Pages

Thursday, 30 November 2023

Iran Part 11 : Last Walk In Shiraz - Shah Cheragh - Traditional Vakil Bazaar

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Alhamdulillah sekali lagi diizinkan untuk mencoretkan lagi kisah perjalanan kami di Iran yang masih belum menuju penutup. Hari kedua di Shiraz kami meneruskan lagi dengan misi menjejakkan kaki ke beberapa tempat yang kami mampu. Plan kami malam nanti akan ambil bas dari Shiraz balik ke Tehran. So kita ada keseluruhan waktu siang hari untuk berjalan-jalan :D

Di hadapan pintu masuk Shah Cheragh bersama pegawai International Affair Office.
Shah Cheragh Holy Shrine

Destinasi pertama kami pagi ini ialah Shah Cheragh Holy Shrine - salah satu dari beberapa tempat suci bagi pengikut ajaran Syiah di Iran. Ini adalah Holy Shrine Amir Ahmad Ibni Musa Al-Kazem iaitu abang kepada Imam Reza - Imam Ke 8 dari 12 Imam suci mengikut ajaran Syiah. Shah Cheragh dalam bahasa farsi yang bermaksud King of The Light.

Reka bentuk di bahagian pintu masuk lebih kurang sama dengan Nasir Al Mulk Mosque.
Pintu gerbang masuk utama ke Shah Cheragh.
Dibina di antara kurun ke 12 hingga 13 Masihi. Ianya sebuah masjid, kompleks dan juga monument. Menjadi salah satu tempat pelancongan utama di Shiraz. Tiada sebarang yuran masuk dikenakan. Terbuka kepada semua bangsa dan agama untuk datang melawat. Dan jika anda memerlukan guide pihak The International Affairs Office akan menyediakan seseorang. Guide kami fasih bertutur English bernama Maryam.

Terdapat seni bina kayu dan batu makmar.
Kawasan lapang di dalam Shah Cheragh. Cantik dan bersih yang amat.
Information yang tertulis dalam bahasa English memudahkan para tourist.
Sebuah kompleks yang amat besar dan luas mempunyai satu kubah yang amat besar dan dua buah menara. Pada asalnya ia hanya sebuah sturktur biasa yang terletaknya kubur Ahmad Ibni Musa. Dan telah dibesarkan kepada beberapa bahagian lagi oleh Queen Tash Kahtun. Ia termasuklah sebuah tempat pengajian dan beberapa buah tempat menjual yang kemudian menjadi small market.

Di ruang solat masjid utama dalam kompleks Shah Cheragh.
Ada yang memanggil ia sebagai Masjid Cermin. Suka dengan design yang cantik dalam masjid ni.
Ruangan solat untuk jemaah wanita.
Sebuah tempat yang amat cantik dengan reka bentuk binaan yang beratus tahun. Design di dalam masjid di kompleks ini dipenuhi dengan kaca menjadikan unik dan disebabkan itu nama lain masjid ini adalah Masjid Kaca. Renovation kompleks ini telah dilakukan beberapa kali dalam beberapa ratus tahun yang berlalu.


Tour Guide kami Maryam.  Gambar curi.
Dia tak bagi ambil gambar dia even kami ajak bergambar beramai-ramai.

Gambar yang diambil oleh tour guide kami Maryam.
Ketika era Pemerintahan Safavid pada kurun ke 16 telah berlaku massive renovation ke atas keseluruhan kompleks Shah Cheragh ini. Pada kurun ke 18 Nader Shah Afshar seorang Pemerintah Iran 1736 - 1747 M telah menyumbang Chandeliar Gold yang tergantung dibawah kubah. Namun beberapa tahun kemudian telah berlaku gempa bumi yang besar di Shiraz sehingga menyebabkan berlaku kerosakan besar di kompleks ini termasuk la Chandeliar Gold ini telah musnah.

Keadaan persekitaran yang cantik di Shah Cheragh.
Bangunan utama di dalam kompleks Shah Cheragh ini.
Telah berlaku serang pengganas di Kompleks Shah Cheragh ini pada tahun 2022 dan pada tahun 2023 yang telah membunuh seramai 14 orang dan mencederakan 40 yang lain. ISIL atau ISIS telah bertanggungjawap ke atas kedua serangan tersebut. Kalau korang nak datang sini make sure berhati-hati. Boleh baca berita di sini dari Al-Jazeera (klik).

Traditional Century Vakil Bazaar

Telah ditubuhkan pada kurun ke 11 Masihi oleh Buwayhid atau Buyid Empire yang memerintah sebahagian besar Iraq, selatan syira dan hampir keseluruan Iran pada tahun 934 sehingga 1062 Masihi. Ia sebuah tempat persinggahan oleh para pedagang. Mempunyai tempat istirehat dan penginapan, tempat makan dan tempat menjual keperluan untuk para pedagang yang bermusafir.

Jom masuk ke dalam Vakil Bazaar.
Berjalan menuju ke Vakil Bazaar dari Shah Cheragh.
Senyuman manis dari anak kecil di Vakil Bazaar :D
Lama-kelamaan ia membesar dan menjadi sebuah bazaar yang besar dan ada yang mengatakan bahawa ia permulaan terwujudnya penempatan besar kepada Bandar Shiraz. Kami telah masuk dari entrance Shohada Square kalau tak silap. 

Nak shopping di sini lebih recommended sebab lebih murah dan banyak pilihan.
Rempah ratus Iran yang terkenal satu dunia boleh didapati di sini.
Tak ingat rempah apa yang aku beli ketika ini.
Kalau tak silap ada minta rempah untuk buat ayam bakar.
Terdapat beberapa attraction di dalam Vakil Bazaar ini termasuklah Vakil Mosque, Karim Khan Citadel, Pars Museum dan Atiq Jame Mosque. Pada tahun 1972 Vakil Bazaar telah disenaraikan sebagai Iran National Heritage. Besar Bazaar ini adalah 21,840 square meter. So korang boleh bayangkan kalau nak pergi setiap pelusuk memerlukan sehari suntuk.

Makanan, Manisan dan kekacang memenuhi setiap pelusuk bazaar.
Orang perempuan mesti suka beli kain di sini sebab banyak pilihan dan murah.
Lebih murah dari Pasar Ben Thanh Vietnam.
Kami terus menghabiskan masa di sini sehingga tengah hari sebelum balik ke Hotel untuk check out pada jam 1.00 petang. Selepas check out kami minta izin untuk simpan beg dan benda lain di lobi hotel. Dan berjalan kaki ke bus station untuk membeli tike bas ke Tehran dan meneruskan berjalan-jalan untuk kali terakhir di sekitar Bandar Shiraz ini. 


32 comments:

  1. dinding dewan solat warna gold...cantik..

    ReplyDelete
  2. mcm2 jenis rempah ratus tu...manisan pun byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mereka kaya dgn rempah ratus dan buah2 kering yg sedap2..

      Delete
  3. Besar bazaar dia. Kalau saya, cari tudung Iran satu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa masuk tudung tu dlm malaysia pastu brand kan dgn nama sendiri hihii..

      Delete
  4. Cantik dan megah bangunan mesjidnya, indah banget lah.,.nah tempat jual oleh"ini yg jadi pilihan,😁makanan pun nampak selera👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg berdiri indah dan megah masjid di sana walau sudah berusia ratusan tahun.. makanan di jual di bazar mmg murah dan sedap..

      Delete
  5. seni bina kau dan batu marmar? apa maksudnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu typo Kayu bukan kau hahaha.. ok dah edit semula Thank you :D

      Delete
  6. kalau tgk senibina hampir sama je design nya... tp sy lebih tertarik dgn ukiran pada tiles yg warna warni tu. sbb x semua tmpt or monumen kat dunia ni ada mcm tu. kiranya mcm dah jd trademark utk iran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ukiran tiles tu memang dah jadi trademark Iran.. sebab itu mmg original design Persian.. so mereka kekalkan sehingga ke hari ini..

      Delete
  7. kalau nk beli borongnkat bazaar tu, ok ke x? mn laa tau boleh jd saudagar rempah iran🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh.. memang rempah ratus mereka padu buat bakar ayam pun sedap dan wangi.. kalau nak jadi saudagar kita boleh jdi rakan kongsi :D

      Delete
  8. Pas lihat mesjid yg agak biru di atas, langsung teringat dengan mesjid di Uzbek pula. Agak mirip design dan warnanya .

    Memang lah arsitektur mesjid di Iran ini luar biasa cantik. Saya belum melihat langsung tapi dah sukaaa sangat. ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uzbek dgn iran mmg bnyk persamaan sebab berjiran seperti Malaysia dan Indonesia.
      Moga dapat pergi ke Iran suatu hari nanti dan menikmati keindahan di sana :D

      Delete
  9. Cantiknya senibina. Bazaar tu aihhhh macam2 ada tengok nya. Thanks for sharing. Tak sabar nak pergi tp tak tau bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa keterujaan hadir sebelum realiti sebab dari situ akan bermulanya langkah pertama demi mencapai inspirasi keterujaan tersebut :D
      Thanksfor coming as well :D

      Delete
  10. Iran negara yg memiliki tamadun terawal. entri ini membuka mata sy kpd satu negara yg cantik tp jarang dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Terima kasih. Tahniah kerana menjadi pengomen bertuah blog abe kie utk bulan Nov.

    https://www.zukidin.com/2023/12/pengomen-bertuah-bulan-november.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu antara tamadun yg terawal di dunia. Kita digembar gemburkan akan keburukan negera Iran oleh media barat terutamanya. walhal ia tidak seperti yg digambarkan.
      Alhamdulillah tak tersangka menjadi top commenter bulan ini :D

      Delete
  11. TErima kasih perkongsian. Seronok tengok gambar.

    ReplyDelete
  12. Lawa betul masjid tu..act kalau gamba gamba rare mcm ni..ambik shot cantik2..adjust sikit here n there..boleh jual gambar tu..just cadangan dari org yang bukan kaki travel hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentuhan senibina islam + farsi mmg cantik :D
      Kita travel utk diri sendiri tak ada nak buat duit la hai hahaha.. Thanks cadangan tu "P

      Delete
  13. Terasa seolah-olah saya sedang berada di tengah-tengah Vakil Bazaar! Macam-macam ada dan semuanya menarik belaka.
    Dan saya semakin kagum dengan negara yang bernama Iran ini. Benarlah, dulu saya dapat informasi yang negatif tentang negara ini, ternyata ia adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri ada perasan macam selamat ke kalau pergi ke Iran. Siap ada kawan ckp tak takut kene bunuh di Iran nanti. Well kita selalu digembar gemburkan oleh media barat. tak kenal maka tak cinta :D

      Delete
  14. carpet iran ...betul2 cantik coraknya..kat nilai 3 jual carpet murah2 tapi bila tanya je corak iran terus jadi mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi Iran .. sana jual carpet murah-murah cuma nak bawa balik tu tak tau cane mesti jadi mahal sebab luggage hahaha :D

      Delete
  15. Masjid cermin tu seakan-akan batu permata pulak. Gemerlapan la dalam masjid tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab first time tgk design dlm masjid mcm tu..
      mmg terpegun dibuatnya..

      Delete
  16. Bangunannya cantik dan antik. Kapan ya, saya bisa ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata rata bangunan nya berusia ratusan tahun dan mmg cantik serta unik. Insyallah sy doakan moga diberi rezeki utk ke sana amin..

      Delete