Pages

Saturday, 22 July 2023

Singapore Part 6 : Raffles Place Park - Humble Bakery - Boat Quay Riverside

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan dari Singapore Part 5 : Garden By The Bay - Marina Bay Sand - Merlion Park

Kitorang satu family pergi Singapore 3 hari dua malam sahaja tapi ni dah masuk entry yang ke 6. Layan jer la. Actually banyak jugak tempat dan things to do in Singapore. Aku pun cover bahagian Selatan Singapore. Nak pergi ke Sentosa Island tu tunggu duit Malaysia strong sikit boleh la datang semula :P

Ok baik selepas mission kami selesai di Merlion Park. Aku pun get ready nak balik rumah abang aku tapi ntah macam mana jambatan sebelah Merlion Park tu tutup untuk kerja-kerja persiapan National Day Parade (NDP). So time ni terpaksa whatsapp abang aku sebab direction dia bagi amik bas kat sini jer.

Terus makan semua makanan yang take away di sepanjang Jalan Merlion tadi.

Raffles Place Park

Disebabkan kami tak boleh naik bas dan jalan lain nak balik adalah dengan menaiki train di Clark  Quay MRT Station setelah abang aku explain direction dari whatsapp. Maka kami start melangkah kaki. Tempat ni kami tak sengaja terjumpa sebab tau tau selepas melalui jalan di bawah Bangunan CIMB Singapore kami jumpa park yang mana ramai orang bersantai, siap ada disediakan kerusi meja dan buai.

Sebelah park ni ada Coffee Bean, 7Eleven, Boost Juice, Starbuck di bawah bangunan CIMB ini. On other side di One Raffles Park macam sebuah mall siap ada pasaraya Mark & Spencer kat dalam. Lepas habis makan ala kadar kami terus masuk dalam bangunan One Raffles Park sebab nak tengok apa yang ada. Alang-alang dah sampai kan.

Jalan kaki lebih kurang 500 meter dari Merlion Park
Park ni redup sebab dikelilingi oleh bangunan yang tinggi.

Actually kalau korang malas nak jalan kaki dari Garden By The Bay. Korang boleh naik train dari Bayfront MRT Station (Marina Bay Sand) ke park ni. Cuma aku tak tahu train tu satu line yang sama ke atau tidak. Dan kalau nak lagi senang naik teksi atau E-Hailing. Bas aku tak sure ada tak ke sini dari Garden By The Bay. Dah malas nak google hahaha.. 

Humble Bakery @ One Raffles Place Address: One Raffles Pl, #02-27, Singapore 048616

Nasib ada 7Eleven sebelah park ni so boleh la beli Maggi Cup, chocolate, air kotak, jagung rebus and few other things untuk The Kids makan. Lepas selesai makan kami masuk dalam One Raffles Place Mall, sekali rupa-rupanya tak banyak kedai yang banyak cafe, cafe dan café mungkin sebab sini commercial area so buka cafe memang laku la. By the way Humble Bakery (Klik Link) ni berada di tingkat 2. 

Muka semua memang dah out of service that y nak lepak coffee kejap.
Ice Latte, Ice Chocolate, Ice Lemon Tea with Scones

Sebab dah penat berjalan jauh dan dalam mall ni sejuk so kami decide nak lepak cafe. Dalam banyak-banyak cafe kami pilih Humble Bakery mungkin sebab dia paling ceria kot hahaa. Lagi pun masa tengok kat kaunter ada tulis promo Coffee or Chocolate with Piece of Cake $7.99 SGD. 

Satu perkara yang aku respect dengan brother cina kat kaunter ni masa nak order. Dia tiba-tiba cakap "Ops sorry, u can not have the cake, all the cake is not Halal" but then dia kata tak apa la dia replace dengan scone sebab cake tu datang dari luar but scone tu dia bake sendiri.  Lebih kurang macam tu la yang aku ingt.

And aku recommended sangat scone kat sini sedap 9.5/10
Semua scone sedap-sedap, yang pasti halal untuk di makan Alhamdulillah :D

Nampak tak kat sini kita boleh tahu tak semua benda tu halal especially ada orang kata "Ala.. roti dengan kek jer kot.." kat sini dia bagitau adalah perkara biasa kalau vanila atau chocolate tu bancuh dengan alcohol. Scary dengar sebab sekali benda tak halal kita makan 40 hari amal ibadah tak diterima tau. Dah la amalan tak banyak kene tolak 40 hari pulak tu.

Area sekeliling Raffles Place Park ni memang cantik especially building lama mereka.

Boat Quay Riverside Address: Bonham St, Singapore 049782

Habis melepak dan recharge tenaga di Raffles Place Park ni kami pun bergerak menuju ke Clark Quay MRT Station. Perjalanan menyusuri sepanjang sungai. Memang recommended sangat kalau nak jalan-jalan area sini view memang lawa. Time ni still panas cuma tak la sebahang macam tengah hari tadi. Jam pun dah hampir pukul 4 petang.

Actually ada hikmah jugak jalan ditutup sebab tak sangka boleh explore tempat lain. Sungai pulak bersih dengan matahri yang dah condol ke barat, memang cantik view. Time nni dah menyesal tak bawa camera DSLR. Guna iphone wife jer la amik gambar sepanjang travel ke Singapore ni. Jom layan gambar view kat bawah ni.

One thing kat Singapore ni mereka jaga bangunan lama tak boleh sesuka hati dirobohkan.
That y nampak bandar dia unik cantik. Mengekalkan culture dalam pembangunan moden :D


Masa menyusuri Boat Quay Riverside nie tiba-tiba kami nampak kelibat Mcdonald. Terus The Kids kata nak aiskrim pleasee. Actually mak ayah depa pun nak aiskrim sebab kepanasan.. Kita reward la the kids kan sebab sepanjang hari berjalan dah lebih 6 km tapi yang lagi best time ni mak nya yang belanja hahaha.. 

Kalau tak tahu mana nak cari makanan halal kat Singapore
McDonald, Burger King dengan KFC boleh consider.

Lepas bersantai-santai di Mcdonald kami teruskan lagi berjalan menyusuri sungai di Boat Quay ni tapi nampak gaya macam dah silap masuk sebab bila start kedai-kedai ni semua tempat macam pub, night club macam tu. Boleh kata area untuk berhibur minum arak. Walaupun sini antara atrraction dia adalah the best seafood. But aku rasa macam tak halal kot, kalau dah sepanjang jalan arak je memanjang.

Menyusuri sungai dari Raffles Place Park sehingga Elgin Bridge sepanjang 1.0 km

Masa nak bergambar di permulaan jalan masuk ke area kedai-kedai di Boat Quay ni ada uncle orang putih dari United Kingdom panggil kitorang tanya nak tolong ambilkan gambar ke? so aku pun saya "Yes please.. Thank you so much.." walau masa tu kat tangan dia ada cawan jug arak tengah minum :P

Tapi lepas amik kan gaambar tak pasal-pasal kene ceramah sikit dengan uncle tu.. "U have very nice kids so don't ever think or try to drink.. u will end up like me.." Aku pun macam aaaaa... ok thank you.. lebih kurang macam tu la. Masa tu la dia cakap dia dah takde family sebab dah bercerai dan anak-anak tak tahu kemana. So enjoy the last piece of life in Singapore.

Entrance ke arah kedai-kedai di Bonham Street Boat Quay.
Seafood kat sini semua gred AAA++ memang besar-besar udang ketam dia..
So terus berjalan dan berjalan sampai la jumpa Elgin Bridge nie. Masuk bawah cross dua bridge, belok ke kiri jumpa la dengan Clarke Quay MRT Station.
Jalan ditutup punya pasal tambah perjalanan 2.0km yang memuaskan.

Lebih kurang jam 5 petang kami sampai di Clarke Quay MRT Station. Penat tak yah cakap dah time ni tapi tetap puas hati banyak tempat kitorang cover hari alhamdulillah. Paling best The Kids semua memang stamina kuat macam mak ayah dia. Kakak dua orang tu sentiasa bantu adik dua orang lagi. Nak suh bergambar memang tak ada yang meragam sebab penat. Kira okla trail untuk backpack ni. :D

Bersambung Singapore Part 7 : Tikka Centre - Sultan Mosque - Woodland Border (Final)

46 comments:

  1. Ada 1 kedai kek dalam Great Eastern Mall jln Ampang. Pernah nak beli kek disitu, then pekerja bgtau kek ini, kek ini…kek itu is non halal, tapi pavlova ni halal, u boleh mkn. Kek yg non-halal tu sbb ada red wine. Terkejut dgr masa tu tapi thanks to him sebab jujur bgtau.

    -julie-

    ReplyDelete
    Replies
    1. That why kene make sure ada certificate halal jakim especially kita yg ada dlm Malaysia.. Setakat kata no pork no lard tak cukup enough.. Unless kita tak ada choice sebab bukan dalam Malaysia la..

      Delete
  2. wahhh banyaknya u berjln utk explore :) thanks for sharing psl non halal cake tu..memang i sgt particular bab2 ni, so tiap kali travel abroad, i tak berani beli roti/cake/dessert sbb tak pasti apa ingredients dia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau berjalan ni mmg kita akan explore banyak benda yg kita tak expect.. kan :D
      Thay y kat luar negara mmg kene tanya ingredient sebelum beli especially chocolate, aiskrim, cake and so on..

      Delete
  3. Bakal suami sis kerja kat Spore...insyaallah bulan 11 nanti nak pi Spore jenjalan...dulu pi atas urusan kerja so x dapat nak explore..pergi hari ni esoknya dah balik...stress jer ingat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat bakal suami kerja oversea tu.. Tahniah :D
      Ok good nanti study betul2 mana nak pergi di singapore.. byk tmpt best2 kat sana.. uishh pi jauh2 tido semalam esok tu dah balik mmg penat tu :D

      Delete
  4. Seronoknya! Doakan saya juga dapat ke sini nanti :)

    ReplyDelete
  5. antara cabaran kalau berada di kawasan majoriti bukan Islam ialah makanan...terpaksa berhati-hati dan wajib tingkatkan keimanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dalam mencari keindahan nikmat dalam mengembara soal halal dan haram kene dititik beratkan demi menjaga iman . insyallah :D

      Delete
  6. Alhamdulilah jumpa bro kedai yang bagus dan concern pasal makanan halal. Aritu ke Bangkok pun akak tak berani nak beli roti, sebab malas nak belek bahan-bahan dia. Ambik apa-apa yang ada tanda halal jelah.

    Sedih pulak baca pasal uncle mat saleh tu.

    Hikmah jalan tutup, rupanya banyak lagi tempat boleh explore. Anak2 pun bagus boleh ikut jalan-jalan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak sangka baik sgt bro tu tapi itulah bila mengembara bermusafir ni insyallah akan ada byk petolongan Allah.. kalau ada logo halal tu amik yg itu jer tapi bila takde kene concern sket nk beli mknn tu..
      mmg the kids ni lulus ujian dgn ayah dia .. insyallah akan dibawa next trip :D

      Delete
  7. Good sharing bro..luckily anak2 well behave ya. Hihi.. take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni first time travel bawa semua kids.. Behave boleh la bawa next trip.. Thanks for coming :D

      Delete
  8. Thanks for sharing. Dulu pun pi sana aunty uncle yang bawak, maka kami ikutan saja. Next time nak pergi memang kena study dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome.. Okla tu dah dibawa ke sana.. so dah ada idea dan gambara mcm mana nak jalan-jalan di sana :D

      Delete
  9. Kuat anak-anak, boleh jalan jauh. Senang nak bawa jalan-jalan lain kali.
    Rezeki juga, dapat jumpa orang baik, bagitahu kek tak halal.
    Uncle yang tolong ambil gambar tu, takde tempat mengadu, kesian baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nampak gaya kids mmg boleh ikut la parent di gi travel lepas ni .. kira lulus la hahaha.. itulah bersyukur sgt jumpa dgn org yg baik.. dan akan jumpa pelbagai jenis org lain :D

      Delete
  10. Tak tau pulak Spore terkenal dengan sea food dia?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan seafood di Pasir Ris, Singapore memang terbaik Uncle :D

      Delete
  11. Kali terakhir ke Singapore tahun 2019. Kalau ada rezeki nak bawak anak2 ke USS sbb masa pergi USJ dieorg enjoy habis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu if next time dtg lgi mmg akan bawa anak2 ke other part of Singapore. Yg ini training nak backpack dulu utk nesxt mission :D

      Delete
  12. Nasib baik dia bagitahu dan bagusnya dia gantikan yang lain yang halal.
    Sayapun tidak berani beli kadang-kadang coklatpun teragak-agak juga.
    Hehe tambah jarak perjalanan. Boleh bawa anak jalan-jalan lain kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terharu sgt2 dgn brother cina tu sebab taking care of his muslim customer.. Kdg2 bila travel mmg akan ada je part yg tak seperti dirancang ..

      Delete
  13. Suka baca cerita penggembaraan TT, terasa saya pula ada di sana.. Akan ku baca satu-persatu cerita di post sebelum ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dtg ke sini.. Itulah baru nak hidupkan kembali blog ni.. Insyallah moga kali ini istiqomah berkekalan amin :D

      Delete
  14. Singapore byk 'pocket park'..kehijauan ditengah hutan batu...Alhamdulillah, anak2 sporting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sangat thr kids boleh berjalan kaki jauh mcm tu dlm cuaca panas huhuu..
      Singapore mmg cantik landcape mengekalkan kehijauan walau ditengah bandar..

      Delete
  15. bla cakap psl bangunan lama tu sy terus teringat studio jalan ampas...

    insya allah ada rezeki dtg singapore lg bolehlah try scone tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Studio jalan Ampas tu muzium studio P.Ramlee kan? Kalau betul mmg nak pergi hari tu tapi tu la tak cukup masa huhuuu :D
      Sila try scone tu mmg sedap sgt2 :D

      Delete
    2. sy tak sure yg studio tu dah jadi museum atau sebaliknya... yg pasti arwah jiran sy dulu tinggal kat belakang studio tu hehe... skrg tggl kenangan je laa...

      Delete
    3. Yeap betul tu studio tu dah jadi muzium.. Mmg nak pergi tapi tak kesampaian.. next time insyallah :D

      Delete
  16. kenapa tak try seafood kat situ? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idok ler teman nak makan seafood kat situ.. Nak makan seafood halal dan murah blh ker Pasir Ris sblh airport tu
      .

      Delete
  17. Replies
    1. Dari garden bay smpai la boat quay riverside tu..8 - 9 km jugak la huhuu...

      Delete
    2. jauh juga tu...tp bagus jg tu kecut lelemak hahaha

      Delete
    3. Kan.. Tapi bila balik Malaysia dpk qada balik makanan ..takde point jugak hahaha..

      Delete
  18. Baca tulisan ini, saya jadi ingin nak eksplore lebih lama Singapore. Soalnya tiap kesana saya selalunya main di USS, dan Clarke quay, untuk naik G max reverse bungy dan giant swing 😄, biasanya malam dimulai.

    Trus balik jakarta esok pagi. Memang hanya utk lepas stress aja kalo ke Singapore 🤣. Makanya jarang lama dan jarang eksplor kotanya.

    Hebaaat anak2 Abang, kuat jalan semua. Inilah saya nak biasakan anak2 saya utk sering jalan kaki seperti ini, biar kuat saat traveling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene training anak-anak byk berjalan untuk next mission travel ke tempat yg lebih jauh.. Beruntung la boleh jadikan singapore utk melepaskan stress pergi sekejap jer hahaha.. :D

      Delete
  19. Baru tahu banyak tempat oleh jln2 di Singapore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene explore mesti ada tmpt2 yg tak disangka2..

      Delete
  20. 3 Hari 2 Malam pun banyak tempat boleh pergi. Padat jadual. Memang tak rugilah bercuti. Baguslah mereka mengekalkan bangunan lama. Mesti cuba tu scones kalau sedap bagai dikata. Suka tengok permandangan Singapore yang serba bersih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 kita pergi kalau plan betul2 inshallah dpt banyak yg kita prgi atau buat.. Scone tu mmg terbaik mesti try.. Singapore mmg menang dgn kebersihan dia..

      Delete
  21. Cantik-cantiknya gambar...best dapat family bonding di Singapore. Haish....menggiurkan plak scone tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapore mmg cantik dan bersih dan keadaan agak tersusun dari bangunan dan penjalan kaki serta train mereka..

      Delete