Pages

Sunday, 15 October 2023

Iran Part 4 : Sunset At Azadi Tower And Night life In Tehran

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai kami menerokai sekitar Tajrish terutama Tajrish Traditional Bazaar. Kami mengambil underground train yang terletak di hadapan kanan Bazaar untuk ke Station Meydan-e Azadi iaitu station terdekat untuk ke Azadi Tower. Dari Station Tajrish kita perlu menukar train di Station Darvazeh Dowlat iaitu selepas 13 station dari Tajrish. Dari Red Line (Line 1) tukar ke Yellow Line (Line 4) dan kemudian selepas 8 station dari Darvazeh Dowlat kita kan sampai di Station Meydan-e Azadi. Boleh faham tak, senang jer kan?

Catching Sunset at Azadi Tower is one of the best thing to do in Tehran - Google.

Mengambil masa lebih 30 minit untuk kami sampai ke Azadi Tower. Oh ya satu benda yang excited aku nak share ialah underground train dia memang advance dari kita di Malaysia. Boleh dikatakan hampir keseluruhan train di Tehran berada di bawah tanah. Memang very convenience and some part memang boleh dikatakan maju jugak Tehran ni.

Underground Metro Station Tajrish - Line 1 (Red)
Tajrish Square - Imam Zaded Saleh Mosque - Traditional Bazar - Metro Station

Antara cara pembayaran tiket perjalanan adalah dengan menggunakan tunai di mesin automatik atau pergi ke kaunter. Dan paling best harga tiket train adalah sangat-sangat murah. Mereka menggunakana sistem radius perjalanan mengikut zone. Semua perjalan dalam Zone 1 adalah lebih kurang RM1.00 -  Zone 2 RM2.00 - Zone 3 RM3.00 dan terakhir Zone 4 RM4.00. So sejauh mana anda pergi, anda tetap cume membayar RM4.00 untuk zone terakhir.

Once turun escalator dari entrance tadi akan nampak ukiran ini. Cantik kan :D
Turun dua kali escalator memang jauh ke dalam tanah.
Laluan ke train penuh dengan kedai-kedai serbaneka di kiri kanan.
We are here Tajrish Underground Station.
Keadaan dalam train yang amat selesa. Yang penting tak sesejuk di luar :P

Setelah sampai di Station Darvazeh Dowlat kami berjalan ke arah keluar dan terus nampak Azadi tower di sebelah kiri kami. Dan pada ketika ini waktu telah pun berada agak lewat petang dengan cuaca makin bertambah sejuk. Kami pun terus bergegas ke arah Azadi Tower bagi mengambil gambar. Sebab tak tahan sejuk yang menusuk tulang. 

Dan masa ini ada dua orang lelaki dalam lingkungan awal 40an datang kami ke arah kami sambil bertanya dari mana dan sebagainya sambil offer untuk mengambil gambar kami di hadapan Azadi Tower. Antara yang aku ingat dia kata "Its hardly to see any tourist here in Tehran, I'm really happy to see all of you from Malaysia".

Meydan-E Azadi Metro Underground Station.
We are here at Azadi Tower :D
Loncat keriangan sebab tak tahan dengan kesejukan hahahaa.. :D

Kami memang purposely datang lewat petang sebab nak lihat sunset di Azadi Tower ini. Sebab masa aku buat carian di google berkenaan aktiviti yang wajib dibuat di Tehran adalah "Sunset Catching at Azadin Tower" dan ini adalah antara top 5 aktiviti di Tehran. Unfortunately sekarang ni musim winter so sunset yang kami idamkan tidak menjadi sangat hahahaa.  :P

Selepas selesai meneroka area Azadi Tower kami berjalan semula ke Metro Station. Aku tiba-tiba ternampak seorang pakcik tua menolak sebuah meja kecil yang beroda sambil menjual Falafel Sandwich. Aku pun order satu sebab once kita order baru dia goreng. So makan panas-panas memang sedap. Oh ya Falafel ni ingredient dia adalah sayuran semata-mata.

Yang warna brown macam kene goreng tu la Falafel. Harga tak sampai RM2.00 pun.
Bila waktu petang terdapat ramai orang berniaga di laluan kaki lima underground metro ini.

Tiba-tiba rasa pelik masa nak balik di laluan sama ke arah train sebab kehadiran orang yang agak ramai. Rupa-rupanya ada ramai orang berniaga di tepi dinding laluan underground. Barang-barang seperti souvenir, hasil kraf tangan, makanan, shawl, snow cap, pakaian dan banyak lagi. Sebab tadi masa kami datang lalu sini clear jer. Tapi okla dapat cuci mata jugak sementara berjalan ke arah train. :D

Kami spend time lebih kurang sejam berjalan-jalan di Mohtashem.

Dari Station Mayden-E Azadi kami ke Station Meydan-e Enghelab-e untuk pergi ke one of the famous outdoor shopping road di Mohtashem Road. Masa kami sampai dah pun waktu malam dan keadaan amat sejuk tapi disebabkan kami berjalan jauh maka tak rasa sangat kesejukan. Alhamdulillah keadaan sekeliling amatlah happening memang banyak kedai-kedai sepanjang jalan. Dan banyak tempat menarik untuk bergambar.

Antara kreativiti yang menghiasi sepanjang jalan di Mohtashem.
Lagi attraction di Mohtashem Road.

Ketika kami sedang leka berjalan-jalan tiba-tiba ternampak orang berkerumun di bawah khemah besar. Kami pun menyibukan diri menyertai gerombolan orang ramai. Rupa-rupanya ada pertunjukan yang dan yang paling tak disangka ada kuda kepang sekali. Hurm makna kata bukan orang melayu sahaja yang main kuda kepang? Atau dari mana asalnya permaianan kuda kepang ni? 

Suasana kedai-kedai di sepanjang Mohtashem Road.
Dari Mohtashem Road kami menaiki public bas ke Beyhaghi Bus Station.

Selesai berjalan-jalan di Mohtashem Road kami menaiki public bus ke Beyhaghi Bus Station sebab bas kami ke Isfahan akan bertolak pada pukul 11.45 malam nanti. So memang dah plan kami akan bermalam di dalam bas di sepanjang perjalanan ke Bandar Isfahan nanti. 

Masa kami nak naik public bas ni actually macam susah juga nak pilih bas yang mana satu. Then tiba-tiba ada satu bas berhenti di hadapan kami dan driver bas tu boleh cakap sedikit English, dan tanya nak pergi mana. Bila dapat tahu nak ke Beyhaghi Bus Station dia terus offer kami naik dan bagitau bas dia tak ke sana tapi dia akan stop berhampiran dan ajak kami naik dengan free :D

38 comments:

  1. byk betul pengalaman yg u dpt dari travel merata2 seluruh dunia ni! best sgttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah merasai rezeki nikmat berjalan dari Allah Taala..
      Perjalanan masih jauh utk diterokai :D

      Delete
  2. Haaaa... kan bagus ada kedai dalam stesen underground... Kat tempat kita ada kiosk2 je... kedai ada satu dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap di South Korea dan China pun mereka utilize kan ruang yg ada di laluan underground station..

      Delete
  3. Boleh pulak ya berniaga di laluan underground gitu 😀. Unik!

    Seronok baca travel di negara mereka yang mesra dengan pelancong ni.
    Baik sungguh driver bas tu siap tanya nak ke mana dan bagi percuma pulak. Nampak memang mereka sangat gembira dan meraikan kehadiran orang asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin cuaca yg teramat sejuk diorng bgi berniaga di lalaun under ground tu kot.. Ntah la hahaa..
      Actually byk kali juga dibantu oleh org yg tak dikenali di Iran.. Mmg baik2 org sana..

      Delete
  4. Jauh berjalan banyak pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... Berjalan utk mencari pengalaman mmg tiada penghujungnya.. :D

      Delete
  5. Best best. Thanks for sharing. Public transport senang ya kat sana. Moga dapat ke sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome.. So far dari pengalaman public transport mmg friendly user.. Insyallah moga dipermudahkan utk ke sana.. Amin.. :D

      Delete
  6. syukurlah harga barangan di situ lebih murah drp tempat kita ni. Disyorkan pi sana..buleh beli cenderahati yg sesuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah sgt2 harga barangan di iran.. Saya beli patung catur tentera parsi buat souviner sendiri.. :D

      Delete
  7. Kalo di beberapa negara macam Vietnam, Kamboja, Prancis, ada orang menghampiri menawarkan nak bantu foto, jujur saya tak akan langsung percaya. Yg saya pikir pertama pasti scam, atau nantinya dia nak minta bayaran, atau hp dan kamera dibawa lari 😂😂.

    Tapi kalo yg menawarkan orang iran, macam terharu Krn niatnya benar membantu 👍🏿

    Cantiiiik sangat towernya abaaaang 😍😍😍. Unik yaa design dia punya.

    Saat melihat stasiun bawah Tanah, yg saya bayangkan langsung stasiun bawah Tanah Korea Utara. Persiiiiis macam tuh. Ada lukisan melengkung. Bedanya kalo yg Korut, gambar pemimpin dia tuh lah di mana2🤣. Tangga berjalan menuju ke bawah juga dalam sangat, 400 meter. Saya tak bisa lihat bawahnya saat awal turun. Berapa meter yg Iran ini ya? Tiket dia pun miriiiiip 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org nak ambilkan gambar pun boleh kene scam di negara lain.. Pernah juga lepas ditolong ambilkan gambar diminta upah pula hahaha..

      Oh ya ka sama seperti di Korut keadaan train nya.. Belum pernah ke sana .. Dlm usaha utk ke Korut.. Di iran juga amat dalam dibawah tanah train station nya.. Mungkin oersiapan perang ..org awam boleh berlindung di bawah tanah.. :D

      Delete
  8. Best betul dpt jenjalan ek..alhmdulillah Allah lapangkan rezeki kamu sekeluarga..doakan saya jugak dpt jenjalan dengan anak2 mcm ni..terbaik tuan tanah..update lagi cepat2 kasi clear draft 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi sedikit nikmat rezeki nak merasai pengalaman di negara orang. Insyallah semoga diberi rezeki melimpah ruah untuk jenjalan dengan anak2 ke mana sahaja amin :D

      Delete
  9. Belum ada rezeki cop pasport kat belah2 sana .

    ReplyDelete
  10. Falafel sandwich, sepertinya sedap....

    ReplyDelete
  11. Jujur cakap sblm ni tak berapa tau sangat pasal Iran, jadi rasa kagum bila tengok Iran ada kemudahan tren mcm kat KL hehe. Padahal Iran ni peradaban dieorg lebih maju dari negara kita sebab dieorg ni antara one of world's oldest civilization :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun masa beli tiket pun rasa macam betul ke tidak ni hahahaha :P
      Actually iran mmg mengagumkan para traveller .. negara mmg nature cantik.
      And sejarah di Iran mmg banyak dari zaman ke zaman ada di Iran. :D

      Delete
  12. Cantik juga Iran ni ya. Sebenarnya baru tahu bandar kat sini cantik masa tonton ada satu movie Fazura berlakon kat Iran. Bila nak pergi...ada dengar kata kalau kita ada visa USA, pergi pula Iran dan nanti bila nak masuk USA akan jadi problem. Jadi tunggu visa habis dulu. Saya dapat visa USA 10 tahun. Ada juga yang dapat visa USA kurang daripada itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Kalau nak apply visa USA jgn ada cop iran, pakistan, north korea nanti payah huhuu.. Kita nak apply tapi takut tak lulus..kang kalau tak lulus mau seumur. Hidup tak leh pergi.. Hihii.. :D

      Delete
  13. Maju juga ya transportasi/perkereta apian di sini, cakep juga modern....ternyata Iran bisa juga jadi acuan buat traveling...keren deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar.. Iran sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan .. kos yg murah dan tempat yang cantik serta kaya dengan sejarah .. :D

      Delete
  14. Bestnya naik tren underground, harga tak mahal.
    Falafel sandwich pun murah. Rezekinya, dapat naik bas free.
    Happening juga bandar dia ye, ada pertunjukan kuda kepang. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada part tu kami naik train free sempena festival apa ntah :D
      Nak travel ni kene rajin makan sayur kalau tak susah la nak mencari yang halal
      Yes unexpected kemeriah di Bandar Tehran especially di malam hari :D

      Delete
  15. Murah harga keretapi.
    Bagus pemandu itu menawarkan diri hantar secara percuma. Memang peramah dan pemurah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg murah kalau ada perayaan lagi best free je ticket.. Pemandu bas tu mmg tak sangka2.. Tlg bawa kan ke bus stop terdekat percuma pulak tu :D

      Delete
  16. ukiran tu dah mcm nak masuk muzium kekdah nyer... padahal stesen tren je kan... wahhh jarang underground ada kedai2 kecik macam ni. mmg rare...

    agaknya kalau naik tren dan turun setiap stesen tu pun dah kira banyak juga kan tmpt2 boleh kita lawati kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. One thing about iran.. Mmg bab sejarah mereka titik beratkan.. Nama2 tokoh.. Sejarah peperangan semua ada di mana2 sahaja mereka buat ukiran poster dn sebagainya..

      Betul kalau kita berhsntung pada tren sahaja pun dah dpt byk cover byk destinasi utama..

      Delete
  17. walaupun ekonomi ditekan oleh US & UN, tapi Iran tetap maju...ohsem betul Mohtashem Road...bling2...berbaloi naik train jauh2 ke Asadi Tower...cantikk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul tu.. tak disangka keadaan di Iran terutama Tehran agak maju.. Mohtshem Road tu wajib pergi especially waktu malam..

      Delete
  18. kerlap kerlip suasana malam yang indah...snacknya delicious for sandwich lover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Mohtashem Road mmg indah utk berjalan-jalan.. Sandwich sayuran :D

      Delete
  19. Mantapnya sistem jaringan metro deme. Bagi orang yang memang bergelumang dengan komuter, lrt, ets bagai ni, KSarie sokmo teruja kalau tau satu-satu tempat tuh pengangkutan awam dia ohsem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap mmg mantap sistem metro diorang. Semua tmpt attraction ada station metro. Some how train dirong tak complicated mcm di paris atau tokyo..

      Delete