Monday, 10 July 2023

Singapore Part 3 : Bagaimana Cara Dari Changi Airport Ke City Centre

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Singapore Part 2 : Terminal 4 To Jewel Changi Airport

Dari Jewel atau Changi Airport ni nak ke City Centre ni boleh naik Train MRT, Bas atau E-Hailing. The City Shuttle (Bas) tiket berharga SDG $10.00 untuk dewasa dan SGD $7.00 untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Pekhidmatan dari 7.00 pagi sampai 11.00 malam. Untuk pertanyaan boleh ke Ground Transport Concierges (GTC) di area Arrival Hall. Bas akan berhenti di beberapa destinasi utama di dalam bandar - Sama macam pengalamana aku naik Shuttle Bus di Amman, Jordan (tahun 2012).

Mass Rapid Transit (MRT) - Train cover seluruh pelusuk negara Singapore

Train MRT - Dari Changi Airport MRT Station (CG2) pergi ke Tanah Merah MRT Station (EW4), kemudian transfer ke East West Line towards Tuas Link MRT Station (EW33). Atau pun alternative lain dari Changi Airport MRT Station ke Expo MRT Station (CG1/DT35), kemudian transfer ke Downtown Line towards Bukit Panjang MRT Station (BP6/DT1).

Nak ke arah Pasir Ris kene tukar laluan di station pertama selepas airport
Changi Airport MRT Train Station
Kalau nak ke Pasir Ris, boleh ambil train dari Changi Airport MRT Station ke Tanah Merah MRT Station dan kemudian tukar train ke East West Line towards Pasir Ris MRT Station (EW1). Dan paling penting kene tahu dari Changi Airport MRT Station ke Tanah Merah MRT Station beroperasi dari pukul 5.30 pagi untuk Hari Isnin hingga Sabtu dan 6.00 pagi untuk Hari Ahad dan Cuti Umum.

Last train untuk Line Tuas pada pukul 11.10 malam dan untuk train connecting ke arah Pasir Ris last train pukul 12:00 tengah malam setiap hari. Untuk maklumat lanjut boleh refer link ni - SMRT Journey Planner. Dan paling penting kene ingat yer cashless atau contactless bagi pembayaran tiket MRT ni yer. Sila dapatkan EZ-Link Card anda sebelum naik MRT.

Singapore Tourist Pass - EZ Link - Contactless Bank Card
Actually tak rugi la beli Kad EZ-Link ni boleh buat Souvenir
Menarik kad EZ Link yang diorang keluarkan ni

Public Bus - Terminals 1, 2 and 3:
Bus stops are located at the basement bus bays. You can take buses 24, 27, 34, 36, 53, 110 and 858 from there. Terminal 4: At the bus stop next to Car Park 4B, you can take buses 24, 34, 36 and 110. At the bus stop near the SATS Inflight Catering Centre 1, you can take buses 27, 53 and 858.

Oh ya harga perjalanan ke station paling jauh baik MRT Train atau Bas tak lebih SGD $3.00 untuk dewasa. Untuk senior citizen tak akan lebih dari SGD $1.00 dan untuk kanak-kanak serta pelajar lebih murah dari dewasa. Tapi tu la duit Malaysia dah jatuh teruk walau satu perjalanan SGD $0.96 sen tapi bila covert ke MYR dah dekat RM3.50 lebih. Dan kanak-kanak bawah 95cm dikira percuma.


Pandai buat marketing EZ-Link
Patut la aku nampak ada pelajar sekolah sampai 10 kad dia ada.
Civil War Captain America.
Avengers pun ada. Cuba kalau LRT Rapid Malaysia buat macam ni :D

Sebenarnya boleh jer bayar secara Tunai / Cash kalau naik bas ni tapi dengan syarat kene make sure ada exactly amount sebab kalau bayar lebih memang baki tu burn tak dapat la. Tapi macam mana kita nak tahu harga ke sesesuatu destinasi tu? So kat situ kene download/buka app dia atau google berapa harga tiket. Kalau susah sangat tanya jer lah driver bas tu hahaha. Aku guna sekali jer bayar cash ni masa nak naik bas ke Woodland nak balik Johor.

Toyota Prius Hybrid 7 Seater
So end up aku naik apa, cuba teka? Naik Grab la hahahaa.. Sebab rombongan ramai plus abang aku datang sambut di Airport yang mana aku tak expect dia akan pickup di Airport. So total 3 adult + 4 kids dapat naik Toyota Prius 7 seater yang aku tak pernah nampak kat Malaysia kewujudan kereta tu dan tak sampai 10 minit kitorang semua tertido penat kot dari pukul 3 pagi lagi dah bangun. 

Bersambung Singapore Part 4 : Mustafa Centre - Bugis Street Market - Zam Zam Restoran

36 comments:

  1. Menarik dia punya Ez Link kad. Terus teringat cerita Gudetama di Netflix.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. kalau Rapid Malaysia buat mcm ni mesti best :D

      Delete
  2. Haha percumakan kalau abang yang ambil?
    Ini galakkan guna EZ-Link kalau kad cantik-cantik yang dikeluarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah .. Lebih kurang la.. terus naik Grab balik rumah dia :D
      Tau tak pe kalau guna kad EZ Link ni mmg okla nak gerak sana sini tapi make sure ada duit la yg cukup dlm dia :P

      Delete
  3. Bagus juga masih ada option byr guna cash. Teknologi semakin canggih skg, kdg kami golongan 'remaja purba' ni rasa tak terkejar tapi terpaksa kejar jugak. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe nak terkejar2 dgn teknologi yg makin maju. Smart phone pun nak kene yg paling latest utk support mcm2 file atau apps.. :P

      Delete
  4. Dah baca habis tapi nak comment pasal EZ Link yg cantik tu jer hihi.

    ReplyDelete
  5. Tempat wajib singgah ni kalau ke Singapore. comel pulak semua design EZ-Link kad tu. Menarik perhatian untuk mengumpul juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau Singapore Citizen mmg dah kumpul semua hahaha :D

      Delete
  6. Informatif untuk para pelancong yang akan singgah di Spore. Aku dulu pernah ke Singapura tapi dalam rangka tugas, jadi semua dah disiapkan panitia yang punya acara. Kalau singgah ke Changi rasanya betah sangat...bandara rada hotel bintang 5 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu satu innovative utk para pelancong. Datang kerana tugas semua nya gratis ya .. beruntung bangat :D

      Delete
  7. wowww menariknya blog u...so informative. tq sudi drop komen kat my lil blog...i dh masukkan ur blog dlm my bloglist so senang nak BW anytime. bestnya u dpt travel byk2!!! i used to travel to a number of countries jugak cuma lps PKP, masih belum ada kesempatan utk travel abroad..hoping to fly soon insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Pagi... Thanks dtg memberi comment di sini thanks sebab letam my blog dlm your list.. Tetiba terharu hahahaa....alhamdulillah rezeki dpt travel sikit2.. :D itulah PKP punya sbb lama dh tak travel now baru nak mula semula..

      Delete
  8. Thanks kongsi, baru plan nak pergi SG sbb ada direct flight dari Kuantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa best nyer ada flight Kuantan direct ke Singapore.. Okla tu senang kan :D

      Delete
  9. Kenapa rasa mcm penat je nak jln2 kat Singapore nie.. haha.. mmg kne study betul2 nie sblm nk melawat negara org kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually tak la sgt nk penat2 nie.. tapi tu la cuaca yg amat panas.. dgn bawa kids lagi mmg kene bersabar dan bertahan banyak la :D

      Delete
  10. Mana satu kad yang sesuai kalau kita cuma datang sehari dua? Tourist pass atau EZ Link?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada penggunaan.. Kalau rasa banyak nak guna public transport dlm sehari loncat sana sini then berbaloi la Tourist pass tapi kalau separuh hari tmpt yg sama jer.. EZ Link la.. My opinion la..

      Delete
    2. Oo..ok, paham. Terima kasih :)

      Delete
  11. kat sana pun ada tanah merah? wahhhh 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Rompin dgn Ipoh pun ada dekat N9 hahahaaa.. :P

      Delete
  12. menarik kadnya..kalau kad Rapid mcm ni, yg tak naik public transport pun mesti beli..buat koleksi...dulu beli Tourist Pass for 3 days..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu cara marketing nak naikan sale kan.. Why not kan buat kad tu pelbagai special edition and so on.. Yes kalau banyk nak berjalan dalam sehari tu boleh amik Tourist Pass berbaloi :D

      Delete
  13. mmg menarik ez link card dia semua. no wonder pon kalau org beli semata nak kumpul disebabkan kad dia je ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan... Kene special edition marvel mmg collect semua hahaha.. :P

      Delete
  14. Langsung teringat ez link card saya dah expired, saking dah lama sangat tak pernah ke SG. Kalo kesana pun hanya transit. Biasanya kalo nak ke city centre, saya pilih MRT, atau taxi.

    Cantik2 design dari card ❤️. Memang best marketingnya singapore nih 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa ez-link card boleh jadi souvenir walau dah expired pun..
      Kalau seorang memang naik MRT mudah nk ke City Centre..
      Marketing tambah sale dan ajak org ramai nak public transport..

      Delete
  15. Ez link card dia memang menawan dan cantik. Design kad saya adalah Batman dan Star Wars.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat beli power puff girl untuk anak2 sahaja hahaha :D

      Delete
  16. Lepas ni boleh Cuba travel ke Singapore plak... Thanks sbb boleh byk dpt info dari sini... Gud job... 👏👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri btw thank you so much :D

      Delete
  17. Replies
    1. Marketing mmg no 1.. Jual kad pun untung bnyk :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...