Pages

Saturday, 18 November 2023

Iran Part 8 : Isfahan Last Day - Moving To Shiraz By Bus

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Seawal pagi kami bangun untuk turun breakfast di hotel ini. Dah la murah ada pulak breakfast walau untuk kami berlima. Memang best la Iran ni. One of the cheapest place to travel backpack. Dalam pukul 8.00 pagi kami turun ke tempat breakfast tiba-tiba excited pulak nak tengok culture breakfast diorang macam mana. 

Suasana yang amat selesa di ruang breakfast. Macam tak sangka betul ke bayar murah :P
Makan roti dengan jem buah atau makan dengan jeruk pinnacle dengan buah zaitun.
Iran bukan negara yang mana makan nasi adalah rujin mereka. So seperti yang dijangka menu breakfast semua nya berasaskan roti dan nasib baik ada seriel conflake tu dengan jus oren. Travel ke Iran sama macam tavel ke Morocco di mana nasi bukanlah makan utama so bagi yang tak boleh tinggal nasi dalam seharian hidup kene jaga-jagalah telan roti sepanjang masa di Iran. Tapi still Morocco lebih worse dari Iran :P

Lepas breakfast kami pergi jalan-jalan semula ke area Naqsh-e Jahan Square.
Uncle kedai runcit yang spotting :D
Oh masa ni adik ipar aku tengah mengandung anak ke dua memang keje nak makan jer :P
Datang kali kedua sebab tak puas hati tengok Naqsh-e Jahan malam tadi. :D
Dua hari dua malam kami di Isfahan dan kami tahu waktu itu tak cukup nak terokai semua attraction di Isfahan tapi perjalanan harus diteruskan ke sebuah negeri yang di panggil Shiraz. Lagi pun kami hanya ada 8 hari penuh di Iran. Shiraz terletak 450 km ke arah selatan dari Isfahan dan mengambil masa 6 ke 7 jam dengan menaiki bas.

Grand Ali Qapu Palace di bahagian western wing of Naqsh-e Jahan Square.
Last bergambar di hadapan Imam Mosque di southern Naqsh-e Jahan Mosque.
Sebuah restoran mewah di area Imam Mosque. Mewah sebab makanan dia mahal hahaha.
Disebabkan waktu siang maka keterujaan dalam melihat barang-barangan yang dijual lebih menyerlah. Banyak jugalah souvenir yang kami terbeli dengan penuh tidak sengaja. Dan lebih banyak ruangan yang dibuka disiang hari berbanding waktu malam. Ada sebuah restoran mewah yang cantik berdekatan Imam Mosque dan kesemua kedai-kedai perniagaan dibuka. 

Latar belakang dari kiri Sheikh Lotfollah Mosque, Imam Mosque di tengah, The Great Mosque of Isfahan atau Jameh Mosque di belakang Imam Mosque dan yang petak tu Grand Ali Qapu Palace.
Last bergambar kenangan di tempat yang tidak mungkin ada kali kedua :D
Kami masuk ke Naqsh-e Jahan Square dari Entrance Imam Mosque dan kemudian kami exit dari The Grand Bazaar of Isfahan dan amik lencongan jauh berjalan pulang ke hotel sebab nak lihat Kota Isfahan ini buat kali terakhhir. Sempat juga kami singgah kedai turkey yang jual kebab dan ayam panggang yang semalam tu. Siap tapau untuk perjalanan dalam bas malam nanti.

Tabik dengan rakyat Iran sebab bersih susah nak nampak sampah.
Repeat kali kedua beli kebab sharwama dan ayam golek memang sedap :D
Tepat jam 5.00 petang kami menaiki teksi ke Kaveh Bus Terminal iaitu terminal bas utama di Isfahan lebih kurang 9 km dari hotel kami yang berada betul-betul di tengah pusat bandar. Sampai di terminal kami terus beli tiket ke Shiraz. Macam biasa kami akan memilih perjalanan malam untuk jimat masa dan duit :P

Main hall Kaveh Terminal Bus - Isfahan
Suka dengan terminal bas ni sangat-sangat bersih dan lengkap dengan kemudahan.
Masa ni aku dah bagitau dengan yang lain kita akan amik bas yg paling lewat ke Shiraz tapi kene bergantung kepada available tiket yang ada. Tiket available setiap 30 minit dari jam 5.00 pagi sehingga 9.30 malam. Alhamdulillh kami dapat tiket bas terakhir pada pukul 9.30 malam. Sempat la kami beli apa yang patut untuk perjalanan nanti. 

Bersolat di musolla Kaveh Bus Terminal. Batu Karbala di mana-mana :P
Time nak solat di musolla terminal bus tu orang agak ramai keluar masuk. Setiap orang yang masuk akan amik sebiji batu karbala. Aku dengan abg ipar aku pun rasa macam bersalah tak amik so kami pun amik tapi tak la guna untuk sujud tapi lepas habis solat terus amik masuk poket nak jadikan souvenir hahaha. 

Keesokan pagi kami sampai waktu subuh selepas selesai solat dan fresh up bagai. Kami mula melangkahkan kaki mencari teksi nak ke Shiraz maka ramai driver taxi yang memberikan offer. Yang naik kereta BMW tu mahal sket la walau version lama. Sebab nak murah kami naik kereta yang agak outdated hahaha. 

Naik teksi dari Bus Terminal ke Persepolis. Boleh tawar menawar sebelum amik teksi.
Kami kata nak cari hotel dulu tapi driver taxi kata lebih baik jalan-jalan dulu sebab hotel boleh masuk pun jam 12.00 tengah hari. Dia pun kata boleh bawa ke Persepolis dan beberapa attraction dan kemudian petang akan tolong carikan kami hotel di bandar and aku request nak hotel nearby bus terminal. Time ni driver berhenti tepi jalan untuk bincang harga. Dia kata tadi ramai orang susah nak bincang. Bijak driver teksi ni. 

Dari Shiraz Terminal Bus kami terus ke Persepolis.
Keletihan yang teramat dari petang semalam sampai ke pagi tidur atas kerusi jer :D
So in total dia minta RM190.00 and each of us bayar lebih kurang RM38.00 seorang okla not bad sebab dari Shiraz nak ke Persepolis lebih kurang 63km ke arah utara dan dia juga bawa ke tempat Pemakaman Raja Persian di Naqsh-e Rajab. Ladang Buah Zaitun dan akan mencarikan hotel dengan bajet kami. Atleast hotel ke 3 baru kami agreed untuk check in dapat semalam RM70.00 utnuk standart room :D


30 comments:

  1. best sungguh lah ur travel to iran ni ;) part bersih dan hotel rate murah dpt bf tu memang i like laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually unexpected juga travel ke Iran ni penuh dengan warna warni hihi..
      Basically hotel kat sana murah dari RM50.00 untuk standart room.. Mmg baloi..

      Delete
  2. I love the way you talked about TV drama. Very nice thought, I can see your points clearly, and I certainly agree with you
    Tel U

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Aaaa.. sebenarnya batu tu amek dorag buat sujud???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org syiah guna bstu karbala utk sujud dalam solat mereka..

      Delete
  5. Wah, boleh la masukkan Iran dalam travel bucket list ni 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong.. Sila masuk kan dalam bucket list :D

      Delete
  6. Berarti sama macam Korea Utara, yg tak terlihat sedikitpun sampah. Rasanya Negara2 yg terkena sanction ini memang lebih rapi dalam hal sampah yaaa 👍👍.

    Saya termasuk yg tak selalu makan nasi. Jadi kalo ke Negara2 yg tak pakai nasi utk sehari2, tak terlalu sukar nak ikuti 😄. Malah senang kalo ada banyak roti di sana 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga negara yg kena sanction ni actually negara yg pembersih :D
      Belum pernah ke Korea Utara lagi. Berazam untuk jejak kaki ke sana suatu hari nanti.
      Cuba lah cari makanan yang halal tapi agak susah di Iran. Harusnya mmg makan roti di iran lebih selamat :D

      Delete
  7. Cantiknya seni arkitek dia....

    Oh? Batu2 tu diorang memang sediakan untuk orang guna la? Macam wakaf?

    Uncle pernah juga sampai Morocco tapi nasi bukan masalah untuk uncle sebab nasi tu tak lah mandatori untuk perut ni... masalah terbesar adalah bahasa. Maklumlah dulu takde google translate...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seni bina farsi mmg unik dan cantik. Batu karbala tu mmg disediakan di pintu masuk mcm sistem waqaf gitu la.. Lps guna letak balik..

      Betul sebab Morocco kalau tak boleh ckp arab dia ckp spain atau france.. Mmg mampuis la nk bertanya apa pun hahaha..

      Delete
  8. Ooh batu tu kena letak balik ya. Ingat boleh bawa balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah letak balik... Ada tanya dgn mereka di iran.. Dia kata tanah karbala tu tanah suci sebab tu dia buat menjadi batu dan mereka sujud di atas nya..

      Delete
  9. breakfast mereka byk cheese...senibina Persian ni cantik2...adik ipar tahan lasak, tgh pregnant boleh travel backpacking mcm ni...salute!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua nya berasaskan makan dgn roti.. Beli tiket 8 bulan awal.. Unexpected masa nak backpack mengandung pulak :P

      Delete
  10. Salam kenal, Salam ziarah TT :)
    Indeed Iran is a beautiful country 😍
    Ada rezeki teringin juga nak ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga.. :D
      Insyallah moga diberi rezeki utk melawat Iran.. Mmg cantik negara Iran. :D

      Delete
  11. Wah lumayan juga dapat hotel harga terjangkau dapat sarapan jugak, biasanya saya susah terima makanan luar, sering bawa lauk pendamping dari tanah air,apalagi kalau di sana tak ada rasa pedas 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasa kebiasaanya mmg harus bawa sedikit mkanan supaya tidak terkejut budaya makanan di negara org. :D
      Rasa pedas tu biasa org mnelayu sahaja yg suka ..kalau ngak ada kurang enak jadi nya :P

      Delete
  12. Cantik- cantik pemandangan..bagus betul travel backpacking macam ni..nanti di akhir episode share la costing ye..mana tau SA nak ke sini plak nanti...who knows kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanti last kita try buat total cost.. Tapi all in tak sampai RM2ribu seorang termasuk flight tiket.. :D

      Delete
  13. Jauh perjalanan luas pemandangan. Baca cerita dan berada sendiri di tempat tersebut memang jauh bezanya. Terima kasih atas perkongsian, seronok baca cerita rakan-rakan yang rajin travel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nak share semua gambar pun tak mampu di blog ini. Sekadar termampu. Sila lah datang lagi yer :D

      Delete
  14. My boss baru je cerita pengalaman dia pi Iran..i told him mahal x kat sana..surprisingly dia kata tak mahal mana pun..tapi Iran adalah tempat paling cantik..terus SA bersemangat nak tau...lama dia bercerita semalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg cost living dan cost travel dekat Iran sgt2 lah murah..
      Memang cantik lebih berbaloi dri pergi korea hahahahaa.. Habis la kene bantai peminat korea hahaha..

      Delete