Sambungan Dari Iran Part 4 : Sunset At Azadi Tower And Tehran Night Life
Hari ketiga di bumi Iran ini kami mula menjejakan kaki keluar dari Bandar Tehran menuju ke sebuah bandar yang penuh dengan kekayaan sejarah tersendiri yang melebihi seribu tahun lamanya. Malah bandar ini telah pun wujud pada zaman era Pemerintahan Sassanid atau juga dikenali Pemerintahan Eranshahr pada kurun ke-7 dan ke-8 Masihi. Iaitu pemerintahan terakhir sebelum kedatangan Pemerintahan Islam.
Berhadapan Si-O-Se-Pol Bridge - Jambatan utama di Isfahan berusia 500 tahun. |
Dengan menaiki bas dari Bandar Tehran, kami memilih perjalanan malam yang mengambil masa hampir 6 jam lebih untuk tiba di Bandar Isfahan. Bagi menjimatkan bajet dan juga masa yang ada untuk kami hanyalah selama 9 hari di Iran ini. Oleh itu kesemua perjalanan jauh kami memilih untuk bergerak pada waktu malam. Kerana kami memerlukan waktu siang untuk berjalan-jalan.
Di Isfahan kami tidak perlu memikirkan sangat tentang accommodation kerana seseorang yang tidak kami kenali telah membantu kami mendapatkan tempat yang amat selesa dengan harga yang amat murah. Kalau baca part 4 ada orang yang bergambar dengan kami di Azadi Tower. Beliau lah yang telah mendapatkan kami apartment 2 bilik dengan harga RM200.00 semalam.
Sampai di lobi hotel macam terpegun seketika, betul ke hotel ni? |
Kami berehat sebentar di lobi hotel kerana check in hanya pada pukul 1.00 petang. Air panas dan teh disediakan free of charge. Kami terus buat maggi :D |
Semasa di Azadi Tower lagi beliau dah tanya ke mana lokasi seterusnya selepas beliau mendapat tahu kami akan ke Isfahan beliau terus menelefon kenalan beliau dan mendapatkan kami accommodation. Dan kami pada mulanya tak berharap pun sebab takut juga kene scam. Tapi bila kami sampai dan lihat sendiri tempat yang amat selesa untuk kami berlima dengan satu infant. Maka tersenyum lebar wajah kami hahahaa.. :D
Disebabkan tak boleh check in lagi kami pun berjalan-jalan di kawasan sekitar. Cuba teka motor apa warna biru tu? |
Satu perkara yang aku suka dengan Iran ni ialah jalanraya dan kaki lima memang bersih. |
Accommodation di Isfahan kami cuma check in satu malam sahaja. RM200 dibahagi 5 maka kos untuk seorang hanya RM40.00. Sepatutnya boleh dapat yang lebih murah tapi dapat bilik hotel la bukan apartment macam ni. Tapi bila fikir semula malam pertama tidur airport dan malam kedua tidur dalam bas so untuk malam ketiga ni kita berselesalah sikit.
Syukur sangat hotel yang kami stay ni walking distance almost to every attraction. |
Disebabkan kami sampai awal pada waktu subuh di Isfahan dan selepas bersolat subuh di musolla yang berada di dalam Bus Station. Kami terus mencari teksi untuk ke lokasi hotel. Di Iran kita boleh confirmkan bayaran sebelum menaiki teksi dan boleh cari siapa driver teksi yang boleh bagi harga yang paling murah atau munasabah.
Time check in bersyukur sangat sebab dapat accommodation yang selesa sangat. Lengkap dengan sofa, tv, dapur, kettle, dan toaster. Paling penting ada heater :D |
Ada dua bilik - Satu Bilik Twin Single dan Satu Bilik Queen Bed. |
Apabila sampai di hotel kami hanya dibenarkan check in selepas pukul 1.00 petang dan kami telah meminta untuk meletakan beg backpack kami di lobi hotel. Sebab tak nak buang masa dan nak terus keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Pihak hotel mengizinkan dan siap offer untuk letakan beg kami dalam apartment pada pukul 1.00 petang nanti jika kami belum balik ke hotel. We all pun okay jer lagi bagus sebab tak perlu la rushing balik semata-mata nak check in untuk letak barang.
Si-O-Se-Pol Bridge
Juga dikenali sebagai Allahverdi Khan Bridge, adalah salah satu dari 11 jambatan kebanggaan di Isfahan yang melintasi sungai Zayandehrud River. Dan ia adalah jambatan yang paling terkenal oleh kerana ia adalah yang paling panjang (297meter). Serta lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar dan yang terakhir kerana seni bina dan sejarahnya yang tersendiri.
Here we are.. 500 years Si-O-Se-Pol Bridge by Shah Abbas The Great |
Masih diguna pakai sehingga kini dan tetap kukuh berdiri :D |
Dibina di antara tahun 1599 sehingga 1602 ketika Pemerintahan Shah Abbas. Kerajaan ketika itu telah melantik Shah’s chancellor iaitu Allahverdi Khan Undiladze untuk memastikan projek ini berjalan lancar. Yang mana nama kedua untuk jambatan ini telah dinamakan sempena nama beliau.
Bahagian kiri dan kanan bridge ini terdapat ruang seperti ini. |
Pemandangan Sungai Zayandehrud dari Si-O-Se-Pol Bridge. |
Sebanyak 5 buah jambatan dari 11 jambatan di Sungai Zayandehrud pada ketika ini telah dibina hampir 500 tahun yang lalu iaitu ketika pemerintaha Safavid. Di dalam bahasa Farsi Si-O-Se Pol bermaksud 33 ini sempena terdapat 33 buah gerbang. Ketika ia dibina orang awam hanya boleh melalui tingkat dua jambatan sahaja. Tingkat pertama digunakan oleh pihak pemerintah dan juga pihak askar.
Nasib jumpa uncle ni Uncle Turkey (Org Sunni) ni boleh berbahasa English. Makanan dia halal sebab di amik daging dan ayam import dari Turkey. |
Makan malam kami Pack Nasi Goreng Brahim, Ayam Panggang dan Kebab Daging, Roti ala -ala Capati dan Maggi serta Nescafe 3in 1 from Malaysia :D |
Chahar Bagh-e Abbasi Street berada di bahagian utara jambatan dan Chahar Bagh-e Bala streets berada di selatan jambatan. Jika di bahagian utara anda boleh pergi ke Naqsh-e Jahan Square, Hasht Behesht Palace dan Chehel Sotoun Palace dalam walking distance. Dan di bahagian selatan anda boleh pergi ke Vank Cathedral dan Isfahan Music Museum.
Antara makanan dari beg backpack aku dengan wife :D Semenjak sampai ini baru ada masa nak repacking semula beg backpack. |
Jambatan bersejarah ini tidak mengenakan apa-apa bayaran entrance maka amiklah masa untuk berjalan-jalan di atas jambatan ini kerana ia amatlah menyeronokan. Ketika kami di sini terdapat orang-orang tempatan bermain alat music traditional dan ada yang menjual teh panas dari beg backpack mereka. Lebar jambatan adalah seluas 13.75 meter oleh sebab itu ia digunakan untuk bersantai-santai dan picnic oleh orang tempatan.
Menariknya travel Iran. Kiranya memang selamatlah sepanjang berada di sini walaupun berbeza mazhab.
ReplyDeleteBetul ... Dari pengalaman saya mmg menarik canti dan selamat utk travel ke Iran. Boleh baca dari part 1 mmg ramai org iran yg membantu kami ketika travel di sana
DeleteWah, lumayan terjangkau ya, biaya menginap per orangnya RM 40,00. Kira2 IDR 120 ribu.
ReplyDeleteKadang2 lebih untung travel berkumpulan boleh dibahagi kos penginapan dan sebagainya.. Kadang2 travel solo lebih menguntung kan.. :D
DeleteNasib jumpa dgn uncle turkey tu yer..
ReplyDeleteMurah betul hotel korang tu..
So far dia kata halal kita tak perlu question lebih la.. Mungkin sbb ada org tempatan yg bantu .. Apa pun rezeki.. :D
DeleteNasib baik jumpa uncle Turkey tu...fhm english..nampak sedap makanan tu semua..
ReplyDeleteTu la rezeki sgt jumpa uncle turkey tu.. Dpt la makan dagng utk tambah tenaga.. Tgh travel mmg mkn je apa yg ada.. :D
DeleteOoooo... jambatan Si O Se Pol Bridge tu la yag jadi inspirasi jambatan kat putrajaya tu...?
ReplyDeleteAaaaaaaaa.... Ye ke.. Tak tahu pulak.. Jap nak google dulu Huhuu.. :D
DeleteHotelnya cakep banget...jembatan berusia 500 thn ? Luar biasa masih kokoh berdiri, pemandangan yg luar biasa indah dan bersih terawat
ReplyDeleteBantuan dari org iran yg dptkan hotel itu.. Harga asal tidak diketahui.. :P
DeleteBridge itu sudah berusia 500 tahun.. Masih kukuh..
Susah betul hendak tulis atau sebut nama jambatan itu. Macam panggil Sepol.
ReplyDeleteKena rajin tanya mazhab pula ya. Macam sensitif kena tanya ahli Sunah atau Syiah. Takut tersinggung pula.
Hahaha... Kami pun terbelit2 lidah nk menyebut masa first time..
DeleteHurmm actually diorang ok je kita tanya syiah ke sunni.. Tak sensitif pun.. Sbb diorang faham negarabdiorng majoriti syiah..
Rezeki sungguh jumpa uncle tu kan..nampak menarik jugak negara iran ni walaupun berbeza mazhab..turki da pegi ke? Kalau dah cepat cite dlm blog plak..tibehhhh 🤣🤣🤣🤣
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau dah rezeki mmg tak ke mana.. Yes negara iran mmg menarik.. :D
Deletesaya suka papan tanda yang ada dwibahasa mcm tu. barulah rasa senang hati nak berjalan-jalan...
ReplyDeletemurah juga tu RM200! bkn senang nak dpt even kat malaysia pun payah hehehe
Kan.. actually Iran ni friendly kepada tourist juga dan mmg convenience utk tourist..
DeleteHarga tu dpt sbb ada org yg tak dikenali bantu.. Itupun terjumpa sekejap jer masa bergambar huhuu.. Rezeki.. Kan:D
sungguh menarik kisah cuti2 iran ni...sbb 1st time MZ baca psl travel story to this country...dan gmbr semua cantik2!!
ReplyDeleteKisah travel penuh dgn warna warni di Iran.. syukur sgt dipermudahkan segala urusan di sana.. Iran mmg cantik.. worth it sgt..
Deleteteringin nak travel di Iran...byk tempat bersejarah...doner kebab...Alhamdulillah, jumpa org turki berniaga..
ReplyDeleteInsyallah moga dipermudahkan utk ke Iran suatu hari nanti.. mmg byk tmpt bersejarah di Iran.. ada org turki berniaga mmg rezeki .
Deleterumah persinggahannya nyaman dan tripnya kelihatan fun...makanan khas sangat menggiurkan
ReplyDeleteDibayar mahal harus nyaman gitu .. Tenang dan selesa... Trip murah dibuat sendiri harus nya fun :D
DeleteMemang yaaa orang Iran itu ramaaaah sangaaat ❤️❤️. Bagus dan luas terlihat apartemen yg dia Carikan 👍👍. Bisalah beristirahat dengan nyaman jadinya kan.
ReplyDeletePasti jembatan ini nak saya visit kalo nanti jadi ke Iran 👍😍
Tak disangka ada org yg tidak dikenali membantu. Syukur tmpt nya selamat bangat.. Setelah dua hari tidak tidur dengan betul.. Ia harus visit kesemua jambatan di Isfahan :D
DeleteJambatan di Iran adalah punca berkenan dooh hendak ke Iran sebab ia merupakan salah satu jambatan yang terdapat di dalam buku A History of World's Most Spectacular Spans.
ReplyDeleteTapi tempat yang menarik di Iran kebanyakan di Isfahan kesemuanya peninggalan sejarah ratusan tahun. Khaju Bridge mmg diiktiraf oleh Unesco.
DeleteBeruntung, jumpa orang yang menolong cari tempat penginapan. Murah pula tu. Banyak makanan bawa dari Malaysia ya. :)
ReplyDeleteItulah bila kita travel ni mmg kene selalu doa minta Allah permudahkan urusan huhuu.. Alhamdulillah dpt penginapan murah.. Makanan bawa sbb iran makanan mostly tak halal..
Delete