Wednesday 5 July 2023

Singapore Part 2 : From Terminal 4 To Jewel Changi Airport

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Singapore Part 1 :  Travel With 4 Kids For The First Time

Disebabkan kami semua naik flight ke Singapore maka wajiblah untuk pergi jalan-jalan di Jewel Changi kerana ia terletak di dalam Bandar Changi Airport. Andai kata korang datang Singapore tak naik flight maka korang kene purposely datang airport untuk ke Jewel, hah gitu, faham? By the way kami sekeluarga datang naik flight dan akan balik naik bas ke KL sebab promo tiket fight murah hanya untuk one way KL - Singapore. 

Meh kita masuk dari main entrance Jewel Changi Airport ni..
Dari tingkat paling atas sampai ke bawah tingkat bawah tanah.

Okla jom ikuti perjalanan kami sekeluarga backpack bersama 4 kids menerokai Singapore dengan bajet RM1,250.00 untuk flight tiket, makan minum, transportation, shopping, souvenir dan lain-lain lagi untuk selama 3 hari 2 malam all in dari KL - Singapore - KL. Dengar macam murahkan bajet banyak tu jer? Ini sebab aku tumpang rumah abang aku di Singapore :P

Part paling banyak kami habis duit ialah makan minum especially The Kids sentiasa nak air maklum la berjalan sana sini dengan cuaca yang amat panas di Singapore. Aiskrim as a reward pada The Kids, kita as parent pun rasa penat dan panas. So most of the time nak jalan kaki tu memang "Nanti ayah belikan aiskrim" :P

Bahagian paling atas Jewel Changi Airport

Apa Itu Jewel Changi Airport.

Jewel Lapangan Terbang Changi atau juga dikenali sebagai Jewel atau Jewel Changi. Adalah sebuah kompleks bertemakan alam semula jadi yang lengkap dengan pelbagai kedai termasuklah restoran, kedai barangan ternama, kedai serbaneka dan banyak lagi. Ianya telah siap dibina dan dibuka pada 17 April 2019 setelah hampir 5 tahun pembinaanya yang bermula pada penghujung tahun 2014.

Lokasi pintu masuk utama Jewel terletak berhadapan dengan Arrival Terminal 1. Tempat ini juga mempunyai penghubung jalan ke Terminal 2 dan Terminal 3. Dan fakta lebih menarik adalah Jewel Changi ini mempunya 10 tingkat yang mana 5 tingkat berada di bawah tanah. By the way keseluruhan luas tapak Jewel ini adalah 135.700 m2.

Jewel under construction -
Puluhan ribu tumbuhan ditanam bagi menghiasi Shiseido Forest Valley ini.

Macam Mana Nak Ke Jewel dari Terminal 4.

"Take the free shuttle bus from Terminal 4 Arrival Lounge to Jewel/ Terminal 1 (opposite Jewel Level 2 Drop-off point). Direct shuttle bus service (T4 - Jewel) is available from 6am to 12am daily, while loop bus service (T4 - T3 - T1 - T4) is available from 1am to 6am daily."


Shuttle dari Terminal 4 ke Terminal lain.
Keadaan yang selesa di dalam Shuttle Bus.

Once keluar dari arrival di terminal 4 teruskan berjalan ke arah shuttle bus di sebelah hujung kanan. Tunggu bas T1 iaitu bas yang akan membawa anda terus ke terminal 1. if tak nak tunggu lama boleh je naik bas ke terminal 2 atau 3 dan kemudian berjalan kaki ke Jewel. Ok jugak nak jalan kaki sebab boleh cuci mata ada banyak kedai-kedai dan cafe sepanjang jalan. Oh yer Shuttle Bus ni percuma yer.

Lakaran peta Changi Airport - Sumber Changi Airport Website.
Changi Airport terletak di bahagian timur Singapore.

Apa Yang Menarik Di Jewel Changi Ini.

Tarikan utama di sini adalah The World’s Tallest Indoor Waterfall berada di kawasan Heart of Shiseido Forest Valley. Dibuka setiap hari dari pagi sehingga 10.00 malam termasuklah ketika cuti umum. Dan yang menarik akan ada Light & Sound Show setiap malam. Air yang mengalir jatuh dari ketinggian 40 meter atau setara bangunan 7 tingkat. 

Antara tarikan lain adalah Mirror Maze, Hedge Maze, Walking Net, Jewel-Rassic Quest, Canopy Park, Changi Experience Studio dan banyak lagi. Masa kami datang ni ada Pameran Marvel @ Avenges so The kids memang excited sangat-sangat. Dan di sini juga terdapat banyak official branded store macam Adidas, Apple, Converse, Skechers dan banyak lagi. 

Pameran Avengers at Jewel Airport.
Si Affan paling excited.. "Bu Bu Amik Gambar Affan Bu..!!"

Transportation - Moving Around In Singapore

Once berada di Airport kita kene beli Kad EZ-Link di mana-mana kiosk untuk digunakan di MRT dan Bas. Kad berharga $10.00 dan mempunyai $5.00 dalam kad. Kene ingat tau train dan bas mereka adalah cashless yer. So is either pakai credit card atau Ez-Link ni. 

Oh yer time aku pergi ni currency RM3.48 bersamaan $1.00 Singapore Dollar (SGD).. Memang sakit jugak la nak berbelanja. Aku hanya tukar RM1,000.00 dan dapat lebih kurang $290.00 SGD. Kalau tak cukup memang kene cucuk kad bank la.

Most of the time aku guna TADA sebab banyak kali dia murah dari GRAB.

Then kene download Apps E-Hailing di Singapore kalau malas naik public transport atau that place tak convenience dengan pubic transport. Btw kan kadang-kadang guna E-Hailing ni lagi murah atau mudah sebab macam aku dengan wife and 3 kids kene beli tiket. Contoh nak ke satu tempat tu kalau naik train seorang $1.60 x 5 = $8.00 then kalau E-Hailing dalam $9.40 so naik je la. I'm i right? 

34 comments:

  1. Assalamualaikum. Makin meriah dah skrg. Brp cucu Atuk skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam alhamdulillah meriah. Tak meriah jugak la.. 4 org dah..

      Delete
  2. Comel anak- anak

    ReplyDelete
  3. Seronok anak-anak ada pameran Avengers.

    Betullah tu, kalau ahli grup ramai memang lebih jimat naik e-hailing. Lebih mudah pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak seronok.. Loncat sana sini hahaha.. Itu lah bila travel ni kene bijak buat keputusan.. Especially melibat kan duit..

      Delete
  4. Kena buat kajian juga pengangkutan apa yang sesuai untuk naik.
    Hehe kalau seorang boleh redah guna apa-apa pengangkutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe dulu travel sorag2 mmg redah jer.. tapi once berkhawin dan ada kids ni mmg kene planning betul2 hehehe :D

      Delete
  5. Kat Malaysia ada Grab je itu pun company singapore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi yg lain rasa nya cuma tak famous mcm grab kot..

      Delete
    2. Blh pegi jewel ni ke klau transit?

      Delete
    3. memang boleh pun.. minimum 4 jam kot rasa nya

      Delete
  6. Tersilap pulak komen tempat ni di blogpost latest. Takpelah, komen lagi sekali.
    Jewel Changi tempat wajib pergi ke Singapore selain USS. Waktu siang dah menarik dan waktu malamnya tambah meriah dengan lampu warna warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah perasan jugak tapi org dtg berkunjung meninggal kan komen kita raikan :D Jewel mmg kne masuk dalam bucket list wajib

      Delete
  7. menarik Jewel Singapore...sampai 5 tkt bawah tanah...naik e-hailing lg jimat kalau ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg wajib utk pergi Jewel ni top 5 kot attraction di Singapore.. Kalau dah satu family dengan kids naik E-Hailing jer la kalau tak de beza banyak :D

      Delete
  8. Lama sungguh tak ke Singapore, thanks kongsi Afif..!!! Besar dah anak2 soleh solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita pun last pi Singapore 2009. Ni dtg semula membawa seisi keluarga :D Alhamdulillah anak2 dah makin membesar syukur :D

      Delete
  9. baru tahu Jewel ni dalam Changi.. byk nk kne study nie ingatkan boleh redah je nak masuk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Jewel ni one of most important place to visit jgn terlepas .. oh kene plan betul2 sebab sana mahal salah sket rugi oooo :P

      Delete
  10. kalau transit, agak2 berapa jam ya diperlukan kalau nak melawat jewel ni? 3 jam cukup tak? sbb teringinnnn nak tgk... mana laa tau ada rezeki naik singapore airlines tahun dpn :😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least kene transit 4 jam utk membolehkan anda keluar dan jalan2 dia Jewel.. Masa yg sesuai utk jln2 di jewel adalah selama 3 jam..

      Delete
  11. tak pernah lagi jejak kaki ke singapore... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dimurahkan rezeki utk ke sana amin..

      Delete
  12. Patutlah airport dia, diundi sebagai airport paling cantik di dunia. Lawa betul, yek, terutama air terjun indoor tu...
    Mahalnya duit dia, banding currency kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airport dia mmg high class jugak la.. indoor talest water fall kot :D
      yes mahal sgt2 makan nasi goreng $6.00 mcm dah RM20.00 duit kita ..

      Delete
  13. Saya seriiiing sangat bolak balik Singapore, tapi sayangnya hanya utk short transit 🤣. Jadi sampai skr, tak pernah bisa lihat Jewel ni 😅. Rasanya memang next traveling pilih penerbangan yg lama transit di Changi, biar bisa mampir nak lihat 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seharusnya begitu.. Minimum transit 4 jam dibenarkan keluar dari airport dan boleh jalan di Jewel.. Rugi nya sudah beberapa kali transit tapi belum ke Jewel.. Moga nanti biasa ke Jewel..

      Delete
  14. Jewel Changi memang salah satu favourite place saya di Singapore. Pernah duduk dan singgah di sana selama 5-6 jam sebelum pergi jumpa adik dan kawan di Singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dia buat Jewel ni utk bagi org transit dtg dan spend their money especially shopping and somehow dah jadi tourism place utk yg bukan transit pun :D

      Delete
  15. Ada advengers pulak kat situ. Seronok la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unexpected jugak la ada advenges kat situ :D

      Delete
  16. nak masuk Jewel ni kena bayar ke ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...