Wednesday, 22 November 2023

Iran Part 9 : Persepolis - Tapak Warisan Kota Pemerintahan Kerajaan Farsi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Tempat yang paling aku teringin nak tuju apabila sesampai di tanah Iran adalah Persepolis. Tempat ini adalah World Heritage Side by UNESCO. Sebuah tapak peninggalan ibu kata pemerintahan sebuah kerajaan yang besar. Persepolis The Capital of Achaemenid Empire 550BC also known as Persian Empire. Alhamdulillah Allah Taala izinkan aku untuk sampai jua akhirnya pada hari ke 6 di tanah Iran ini :D

World Heritage Side By UNESCO - Persepolis Capital of Achaemenid Empire 550BC
Dalam perjalanan ke Persepolis kami semua tertidur dalam teksi. Aku yang duduk di sebelah driver dikejutkan kira-kira 45 minit selepas perjalanan. Aku diberitahu telah sampai di entrance Persepolis. Terus aku keluar kereta sebab teruja sangat nak ke sini. Masa ni Abang Ipar aku pun terjaga dan keluar dari kereta sebab sempit kat belakang duduk berempat.

Lakaran zaman kegemilang Persepolis Capital of Persian Empire.
Lepak dalam pondok pengawal ada heater dan boleh guna air panas :D
Aku terus ke pondok pengawal dan dibertahun waktu masih awal kaunter tiket tak buka lagi. Disebabkan aku nampak kettle dalam pondok pengawal aku minta izin untuk guna air panas. Dia kata boleh dan siap ajak lepak dalam pondok sebab kat luar sejuk yang amat huhuu.. Aku buat nescafe siap offer dia sekali dan maggi. Okla pagi tu aku dengan abang ipar bersama dua pengawal breakfast dalam pondok :D

Entrance yang sangat bersih lengkap dengan restoran, tandas, suran dan kedai souvenir.
Kaunter tiket dan kedai souvenir di bahagian entrance. 
Entrance seorang IRR 200,000 - IRR 150,000 tiket lagi IRR50,000 tu dah lupa untuk apa :P
Stamina kene kuat untuk berjalan menerokai Persepolis sebab sangatlah luas.
Persepolis dibuka jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Lagi setengah jam nak buka kuanter kami semua dah fresh up dan bersiap-siap sebab nak masuk persepolis ni besar akan habis masa berjam-jam. Entrance fee seorang IRR 200,000 bersamaan kurang RM25.00. Okla tak la mahal macam nak masuk Lost World of Petra, Jordan (Tiket RM220.00 seorang).

Persian Empire adalah sebuah kerajaan yang amat besar di masa kegemilangan pemeritahan mereka yang melangkaui 5.5 juta square kilometers. Dari Balkan ke Egypt, dari barat ke Central Asia sehinggalah ke Trans Himalaya River. Dengan population dari 17 juta sehingga 35 juta manusia.

Pemerintahan Archaemenid Empire di antara 550BC - 330BC dan kemudian berganti tempat pemerintahan atas pelbagai faktor perpecahan, pemberontakan dan kekalahan perang dan sebagainya. Sehinggalah yang terakhir Persian diperintah oleh Sasanid Empire. Yang kemudian telah dikalahkan oleh tentera Khulafah Ar Rasyidin pada zaman Pemerintahan Umar Al Khattab. r.a.


Kemenangan Islam Pada Kejatuhan Kerajaan Farsi.

Pada tahun 633M Jeneral Khalid Ibni Al Walid r.a telah menyerang wilayah Empire Sasanid di Iraq dalam kempen pertama menyerangi Tentera Farsi. Dan apabila beliau telah diarah ke Syria bagi menghadapi Tentera Rome. Tentera Islam mengalami kekalahan demi kekalahan sehinggalah pada tahun 636M Jeneral Saad Ibni Abi Waqqas r.a telah memulakan kempen kedua memerangi Tentera Farsi.

Peperangan Qadisiyyah adalah puncak kemenangan Tentera Islam di mana Tentera Farsi yang diketuai oleh Panglima Rostam Farrokhzad yang memimpin 120,000 tentera telah menyeberangi Sungai Furat ke Al Qadisiyyah di Hilla, Iraq. Tindakan ini di ambil kerana kemaraan tentera islan telah menghampiri Ibu Kota Pemerintahan Sasanid Empire.

Beberapa kawasan dilarang masuk untuk preserve peninggalan sejarah.
Pemandangan dari atas bukit keadaan sebahagian Persepolis yang tinggal kenangan
Khalifah Umar Al-Khattab r.a telah mengarahkan 30,000 tentera islam yang dipimpin oleh Jeneral Saad Ibni Abi Waqqas memerangi Tentera Farsi yang sedang mara ke Wilayah Islam. Dan kemudian Panglima Al-Qa'qa' Bin Amru r.a telah diarahkan oleh Panglima Abu Ubaidah Bin Jarrah r.a membawa 5,000 tentera pejalan kaki memberi bantuan kepada Jeneral Saad Ibni Abi Waaqqa ra. Bantuan tiba pada hari kedua peperangan.

Pada hari ketiga peperangan Panglima Hasyim Ibni Utbah r.a telah datang bersama bantuan 1,000 tentera berkuda. Tentera Islam telah mencapai kemenangan pada hari ke 4 dan ia menjadi titak mula kepada kejatuhan Kerajaan Farsi. Panglima Farsi Rostam Farrokhzad telah terbunuh dalam peperangan ini.

Kami berjalan sehingga last point di persepolis di atas bukit.
Binaan terakhir yang dijumpai di penghujung Persepolis. Tak dibenarkan masuk pulak :P
Kami spend masa lebih dua jam di Persepolis ini. Itu pun banyak yang kami skip sebab seluruh kawasan teramat luas dan tak larat juga nak pergi setiap penjuru ditambah pula dengan cuaca yang amat sejuk ketika ini. Ada few place yang kita tak boleh masuk dan ada yang dibenarkan. Make sure bawa air secukupnya sebab kat dalam air dia teramat mahal :P

Kami berjalan pulang ke arah entrance tadi dan driver taxi terus kata jom kita pergi next destination sampai tanya larat lagi tak nak jalan hahaha.. Nasib la sekarang ni winter tak la rasa penat sangat berjalan jauh. Masuk keret terus tertidur semula sehingga next destination tempat pemakaman raja-raja farsi di Naqsh-e Rajab.

24 comments:

  1. antara tempat yg saya dah lamaaaaa teringin nak pegi sejak sek men lg. semuanya gara2 buku sejarah😁
    kaw ni masih jalankan ekskavasi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku sejarah mmg banyak meracuni kita utk pergi travel ke tmpt2 mcm ni :D
      Rasa nya ada tapi bukan berterusan.. Ada masa2 dia akan buat ekskavasi..

      Delete
  2. nk tanya.. kalau tengok binaan2 ni batuan yg digunakan tu hampir sama tak jenisnya dengan Acropolis? (kalau penah melawat laa) sy jenis suka tgk bahan asas binaan sesuatu monumen sbb sy nak tgk kaitannya dgn monumen lain (walaupun kebanyakannya tak ada kaitan pn)🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pulak.. Lagi pn semua binaan ni dah cecah ratusan tahun ada yg mencapai seribu tahun .. Mata kasar mungkin nampak sama sahaja. :D..

      Delete
  3. Nampak tempatnya sangat menarik untuk dilawati. Macam ada combine dengan bangunan di mesir, turki, rome.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya ia mmg sgt menari utk dilawati.. :D
      Farsi penyembah api so ada seni bina nya yg ke arah penyembahan api..

      Delete
  4. dua empayar besar - Farsi & Rome..hingga disebut dalam al-quran....tapi kedua-duanya jatuh di tangan orang Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Jika kehendak Allah tiada yg mustahil termasuk lah Israhell boleh dihancurkan..

      Delete
  5. Terima kasih segala info yg dikongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. Terima kasih juga dtg menyinggah :D

      Delete
  6. Teringin nak sampai ke persepolis ni. Moga ada rezeki suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dipermudahkan rezeku utk ke sana amin :D

      Delete
  7. Best nya thanks for sharing. Moga diizinkan ke sana, Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome... Sekadar berkongsi pengalaman diri sendiri semoga ia bermanfaatsy doakan moga dipermudahkan utk ke sana.. :D

      Delete
  8. Bestnya....banyak lagi nak baca dlm blog awak ni. Terima kasih berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi datang. Sekadar perkongsian dari pengalaman.
      Thanks follow sini :D

      Delete
  9. Itulah kenapa saya suka vacation disaat winter, mau jalan sejauh apapun tak terlalu rasa capek dan gerah πŸ˜„.

    Tinggi dan besar2 bangunan batunya yaaa. Saya jadi penasaran setinggi apa Orang2 zaman dulu yg membangun tempat ini. Memang layak untuk dimasukkan dlm unescoπŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jalan jauh tak terasa saangat tapi bila sampai hotel terus sakit badan2 gitu hahahaa.. :P
      Kurang arif apakah org seribu tahun lepas besar besar badan nya huhuu

      Delete
  10. Untung ko dpt smpai persepolis ni. Teruskan berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi peluang melihat dgn mata sendiri.. Insyallah akan terus berkongsi.. :D

      Delete
  11. terima kasih atas perkongsian..sedikit sebanya menambah ilmu...luas betul kawasan ni..kalau SA agaknya merangkak dah cari jalan keluar..almaklumlah..diri bukan muda lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yg ada.. tak la smpai merangkak.. dia ada part by part.. kalau rasa mampu terus kan part seterusnya.. tak muda tpi jiwa muda tu :D

      Delete
  12. Memang kena kuat stamina kerana banyak tenaga diperlukan untuk jelajah tempat ini. Benarlah orang kata travel itu menyihatkan! Boleh bakar banyak kalori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bila travel backpackers ni mmg berjalan ajer keje nya itu belum termasuk sesat lepas berjalan jauh huhuu :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...