Pages

Saturday, 25 November 2023

Iran Part 10 : Naqsh-e Rustam & Nasir Al-Mulk Mosque - Shiraz

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


First time aku tulis trip perjalanan pengembaraan aku di sesebuah negara sehingga masuk Part 10. One thing is Iran has so many thing to do and to visit. Sebelum ini "Part" paling banyak adalah trip ke Singapore & Jordan 7 Part dan England 8 Part. So ini Part 10 pun belum habis lagi. Bertabahlah korang nak baca kalau sudi :D

Naqsh-e Rustam - Tempat 4 Raja Farsi di makamkan.
Ok sambung cerita pengembaraan selepas selesai menerokai Persepolis. Kami meneruskan perjalanan ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Naqsh-e Rustam iaitu sebuah makam di mana 4 Raja Farsi era Pemerintahan Achaemenid terawal di antaranya King Darus The Great (522-486 BC) dan anak beliau King Xerxes (486-465 BC). Tempat makam yang diukiran di lereng gunung seolah-olah ia adalah pintu masuk ke dalam gunung tersebut.

Kita bergambar dari luar jer lah. Sebab nak masuk berjalan pun dah penat :P
Ada tandas dan beberapa kedai makan dan souvenir di bahagian entrance.
Bergambar itu wajib di mana-mana kan hahahaha.. @ Naqsh-e Rustam - Shiraz.
Perjalanan dari Persepolis ke sini sejauh 13km dengan mostly pemandangan adalah gunung-ganang, gurun dan ladang zaitun semata-mata. Terdapat dua lagi makam yang dipercaya menempatkan makam King Artaxerxes I (465- 424 BC) dan King Darius II (424-404 BC). Setelah tiba di pintu entrance kami rasa tak perlu masuk kot sebab dari luar entrance dah boleh nampak dan tiada benda lain dari makam tersebut.

Kita main zoom jer lah dengan camera dari luar pagar entrance.
Inilah keadaan kami dalam teksi berhimpit-himpit. Travel budget murah gini la. Janji sampai :P
 Muka semua macam dah jadi pelarian jer hahahaa.. :P
Selain tiket yang jugak agak mahal dan kepenatan sebab berjalan sakan di persepolis so kami decide amik gambar dari luar dan teruskan perjalanan ke Bandar Shiraz untuk mencari hotel. Masing-masing dah exhausted rasa nak check in hotel cepat, nak mandi dan nak berehat.

Driver teksi bawa ke tiga buah hotel dan hotel yang ketiga baru kami setuju check-in sebab dia bagi price standart room RM70.00 semalam. Bilik okay dan cukup serba serbi lengkap siap ada heater dan paling penting walking distance sahaja ke Bus Station untuk balik ke Tehran nanti.

Okla boleh tahan hotel ni. Janji boleh tidur dengan selesa dan berehat.
Di hadapan hotel kami. Nama hotel tak ingat. Nak baca pun tak faham hahaha.
Pemandangan di hadapan hotel kami ada bakery dan serbaneka.
Kami check in hotel tepat jam 12.00 tengah hari dan berehat lebih kurang selama 3jam sebelum memulakan langkah semula menuju ke Masjid Nasir Al-Mulk yang terkenal dengan kecantikan yang unik. Disebabkan tak larat nak jalan kami mengambil teksi terus ke destinasi. 


Nasir Al-Mulk Mosque - The Most Beauty Mosque In Shiraz (Pink Mosque)

Bila kita travel secara backpackers ni dan bila kita berjaya untuk sampai ke destiasi yang kita dah buat dalam list ianya memang mendatangkan keterjuaan yang amat berbeza. Maka destinasi kali ini adalah masjid yang juga dikenali sebagai Pink Mosque atau Rainbow Mosque. Ia dibina semasa era Pemerintahan Dinesti Qajar (1789 -1925).

Antara sebab kenapa aku nak datang ke masjid ini adalah kerana masjid ini tersenarai antara 10 buah masjid tercantik di dunia oleh kebanyakan karyawan seni dunia. Ia mempunya corak ukiran yang unik di dinding masjid. Dan corak cermin yang berwarna-warni di setiap section pintu yang dibuat di masjid ini. 

Welcome to Nasir Al-Mulk Mosque The Beauty Mosque Of Shiraz.
Boleh tahan jugak la berebut nak duduk di hadapan salah satu Stained Glass ni.
Kene tunggu perfect timing nak amik gambar dengan pancaran sinar matahari.
Pembinaan telah dimulakan oleh Mirza Hasan Ali Nasir Al-Mulk dan telah menggunakan sempena nama beliau untuk menamakan masjid ini. Beliau adalah seorang yang kaya dan ternama di Shiraz yang juga anak kepada Ali Akhbar Qazam Al-Mulk. Mula dibina pada tahun 1876 dan siap 12 tahun kemudian iaitu pada tahun 1888.

Architecture masjid ini adalah seorang yang terkenal yang juga telah membuat design sebuah taman yang cukup indah di Shiraz iaitu Eram Garden. Beliau adalah Mohammad Hasan-e Memar. Di sini sejarah telah memberi tahu penggunaan kaca dalam mencipta pelbagai bentuk cermin " Stained Glass" di dalam bangunan bukanlah sesuatu yang dimulai oleh orang-orang gereja seperti yang popular di zaman sekarang.

Pelancong dari seluruh dunia hadir ke Masjid Nasir Al Mulk.
Tak berapa pandai nak capture the moment. Layan jer lah :D
Setiap sudut ruangan dalam masjid ini semuanya cantik, unik dan antik.
Termasuklah kubah, lampu, tiang, dinding dan lain-lain.
Penemuan awal adalah pada kurun ke tujuh di Syria yang disebut di dalam buku karangan Jabir Ibni Hayyan iaitu Kitab Al-Durra Al-Maknuna (The Book of the Hidden Pearl). Sebuah buku yang ditulis pada kurun ke 8 Masihi. Namun terdapat juga penemuan lain dalam Egyptian Ancient yang mengguna pakai teknik stained glass yang lebih kurang sama dalam kurun yang sama.

Ok di setiap section cermin kaca ini ianya mempunyai desgin yang berlainan, maka jika anda berpeluang untuk bergambar dengan semua section memang terbaik. Sebab masa kami datang pelancong agak ramai dan yang paling pelik separuh pelancong dalam ini adalah dari Jepun. So ada la babak-babak berebut sedikit hahaha,,

Perkarangan di dalam masjid. Yang ada menara tu bahagia south masjid. 

Bergambar di dalam perkarangan masjid.
Masa aku datang ke sini entrance fee lebih kurang IRR 200,000 bersamaan RM27.00 sahaja tapi sekarang dah naik ke IRR 500,000 per person bersamaa RM55.00 per person (Carian di Google). Mungkin kos maintance masjid tak murah dan lagi-lagi masjid ni dah berumur lebih 200 tahun. Benda bersejarah ni nak dijaga dan maintain dia memang mahal.

Apa pun masuk dalam jangan lupa solat dua rakaat tahyatul masjid yer. Jangan sibuk bergambar macam pelancong lain yang bukan islam hahaha.. By the way memang mencabar juga sebab tengah winter ni nak buka stokin sweater bagai untuk berwudhu.

Ini bukan money changer atau orang jual topup handphone yer. Ini kaunter tiket masuk :P
One of The Most Beautiful Mosque in The World - Nasir Al-Mulk Mosque Done.
Tip untuk datang ke masjid ni make sure siang dan waktu terbaik tengah hari sebelum zohor sebab time tu matahari tengah naik so memang cantik la dalam masjid tu. Kami datang waktu winter makanya matahari kejap ada kejap takde. Bila matahari muncul semua berebut nak bergambar. Sekali lagi terima kasih yang sudi baca kesemua 10 part setakat ini hahahaa. :D



28 comments:

  1. Ciri-ciri mesjid di sana banyak ukiran"indah..warna juga cantik,ini berwarna pink, memang rugi kalau mampir ke sana tak solat dan foto"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesemua masjid di iran semua nya ada sentuhan seni bina farsi yang cantik.
      Harus beringat datang sebagai pelancong dan juga muslim :D

      Delete
  2. gigih betul ya diorg korek lereng tu untuk dijadikan makam. agaknya berapa lama diorg korek sebelum mayat dapat dimasukkan dalam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try cari di google tapi tak jumpa sebab ianya telah melebihi 1,500 tahun dahulu. So memang tak ada rekod yang di simpan :D

      Delete
  3. kalau termasuk dalam senarai masjid tercantik di dunia means teknologi 200 tahun yg lalu dah melangkaui teknologi hari ni!👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu sebab senarai lain adalah masjid moden yg dibina kurang dari 50 tahun.dan beberapa sahaja yg dibina kurang 100 tahun .. got the point.. :D

      Delete
  4. Yang si kecik tu tengah diskus apa kat fon tu...? Serious sangat gayanya...? khe keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dia bercakap dengan telefon ntah siapa yang dia cakap.. bukan faham pun bahasa dia hahahaha :P

      Delete
  5. Cantiknya Nasir Al Mulk Mosque tu. Best best, moga dapat jejak kaki ke sana Aamiin, Insya Allah. Thanks for sharing..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg cantik just tak boleh nak gambarkan sepenuhnya dgn gambar di blog ini.. Inshallah saya doakan moga dipermudahkan menjejakan kaki ke sana..

      Delete
  6. cantik betul masjid tu!! MZ kagum la dgn travel gaya backpackers ni...kiranya hotel2 tu uolls booking walk-in jer lah kan...fuhhh tabik laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalaman masjid tu mmg cantik unik.. Kitrg pun. Terpegun jugak la..
      Tgk tmpt jugak la mcm iran ni kami lebih walknin saja.. Ada sesetgh tmpt kene book awal especially cuti sekolah..

      Delete
  7. bestnya dapat jejalan tambah lagi tempat cantik2. masjid tu fuh, cantik walau tgk kat gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Gambr yg ada di sini masih belum memberi gambaran 100% lagi :D

      Delete
  8. Mesjid iniiiii yg jadi sasaran utama saya dan teman2 ingin ke Iran 😄😄❤️. Kami sampai dah memikirkan harus pakai baju warna dan seperti apa, dengan pose sesuai supaya hasil fotonya bagus 😁👍. Sampai seniat itu, Krn memang terpukau sekali dengan keindahan designnya ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid ini dalam ketegori wajib utk dijejaki memang sungguh mempersonakan dan memukau mata yang melihat :D
      Mikir hingga mau pakai baju warna apa hahaha.. Pakai warna apa pun tetap akan cantik.. cuma kene harus dtg waktu yg tepat ..

      Delete
  9. Tmpt makam tu ada kosong lgi x? Hebat korang brjimat dlm travel smpi kna bersempit2. Masjid tu kena byr? Kalu nak solat cane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dh jadi macam tmpt bersejarah UNESCO tu yg kena bayar utk nak masuk..
      Bajet ciput jln negara org kenalah berjimat..

      Delete
  10. cantiknya masjid Nasir Al-Mulk tu...suka tgk rekabentuk yg colorful tu...bila bergambar ada pantulan cahaya warna warni tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantulan tu kene tunggu cahaya matahari muncul baru lah cantik.. Tu yg jadi berebut nak dpt sesi bergambar..

      Delete
  11. cantiknya masjid...stain glass berwarna-warni...comel budak kecik, dia pun happy je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia main phone ntah call sape ntah hahaa.. Seronok bila ada dlm masjid Nasir al mulk tu.. Semua benda cantik.. :D

      Delete
  12. Kagum SAa dengan keindahan masjid tu, cantik ukirannya..lagi bertambah kagum SA dengan penulis yang rajin backpackers..SA pernah sekali backpackers ke Jakarta..gara- gara merajuk dengan ex boss..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh merajuk dgn ex boss boleh smpai ke Jakarta hebat tu..
      Sesiapa sahaja pasti kagum dgn Masjid Nasir Al Mulk.
      Kita backpackers ala kadar sgt :D

      Delete
  13. Cantiknya Masjid Nasir al-Mulk!
    Photographer sudah tentu tidak melepaskan peluang mengambil gambar dari pelbagai sudut. Semuanya kelihatan unik dan tarikannya yang tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang target utk sampai ke masjid ini sebab ia salah satu dari 10 masjid tercantik di dunia. Kami spend lebih sejam di masjid ni :D

      Delete