Pages

Monday, 13 November 2023

Iran Part 7 : Isfahan Grand Bazaar - Naqsh-e Jahan Square - Lotfollah Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Seperti yang kita maklum Isfahan adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah terutama dari seni bina bangunannya yang terkenal dengan kecantikan sentuhan architecture Farsi. Dan jika tidak tahu nak ke mana di Isfahan maka boleh la dengan menerjah ke Naqsh-e jahan Square sebagai titik mula kerana di sini terletaknya beberapa attraction yang akan menghabiskan masa anda selama seharian.

Pemandangan Sheikh Lotfollah Mosque di Eastern Naqsh-e Jahan Square.
Dan most of the place bukan attraction yang biasa yang mana kadang-kadang kita rasa boleh skip. Ia termasuk la The Grand Bazaar of Isfahan, The Great Mosque of Isfahan, Naqsh-e Jahan Square, Ali Qopu Palace, Sheikh Lotfollah Mosque, Isfahan Musuem of Nutaral History, Musuem of Contemporary Art,  Musuem of Decorative Art, Isfahan Light Turnel, Chehel Sotoon Palace, Hakim Mosque, Honar Bazaar dan ada few lagi attraction.

Suasana di malam hari walau ketika musim winter, Orang masih ramai di jalanan.
Ada sesetengah negara ketika musim winter bila malam dah sunyi sepi.

The Honar Gold Bazaar

Selepas pulang ke hotel di waktu petang dari misi menawan 5 historical bridge di sepanjang Sungai Zayanderud. Kami berehat sehingga la selepas magrib memang badan semua dah lesu 3 hari berturut-turut berjalan tak berhenti. Maklum la kami ada 9 hari je ada nak cover beberapa bandar dalam sebuah negara. Plus kali ni backpack bawa adik ipar dengan husband dia yang first time ikut dengan baby mereka lagi :D

Main entrance dari Bagh-e Goldaste Street.
Entrance dari Chaharbarg Street.
Selesai bersolat magrib di hotel kami berjalan keluar dengan cuaca yang sejuk menuju ke Honar Gold Bazaar. Perjalanan tak susah sebab signboard banyak dan tertulis dengan bahasa English. Sampai di pintu masuk Honar Bazaar ada manisan yang disediakan di atas meja dan ada seorang pakcik yang menyediakan teh panas kepada para pengunjung yang masuk. 

Keadaan di dalam Honar Gold Bazaar.
Kami pun apa lagi, maklum la benda free masa travel backpack ni adalah satu anugerah hahaa. Pakcik tu siapa tolong tuangkan teh di cawan untuk setiap orang. Ok baik Honar Gold Bazaar juga dikeali Boland Bazaar kerana ketinggian bumbungnya dan juga dikenali The Kings Mother Caravanserai  Bazaar adalah antara bazaar tertua di Isfahan dibina pada tahun 1705 ketika era Safavid. 

Disebabkan dalam Honar Bazaar ni hanya jual barang jewery.
Maka kami pass by ke pintu belakang untuk menuju ke Naqsh-e Jahan Square.
Panjang bazaar adalah sejauh 200 meter dan mempunyi 2 tingkat. Ianya sebuah tempat khas yang hanya menjual barangan emas, perak dan jewery. Terdapat dua main entrance iaitu di Chaharbagh Street dan Bagh-e Goldaste Street. Boleh tengok youtube dibawah ini untuk melihat secara terperinci Honar Bazaar ini.


Naqsh-e Jahan Square

Sebuah dataran yang amat besar memerlukan masa berjam-jam di sini. Imam Mosque di Southern, Lotfollah Mosque di Eastern dan Ali Qapu Palace di Western dan Grand Bazaar of Isfahan di Northern part of Naqsh-e Jahan Square. Kami datang waktu malam dan esok pagi kami datang semula sebab nak meneroka setiap penjuru square ini.

Imam Mosque one of main place at Southern Naqsh-e jahan Square.
Keadaan ruang dan kedai-kedai peniaga di dalam bangunan Naqsh-e Jahan Square.
Pemandangan yang agak berbeza bila datang di waktu malam dan siang. Bila malam banyak lampu-lampu berwarna warni di buka dan di siang hari keadaan agak malap kerana banyak bergantung kepada cahaya semula jadi yang menerangi setiap sudut di dalam bangunan.

Pada waktu malam kami hanya cover bahagian souther (Imam Mosque) dan western wing (Ali Qapu Palace). Keesokan kami datang dan terus jelajah kesetiap pelusuk dataran termasuk area kolam dan garden. Kami tak dapat masuk ke Lofollah Mosque dan Ali Qapu Palace kerana keduanya dalam renovation.

Di sini memang rambang mata banyak kraft tangan yang cantik-cantik ;D
Masa pusing-pusing malam tadi aku terbeli 2 set patung catur yang diperbuat dari batu marmar. Satu set askar farsi dan satu set askar rome. Nak beli papan catur yang macam dalam gambar ni tak boleh sebab nanti susah nak bawa kehulu hilir. Kita dah la backpack jer datang sini :P

Sheikh Lotfollah Mosque

Masjid yang terletak di bahagian eastern wing Naqsh-e Jahan Square ini telah dibina pada zaman Pemerintahan Safavid. Ia mengambil masa 16 tahun untuk siap dibina iaitu dari tahun 1603-1619. Mohammad Reza Isfahani as a Chef Architect dalam pembinaan masjid ini. Pada awal pembinaan ia hanya untuk kegunaan kerabat di raja sahaja sehingga la lebih seratus tahun kemudian ia dibuka kepada umum.

Pemandangan di beberapa sudut luar dan dalam Sheikh Lotfollah Mosque.

Grand Ali Qapu Palace

Grand Ali Qapu Palace terletak di bahagian Western side of Naqsh-e Jahan Square. Pada suatu ketika dahulu ia menjadi tempat tinggal kepada Persian Emperors of Safavid Dynasty. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Heritage Side. Bangunan setinggi 48 meter yang mempunyai 6 tingkat ini dibina oleh Shah Abbas I pada kurun ke 17. Kami tak masuk dalam ni just amiik gambar dari luar sahaja.

Kalau bukan winter insyallah boleh dapat view macam ni - Google

The Grand Bazaar of Isfahan

Sebuah bazaar yang teramat besar di Isfahan, ianya juga dikenali sebagai Qeysarriyeh Bazaar (بازار قيصريه), atau Soltani bazaar. Di sinilah terkenal sebagai tempat menjual carpet yang juga dikenali Kilim actually kilim ni bukan carpet dia lain. Ia dibina pada tahun 1620 dengan terdapat 6 bahagian iaitu Harouni, Makhlas, Samavarsazha, Maqsudbeyk, Orian dan Nimavard-e Golshan.

Qeysarriyeh Gate - One of the main entrance to The Grand Bazaar
Dari Naqsh-e Jahan Square ia terletak di bahagian Northern. Bayangkan besarnya bazaar ini di dalam terdapat beberapa buah masjid dan juga sekolah atau madrasah. Terdapat juga beberapa hotel dan hostel yang attach dengan grand bazaar ini. Tempat makan di dalam nampak semuanya sedap andai kata halal mesti dah try few hidangan :D

Bila kata bazaar ini adalah bangunan bersejarah maka apa yg terbina didalamnya termasuk masjid dan sekolah itu juga telah dibina ratusan tahun yang lepas antaranya Masjid Khayyatha, Masjid No, Masjid Zolfaghar, Masjid Shishe dan Masjid Jarchi. If u all datang sini make sure spend one full day dekat Grand Bazar ni. Kami tak dapat nak menerokai sangat sebab dah penat berjalan di Naqsh-e Jahan Square.

Suasana di dalam Grand Bazaar (Sumber Google). Kalau tak ada niat nak berbelanja pun tak apa sebab design Grand Bazaar ni memang amat memukau :D
Aku terpaksa ringkaskan cerita perjalanan di Isfahan ni sebab ni dah entry ke 7. Nak cerita di Shiraz dengan Persepolis lagi. Basically kalau datang Isfahan wajib ke Naqsh-e Jahan Square sebab sini titik tengah kepada semua acttraction di Isfahan. 

Ada 5 attraction utama di Naqsh-e Jahan ni yang korang jangan missed kalau ke Isfahan. The Grand bazaar of Isfahan, Sheikh Lotfollah Mosque, Imam Mosque atau Shah Mosque, Grand Ali Qapu Palace dan The Great Mosque of Isfahan yang terletak di belakang Imam Mosque. Ada few tempat yang dikenakan entrance fee dan ada yang free. Tapi one thing travel ke Iran memang sangat murah. :D

48 comments:

  1. Perjalanan panjang kali ini,foto masjid dan bangunannya bagus2,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iran memang terkenal dgn reka bentuk dan seni bina yg indah bangat

      Delete
  2. ooo baru sy tahu dr mana dtg nya perkataan caravanserai (agensi pelancongan) tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. masa baca di pun rasa mcm familiar sngt2 hahaha.. So tau la agensi tu byk membaca.. :P

      Delete
    2. bkn byk membaca tp byk berjalan😁 sbb tu dia bkn travel agensi. sy agak je

      Delete
    3. Hahahaa betul jugak tu.. Buat sesuatu dari pengalaman sendiri :D

      Delete
  3. harga2 kat grand bazaar tu okey tu? boleh tawar menawar x?🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la boleh.. Kita tawar smpai rasa bersalah gitu hahaha.. Iran mmg murah2 jgn risau.. Kos living pun murah.. :D

      Delete
    2. ya ada seorg travel instagrammer tu ckp, iran antara 5 negara termurah utk dilawati.
      semoga ada rezeki sy jejak ke sini aminnn

      Delete
    3. Memang murah kene pergi cepat sblm perang tercetus.. Nanti habis peninggalan kesan sejarah..

      Delete
  4. Lawa sangat senibina bangunan di Iran kan. Masa ambik masters dulu, ada kawan dari Iran bgtau yang Isfahan ni ialah sister cities dgn KL.

    https://isfahaninfo.com/isfahan-sister-cities/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke..sister cities kepada isfahan.. Ok baik thanks for the link.. Nanti kita baca yer..

      Delete
  5. rasanya Isfahan ni ada bandar kembarnya di Malaysia... x ingat dah bandar apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putrajaya kot kalau tak silap.. Sebab Khaju Bridge di Isfahan di ambil seni bina nbya utk buat jambatan di Putrajaya.

      Delete
  6. Cantiknya bangunan di sana. Besar betul bazaar, sampai dalam ada masjid dan sekolah, ye. Seronoklah dapat jalan-jalan dalam tu, cuci mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratusan tahun dah umur bazaar tu.. Mungkin terlalu besar diorng decide stay kat dlm jer .. Tu yg wujud masjid sekolah bagai tu..

      Delete
  7. Cantiknya semua foto. Cantiknya semua tempat. Thanks kongsi..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isfahan memang cantik. Kita yg tgk dgn mata sendiri pun terpukau..

      Delete
  8. gambar semua cantik2...priceless moments indeed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moment di Isfahan antara moment terbaik dlm dunua mengembara.. :D

      Delete
  9. Cantik betul design kraf dan masjid dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seni bina farsi semua cantik2. Isfahan pernah menjadi ibu kota kerajaan mmg byjk peninggalan sejarah..

      Delete
  10. Luar biasa luas tempatnya,bangunan semua cantik"dan bersejarah, pasti ini saat"yang sangat berharga sekali bisa berada di tempat bersejarah seperti ini, kereen banget lah..👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengidam mahu ke iran hampir 10 tahun dan akhirnya berjaya juga sampai.. Mmg moment sgt indah di Iran terutama di Isfahan bandar bersejarah agung..

      Delete
  11. tersangat cantik juga negara iran ini....moga ada kesempatan dan rezeki untuk ke sana juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dimurahkan rezeki saya doakan utk menjejakkan kaki ke Iran.. :D

      Delete
  12. Saya sentiasa mengharapkan dapat jejaki tanah Iran suatu hari nanti. Kagum sungguh dengan gaya seni bina Islam dan gabungan Parsi di Iran termasuk masjid, istana, makam dan bazar. Dan sudah semestinya ingin merasai masakan tradisi di sana seperti kebab dan nasi pilaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga dipermudahkan utk ke Iran dalam masa terdekat amin..
      Mmg terpegun melihat seni bina farsi di Iran.. Makanan mmg sedao tapi sudah nak cari yg halal..

      Delete
  13. Suka tengok senibina bandar2 lama ni. Tak pernah sampai lagi dan ada beberapa soalan; 1. Berkesempatan ke solat di masjid dan boleh ke solat berjemaah dengan syiah? Bagaimana layanan orang di sana kerana setahunya mereka cukup anti dengan orang sunni. 3. Adakan makanan mereka dikira semuanya halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh dan Tak sah solat berjemaah dgn berimamkan org berfahaman syiah.. Solat dalam masjid syiah boleh tak salah sebab qiblat mereka juga ke Kabah.

      Delete
    2. Tak.. Mereka langsung tak anti kepada sunni malah kami sendiri mengaku sunni hanya digembar gembur oleh media bahawa mereka ektrem kepada Sunni. Alhamdulillah kami di layan dgn baik malah dibantu lagi. Bagi mereka, mereka juga tak suka kepada kumpulan ektrimis syiah yg memusuhi Sunni.

      Delete
    3. Makanan yg disembelih oleh org yg berpegang dgn syiah adalah tidak halal bagi org islam memakannya..

      Delete
  14. wahh, Iran kerajaan Parsi lama nih., menakjubkan ukiran arkitek bangunannye kann.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Mereka ada sejarah dari sebelum wujud nya kerajaan parsi.. Mmg lama tamadun mereka..

      Delete
  15. salam TT, sorry lmbt reply psl plan u nk visit batam.. wak ada cerita kt blog .. wak sewa kereta siap supir, travel ke zero km di selatan pulau Galang.. https://antaradohadanjakarta.blogspot.com/2023/07/5-tempat-wisata-di-batam-yg-lagi-hits.html
    apa2 leh emel wak: 3lalat@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Ok wak terima kasih kongsi link nya di sini .. Nanti saya baca berkenaan Batam.. Insyallah dlm masa terdekat akan ke sana..ok nanti apa2 sy email wak.. :D

      Delete
  16. I am glad i got to find your THIS site. I have been examining out a few of your articles and its pretty stuff to read. I will surely bookmark your blog to make sure I could get an up to date post. You can find more info here 🙂
    regards
    Tel U

    ReplyDelete
  17. Terima kasih kerana menjawab 3 persoalan saya. Teruskan berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sekadar berkongsi sedikit dari apa yang kita tahu :D

      Delete
  18. Abaaaang, harga barang2 di Bazaar tu kisaran berapa? Mahal tak? Saya dah plan kalo kesana rasanya memang hrs bawa uang banyak untuk bisa beli macam2 😄😄. Tapi kalo ke Iran target saya nak beli kilim dan Safran. Safran Iran terkenal karena terbaik di dunia kualitasnya ❤️❤️

    Teman saya rutin buka land tour ke Iran, dan tiap kali balik jakarta dia pasti jualan kilim dan Safran. Di sini harganya bisa berkali2 lipat. Memang lebih baik beli langsung kesana 😁.

    Saya sukaaa baca ttg aneka Bazaar di sana. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga nya murah dan bisa di tawar menawar. Oh ya kilim dgn safran harus dibeli kerana di sana kualiti nya bagus bangat. :D

      Oh ada teman buat tour ke sana.. Okla tu mudah urusan utk ke sana.. Semoga diberi izin oleh Nya utk jejak di bumi Iran :D

      Delete
  19. Cantik² semua bangunan esp. Grand Bazaar..ooo kilim tu bukan carpet..tapi nmpk mcm carpet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg terpegun kalau sampai di Grand Bazaar tu.. Kilim tu mmg cantik tapi sbb backpack tak jadi nk beli.. kilim dia nipis sket..

      Delete
  20. Struktur binaan, seni ukiran semuanya menambat hati..semuanya cantik2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Binaan seni apa semua cantik2.. Org pun cantik2 hahaha :D

      Delete
  21. Mata SA masih terpana pada keindahan ukiran semua masjid2 tu...untungnya kalau ada rezeki pergi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga diberi rezeki dan dipermudahkan urusan utk pergi melihat keindahan di Iran :D

      Delete