Pages

Tuesday, 1 August 2023

Singapore Part 7 : Tekka Centre - Sultan Mosque - Woodland Border (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Ok dah sampai final part untuk Singapore ni. Jom kita teruskan perjalanan kita. Selepas tiba di Clarke Quay MRT Station kami terus amik train naik balik rumah abang aku but then suddenly dalam train wife tanya nanti balik rumah nak makan apa malam ni ye lah sebab abang aku and family dah balik Malaysia tengah hari tadi.

Sampai jer di Clarke Quay MRT Station semua dah exhausted..
Layan aircond sejuk dalam station.
Kak Phia dah pesan if nak makan or masak apa-apa guna jer barang-barang di dapur tu tapi fikir balik dah penat ni seharian berjalan tak kan nak masak lagi better makan kat luar sebelum balik or bungkus. So bila tengak dalam list station yang train ni akan lalu, nampak nama Little India MRT Station. Memang cantik la sebab kat sini ada Tekka Centre.

Hanya 3 station dari Clarke Quay MRT Station ke Little India MRT Station.
Keluar di Gate C dan akan terus nampak Tekka Centre di sebelah kiri.

Tekka Centre @ Little India - Pak Kashmiri Delights & The Royal Dum Biryani.

Di Tekka Centre ni ada satu tempat makan yang sangat famous iaitu Pak Kashmiri Delight. Okla aku just google about this place tapi tak tau macam mana keadaannya. So bila sampai Tekka Centre ni terus cari tempat makan ni and bila sampai baru tahu ianya hanyalah tempat makan food court sahaja. Half of the food court lebih kepada makanan Indian mostly halal dan other half is Chinese cuisine. Memang dia separate kan. So memang tak bercampur la even tempat duduk.

Dari Gate C terus berjalan ke kiri dalam 80 meter akan jumpa entrance Tekka Centre ni.
Masuk entrance terus akan nampak food court sebelah kanan. 
Ok then kat sini makanan famous adalah Roti Naan dan ditambah lagi dengan variety kuah, ada kambing, daging, ayam, kekacang atau vegies semua ada. Dan lebih mengejutkan aku harga dia. Seriously murah. $1.00 untuk satu Naan. Masa aku sampai ramai orang termasuk orang putih dan orang cina pun makan kat sini. Nak duduk pun kene tunggu pelanggan lain bangun.

Pak Kashmiri Delights memang terbaik..
Naan sedap ditambah dengan variety kuah yang sedap :D
Kalau korang tak nak makan Naan tak apa. Kat sini sebelah Pak Kashmiri ni ada banyak lagi kedai-kedai lain yang jual Nasi Lemak, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, Sup Tulang, Roti Canai, Nasi Berlauk dan paling best aku makan adalah Nasi Biryani Ayam betul-betul kedai sebelah Pak Kashmiri ni. The Royal Dum Biryani.

Aku rasa la ni Biryani Ayam paling murah di seluruh Singapore $6.00 jer. Dia serve bukan pakai pinggan tapi "khunca" iaitu tray kecil but still besar dan nasi dia penuh dengan ayam dia besar bhai. Apa pun Biryani Ayam ni memang sedap bangat. 50 kali sedap dari Restoran Zamzam dah la mahal rasa so so pedas lak tu.. Seriously aku tak tipu hahahaa..  

Penuh satu tray nasi dia siap ada kuah extra. Dan yang penting sedap 
Mungkin sebab lapar dan penat punya pasal. Kitaorng makan dine in lepas tu siap take away lagi nasi goreng bagai sebab takut nanti malam the kids lapar. So pesan aku korang sampai sini jangan under estimate makanan kat sini hanya kerana ianya sebuah food court. Pada pengalaman aku empat lima kedai dari sebelah Pak Kashmiri ni semua sedap-sedap.

Sultan Mosque @ Muscat Road, Kampung Glam

Selepas kejadian di Tekka Centre kami naik train semula dan balik ke rumah abang aku. Sampai rumah mandi dan tak perlu bagi arahan pada kids. Semua lepas mandi terus tidur dengan lena dan malam berlalu dengan pantas sebab kami semua exhausted hahaha.

Sultan Mosque yang berdiri megah sejak hampir 100 tahun dahulu.
Dan menjadi tarikan pelancong yang datang ke Singapore :D
Keesokan pagi kami bangun awal dan packing semua barang sebab nak balik Malaysia the kids sekolah esok. Sempat la aku buat cucur dan bagi maid abang aku rasa "Ngak pernah lihat saya ini" hahaha.. Lepas pulangkan kad rumah pada maid. Kami keluar dan terus order TADA tapi sebab ada anak kecil driver tak nak amik so kami guna juga GRAB ke Sultan Mosque.

Berhadapan entrance Masjid Sultan - Sultan Hussain Shah dari Kesultanan Johor.
Bahagian ruang solat utama.
Alhamdulillah dapat berkunjung ke sini. As a muslim jangan lupa solat
tahyatul masjid 2 rakaat yer bila ziarah mana-mana masjid dalam dunia ni.
Alhamdulillah dapat driver Melayu dia kata ok je naik sebab tak jauh pun Sultan Mosque tu. Nama Sultan sempena Sultan Hussain Shah (1776-1835) yang telah dibuka pada 27 Disember 1929 dan siap sepenuhnya pada 1932. Dan yang menariknya bentuk structure dan landscape masjid ini tidak berubah sejak ia dibina. Dan pada 1975 ia telah diisytihar sebagai National Monument of Singapore. So korang faham kan kenapa wajib kene datang ke sini. :D

Ada banyak restoran halal area Masjid Sultan ni. Cuaca panas tak larat nak teroka.
Berhadapan masjid ini ada beberapa kedai souvenir dan di sini memang bersepah kedai makan Melayu Malaysia atau Melayu Indonesia dan Kedai makan Pak Arab. So kalau nak makan puas boleh ke sini cuma kene standby kan ongkos nya sahaja yang tebel-tebel hahaa.. Oh ya Restoran Zamzam pun area berdekatan masjid ni jugak. Btw area sini cantik la untuk jalan-jalan dan bergambar.

Woodland Checkpoint Singapore Border

Selepas tour area Sultan Mosque @ Kampung Glam ni kami berhenti rehat dan recharge di Restoran At Tasneem sebaris dengan Restoran Zamzam sebelum berjalan kaki 450 meter ke Queen Street Bus Terminal untuk amik bas ke Woodland Checkpoint dan kemudian terus ke Larkin, Johor Bharu, Malaysia. Cuaca time ni memang dah panas sangat.

Cepat la balik Malaysia tak tahan dah duduk sini..
 Makan 2 nasi goreng biasa dengan air jer dah RM75 lebih hahahaa..
Berjalan kaki 450 meter dari Sultan Mosque ke Queen Street Bus Station.
Simple je Queen Street Bus Station nie. Boleh amik bas, private car atau teksi ke Woodland
So kat sini aku diberitahu few cara nak ke Malaysia by land - 1. Cara paling mudah tapi paling mahal adalah amik bas direct Singapore ke Kuala Lumpur. 2. Naik teksi atau kereta sapu bernombor plat Malaysia di Queen Street Bus Station ni. Mereka akan bawa terus ke Larkin Bus Station di Johor Bharu dan kebiasaanya driver akan charge per trip even ko sorang atau bertiga harga tetap sama.

Cara ketiga adalah naik bas Causeway Link yang berharga $4.80 untuk adult dan $2.40 untuk children. Harga adalah sehingga Station Bas Larkin, Johor Bharu. Tapi yang ini leceh sikit la. Especially bila kita bawa kids bersama dengan nak tolak stroller bagai. And nak cop passport kene naik turun tangga banyak kat immigration tu. Itu yang kadang-kadang berjam-jam sangkut di border ni. Itu tak masuk que jalan jem lagi.

Tak sampai 10 minit tunggu, bas causeway dah bertolak ke Woodland..
Perjalanan ke Woodland Checkpoint antara 40 minit - 1 jam bergantung keadaan trafik
Naik bas ni macam leceh sikit kalau nak cross border tapi other part yang best bas ada laluan khas dari Singapore ke Malaysia (atas jamabatan) so time jem ni bas elok je jalan ke Border Malaysia. Boleh la nampak kereta semua sangkut. Ok then bila sampai di Border Malaysia kene turun lagi untuk cop passport. 

Selepas immigration Singapore kene turun semula dan naik bas ke immigration Malaysia.
Kalau tak nak jem elak cross border masa public holidays atau Ahad petang.
By the way kelebihan naik kereta pulak adalah tak perlu turun dari kereta ketika di Immigretion Singapore - Malaysia. Kalau korang ada anak kecil naik kereta adalah paling senang dan selesa. Duduk je sampai lepas immigration. Alhamdulillah masa ni ada abang seorang ni bantu kami dari immigration Singapore sampai la lepas border Malaysia. Dia kata seminggu 3 4 kali jugak cross border ni sebab kerja di Singapore.

Syukur jumpa abang ni, dia bantu dari singapore sampai la Malaysia.
In total kami akan naik 3 kali bas causeway. Pertama dari Quessn Street ke Singapore Border. Kedua Dari border Singapore ke Malaysia. Ketiga border Malaysia ke Larkin Bus Station. Ada masa kita akan naik bas yang sama untuk setiap kali turun naik. Tapi kebiasaan memang akan naik bas yang berlainan dari mula-mula tadi.

Nasib kami agak baik sebab dalam masa tak sampai 2 jam kami dah sampai di Larkin Bus Station dari Queen Street tadi. Bas dari Malaysia Border ke Larkin agak kosong tak sampai 10 orang termasuk kami enam orang dan perjalanan mengambil masa antara 10-15 minit.

Alhamdulillah sampai di Larkin terus beli bas tiket ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Sampai Larkin lebih kurang pukul 3.30pm. Terus beli tiket bas 4.15pm sebab kalau boleh tak nak sampai rumah lewat malam sebab bawa budak-budak. Lepas beli baru terfikir eh sempat ke nak solat, fresh up di toilet dan makan bagai. Tapi nasib baik bas delay 4.50pm so sempat la kami solat dan makan di Marry Brown.

Rasa panjang sangat la pulak final part ni. Asal nyer nak buat dua posting tapi sebab nak habiskan jugak cerita Singapore nie.. Hentam jer la. By the way thanks yang sudi baca dari part 1. Harap-harap segala info yang dikongsikan dari pengalaman ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang nak melibur ke Singapore.

Boleh klik link di bawah untuk baca ksemuanya entry Singapore :-

Singapore Part 1 : Travel With 4 Kids For The First Time
Singapore Part 2 : Terminal 4 To Jewel Changi Airport
Singapore Part 3 : Bagaimana Cara Dari Changi Airport Ke City Centre
Singapore Part 4 : Mustafa Centre - Bugis Street Market - ZamZam Restoran
Singapore Part 5 : Garden By The Bay - Marina Bay Sand - Merlion Park
Singapore Part 7 : Tekka Centre - Sultan Mosque - Woodland Border (Final)

34 comments:

  1. 1st time ke sini... meriahnya gambar suka tgk.. bonding family kan? nasi beriani tu menyelerakan je nmpknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah ke sini.. Nila trabel mmg kene meriah tak mau masam2 hahahaa... Yer betul nasi biryani tu mmg menyelerakan.. Puas mkan hahaha..

      Delete
  2. bestnya tuan dapat melancong ke Singapura...adik saya ada keja di sana tetapi ulang alik ke JB setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt rezeki jalan2 di Singapore bersama seisi keluarga.. Oklantu adik kerja Singapore mesti blh tlg2 kalau ke sana.. :D

      Delete
  3. waduhh, capek keliatan mak dgn anak2 tu tidur kat seat bas ., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg capek kalau udah berjalan kesana sini dan ditambahi cuaca panas.. Hihii

      Delete
  4. thanks for all the info! very informative i believe. anyway biryani ayam tu siyes nmpk sgt sedap..terliur i hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 info berguna la walau ciput jer yg dishare hahaha... Smpainskrg teringat biryani tu.. sedappp..

      Delete
  5. Buat cucur apa tu yang maid kata tak pernah lihat? 😀

    Ada terfikir jugak kalau akak balik kampung di Johor nak cuba naik bas masuk Singapore. Bagus dapat baca sharing pasal naik bas. Dapatlah gambaran.

    Walaupun kata panjang, akak baca semuanya. Kita tak dapat nak sampai satu2 tempat pun takpe, memadai ambik pengalaman orang yang dah pergi buat pengetahuan am.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucur ikan bilis letak bawang pastu sagat carrot jer hahaha... Ngak pernah lihat sy ini... Hampeh hahaha..

      Betul tu naik jer bas ke singapore simple je.. Pergi day trip pun ok, plan btl2 mesti byk tmpt dt cover..

      Sekadar share pengalaman semdiri moga2 ada. Manfaat kepada yg membaca.. :D

      Delete
  6. murah sangat tu 6 SGD je...

    sy suka masjid sultan ni. sejukkk je...bla masuk rs nak terlelap je. cuma yg tak best ms sy dtg tu, toilet penuh. dah laa cuaca tgh terik

    ReplyDelete
    Replies
    1. $6.00 utk biryani di Singapore mmg dikira murah sgt.. Yeap Sultan Mosque tu sejuk je kat dalam.. Kalau dpt baring tido mmg best la hahaha..

      Delete
  7. masa kami kena turun bas and kena bawa semua barang turun tu (msk dan keluar singapore), dalam kepala terus teringat masa kami smpi kat imigresen perancis sblm msk england. semua barang kena bawa turun. ada seorg penumpang tu tertinggal barang. sbnr nya sampah. pegawai imigresen tu punya menjerit smpi terkejut kitorang dibuatnya. dah laa ms tu pukul 4 pagi. dgn muka mengantuk kena marah pulak tu hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu pengalaman nak cross bordee france ke Uk.. Officer immigration mmg garang giler.. Misai mcm sarjan dah huhuu... Dia jeling pun dah debar2 takut kene reject masuk uk hahahaha...

      Delete
    2. kannn... kita tgh mamai mamai dia pulak jerkah mcm tu...tau laa kena keje shif malam. jgn laa lepaskan hangin kat kitorang hahahaaha

      Delete
    3. Dulu dpt immigration yg muka mak aii srriuss.. Dlm hati jgn la kene ke dia. Last2 mmg kene ke dia jugak hahahaha.. :D

      Delete
  8. Subahanallah hebat ko dik.. Baru jumpa blog ni... hebat satu dunia dah pusing .. terbaikk..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish mana ada satu dunia.. Tu hebat sgt... Kita main dekat2 dgn Malaysia jer hahaha..

      Delete
  9. Panjang perjalananannya. Makanan di foodcourt juga yang sedap kadang. Unik seni bina Sultan Mosque tu. Syukur ada insan yang sudi membantu dan selamat sampai di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah biryani di food court jugak yg sedap dan murah huhuu..
      Masjid tu cantik mmg wajib visit kalau ke Singapore..
      Alhamdulillah ada insan yg membantu ketika menggembara itu nikmat :D

      Delete
  10. kawasan Masjid Sultan & Kampung Glam mmg cantik, byk restoran...Alhamdulillah, perjalanan smooth cross border walaupun 3x naik bas, ada yg sudi membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. area masjid sultan tu memang best nak jenjalan.. Kedai pun banyak.. Syukur smooth jer cross border ada orang sampai 4 5 jam nak cross border :D

      Delete
  11. Habis juga cerita ko kat Singapore.. tak boring baca.. good job dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan gak la nak habiskan cerita di Singapore ni hahahaa.. Alhamdulillah selesai jugak :D

      Delete
  12. Suka duduk bawah kipas besar Masjid Sultan tu.. angin kuat macam kat tepi laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaannnnn.... Lagi2 bila cuaca panas yg amat di Singapore... Kalau solat jumaat sedap tido hahaha..

      Delete
  13. Pengalaman sungguh ye.. Tak pergi tak merasakan..
    TQ share pengalaman yang menarik ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman mengajar lebih byk pengajaran.. Sama2 juga dtg menyinggah.. :D

      Delete
  14. Saya baru sekali jalan darat dari sing ke Penang via johor saat itu. Pengalaman sih menyenangkan, ga ada yg bikin marah dll, tapj memang cukup sekali. Saya tetap lebih suka by plane saja biar tak repot 😄.

    Eh, beberapa kali saya makan di food court Singapore, dan seriiing dapat kuliner yang memang enak rasanya. Walau hanya foodcourt. Makanya tak pernah underestimate makanan foodcourt di sing, Krn mostly selalunya sedap👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. By flight memang seronok tak buang masa. cepat saja sudah sampai. Tapi kalau nak pengalaman sekali seumur hidup boleh dicuba.

      Makanan enak lagi sedap itu berada di mana2 sahaja bukan semestinya di restoran mewah. Food court tetap menjadi pilihan jika travel sebab budget harus dijaga :D

      Delete
  15. Pernah juga dulu masuk Singapura bawak kereta. Ya pernah singgah Masjid Sultan dan berdekatan situ makan sup tulang merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area masjid sultan ni byk kedai halal.. So mmg tak perlu risau.. Bawa keretatak pernah lagi merasa..

      Delete
  16. Singapore banyak tempat menarik yang tak tau bila boleh sampai. Agak ngeri kadar tukaran wang nya tu😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dulu terasa sekarang lgi la terasa meroyan nk tukar duit singapore hahahaa..

      Delete