Pages

Friday, 28 July 2023

Musim Durian Kita Ke Kebun Cikgu Di Pokok Sena

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

SALAM MAAL HIJRAH YANG KE 1445 kepada semua sahabat dan pembaca blog ini :D

Kita stop sekejap cerita pasal Singapore. Panjang sangat tak habis-habis hahaha.. Moh ler kita cerita pasal durian pulak. Yang baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan ke Pokok Sena, Kedah bagi menemui dua orang cikgu yang pernah mengajar di Sekolah Rendah aku dulu. Suami dan isteri keduanya adalah tenaga pengajar di sekolah rendah yang sama suatu ketika dahulu tahun 90-an punya cerita.

Khemah dan pondok serta meja kayu telah siap didirikan.

Actually ceritanya bermula masa datang beraya Aidilfitiri beberapa bulan yang lepas. Masa singgah beraya di Pokok Sena on the way balik dari Perlis ke Kuala Lumpur. Cikgu Azizan ajak masuk kebun dan bagitau durian tak gugur lagi kene tunggu sebulan dua lagi. Nanti dah gugur mai la makan durian.

Aku pun ok boleh tak ada masalah :P .. Cukup 2 bulan kemudian Cikgu Zaida dengan Cikgu Azizan whatsapp bagitau durian dah gugur ni bila nak mai. Aku pun bincang dengan wife setting masa bagai dalam dua minit jer. Dan terus reply insyallah lagi 2 minggu kami mai datang :D

Makan tengah hari Singgang Ikan Tongkol, Ikan Talapia Bakar, Keledek Rebus,
Kuih Badak, Air Asam, Ulam-ulam dan Sayur Campur. Simple tapi 2 kali tambah :P

Selepas Zohor terus ke kebun kita makan durian fresh yang baru jatuh :D

Di kebun belakang rumah cikgu ada lebih kurang 10 pokok durian. Selain durian ada Rambutan, Manggis, Jambu, Langsat, Duku, Mata Kucing, Nangka, Cempedak, Limau dan macam-macam lagi. Tapi masa datang ni hanya durian yang dah gugur. Buah lain semua belum ada tanda-tanda nak masak lagi. Dan masa ni Musang King pun dapat rezeki sebiji jer yang gugur :D

Hari Jumaat selepas balik keje tu. Kami packing barang dan masukan dalam kereta siap-siap. Cadang nak bertolak pukul 2.00 pagi sekali mata memang out of service. Sambung tidur semula bangun kol 4 pagi dan terus gerak. Alhamdulillah dalam dua jam kami dah lepas Ipoh dan bersarapan di RNR selepas Tol Juru. Boleh dikatakan setiap masa update dengan cikgu lokasi kami. Tak nak bagi orang risau menunggu kepulangan anak murid yang disayangi gitu hahaha..




Alhamdulillah kami selamat sampai dalam pukul 11.00 pagi dan terus dijamu makan tengah hari. Masa ni anak-anak semua dah bertempiaran ntah ke mana. Kami tinggal di rumah flat bila dapat rumah kampung mau bermain dan berlari tak cukup tanah budak-budak ni hahaha.. Lepas mak nyer jerit dan cekak pinggang, sorang-sorang mucul menyerah dirikan terus ke meja makan.

Lepas makan kami semua rehat dan tidur seketika sementera menunggu waktu zohor. Selepas solat berjemaah, kaki mula bergerak ke arah kebun beramai-ramai termasuk dua orang anak cikgu yang sedang bercuti ain dan aina. Mereka dua ni la yang rajin melayan si kakak dua orang tu dengan si Affan.

Kene buat unggun api sebab nak halau segala macam serangga yang berterbangan

Dia sorang je yang betul-betul bersemangat.
Asal dengar durian jatuh jer dialah orang pertama lari pi kutip :D

Alhamdulillah cuaca tidaklah begitu panas sebab kesejukan hutan masih terasa. Khemah dan pondok telah siap dibina oleh Cikgu Azizan sempena musim durian ini. Bak kata Cikgu Zaida kalau tak jaga dalam kebun memang hilang la semua durian yang gugur di malam hari. Even kebun tu betul-betul belakang rumah. Sebab memang terjadi banyak kali dah.

Oleh sebab kehadiran kami telah dinantikan maka durian yang gugur semenjak dua hari telah dikumpul untuk sajian kami. Memang puas makan lagi-lagi Abang Affan si hantu durain. Walaupun ditemani nyamuk dan asap dari kotak telur yang dibakar, kemeriahan tetap dirasakan.

Durian atas pokok memang banyak tapi tu lah tak nak gugur lak dia.

Alhamdulillah ada jugak la rezeki bukan takde langsung cuma nak bagi kids feeling kejar buah gugur tu tak dapat sangat.. Insyallah next time :D

Ntah kenapa pulak sepanjang 2 hari 1 malam kami di sini tak banyak pulak durian yang gugur. Itulah jangan disangka bila dah berkampung bawah pokok durian boleh makan durian sepuas-puasnya. Kalau tak ada rezeki memang tak ada nyer durian tu gugur. Cikgu pun pening patutnya hari-hari banyak jer yang gugur huhuu.. :P

Kami datang dulu kemas pondok sebelum yang lain datang bawa sarapan.
Seronok bersarapan dalam kebun sejuk jer time ni :D

Hari Ahad hari kedua kami di sini. Selepas subuh dalam pukul 6.50 pagi tu kami semua berkampung kat pondok ni. Bersarapan beramai-ramai nak tunggu buah durain punyalah pasai sampai la ke tengah hari. Then sebelum Zohor kami surrender sebab nak balik KL jauh dan elak jam so tak boleh stay sampai malam. Kang penat lagi satu citer.

Lepas solat zohor berjemaah kami pun bersalam-salaman. Anak-anak aku panggil Cikgu Azizan "Atuk" dan Cikgu Azian "Nenek" padahal aku panggil Cikgu hahaha.. So masa balik banyak buah tangan cikgu bagi tapi bukan semua durian la. Macam-macam ada Nangka, Bunga Kantan, Cempedak, Limau Kasturi, Limau Nipis dan banyak lagi.. Termasuk la dapat beberapa biji buah Asam Gelugor.. Tau tak buah apa tu? pi google cepat :P hahahaa.. buah untuk buat asam keping tu.


51 comments:

  1. Wah menarik. Seronok ada kebun sendiri. Ni lah impian mak saya, tengah dalam proses. Rumah baru je siap. Tinggal nak usahakan pokok-pokok buah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan la ini kebun cikgu kita .. mmg idaman kita jugak nak ada kebun sendiri huhuu,, insyallah one day :D

      Delete
  2. Seronok kan ada kebun buah-buahan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu org dulu2 tanam pokok buah sbb itu boleh jadi punca utk anak2 balik ke kg selalu :D

      Delete
  3. peminat durian..dpt plak mkn kt kebun cikgu tu..sronok btul la..dlu kecik2 suka mkn durian..dh besar ni tkleh mkn...tp mkn dgn pulut ok plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau peminat durian mmg berbaloi la masuk kebun kene lak waktu gugur buah .. Mmg makan smpai terlena la.. Awat dh besar tak leh makan lak pelik tu.. Hahahaa

      Delete
  4. Alhamdulillah…dapat jugaklah merasa tunggu durian, makan-makan dalam kebun buah-buahan.

    Haritu akak dapat beberapa biji buah asam gelugur, tapi tak buat apa pun sampai buruk buah terpaksa buang 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. actually nk bg anak2 rasa moment tunggu durian jatuh berlari pi kutip tu.. Setakat makan KL byk.. Tapi pengalaman tu yg mahal..

      La asam gelugur tu senang jer.. Potong nipis.. Jemur sampai kering dan boleh guna..lebih bersih dan terjamin halal gitu.. :D

      Delete
  5. Seronoknya! Teringin pula nak cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene cari sesiapa yg ada kebun durian.. Mmg puas hati duduk dlm kebun :D

      Delete
  6. budak2 seronok..tempat luas, berlari kesana-sini....best, durian fresh from ladang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah penat menjerit panggil budak2 ni balik pondok.. Si mak nyer smpai hilang suara hahaa.. Durian fresh bau pun kurang :D

      Delete
  7. bukan budak-budak je seronok ni,makpak pun berganda2 seronok kalau dapat masuk kebun durian ni,berkelah dalam kebun heaven nya la hai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. Tapi mak pak dia kene cover2 sket la..kang nampak buruk perangai hahahaa.. Kalau ada kebun sebelah sungai lagi la heaben nyer kak oii hahaha.. :D

      Delete
  8. amboiii lauk-pauk tuuuu memang mengundang betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan style kg ni masak simple tapi sedap dia lain masyam hahaha.. Kene la aiq asam dia terbaik
      . Cicah ulam gitu jer.. :P

      Delete
    2. sebab tu x boleh mkn selalu nnt jadi nelayan. asik ke lauttt je diet tu hahahaha

      Delete
    3. Jauh tu simpulan bahasa dia hahaha.. Tapi nelayan ramai kursus2 sebab apa pulak walau jauh ke tgh laut :P

      Delete
  9. yg pasti pondok durian simple2 je... ye laa tak guna selalu kan...

    mantaplah duriannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple je pondok tu sbb habis musim pondok pun tak guna dah.. Durian tu mmg alahai sedap teringat sudah hahaa..

      Delete
    2. kalau arwah mak cik sy, lps musim durian dia terus robohkan pondok durian sbb dia takut mat dadah jadikan pondok durian tu sarang diorg. faham2 je laa dlm kebun / hutan...kan mmg jd port kegemaran depa...

      Delete
    3. Oh yang ini tak la jauh ke dalam hutan.. Dekat belakang rumah je dlm 60 meter jer.. Betul tu penagih asal tmpt nak lepas menjadi la diorang..

      Delete
  10. Perghh kebun durian tu.. seronok la budak2 tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok kene gigit nyamuk pun tak perasan hahaa..

      Delete
  11. Bagusnya, masih keep in touch dengan cikgu. Dapat merasa makan dan cuti di dusun. Dari gambar pun dapat tengok budak-budak enjoy. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung juga ada cikgu ok suka anak murid tanya khabar sampai puluhan tahun.. ada cikgu tak nak keep in touch.. So this is my cikgu yg best masa sekolah rendah.. :D

      Delete
  12. Alhamdulillah. Rezeki dtg menggolek. Sy nk bagi buahan2 kpd ex students pun tanah sy tu penuh dgn belukar n pokok2 getah yg mandul aje. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dalam menjaga silaturrahim.. Boleh tu tanam sket2 sambil tebas belukar tu hihihii.. Dah ada hasil sy pun blh dtg hihihii

      Delete
  13. ampa dulu sekolah mana? entah2 sama sekolah dengan laki kami? dia pun orang pokok sena, kg kenanga di kubang lerek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sekolah rendah kat Selangor.. And then after few years cikgu ni berkahwin dan pindah duduk di Kedah.. Lupa dah ngajar duk sekolah mana :D

      Delete
  14. Beruntungnya bisa makan durian langsung dari kebun 👍😄. Saya belum pernah lagi makan langsung macam tuh.

    Sebagai pecinta durian, tak pernah bosan rasanya makan buah nih. Awal Juli lalu saya ke Penang, semata hanya nak makan durian black Thorne, sayangnya tak di kebun langsung 😄.

    Asam gelugor pasti tahu, Krn asam nih sering dipakai di masakan sumatera. Tapi kalo di Indonesia sebutannya asam Kandis.😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki utk makan durian di kebun :D
      Wah durian black thorne sedap dan eramat mahal tapi rugi la hadir dari jauh tapi ngak ada buah nya..
      Asam gelugor ketika ia buah bila dipotong dan dikeringkan ia dipanggil asam keping di Malaysia.. :D

      Delete
  15. siyes besh!! memori masa i sek menengah ni...sbb waktu tu, arwah ayah memang mengusahakan kebun durian and we started from scratch ie tanah kosong, tanam anak2 pokok durian, sampailah masa durian berbuah..now segalanya memori jer sbb kebun durian pun dh tak wujud, dh jd tapak rumah my siblings, arwah ayah pun dh 14 tahun pulang ke hadrat Ilahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg serius best la kalau ada kebun durian ni.. ala sayang nya kebun durian tu dah tak ada dah jadi tapak rumah sibling yer.. memori sgt2 tu.. Tengah pasang idaman utk ada kebun sendiri insyallah ... kalau dh ada boleh jemput dtg hahahah :D

      Delete
  16. Alhamdulillah.bnyk jg la tu kalau lebih dri 2biji..hehe.merasa jgkla anak2 durian fresh dri kebun ye=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu banyk la dari sebiji kan hihihii.. Alhamdulillah dpt depa merasa suasana di kebun :D

      Delete
  17. Seronok kalau ada kamung dan dusun sendiri kan..dusun arwah atok SA atas gunung...jenuh kalau nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas gunung lagi best.. Kalau gugur buah durian mau bergolek2 sampai ke kaki gunung hihii.. Alhamudlillah ada jugak kebun nya..

      Delete
  18. Oh? Cerita domestik pun ada? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah mesti la ada uncle... Tak kan la tanah tumpah sendiri takde cerita :P

      Delete
  19. Seronok la budak2 tu dapat masuk kebun durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Seronok dpt masuk kebun walau bukan kebun sendiri..

      Delete
  20. Selamat tahun baru Hijrah. Untung sangat dijemput ke dusun. Dapat menikmati durian fresh dari dusun. Puas makan durian. Hidangan tengahari pun bukan main sedap lagi. Seronok pengalaman makan durian di dusun ni kan. Alhamdulillah rezeki masih berhubung dengan guru dan mereka berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt rezeki jejak kaki ke dusun durian kepunyaan cikgu sendiri.. Cikgu tu kalau best mesti murid syg smpai hbis sekolah pun tak kekok nbk berhubung.. Kan :D

      Delete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. Kalau ada dusun sendiri best. Dapat merasa buah dari dusun sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah sedang diusahakan kebun sendiri ..doakan :D

      Delete
  23. Best makan durian.. Anak buah saya ada dusun durian.. Biasa masa musim durian dia akan hantar durian.

    ReplyDelete
  24. Best makan durian.. Anak buah saya ada dusun durian.. Biasa masa musim durian dia akan hantar durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada dusun durian mmg meriah time musim durian kan.. Sanak saudara siap berkampung dlm kebun hahaha :D

      Delete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete