Pages

Friday, 23 May 2014

Royal Belum Part2 : Pulau Banding di Tasik Temenggor

Sambungan Dari  Royal Belum Part 1 : Calling From Travelholic Awesome Team

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Pagi Sabtu - 12 April.. Kami semua bersiap2 selepas solat subuh dengan tujuan bergerak seawal yang termampu untuk ke Grik dan terus ke Tasik Temenggor.. tetapi sedikit terhalang dengan bau Haruman Wangi Nasi Lemak yang di masak oleh Ibu Chawanna.. huhuhu memang terbaik.. Mungkin disebabkan lelaki tidur di bawah dan wanita semua di atas.. Maka lebih ramai jejaka yang membantu di dapur pagi tu huhuu :P


Ceria di pagi hari.. Blogger Dan Arif pun turut join breakfast.. :D
 Nasi Lemak Harum Wangi, Cucur Badak, Kuih Kaswi dan Kek Nemo..
Itu dia Kek Nemo Kak Anash huhuhu.. :D

Alhamdulillah pagi tu kami semua breakfast Nasi Lemak Wangi Daun Pisang di rumah Ibu Chawanna.. Tak cukup dengan itu di tambah lagi dengan Kuih Kasuwi ( Dr Shah Rule) - Kaswi ( Chawanna ).. Macam2 ejaan ada.. Janji ia sedap di makan.. Bila dah siap semua hidangan tiba2 Ibu Chawanna buka peti ais.. Nak goreng Cucur Badak pulak... Waaaa tambah lagi.. One of my favorite kuih pulak tu huhuu..


Suasana dan wajah-wajah ceria kami di pagi hari yang mulia ini hehehe... 

Selesai Breakfast.. Kami mula bersalaman dengan rasa sedih berpisah padahal sebab tak boleh makan nasi lemak dan kuih cucur badak yang sedap ni lagi.. Nasib baik Ibu Chawanna bekalkan aku Cucur Badak tu sket nak ke Royal Belum huhuhuu.. Dan Arif serta isteri beliau pun turut memberikan lambaian selamat pergi untuk kami huhuu.. meriah sungguh pagi ini..


Senyum dan terus senyum memanjang.. Thanks to all of you :D
Selfie memang terbaik la.. sampai nak keluar tingkap pun ada huhuu .. :D

Okay untuk pagi ni arrangement kereta bertukar kalau semalam aku naik dengan Lili, Bayya dan Hang Dhamin.. tapi kali ni kene transfer sekali dengan Kak Anash, Janggel, Shahrul dan Hang Dhamin.. Kereta 2 - Bayya, Paie, Lily dan MasMZ.. Kereta 3 - Kak Ely, Bro Hasrul, Sami dan Suci.. Kereta 4 - Chawan, Chawanna, Icam dan Aqila.. Kereta 5 - Husband and wife Zaraab dan Fadh..


Mengalas perut di gerai makan di Jeti Pulau Banding..
Lapor sungguh mereka .. Dari kiri Dr Shahrule, Janggel dan Hang Dhamin..
Pemandangan di Jeti Pulau Banding.. Credit to Janggel Trekker :D
Saudara Hisham Yusof memberi talimat ringkas untuk perjalanan houseboat ini..
Bersantai sambil mengisi borang selepas penat memunggah beg ke atas houseboat..

Sebelum pukul 12.00 tengah hari alhamdulillah kami semua selamat sampai di jeti Pulau Banding.. walau beberapa kali sesat nak cari jeti ni sampai ada yang masam muka hahahaa.. Sampaikan Hang Dhamin meletakan jari di bibir demi menyuruh aku diam sebab takut bila semua dah kasi pendapat masing2.. lagi celaru jadi nyer hahahaa..

Sebelum naik ke houseboat ada gerai makan di jeti boleh la anda mengalas perut.. Nak makan nasi campur atau goreng2 pun ada.. Bersama kami ada 6 orang Chinese yang suka senyum.. 5 pelajar yang ceria dari sebuah university dan satu pasangan veteran spotting bersama anak lelaki mereka.. So we the biggest team on board and we conquer the environment hehehee.. :D

Trekking Mencari Dan Melihat Bunga Rafflesia

Taklimat sebelum trekking di mulakan :D
Jom Masuk  Uzma Respect Nature.. 

Houseboat memulakan perjalanan sambil kami semua di minta untuk mengisi borong dan taklimat penerangan di sampaikan oleh Saudara Hisham Yusof dari BOA - Belum Outdoor Adventure.. Dan perjalanan di dahului dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Issam salah seorang krew BOA.. Dan seorang lagi krew BOA Saudara Hilmi Yusof.. Seorang yang terkenal dalam dunia photographer.. Gambar beliau pernah dibeli dengan harga RM 20 ribu okay!!!. bukan seratus dua huhuu.. Dan mereka bertiga bersama kaki tangan yang lain di dalam houseboat sangatlah friendly menambahkan lagi kecerian suasana kami :D


Bunga Rafflesia yang ada dah mati dan sesetengah nyer masih di dalam kuntum huhuuu..
Yang layu sahaja rezeki kami nak lihat.. sedih nyerr..
Insyallah akan kembali untuk melihat keunikan Bunga Rafflesia..

Destinasi pertama kami untuk hari ini ialah untuk melihat bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia.. Houseboat berhenti pada di sebuah jeti dan kami memulakan trekking kedalam hutan lebih kurang dalam 15 minit kami sampai.. Alhamdulillah ada Bunga Rafflesia ni tapi semua dah layu kehitaman.. dan yang tinggal adalah pucuk2 baru yang belum terbuka menjadi Bunga Rafflesia.. Setelah sedikit penerangan di beri oleh Saudara Hisham Yusof kami beredar pulang ke Houseboat..


Selamat Tinggal Bunga Rafflesia.. Nanti ada masa kita jumpa lagi huhuu..
Keindahan melayan pemandangan dari Houseboat ini memang terbaik
- Credit tu Hang Dhamin

Info Bunga Rafflesia -  Taburannya yang sangat terhad.. Bunga ini hanya tumbuh di Hutan Hujan Tropika Asia Tenggara sahaja. Selayaknya Rafflesia menjadi kebanggaan dan simbol kepada keindahan dan kepelbagaian hutan tropika di rantau ini.. Daripada 20 spesies Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia lapan daripadanya terdapat di Malaysia.. Antara nama lain bagi bunga ini ialah Bunga Pakma.. Dan Gajah adalah haiwan yang amat menyukai bunga ini untuk dijadikan sebagai makanan..

Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan, tetapi ia tidak mempunyai klorofil, iaitu bahagian hijau tumbuhan yang diperlukan dalam proses membuat makanan sendiri seperti yang terdapat pada tumbuhan lain. Bunga Rafflesia indah dan menawan tetapi berbau busuk. Selain itu, Rafflesia merupakan sejenis parasit tetapi jarang-jarang ditemui dan dilindungi pula, berlainan dengan parasit lain yang selalunya dikaitkan dengan penyakit dan sukar dikawal daripada merebak.. Conrinue Part 3


101 comments:

  1. Bestnya... Dapat le merasa ertinya sebuah persahabatan bila travel ramai-ramai..sedihnya tak dapat tgk bunga rafflesia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju sangat.. Mengeratkan lagi erti sebuah persahabatan kan.. Seronok jalan ramai2 macam nie.. Part tak dapat tengok Bunga Rafflesia tu memang sedih sangat huhuu.. Insyallah nanti akan datang lagi :D

      Delete
  2. wah wah wahhh kenyang uols mkn mcm2 bfast ea..untunglah
    sedap pulak tgk cucur badak tu iols pya fevret jugak tu
    2ketul x cukup..kena berketul2 hahahahaha

    syangnye xdpt tgk raflesia tu semua dah layu ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kenyang pun .. saya makan sampai dua pinggan tak nak menyesal di kemudian waktu katakan hahaha.. Betul tu Cucur Badak tu memang sedap besor2 pulak tu huhu..

      Itu lah..insyallah akan datang kembali untuk melihat Bunga Rafflesia tu nanti :D

      Delete
  3. bunga raya harus tukar jadi rafflesia jadi bunga kebangsaan haha.
    alahai tengah lapaq, pastu tengok gambar nasik lemak. mengundang~

    ^__^ salam jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Juga Cik Umie Artoqiemie..

      Hurm betul jugak tu tukar jadi bunga kebangsaan tapi kalau buat2 dua jadi bunga kebangsaan pun lagi bagus huhuhuu.. oh sorry la jadi lapar pulak erkk.. tak ada niat pun huhuu.. :D

      Delete
  4. salam....
    wah..awal2 dah tunjuk makan...tetiba rasa lapar nak makan nasi lemak..hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... Dah kata kita start cerita dari breakfast mesti la kene tunjuk makanan kan huhu..
      Nasi Lemak tu dengan Cucur Badak memang terbaik la di Ipoh :D

      Delete
    2. Yaka...haaa nanti dtg penang merasa cucur badak penang pulak..hehe

      Delete
    3. Oh bila kah itu.. saya menanti jer ni hahahaa..
      cucur memang satu kegemaran hahaha :D

      Delete
    4. datang nanti bg ja tahu...orang penang besar hati nak blanja ni haa...hehehe

      Delete
    5. ehehemm...ehem...akak JM tak nk lanje ke hikss

      Delete
    6. hahaha...akak JM...mai lah,,,nanti kita blanja..roger2 ja.. =)

      Delete
    7. Ish akak jm nir sibuk jer.. hahaa tapi boleh jugak bak belanja sekali kann.. nak dgr kak jm bercoleteh jugak hahaha :D

      Delete
    8. kak Yan Ty...alang2 balik penang..boleh la blanja kita orang..hukhuk..

      Delete
    9. Meriah nie.. jom lepak satu meja ramai2 huhu.. :D

      Delete
  5. Perjalanan yg panjang. Ambil masa tapi masing-masing ada kerdibiliti itu yg best. Idea curah sama-sama dan jenis tak kisah makan apa sama-sama. Seronok kakak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjalanan tak la panjang tapi pengisian nyer memang penuh huhuu :D
      Semua satu kepala memang la seronok sangat.. buat apa pun semua enjoy huhuhuuu :D

      Delete
  6. Doakan one fine day saya juga mampu travel seperti anda :) .. InsyaAllah .. perjalann yg sangat menarik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga Cik Aina Amirah juga di beri keizinan dalam melihat keindahan alam semula jadi.. Apa pun kekalkan niat dan usaha .. pasti jalan akan ada..!!

      Delete
  7. Replies
    1. Waalaikumslam.. yeap memang seronok dan best.. nanti ada masa jangan lupa ke Royal Belum Park :D

      Delete
  8. hhaaa sampai sesat2 cari jeti ek...alamak tak dpt plak tgok raflesia tu bekembang klu tak msti cantik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sampai sesat kot .. duk patah balik ke hulu ke hilirjambatan tu tak jumpa2 jugak .. last dapat jugak alhamdulillah :D Insyallah next time nak datang lagi nak tgk rafflesia tu :D

      Delete
  9. bestnya..naik houseboat sambil layan view tasik...org Perak pun tak sampai lg ke Temenggor ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok naik Houseboat tu ..La kenapa orang perak pun tak pernah pergi Tasik Temenggor tu.. best kot :D layannnnn :D

      Delete
  10. orang lama lama buat cucur badak konpem sedap...tetiba teringat cucur badak mak buat!
    dah habis membaca entry dari TA yang lain...kat sini ada nampak gambar-gambar yang takde disana :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal.. tau makan jer lupa nak tanya macam mana acik buat hahaha :P
      Oh ada gambar2 yang lain ker?? rasa biasa jer.. sebab diorang lagi hebat mengambil gambar .. saya ni camera pun biasa2 jer huhuuu :D

      Delete
  11. wajah wajah yang ceria dan bersemangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya kene ceria dan besemangat.. nanti orang lain tengok mereka pun semangat hahahaa :D

      Delete
  12. Keluarga besar..mmg best kalau travel ramai2 pastu 'satu kepala' tak ada lah scene merajuk bagai..kek nemo tu mmg cantik...syg plak nk mkan..kak anash mmg teror lah masak..semua jenis kek dia boleh buat ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga besar.. ??/ huhuhuu.. lepas ni nak ikut Kak JM berjalan pulak hahaha boleh tak?
      Itu lah kalau dapat geng satu kepala memang seronok.. buat apa jer mesti enjoy kan..
      Aah Kek Kak Anash tu memang sedap lawa pun yer hahaha.. :D

      Delete
  13. Best pulak tengok geng2 pencinta alam semulajadi ni..penah stay boat house dlu kat kenyir..mase kat sana rasa nyesal tapi dah balik rasa mcm best jugak..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhhh.. biar betul.. macam mana boleh rasa menyesal duduk atas ruah bot tu.. best kot hahahaa... itu lah ada geng2 pecinta alam ni semua seronok huhuhuu :D

      Delete
  14. kawan aku pun baru balik dari royal belum nie...memang tempat dia cantik diler katanya...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaik pun.. lepas turun dari rumah boat terasa nak naik balik hahahahaa..
      Ada masa sila lah ke Royal Belum Park ni.. memang puas hati :D

      Delete
  15. sebelum mengembara kena isi perut dulu kan? baru ada tenaga. teringin nak ke Belum Park cuma x de org nak temankan aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kene isi perut baik2 sebab atas boat macam boleh jadi huhuhu..
      Insyallah nanti sampai la tu.. mana tau boleh pergi sama2 kan :D

      Delete
  16. sukanya kaksura tengok..semua ceria2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. itu lah yang penting.. kecerian.. kalau jalan tempat best tapi tak ceria.. habis la.. thanks travelholic awesome & friend :D

      Delete
  17. ruginya tak dapat tengok rafflesia ..err, dia ad musim ke? wktu abah pegi dulu, *lupa dah bila, hehe tahun lpas kot, snap pic bnyk2 lagi.. hehe, lawa .. ~~

    just nk tau, kalo dpt tahu, bila, then bleh pegi tpat pada masa bunga tuh kembang .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang satu kerugian yang teramat... musim.. ermmm itu tak sure la.. Untun la abah awak... rezeki dia.. kalau saya pun akan snap gambar banyak2.. lawa kan bunga tu :D

      masa kami pergi tu memang time yang sesuai.. just nasib jer la yang tak baik huhuu..

      Delete
  18. kat sini nak pegi..kena ramai2 baru bess..kalau sorang dua mmg x bess...meriah sungguh makanan...tambah meriah bab selfie tu...sampai terkeluar benda alah tu...hebatttt...hehehe...x ada rezeki TT nk tgk raflessia kembang...kuncup je yg ada...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. klau seorang dua nak buat apa jer.. bukan nyer boleh masuk ikut suka2.. macam houseboat pun kene minimum 25 orang kalau tak silap.. makanan sedap tu kene berterima kasih pada Chawanna la.. selfie dah tahap kritikal mcm tu la :P insyallah akan pergi lagi untuk menikmati keindahan di sana :D

      Delete
    2. ooo houseboat minimum 25 org..klu mcm company buat trip atau family ghadering sesuai la....makanan sedap bertambah semangat la nak berjalan...ye tak.. :)

      Delete
    3. Betul tu.. buat family gathering memang terbaik.. yang nak santai boleh.. nak mancing boleh.. nak menghayati keindahan alam pun boleh :D .. makan dari BOA memang terbaik kak oiiii... :D

      Delete
  19. Nasi lemak mak Chawanna dah femes. Macam tu rupanya rafflesia yang dah mati. Saya pernah tengok yang kuntum mekar, bukan rezeki korang haritu tapi xpe view tasik ke sungai tu sangatlah damai. Boleh repeat lagi nanti Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah dah femes boleh la buka gerai.. orang semua nak merasa nie huhuuu.. :D
      Itu lah rupa nyer bila dah mati kan ... cuma kuntum mekar xde peluang lagi nak tgk ..
      Insyallah nanti kita repeat lagi.. jom :D

      Delete
  20. nih yang malas nih kalau 'konon2' terre buat kek...
    adeh...
    tu kek butter je...yang kek lenlain akak tak pandai la dik !!!
    *terus lap oven yang berkarat ditelan zaman*
    semua gambo sengeh..nih iklan ubat gigi ke hape?
    (hahahahaah...)
    PS: ooo..ada komplot 'tutup mulut' masa sesat ke jeti tu eh???

    Terima kasih TT kerna sudi terima perangai kami ini.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh terer la tu kan.. buat kek warna nemo .. rasa kalau secret resipi huhuhuu...
      Butter pun tapi ada uuuummmm kan.. oven tak per berkarat tapi janji yg kelaur dari oven tu sedap ... sengih sebab gembira tak fikir pun gigi tgh putih hahahaa...

      Eh komplotker mana ada hahaha.. tgk muka semua dah berkerut jer time tu hahahah :P eh terima jer... mana ada perangai pelik semua happy jer ;D

      Delete
  21. bulan depan InsyaAllah join trip kawan ke Royal Belum ni...
    teruja sangat nak naik houseboat...sebab memang idaman...dalam wishlist sejak sekian lama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. alhamdulillah di doakan moga semua urusan dan perjalan pergi dan balik semua nyer dipermudahkan dan selamat... wishlist yang akhir nyer termakbul juga :D

      Delete
  22. Replies
    1. Alhamdulillah meriah dengan suasana dan geng travelholic nie :D

      Delete
  23. Sayang raflesia dah layu..kalau tak mesti cantikkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah sayang sangat tak dapat tgk bunga rafflesia tu.. insyallah next time nak repeat balik :D

      Delete
  24. itudia itudia da masuk hutan da.. rindu aktiviti cenggini tapi tak
    boleh dah sekarang kekeke..

    btw kek nemo tu cute sangat. memang cem nemo omoo ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk hutan memang aktiviti yang menyeronokan sangat.. :D ini pu baru keluar dari hutan jer hahahaa... tak boleh dah?? kenapa yer.. insyallah perlahan2 la mulakan balik :D

      Aah nama pun nemo.. kan sedap lak tu hehehe.. thanks kak anash :D

      Delete
  25. hari tu pi xsmpai ke royal belum..kitorng melencong ke kwasan lain..tapi trkezut sbb jumpa ulat sepnjang kaki! hua!! pastu kan dgn pacat lagi..aduhai..pengalaman2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulat sepanjang kaki??? biar betul.. apakah ada ulat sebegitu yang masih wujud huhuhu :P
      pacat dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan hahaha :D

      Delete
  26. Sedihnya part reflesia tu...mmg soh pegi lagi la jawabnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. tapi memang Royal Belum nie best sangat... tak rugi pun pergi dua tau kali huhuu :D

      Delete
  27. ingatkan kat sabah je ader raflesia.. best jugak yer pegi hutan belum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah mula2 ingat kan ada di sabah sarawak jer huhuuu... tapi du Belum pun ada.. itu lah kelebihan ilmu bila kita buat aktiviti outdoor ;D

      Delete
  28. Mendekatkan diri dengan alam membuatkan kita rasa lebih bersyukur atas nikmat kurniaan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju sangat.. bila kita kagum dgn keindahan mulut tidak pernah berhenti menyebut kebesaran Allah... :D

      Delete
  29. woow, hebat .
    ini semua projek blogger terkenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereke jer yg blogger terkenal.. saya jer yang amik nama diorang huhuuu :D .. apa pun Belum Park memang best :D

      Delete
  30. part makan memang BEST! i wish 1 day akan tergerak hati nak pi tempat2 nature cam nih..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan.. moga di permudahkan suatu hari nanti.. :D
      Yang penting semangat mesti ada.. lepas tu baru la misi kana bermula ...:D

      Delete
  31. masa saya pergi sempat lihat bunga rafflesia tengah berkembang.. memang rezeki kami dapat lihat 2 bunga rafflesia...

    makan tengah hari kat jeti tu sedap jugak kan... betul2 menu kampung... suka sangat..! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki cheq eem... bukan senang nak dapat tu.. even timing dah betul pun tapi kalau nasib tak menyebelahi pun tak boleh jugak.. aah menu kampung.. layan :D

      Delete
  32. just come back from royal belum~~
    bunga raflesia hitam jgk.huhuhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh baru balik ker? macam mana best tak??? huhuuhuu excited sungguh nak dengar cerita dari dia :D la hitam jugak ker.. xde rezeki sabar jer la.. insyallah ada la nanti :D

      Delete
    2. yg participate during my trip me n 3 of my friends, then yg balance adalah chinese.hahaha.mmg minoriti, tp layanan lagi special sbb kami berempat ja melayu +pompuan plak tu.hahaha.

      Delete
    3. Untung la because u all semua wanita melayu terakhir di atas rumah bot tu huhuuu...
      Harus la dapat layanan istimewa kan .. Tak apa next time boleh datang lagi group lebih besar kan :D

      Delete
  33. Bila awak cite pasal bunga Reflesia nikan TT teringat cerita Linda Jasmay tajuk Ponti anak Remaja...dia cari bunga harum sundal malam kat hutan hehe....
    Oh busuk rupa bau bunga tu yeh TT....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bau dia busuk .. tapi masa kami datang ni dia dah kecut dan layu so tak ada la bau busuk tu... Huh citer Linda Jasmay..??? tak tahu la pulak hahahaa.. :D

      Delete
  34. Ty pun suka cucuk badak.. terliur sat. Alahai bestnya... Keciannya tgok bunga raffflesia tu. Cm xdijaga je... Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak di jaga tapi jangka hayat bunga rafflesia itu terlalu singkat..
      Cucur Badak memang terbaik kot.. rasa sedap sesangat ;D

      Delete
    2. tapi mcm xdijaga je... terbiar je... hurm... fav juga... lpr je fikir lik

      Delete
    3. Benda tu wild di dalam hutan.. tak perlu di jaga .. ianya akan tumbuh dgn sendiri.. :D - Itu lah lapar jugak tgk cucur badak tu huhuu

      Delete
  35. Assalamualaikum.. lama tak singgah sini lpas tukar URL. harap sihat2 saja. tak prnah lg ke royal belum. takda kwn2 yg sudi masuk hutan. huhu. memang best je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...aah lama tak lama la sangat .. ala biasa la tu kadanh2 busy kan..
      Oh tak de kawan2 ker yang suka masuk hutan ni.. kesian nyer.. tak pe nanti boleh plan :D

      Delete
  36. Salam.Best je tgk gambo semua senyum senyum gembira.Ciku pun pencinta alam dolodolo la ni tgk kat TV National geo je..hihi..:).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. senyum itu kan bersedekah :D
      Itu lah kalau pergi Belum Royal Park ni macam berada dalam TV National Geo jer huhu..

      Delete
  37. Laaa bungan PAKMA tu bunga RAFLESIA rupa2nya.
    Blank seketika masa kwn sebut tu hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ker.. hahaha.. masa kat sana pun baru tahu nama lain bagi rafflesia tu ialah bunga pakma hahaha :D

      Delete
  38. Replies
    1. Huhuhuuu.. jangan keles anda pun boleh untuk kesana terbuka pada umum :D

      Delete
  39. sayang sekali bunga rafles nya sudah mati :-( btw jadi ngiler sama nasi lemak nya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. harapan punah sama sekali huhuhuu..
      Nasi lemak itu yg terbaik pada kaawasan itu :D

      Delete
  40. bunga rflesia yg da mti jd hitam cmtu??
    errrr....

    *nmpk sedap kek nemo tu..ade rase nemo x?ehh *

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah once dia dah mati dan layu.. akan bertukar menjadi hitam.. itu lah rupa nyer.. kek tu kalau rasa nemo memang hebat la hahaa.. :D

      Delete
  41. Okla tu bole tuntut ilmu masak nasi lemak sedap :)

    Tp sayangkan bunga rafflesiadah mati, kalau x, sure berkembang cantik ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab menuntut ilmu masakkan nie memang kegemaran kot.. huhuuu.. itulah syg bunga rafflesia tu dah mati.. kene pi lagi la jawap nyer..

      Delete
  42. fuhhh fuhhhh tudiapart two lagi ohsem ! dengan cucur badak dia. dgn kek nemo dia. dgn nasik lemak dia. #selfie mmg harus dah zmn skg nih. tmbh plak bila ada monopod camgitu kan.. kikiki
    dok plan gak dgn kwn2 nak p sini.. dok kat houseboat tu blh mancing skali dak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. makanan kan antara penyeri keadaan dlm trip.. selfie itu wajib.. hehehee..

      La mesti la boleh mancing atas rumah bot tu.. jgn tak mancing rugi nanti.. nnti kalai dah plan tak cukup org bgtau la.. nk pi lagi ni..

      Delete
  43. makanan for the whole trip ohsem kan kan kan kan..... nyom nyom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah dah le meriah dgn ahli ahli .. pastu tambah makanan yg awesome tu.. terbaikkk ..!!!

      Delete