Pages

Wednesday, 11 October 2023

Iran Part 3 : Tajrish - The Hidden Treasure of Northern Tehran

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Iran Part 2 : Snowing In Darband Village At Mount Tochal

Alhamdulillah selamat pulang dari Umrah selama 12 hari termasuk hari penerbangan pergi dan balik. Keadaan diri macam tak berapa nak ok sebab 2 hari selepas balik demam on off untuk dua hari seterusnya. Batuk berkahak masih lagi ada cuma hari demi hari ia makin berkurangan. Alhamdulillah boleh dikatakan keadaan diri is getting better :D

Nak update blog dari 2 - 3 hari yang lepas tapi masih tak kuat. Tapi hari ni kita tekadkan diri untuk update blog takut nanti kembali bersawang hahaha.. Ok jom sambung cerita kita di Iran sampai habis. Nanti nak update pasal Pulau Pangkor lagi, Umrah dengan Mantop Travel ni pun nak cerita jugak. Pastu nak habiskan cerita di Myanmar, Eh Jepun lagi, Taiwan lagi, Korea lagi, Oman lagi, Egypt lagi, eh banyak laa.. 

Done Merapu  Muqadimah.. Jom Sambung..

At Tajrish Square - Northern Tehran
Tajrish Square

Setelah kami habiskan masa beberapa jam di Darband Village, kami meneruskan perjalanan ke Tajrish sebuah bandar di dalam Tehran yang cukup dikenali sebagai Treasure Of Northern Tehran. Boleh dikatakan kawasan ini telah wujud beratus-ratus tahun lama nya. Dari Darband Village kami berjalan kaki menurun jalan raya berbukit ke Tajrish mengambil masa kurang 45 minit.

Cantik bunga bunga yang di tanam di Tajrish Sqaure.
Dari jauh tengok macam Broccoli tapi bukan kira macam bau-bau bacang Broccoli la :P

Tempat pertama yang kita akan dapat lihat ialah Tajrish Square. Agak cantik pemandangan di sini dengan hiasan pokok-pokok bunga di tengah-tengah bulatan jalan raya. Dan orang yang agak crowd di sini kerana terletaknya pasar lama Tajrish yang tidak jauh dari Tajrish Square ini. Satu kejadian tak disangka, aku telah di sapa oleh seorang lelaki dengan cara menepuk bahu aku.

Tak pasal-pasal dapat air free.. sedap lak tu..
Yang flavor strawberry dengan orange lupa lak nak snap gambar :D

Bila aku toleh dia tunjuk sebotol air jus buah sambil menghulur kepada aku. Aku pun rasa ini mesti nak scam bila kita ambil and then dia akan minta duit. Selepas aku menolak denagn isyarat tangan seolah-olah tak nak, dia macam agak marah. Terus dia amik tangan aku dan letak botol dan terus berlalu pergi. Dan beberapa minit kemudian barulah aku faham. Dia sedang memberi air percuma kepada orang ramai sebagai promosi keluaran produk baru. Terus aku minta botol kedua dari dia hahaha :D 

Holy Shrine Imam Zaded Saleh Mosque

Kami teruskan perjalanana dari Tajrish Sqaure ke sebuah masjid berhampiran sebab nampak dari segi architecture memang cantik dan unik. Lelaki boleh masuk dengan apa pakaian selagi ia menutup aurat tapi bagi wanita perlu memakai jubah yang disediakan walau sudah memakai seluar panjang dan baju lengan panjang. 

Holy Shrine Imam Zaded Saleh Mosque
Seni bina yang cukup memukau mata - Seriously memang cantik.
Info - Ianya adalah sebuah Masjid dan juga monument yang dibina khas kepada anak Hazrat Imam Mousa Kazem. Bangunan asal telah dibina pada abad ke 7 dan ke 8 iaitu hampir 750 tahun yang lalu. Senibina adalah dari Zaman Pemerintahan Ilkhanid. Ayah kepada Imam Zadeh adalah salah seorang dari 12 Imam Agung di dalam ajaran Syiah. Beberapa penambahan dan ubah suai telah dibuat ketika Pemerintahan Safavid dan Pemerintahan Afsharid. Kesimpulannya ini juga antara tempat suci bagi pengikut ajaran Syiah.

Kami masuk sekejap untuk solat jama Zohor dan Asar. First time masuk masjid Syiah
Mula-mula pening jugak nak cari Qiblat arah mana. Siap buka app cari Qiblat :P

Kami singgah ke sini untuk solat jama taqdim Zohor dan Asar. By the way meh kita cerita bab hukum pulak. Solat di masjid yang memegang ajaran syiah adalah sah selagi mana kita tak ikut solat berjemaah yang berimamkan syiah. Sekadar solat di dalam masjid adalah sah. Dan kene tahu walau mereka Syiah tapi masjid mereka tetap meng- QIBLAT -kan Kaabah di Masjidil Haram.

Inilah jubah atau shawl besar yang kaun wanita kene pakai kalau nak masuk masjid ini.
Seronok boleh tour masjid cantik ni.

Apa yang boleh aku share di sini. Orang-orang di sini amatlah baik dan berbudi bahasa. Walau tidak dapat berkomunikasi dengan baik disebabkan perbezaan bahasa tapi mereka amat baik dalam menolong kami. Okla aku mengaku sebelum sampai ke Iran memang ada perasaan takut. Member kat office siap cakap lagi "ish berani nyer pergi Iran, tak takut kene bunuh ke?" Well never judge until you see it with your own eyes :D

Alhamdulillah kami masih berpegang dengan Mazhab Syafie - Ahli Sunnah Wal Jamaah :D

Tajrish Traditional Bazaar - The Only Traditional Bazaar in North of Tehran

"Tajrish Traditional Bazaar is an old, colorful bazaar that gives everyone a sense of walking in old Tehran. Its architecture has been developed through the years. However, the real old texture has been preserved."

"There are multicolored fruits and vegetables that catches attention. Of course, there are several other things that this bazaar offers for sale. Make sure to have some money in your pockets because you will not leave this bazaar empty-handed! The irresistibly charming commodities are great Persian souvenirs for those you love."
Jom terokai Tajrish Traditional Bazaar ni :D
Sejarah Awal - Bazar Tradisional Tajrish ialah bazar tertua di utara Tehran dengan panjang melebihi 750 meter dan lebih 400 buah kedai. Ia adalah bazar kecil yang disimulasikan dari Tehran Grand Bazaar. Pembinaannya bermula sejak 100 tahun lalu. Walau bagaimanapun, beberapa peniaga lama mengatakan bahawa ia berusia lebih dari 250 tahun. Asal penempatan di Tajrish adalah perkampungan kecil yang di mana setiap rumah mereka mempunyai taman sendiri.

Dan pada suatu ketika Tajrish telah menjadi pusat percutian musim panas kerana keindahan alam semula jadi dan keindahan perkampungan di sini. Maka bermulalah ramai orang datang ke sini bagi mencari kerja terutamanya dan akhirnya ramai di antara mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Tajrish yang mengakibatkan penambahan penduduk dengan amat ketara.

Reza Shah Pahlavi iaitu Pemerintah Sultan Iran yang terakhir juga selalu ke Tajrish bagi mengisi masa lapang beliau yang akhir nya menyebabkan Tajrish berkembang dengan lebih pesat dan moden. Ini termasuk terbinanya jalan raya dan lebih banyak penginapan awam. Akibat dari ramainya yang berkunjung ke Tajrish maka penduduk mula menjual hasil tanaman kebun mereka kepada orang ramai.

Raja Iran yang terakhir sebelum Iran Revolution  - Mohamad Reza Shah Pahlavi
Oleh itu, muncul beberapa kedai kecil di Tajrish, dan apa yang kita kenali hari ini sebagai Bazar Tradisional Tajrish ialah versi maju kedai tersebut. Untuk mengelakkan kemusnahan komoditi mereka dan demi keselesaan orang ramai, peniaga membuat keputusan untuk membina bumbung di bahagian atas. Kemudian, Pertubuhan Warisan Budaya dan Pelancongan membina bumbung yang lebih menarik dan tradisional dan menambah beberapa hiasan kreatif seperti yang ada sekarang.

Bersambung Iran Part 4 : Sunset At Azadi Tower And Night life In Tehran

32 comments:

  1. Masyaallah, usia masjid hampir 750 tahun. Pasti bagus dan kono tapi antik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binaan asal yg berada di tengah masjid itu telah berusia 750 tahun.. Seni bina farsi mmg menakjubkan.. Yes mmg byk dlm kawasan masjid antik.. :D

      Delete
  2. Masya Allah, cantiknya bangunan2 dekat sana. Kalau kita solat dalam masjid Syiah, orang kat sana tak pandang serong ke sebab kita ahli sunnah wal jamaah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm dari pengalaman mereka tak pandang serong pun walau kita sorang je yg tak letak batu karbala di tmpt sujud hihihii.. Actually yg pandang tak suka dgn kita ni yg extreme syiah jermm orgb awam semua ok cool jer..

      Delete
  3. Perjalanan yang sangat indah...minumannya kelihatan segar dan suasana pasar yang nampak di sana kelihatan segar komoditinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana di pasar sama seperti 100 tahun dahulu.. Masih menimbang dgn cara lama.. Perjalanan yg mmg indah di Iran.. :D

      Delete
  4. Berkilat tengok dinding masjid syiah ni. Cantiknya bunga yang macam kobis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami yg tgk depan mata lagi terpegun dari jauh lagi nak tahu apakah benda nya hahahaa...

      Delete
  5. Bunga tu? Ingatkan sayur!

    Cari kibat dalam masjid...? Pengalaman unik tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Sayur boleh bunga pun boleh.. :P
      Yeap mmg cari qiblat dlm masjid sbb masa dtg tu tgk carpet takde saf.. tmpt menghadap qiblat pun takde mimbar atau mcm tmpt imam.. :D

      Delete
  6. Moga cepat sembuh...
    nampak gayanya harapan email saya dibalas untuk tanya pasal currency tidak kesampaian la pada encik... hahahahha

    takpela bukan rezeki, saya kena fikirkan jalan lain utk dptkan curreny πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin terima kasih :D
      Sibuk dgn kerja asyik kene outstation jer ni mmg tak sempat nk buka email tu hahaha.. Ok nanti kita buka email :D

      Delete
  7. Akhirnyaaa ada cerita Iran lagi πŸ‘πŸ˜„.

    Orang bagi free minuman itu kasih 3 botol kah bang? πŸ˜„. Atau dia bagi 1-1 ke semua 🀭. Tapi nampak segaaar memang.

    Teman saya yg sering bolak balik ke Iran, memang bilang orang sana sangaaaat ramah. Terkadang mereka tak segan ajak foreigners utk makan di rumah mereka. Teman saya sering diajak makan di rumah orang Iran, padahal tak kenal sebelumnya. Memang seramah itu mereka.

    Itulah kenapa saya teringin sangat ke iran. Semoga bisa tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya... Cerita iran ini mungkin panjang sedikit banyak part nya.. Betul rakyat iran majoriti nya mmg sgt ramah baik dan suka membantu. Kami juga dibantu byk kali oleh org yg tidak dikenali dlm mencari penginapan di Iran.

      Delete
  8. Bunga yg mcm broccoli tu mmg cute
    Masjid yg tersergam indah tapi guna apps nk cari qiblat hihii
    Bazar tu mcm tu pasar siti Khadijatul di Kota Bharu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap yg tak pernah lihat pasti terkagum dgn bunga tu hahaha.. Asalnya tak pasti qiblat ke arah mana tu yg buka apps cri qiblat..
      Bazar tu lebihg complicated dri di kt bharu..

      Delete
  9. teringin nak ke sana sbb pemandangannya cantik. cuma takut dgn org syiah ekstrem la pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah tiasa langsung ekstrem tu pada org iran.. Mereka semua baik2 belaka.. :D

      Delete
  10. Tentu rasa sangat berdebar masa 1st time masuk masjid Syiah tu kan? πŸ˜…

    Comel pulak rupa yang perempuan kena berkelubung gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe berdebar yg amat masuk masjid syiah first time hahahaa..
      Kene selubung mcm tu..kalau pakai jubah ok je boleh masuk mcm biasa.

      Delete
  11. Arsitektur mesjidnya sangat indah...taman bunganya juga cantik menyegarkan mataπŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid yang mengekalkan seni bina farsi memang cantik :D

      Delete
  12. Aik dalam masjid itu tiada penunjuk qiblat atau orang tengah solat ke?
    Musykil sebab masuk mana-mana masjid kita akan tahu serta-merta qiblat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu kami tak jumpa mimbar atau tmpt ruangan imam solat.. And masa tu first time masuk masjid syiah so takut2 jugak qiblat tak sama..hahaha..

      Delete
  13. tu laaa sy igt kan td brocolli... siap ada kaler purple lg. rupanyaaaa... hehehe menarik!

    banyak jumpa 'batu' tak dalam masjid tu? hehehehe

    iran okey je. member sy siap ckp, tgk ni aku blk malaysia sihat je? tak ada apa-apa laa kat iran tu...pegi dan nilaikan sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik pokok ala brocolli tu kan hahaha... Batu tu wajib ada di mana2 tmpt solat.. K masuk pintu masjid mmg ada batu tu kat tepi pintu just amik satu pi solat kang habis solat letak balik.. Begitulah org syiah solat..

      Mnmg pun kami balik pun alhamdulillah sihat jer.. Rakyat iran friendly sgt2..

      Delete
  14. cantik betul masjid..warna pun menarik..berkilat-kilat interiornya mcm ais..first time tgk senibina mcm ni...seronok jalan2 tengok org berniaga dlm covered market...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul cantik masjid-masjid di Iran sebab ada seni bina farsi.
      Actually market tu besar sangat2.. kalau tak pandai memang boleh sesat dalam tu :D

      Delete
  15. Mula-mula ingat kobis ke brokoli sekali bunga daπŸ˜… Cantik sungguh masjidnya. Ha kawan dan family yang tau angan-angan KSarie hendak ke Iran pun musykil kenapa KSarie nak ke Iran. Deme kata kan negara konflik yang tak selamat. Baguih deme ni preserve heritage building deme. Kita ni walaupun katamya progresif tetapi banyak juga bangunan warisan yang tidak dipelihara. Lagi sedih ada yang diruntuhkan terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita terpedaya dari jauh haha.. Masjid kat iran semua cantik2 mmg terpegun la tgk..so far. Iran mmg menjaga hal hal yg berkaitan dgn sejarah.. Terjaga sejarah terjamin bangsa... Itulah Malaysia..

      Delete
  16. Cantiknya bunga-bunga tu. Suspens juga orang tepuk bahu, bagi air free rupanya.
    Menariknya bazaar dia, macam-macam ada, ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumbuhan tu cantik tak tau bunga atau pokok hahaha. Itulah tiba2 org menyapa takut jugak..bazaar tu mmg jual segala macam benda.

      Delete