Mari kita habiskan cerita kembara backpackers di Iran ni walau keadaan diri masih lagi dalam kesakitan. Hurmm tapi sakit apa? Actually aku pun first time kene and first time dengar sakit yang aku alami ini. Iaitu "Frozen Shoulder" hampir 2 minggu dah diserang sampai kene amik ubat Celebrex 200. Gerak sakit, tak gerak sakit. Ada-ada masa bila bahu kiri ni "Jammed".. Allahu sakit dia, pedih sangat-sangat.
Khaju Bridge juga dikenali "The Finest Bridge" dibina pada tahun 1650 oleh Shah Abbas II. |
Okay dalam posting kali ini kita berkongsi pengalaman menawan kesemua 5 buah jambatan tarikan utama di Isfahan yang telah di bina samada hampir atau lebih 500 tahun yang dahulu. Yang pertama Si-O-Se-Pol Bridge kita dah cerita pada entry yang lepas. Now kita sambung cerita for another 4 bridge yang seterusnya.
At this moment kene makan painkiller Celebrex 200 Nonsteroidal Anti-Inflammatory Drug (NSAID) dan kene mula Physio dengan pihak hospital. Seriously out of no where. |
Khaju Bridge
Terletak di penghujung Kamal Ismail Street. Ianya amat dikenali sebagai the Finest Bridge. Ia dibina sekitar tahun 1650 Masihi pada Pemerintah Abbas II iaitu Sultan Ketujuh dalam Pemerintah Safavid. Yang mana pada asalnya telah wujud struktur asal jambatan yang lebih lama kemudian telah diubahsuai sepenuhnya dan dibina jambatan baru.
So here we are The Finest Bridge of Isfahan - Khaju Bridge. |
Terdapat satu kerusi batu yang dipanggil The Kings Chair yang masih wujud sehingga sekarang yang mana telah digunakan oleh Shah Abbas II sebagai tempat duduk menikmati pemandangan indah Sungai Zayanderud. Panjang Khaju Bridge adalah 133 meter dan lebar 12 meter dan terdapat 23 pintu gerbang.
Unik design yang dibuat oleh architecture bridge ini. Boleh main chak chak pula :P |
Terdapat beberapa kunci air di jambatan ini bagi mengawal paras dan aliran air. Di mana apabila kesemuanya kunci air ditutup ia akan membantu mengalirkan air kepada para peladang dan petani di kawasan sekitar sungai suatu ketika dahulu.
Dari hujung sampai la ke hujung kita cross the river. "From river to the sea, Palestine will be free" eh tiberr.. |
Shahrestan Bridge
Ini adalah jambatan tertua di Isfahan. Struktur asal telah dibina pada era zaman Pemerintahan Sasanid iaitu di antara abad ke 3 hingga abad ke 7 Masihi. Dan bahagian atas jambatan telah diubahsuai pada abad ke 10 oleh Pemerintahan Buyids atau juga dikenali sebagai Pemerintahan Buwayhid (934M - 1062M). Dan kemudian telah diubahsuai sekali lagi oleh Pemerintahan Seljuk (1037M-1194M).
Gambaran asal Shahrestan Bridge pada suatu ketika dahulu. |
Panjang Shahrestan Bidge adalah 107.8 meter dan lebar 5.2 meter. Ia memiliki 13 pintu gerbang besar dan 8 pintu gerbang kecil yang terletak di antara pintu gerbang besar. Ianya berfungsi sebagai alternatif aliran air ketika banjir berlaku bagi mengelak kerosakan kepada jambatan.
Gambar satu pun aku tak jumpa so kita amik dari Pakcik Google jer :D |
Namun sekarang jambatan ini tidak lagi digunakan sebagai lintasan menyeberangi Sungai Zayanderud kerana air sungai telah dialihkan 100 meter jauh dari Shahrestan Bridge ini. Bagi mengelakan jambatan ini rosak dimakan usia maka telah dibuat sebuah tasik melintasi kedua-kedua arah jambatan ini.
Suka dengan seni bina jambatan yang dah beratus tahun ini - Google. |
Marnan Bridge
Juga dikenali sebagai Marbin Bridge. Ianya telah dibina pada zaman Pemerintahan Safavid tapi para pengkaji sejarah percaya ia telah dibina seawal atau sezaman Shahrestan Bridge ini kerana batu yang diguna pakai untuk membuat jambatan ini adalah sama dari segi jenis, saiz dan bentuk dengan batu-batu yang digunakan dalam membina Shahrestan Bridge.
Penampakan Marnan Bridge di malam hari :D |
Panjang jambatan ini adalah 186 meter dan lebar 4.8 meter. Terdapat 17 pintu air dan 14 pintu gerbang. Seperti biasa waktu paling indah untuk melawat kesemua jambatan-jambatan ini adalah ketika waktu matahari hampir terbenam.
Choobi Bridge
Juga dikenali sebagai Joubi Bridge oleh orang awam sekitar Isfahan dan ada juga disebut sebagai Joui Bridge. Terletak di antara Khaju Bridge dan Ferdowsi Bridge di Sungai Zayanderud. Ia telah dibina pada tahun 1665 Masihi ketika era Sultan ke 7 iaitu Shah Abbas II atau Sultan ke 8 dari Pemerintahan Safavid. Panjang jambatan adalah 147 meter dan lebar 4 meter an mempunyai 21 pintu gerbang air.
Gambaran asal Joui Bridge pada suatu ketika dahulu. |
Suasana di atas Choobi Bridge dalam suasana winter yang tenang. |
Kelihatan ramai yang berehat sambil berpicnic di kawasan sekitar bridge. |
Shah Abbas The Great
Pada zaman Pemerintahan Shah Abbas The Great telah berlaku pemindahan pusat pentadbiran dari Wilayah Qazvin ke Wilayah Isfahan di antara tahun 1588 - 1629. Perkataan "Shah" dalam bahasa Farsi yang bermaksud Sultan. Shah Abbas atau Sultan Abbas adalah Sultan kelima dalam Pemerintahan Kerajaan Safavid. Anak ketiga kepada Shah Mohammad Khodabanda yang juga merupakan sultan keempat yang telah digulingkan oleh Tentera Puak Qizilbash ketika Shah Abbas berumur 16 tahun.
Kawasan sekitar yang santai di antara bridge sepanjang sungai. |
Suasana winter yang sejuk tak terasa sangat penat berjalan jauh. |
Shah Abbas mendapat gelaran The Great kerana pemerintahanya yang bijaksana, memulihkan kekuatan ekonomi negara dan menguatkan kekuatan askar yang mana paling terkenal adalah Askar Ghilman iaitu askar hamba. Yang terdiri dari bangsa Armenia, Georgia dan Circassia. Dan di masa pemerintahan beliaulah askar-askar Ottomans dan Uzbeks dapat dikalahkan dan menawan semula jajahan Iran yang dirampas oleh negara lain.
Maka boleh difahami kenapa Isfahan adalah satu destinasi penting untuk dilawati jika melancong ke Iran. Kerana ia pernah menjadi capital kepada negara Iran 500 tahun dahulu dan sudah tentu terdapat banyak peninggalan sejarah untuk diterokai. Antaranya beberapa jambatan yang telah dibina 500 tahun dahulu masih lagi utuh dan boleh diguna pakai sehinggalah sekarang.