Tuesday 28 November 2023

Kacang Pool Haji & Stadium JDT Larkin Johor Bharu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kita "Keluar Sekejap" dari bercerita kisah perjalanan backpackers ke Iran. Panjang sangat dah masuk part 10 tak habis-habis lagi hahaha.. Insyallah ada lagi 3 part kot pastu habis la cerita Iran. Lepas habis Iran Insyallah kita ke Perth Australia atau Xian, China. Tengah fikir mana nak tulis dulu :D

Welcome to Stadium JDT Larkin - Johor Bharu.
Ok weekend baru-baru ini ada pergi Johor Bharu sebab wife ada Kursus Jurulatih Memanah. So kami anak beranak apa lagi ikut sekali la. Sebab nak ke Johor ni kalau tak bersebab memang susah nak sampai. Petang Jumaat selepas anak habis sekolah kami terus gerak ke Johor. Jalan boleh tahan jem mungkin sebab bertembung dengan orang balik kerja.

Affordable - Comfortable - Need - Clean - Nice - Welcome.
Kami check in di sebuah hotel yang amat selesa dan boleh diketegorikan sebagai murah sebab JB kan semua benda mahal mentang-mentang berjiran dengan Singapore hahaa :P  - MIICO HOTEL yang terletak di No 33, Jalan Harmonium 33/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor. Harga murah tapi bilik bersih dan lengkap serba serbi dengan keperluan. Mungkin dia cuma kalah part saiz bilik yang kecil tapi selesa. :D

Bilik Triple 1 Single 1 Queen - Just nice for my small family.
Bathroom inspection done by Baby Afnan :D
Yang datang seorang diri tak bawa family tu, mereka pilih Queen Room dengan Harga RM89.00 dan Kami amik Triple Room RM118.00 satu katil queen dan satu katil single. JB ada cukai tambahan yer so make sure tanya siap-siap harga dah include atau tidak. Dan deposit RM50.00 untuk setiap bilik yang kami check in.

Ada welcome drink coffee and tea. At least ada jual noodle cup dan air kotak dan tin.
Ada satu space yang menarik di bahagian depan "Happy Place".
Wifi hotel ni memang terbaik and di Happy Place ni sesuai nak buat kerja dengan laptop.
Disebabkan tak plan nak ikut wife pada asalnya so tak ada apa perancangan dibuat untuk berjalan ke mana-mana di JB. Just hari Ahad petang kami sempat ke Kacang Pool Haji dan Stadium JDT Larkin. Hari Sabtu wife full day kursus so aku bawa kids jalan jalan di Aeon Tebrau. Nak bawa kids masuk Toppen IKEA Tebrau tak boleh sebab kad TnGo tak cukup minimum amount. Pak Guard Bangla halau keluar hahaha.. :P

Restoran Kacang Pool Haji

Restoran yang terletak di No 12 Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bharu ini dibuka setiap hari seawal 7.00 pagi dan tutup pada pukul 12.00 malam. Selain hidangan kacang pool terdapat juga variety menu lain di sini. Termasuk Mee/Bihun Soto, Mee Kari, Nasi Ambeng, Nasi Goreng dan pelbagai lagi. 

Welcome to Restoran Kacang Pool Haji @ Larkin, Johor Bharu.
Nasi Ambeng, Soto Nasi Impit dan Soto Mee.
Kacang Pool Daging dan Kacang Pool Kambing dimakan bersama Roti Bakar.
Terdapat riwayat mengatakan Kacang Pool Haji bukanlah makanan tradisi orang Johor dan ia bukanlah hidangan yang telah berusia ratusan tahun. Tapi hanya sekitar kurang 3 dekad yang lalu. Cetusan idea oleh Haji Makpol Saimon ketika menunaikan haji telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mengolah resepi dari kacang parang ini sesuai dengan tekak orang melayu.

Menu makanan memang variety makan yang ada :D

Penyedian Roti Bakar untuk dimakan bersama Kacang Pool.

Stadium JDT Larkin

Terletak tak jauh dari Kacang Pool Haji nak jalan kaki pun boleh. Bukan la penyokong JDT but once dah sampai kita raikan la stadium ni macam mana kita pergi raikan Stadium Chelsea, Arsenal, Tottenham, Fulham masa di London dulu kan hihii. Nama stadium ini ialah Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos atau dikenali sebagai Stadium Larkin.

The kids dalam bab bergambar memang suka even tak tahu what was that :P


Ada satu galeri berbayar di sebelah souvenir shop. Kat sini tempat beli fridge magnet.

Terdapat satu ruang pameran berbayar yang juga menjual beberapa jenis souviner dan satu lagi kedai yang menjual jersi dan pakaian pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Aku macam biasa akan cari fridge magnet RM 12.00 untuk setiap satu. Stadium ini akan digunakan oleh pasukan JDT 2. Dan stadium baru di Iskandar Puteri akan digunakan oleh pasukan JDT 1.

Bersama Archery  Coach Tuan Haji Halmy dan Coach Haus Chan.
Stadium Sultan Ibrahim - Stadium JDT baru di Iskandar Puteri.
Insyallah next time kita jejakkan kaki ke stadium baru ni :D
Habis bergambar di Stadium JDT di Larkin. Kami terus drive masuk highway menuju balik ke KL semula. Next time kena plan betul-betul kalau nak datang bercuti ke JB. Kesian pada the kids bila buat trip mengejut macam ni diorang tak enjoy sangat. Siapa tahu tempat menarik di JB boleh share sket kat bawah yer :D

37 comments:

  1. Suka roti bakar teringat makan roti titab kat Kelantan.
    Pernah sampai JDT stadium ni waktu tu masih belum siap sepenuhnya lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya roti titab.. Lama dah tak makan tu huhu..
      Skrg kene pergi stadium baru JDT di Iskandar Puteri.. Lagi cantik.. :D

      Delete
  2. Kira tu hotel utk marhaen la yer. Kacang pool guna kcg parang xminat sgt.
    Sekali rasa cukup xnk repeat dh hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang Pool ni ada peminat tersendiri.. Kita raikan citarasa setiap org :D

      Delete
  3. kacang pool kt johor ni famous tk pernh merasa lg...tp kalo kt kl pernah la merasa kt buffet hotel time bln ramadhan certain hotel ada hidangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap famous dan sedap.. Setiap org ada resepi mereka tersendiri.. Tapi yg di JB ni mmg pure original.. Sedap :D

      Delete
  4. Nice hotel 👍
    Belum pernah try kcg pool ori Johor tapi pernah makan yg dibeli di Shah Alam :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. Boleh la nak try yg dekat shah alam tu jugak.. Kena cara mmg sedap..

      Delete
  5. JDT..luaskan kuasamu...wife jd jurulatih memanah, bagus tu..sukan yg best...oo..kacang pool ni inspired dari makanan Arab..gempak betul SSI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahh Luaskan Kuasamu.. So far dia minat kita support jer la :D
      Sbb org Malaysia mana makan sgt kacang parang ni dulu..

      Delete
  6. Itulah hotel nampak ekslusif dan bersih. Tidak sangka kemudahannya bagus.
    Hehe rasa macam cukup sahaja dapat pergi makan di kedai kacang pol dan melawat stadium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 just redha je la sbb harga berpatutan compare yg lain harga lagi mahal tpi masuk dlm ok nice.
      Jalan jauh ke JB dpt pergi 2 tmpt je mcm tak puas hahaha.

      Delete
  7. Ini luar negara jugak... Negara Johor.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sekali sekala uncle.. Kita sembang dalam negara jugak la huhuu.. :D

      Delete
  8. SA dah 2-3 kali balik JB tapi x pernah bergambar depan stadium JDT larkin tu..sebut je nak singgah bergambar tapi non hadonya..hahaha..kacang pool tu x kena dengan selera SA..x tau kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. Tak apa la tak minat bola kot tu yg tak bergambar hahaha.. Kita pun tak minat tapi "janji sampai" hahaha..
      Wife kita pn tak minat kcg pool ni..

      Delete
  9. Hotel cantik bersih kemas. Oh wowww food tu semua sedap eehh kecut air liur tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecur air liur isshh jari gemok

      Delete
    2. Kannn.. Hotel tu cantik dan kemas.. Simple jer.. :D
      Hahaha.. Jari gemuk tu tak apa tanda hati gembira dan bahagia selalu.. :D

      Delete
  10. teringin nak try mkn kacang pool tu....tp tak tau bila akan ke JB hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. JB tak ada menda sangat rasa nya.. kluar sket dari JB banyak attractions ada.. Dtg weekend ke JB dah boleh makan kcg pool tu hihii.. :D

      Delete
  11. Percaya tak seumur hidup CUya tak pernah makan kacang pool... hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak apa boleh try jika ada peluang nanti :D

      Delete
  12. menu sarapannya enak dan menghangatkan...saya suka yang berkuah sandwichpun oke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarapan nya harus yg enak2 kalau lagi di tempat asing baru semangat utk berjalan-jalan :D

      Delete
  13. menarik sungguh tempat nie...kalau ada masa teringin juga nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dipermurrahkan rezeki utk smpai ke sini :D

      Delete
  14. Saya tak pernah try lagi kacang pool kambing. Yang daging, biasa makan.
    Comei, baby yang buat pemeriksaan bilik air tu. :D
    Last sekali saya pergi JB, zaman belajar dulu. Lepak kat Pantai Lido je, tengok Singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene try sekali sedap juga.. Tapi tak kuat sgt bau dia.. Baby tu mmg ngada2 skrg ni.. Pantang nampak camera..
      Lama dh tu tak jejak ke Johor.. Dah blh plan utk family lak..

      Delete
  15. Suami saya teringiiiin sangat nak ajak anak2' ke JB, Krn ada Legoland kan di sana. Waterpark dia pun menarik. Seharusnya pas libur sekolah Juli lalu, tapi saya tak nak, tetep mau ke Penang karena ada Escape waterpark 🤣.

    Tapi ada banyak baca cerita teman2 tentang kuliner Di JB, termasuk kacang pool ini, jadi tertarik pula. Tapi tulaah, ntah bisa tahun depan ke sana atau tak 😅. Soalnya tertarik juga Sabah Serawak hahahaha. Banyak sangat maunya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Legoland memang best sesuai bawa anak2.. Tapi kalau penang dengan Johor lebih baik ek Penang sebab di Penang lebih byk attraction dan makan murah :P
      Kacng pool ini special di Johor. Kalau di tmpt lain ngak asli gitu.. Kalau semua mau pergi harus satu persatu mbak hahaha.. :D

      Delete
  16. Kacang po ol ke pul hahahha..untung la tt ni..impromptu je terus zasss sampai..rezeki tt la kan..johor ni paling jauh pena smpai pun tanjung piai je..lain2 x penah lagi..tp tgok gaya tt cite ok boleh masuk bucketlist 2028 nanti bawak anak2.🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang pul hahaha... Okla johor byk tmt cantik tpi bukan di JB la.. Boleh jalan2 area luar bandar mmg best dan cantik2..

      Delete
  17. Saya belum sempat jelajah JDT. Hanya Kluang, JB, Batu Pahat dan Muar sahaja.
    Paling suka sudah tentu makanannya yang pelbagai. Dari nasi ambeng sampai ke otak-otak! Mana tahu ada rezeki boleh sampai ke tempat makan Kacang Pool Haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun jarang padahal 2 orang sepupu ada di JB hahaha :D
      Insyallah semoga sampai ke kacang Pool Haji ini .. kena dengan tekak memang sedap layan :D

      Delete
  18. dulu kat cafe ada org jual kacang pool ni cicah roti..act xpernah tau mana asalnya makanan ni...ooo dr johor rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah makanan yang berasal dari Bangsar Johor. Kat tmpt lain pernah makan tapi rasa tak ori macam di JB ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...