg seronok la :D

      Delete
  5. Menarik jugak muzium ni, macam2 ada..
    Dekat Art pun banyak kisah tersembunyi tu kan..

    Tapi tak tahan harga batu samapi beribu... perghhh! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium ni memang menarik sebab dari satu dunia dia collect barang..
      Di art tu suka tengok barang2 dari kerajaan uthmaniyyah turkey..
      yeap harga batu memang beribu2 .. selalu nampak kat rumah orang2 kaya :D

      Delete
    2. Bukan senang nak kumpul barang2 satu dunia kan nak ditempatkan dalam 1 tempat.. Usaha yang bagus.. Senang kita p 1 tempat dapat tengok semua ;)

      Batu tu rasa macam membazir kan, tapi klau dah kaya apa nak dikata ;)

      Delete
    3. Betul tu bukan senang tapi dulu mereka kan kuasa besar memang banyak tempat mereka jelajah.. untung pada mereka la kan.. batu tu cantik tapi yer la harga beribu2 kan.. layan jer la :D

      Delete
  6. Klasik betul bangunan Muzium tu... boleh pulak ambil gambar kat situ...

    Tak singgah Harrods... rasanya tak jauh sangat dari Royal Albert Hall tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang klasik.. dah 200 ratus tauh kot masih utuh berdiri.. suka dengan negara yang mengekalkan structure lama mcm ni.. oh harrods.. tak singgah sebab dah lewat petang :D

      Delete
  7. wahh... cntik nya kawasan hyde park ni.. best kalau ada halaman rumah mcm tu..hehe..

    landon mmg lawa kan kotanya..

    pemandangan kesington pun sgt2 cantik.. one day la..hope boleh terbang ke sini.. :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kalau la ada tanah lebih kat tepi rumah memang buat jadi taman la huhuu.. hati pun sejuk memandang kan hahahaa.. insyallah saya doakan zaza pun dimurahkan rezeki untuk ke London :D

      Delete
  8. Wah...bagusnya muda2 dan travel kat banyak negara..
    Salam kenal..Umi datang follow sini..nanti senang2 Umi dtg lg baca n3 lain...ari ni busy bebenor..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Rezeki dipermurahkan Allah untuk melihat indahnya ciptaan ilahi :D
      Thanks for coming here and thanks for follow here.. sila lah datang lagi yer bila free :D

      Delete
  9. menarik juga dlm muzium tu ya...
    berapa lamalah pokok bertukar jadi batu.
    mesti lama kan? beribu2 tahun ada kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium tu sendiri dah menarik.. beratus tahun kot.. berapa lama?? lama la kot hahaha :D
      itu kene tanya dengan pakar huhuuu :P

      Delete
  10. bestnye jejalan overseas.. tengok tempat org dan menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Alhamdulillah. teringin juga ni. InshaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah best jalan2 oversea dapat lihat keindahan ditempat lain.. Insyallah didoakan moga dimurahkan rezeki untuk mengembara :D

      Delete
  11. dekat Hyde Park tu ada tasik yang luas penuh dengan burung, bangau etc..saya suka tgk view kt tasik tu..pengalaman paling tak boleh dilupakan...kena kejar dengan burung2 tu sebab saya bagi makan kek..haha..menakutkan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada tasik luas penuh dengan itik burung dan tupai huhuu.. hahaha lain kali bagi jer semua bagi sket2 memang diorang kejar la hahaha :D

      Delete
  12. Lengkap betul koleksi muziumnya Bang Afif. Barangan Islam dari Turkey sampai barangan dari China dan Jepun pun ada. Kenapa pula barangan itu ada di Muzium sana ya ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap Betul memang lengkap dengan koleksi barangannya.. Mereka kan penjajah dahulu banyak la yang mereka ambil ke negara mereka..

      Delete
  13. Oh England..bila lah agak nya leh sampai sana...dalam mimpi je lah kot..Nasib baik tak masuk Royal Albert Hall London tu..kalau tak perlu nyanyi satu lagu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kejap lagi sampai la Kak JM ke sana.. sebab kat asia Kak JM dah abis jelajah hahahaa :D oh nak nyanyi kat albert hall?? bukan tempat karoke yer.. satu lagu beribu kene bayar hahahaa :D

      Delete
  14. Seronoknya dpt kenal tmpt org.. lama berangan nak keliling dunia.. tp nan ado..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kalau rezeki puan tu dah ditulis insyallah sampai juga :D

      Delete
  15. bestnyer dah sampai muzium tuh
    mau seharian kalau akak yang masuk..almaklum...sakit lutut...
    *sambil mencari mana pulak senduk roti jala letak bawah katil*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium yang mengamit seribu satu kenangan dalam dunia peradaban bersejarah :D
      Sakit lutu.. boleh jer cuaca sejuk tak ingat lutut sakit hahahaa..
      *tak jumpa xde la roti jala hahahaa.. :P*

      Delete
  16. London city is like a living museum...penuh dgn bangunan2 lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dimana ada banyak bangunan lama mereka tak akan ganggu dengan bangunan baru.. that how beautiful there are.. :D

      Delete
  17. classic bangunannya...ika suka juga pergi2 muzium ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan klasik .. memag dah mukau.. belum masuk dalam lagi kan :D

      Delete
  18. sungguh besar muzium tu . mau letih kaki klu semua tpt nak jejak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun kalau nak mai make sure tak ke tempat lain kalau tak pengsan nak pusing2 dalam muzium tu :P

      Delete
  19. Suka tgk pic dalam natural musium 2.macam dlm crita harry potter..kah2 blakon dkt sini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh diorang berlakon kat sini tu tak sure.. tak ada info berkenaan dengan itu hahaha :D
      Memang terpesona tengok barangan dalam tu .. :D

      Delete
  20. London ni memang bnyk muzium kan...? banyak yg free plak tu... tempat2 menarik area london ni sebulan pon x tentu leh habis jalan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah banyak muzium.. dan yang free tu la paling best hehehee.. :P
      London ni penuh dengan attraction .. sekadar yang mampu jela nak pergi.. semua memang tak larat la huhuuu.. :D

      Delete
  21. byk2 part
    part ni paling iols suka
    sbb ada historical museum
    byk2 ada..dinosour pun ada
    ni lau anak2 iols tgk
    deme nak ke sana cam mn hahahaha
    xpe2..bg tgk dlm blog sini udah ler ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak sangka Kak El pun suka melwat muzium ni.. eh tapi kalau2 anak tu suka dengan dinosaur jgn diusik tulang tu jatuh pecah tak mampu nak ganti nanti huhuuu.. insyallah mana tau anak2 Kak El nanti murah2 pergi UK mcm balik kmpung jer ke :D

      Delete
  22. Best tgk gambor2 di London.. next trip ke mana plak? Nk join, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak join..??? boleh jer.. ada trip ke tempat hard core sket la.. sanggup ker? :D

      Delete
  23. Tengok tak dinasour yang bergerak dalam museum tu? Nampak macam real kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang nampak real hahahaa.. best kalau kene kan orang huhuhuu :P

      Delete
  24. Memang logik sebab dia dulu banyak menjajah negara luar. Tak mustahil semua itu ada dlm muzeum mereka..

    Dua kali kakak klik atas-bawah- atas-bawah tengok gambar - puas rasa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab one of my lecturer yang bagitau.. masa jajah negara orang dia amik semua yg bernialai termasuk barang sejarah nie.. oh ye ker puas tengok gambar yer.. itu lah ni pun dah banyak.. tak tau nak letak lagi ke tak :P

      Delete
  25. wa...ternganga jap nengok muzium nih... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap jer.. jangan lama2 nanti masuk lalat huhuuu :D

      Delete
  26. Replies
    1. Memang muzium ni hebat... seronok jer tengok semua kat dalam tu :D

      Delete
  27. Wauuuu rasa teruja tgk keindahan kota London...ada pelbagai artifak menarik ye dlm muzium tuh....suka tgk...Umi Qi mmg suka perihal sejarah...semuanya menunjukkan betapa besarkan kejadian Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju sangat.. kadang2 terifikir jugak kenapa boleh terkumpul kat london.. satu sebab kat sana memang akan dijaga dengan baik berbanding negara2 asal barangan itu sendiri...

      Delete
  28. tak penah saya rasa tingin nak masuk muzium sngt2..
    senang citer nak gi london sebenarnya tak ada duit je lagi :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan la tempat wajib pergi jika di London.. tapi sekadar sumber pengetahuan yang cukup bagus kalau pergi muzium ni.. insyallah moga CT Humairah dimurahkan rezeki :D

      Delete
  29. mmg menarik sungguh blog nie... penuh dengan catatan perjalanan dan pengembaraan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks datang berkunjung ke sini.. terima kasih bebanyak sangat..
      Sekadar satu perkongsian perjalanan pengembaraan diri sendiri :D

      Delete
  30. Dah pasang niat, next year turun London memang nak menjengah National Museum, British Museum & Harry Potter tu. 3 days full lepak situ semata 3 tempat ni. Haritu semua pun xsempat.

    Hyde Park tu kalau lepak petang2 or pepagi mesti best. Sambil layan tengok orang lalu lalang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk.. turun London lagi ker.. baik dahulu kan eastern europe... lagi baloi kot huhuu.. tapi ikut masing2 la.. sebab next year plan nak conquer eastern europe huhuuu.. :D

      Aah hyde park tu lepak picnin memang best la huhuuu..

      Delete
  31. salam....
    bnyk lawat muzium plak kali ni kan.. =)
    nyk nye burung..haiwan2 tu semua diawetkan?cian nyerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Mesti saya suka lawat muzium nie.. banyak yang rare kita boleh lihat huhuu... :D
      Itu lah banyak jenis burung yang diawetkan ... kesian pulak huhuuu..

      Delete
  32. Seronoknya dapat melihat artifak, senibina bangunan Dan negara luar.luas pmndangan.sy masih blm berpeluang lg melawat negarax mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bagi mereka yang menyukai artifak nie.. bangunan dah lebih 200 tahun kan memang unik.. insyallah moga suatu hari nanti anda berpeluang juga :D

      Delete
  33. sekali skala msuk muzium layan jugak kan bro..
    okla dua masuk free..satu jekena bayar..
    mesti suhu tgh sujuk kat sana..
    p/s:alif tulisan blog ko memng putih ke apa.. sbab berpinar2 mata aku nak baca .. ke lappy aku terang sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang layan masuk muzium nie huhuuu.. tu yang penting dua2 free jer huhuu..
      Masa ni tengah sejuk tak sejuk jugak la.. sebab kat luar sejuk masuk dalam muzium rasa panas sket..

      Oh tak tunggu abis loading ker?/ tu yang putih jer.. next time kalaujadi cuba refresh balik page nie.. insyallah ok jer la :D

      Delete
    2. hari ni ok.. sebab loading kot.. he..he..
      itulah ingat dlu tkar templet or design sampai payah nak baca :)

      Delete
    3. Itu la... kadang2 macam tu jugak sebab dah banyak sgt page kita buka.. jadi slow huhuhuu.. ish tak ada la nak tukar2 design ni.. mana ada masa sangat huhuhu :P

      Delete
  34. wah g royal albert hall gitu...
    p/s:xdak gmbr sekitar imperial college ka?xdpt study sana, tgk gmbr pon jadi la.hehe:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jer la tapi tak ada buat apa2 pertunjukan hahahaa :D
      Gambar sekitar imperial collage.??? huhuu ada tapi saje tak masuk kan huhuu..
      Nak study sana ker??? hebat2 moga termakbul la.. :D

      Delete
    2. setakat angan2 boleh la :P

      Delete
    3. Insyallah mana tahu angan menjadi impian dan kenyataan kan :D

      Delete
  35. masuk free? bagus betul...berapa jam agaknya masa perlu di'spend' utk tengok at least half of the collection dlm natural history museum tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap semestinya masuk free.. itu yang pasti.. berapa jam.. hurmm saya pun banyak skip beberapa section.. 4-5 jam pun dah ok.. kalau tak nak baca dan cuba apa yg disediakan :D

      Delete
  36. Wah, orang yg dok england pun tak pernah pegi Victoria and Albert Museum, apatah lagi royal albert hall tu!! Nhm pun pegi sbb conference.. Nampak sgt tak berjalan 😓😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa.. sekadar muzium kan.. apa lah sangat kihkihkihhhh even nak masuk muzium free jer pun.. tak apa yang menetap kat sana semua busy yg datang kejap2 ni pelancong.. so memang motif dah lain dan byk masa :D

      Delete
  37. Seronoknya...bila lah boleh jejakkan kaki ke sini ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ... yakin usaha dan letak target.. moga dipermudahkan utk kesana :D

      Delete
  38. sukanya tgk part escalator tu..
    kesian jugak tgk burung kena awet tu..

    masuk muzium la best nk abiskan masa.. sebab byk barang rare.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part escalator tu konon nyer gambaran di dalam bumi yang penuh dengan lava yang panas.. burung tu banyak kat berapa ratus spesis.. kesian la jugak..
      itu lah nasib baik datang awal pagi.. banyak la masa nak menerokai nyer ;D

      Delete
  39. Arghh cantiknya London! nak sneak into yr baggage boleh? Ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk.. sneak into my baggage..??? huhuuu.. insyallah boleh tapi next time la :D

      Delete
  40. i don't really know mcm mana nak appreciate benda2 history ni. so museum besenye bkn tmpt dat i wud prefer to go. tp kalo dtg london, mmg confirm akn pegi history museum ni sbb bngunan dia unik. cantik! and plus free plk kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. First at all.. sebab free ler hahaa.. dah la tempat dia menarik.. dengan bangunan yang unik bersejarah macam tu huhuu.. Kalau muzium macam ni masuk tak rugi kot hahaha :D

      Delete
  41. Salam TT..
    wow.. 1/2 hari mase diambil nk jelajah 1 muzium ni.. mmg besar..
    pueh hati kalo cma sendiri dpt masuk..cma suka menyelongkar muzium.. hihihi..
    thanks sharing photos..rase mcm ade kt dlm muzium tu je.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Cma.. :D
      Yeap setengah hari kalau nak.. tapi kalau nak best pagi sampai petang la.. sebab banyak benda yang perlu dibaca dan sebagai nyer.. benda rare yg tak pernah jumpa sebelum ni..
      Insyallah akan terus berkongsi pengalaman dan gambar2 :D

      Delete
  42. Mcm kebanyakkan european tourist, diorang mmg suka giler ngan muzium2 nie. Berjam2 menghabiskan masa dalam muzium ... aku ?? memang tak la...klu pi London igt nak pi London bridge tangkap gambaq pastu pi shopping ...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memang ada masa 2-3 hari jer memang la ... lebihkan la tempat lain dulu nak berjalan.. muzium ni kemudian la.. tapi kalau dah seminggu lebih.. semua tempat kita nak berjalan kan hahaha.. amik gambar kat bridge tu mmg setuju :D huhuuu.. :

      Delete
  43. terima kasih lawat blog saya..info xbnyk pun just suka2 je buat blog ni..best tgk gmbr2 awak..bnyk tempat dh pergi..bnyk tips boleh ambk ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh terima kasih sudi datang jenguk blog yang tak seberapa ini.. :D
      Insyallah sekadar apa yang tahu kita share di blog ni.. tak la banyak sangat tempat.. sila la if ada tips yang berguna huhuhuu :D

      Delete
  44. Salam,
    Menarik..nnt kalau nak travel ke sana, boleh la I refer ur site ni. Suka la tengok gambar2 sini, detail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. tak ada la banyak sangat info.. but if ada tu u nak refer boleh la .. thanks for coming here.. :D

      Delete
  45. Lapa weyhhh..

    Hahah.

    Cebu jom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu.. insyallah ada rezeki kita jumpa di cebu yerr.. nasib aku bagitau kan hahaha :D

      Delete
  46. aku memang teringin betul nak pegi england nie..walaupun zaman makin lama makin maju tapi architecture dia still maintain macam dulu...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh jer.. Letak target.. usaha dan doa.. ada rezeki akan sampai jua di sana :D
      Itu lah yang best di sana sebab architecture kat sana still maintain kan yang lain huhu..

      Delete
  47. wow...tempat2 mcm ni memang seronok dilawati..boleh relakskan mata dan memori...apalagi kalau orang tu minat sejarah dan senibina...

    http://thetriptotravel.blogspot.com/2014/04/trip-to-seoul-skorea-day-3-everland-and.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang seronok untuk dilawati bukan sekadar sejarah tapi yg rare kita pun boleh lihat di sini.. senibina lama kan.. memang unik .. ok will visit u now thanks for the link :D

      Delete
  48. A few years in London..surprisingly kita tak pernah pergi muzium tu. he..he...cantik gak ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Few years in London ... tak pernah... huhuhu..sibuk tak ada masa kot hehehe.. :D

      Delete
  49. Saya akui banyak barang-barang dalam muzium di UK kebanyakan dicuri (bahasa sopannya ialah diambil) dari negeri-negeri tanah jajahan British,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat.. huhuu di ambil dari negara jajahan mahupun dibeli dari negara miskin huhuhuu.. :D

      Delete
  50. Salam 1Malaysia. Just nak tanya, kami with 'Family of 4' akn plan nk dtg ke London this November to visit my brother whom just entered as student at Brunel Uni and was wondering where is the "BEST" good spot to visit there with 8 days duration (2Nov-11Nov). Kalau boleh, place yg sesuai n selamat utk family cuz my mom n dad are very picky about safety, food n tmpt solat. Just typical parents do for kids to travel. Though us kids wanna go somewhere to buy cheap clothes, souveniers n etc. In other words, shopping (typicalgirls). and Beautiful Garden Place is a Must.

    Tq if reply to the comment and totally appreciate it.

    Btw, enjoying u're entry traveled the world. One of good blogspot to read. Full of details~ Just started to follow your every journey recorded. #NewFan #TouristMode

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru perasan and baru nak reply your comment hahahahaa...

      Delete