Pages

Friday, 8 December 2023

Iran Part 13 : Nikan Hotel - Reza Great Bazaar - Haram Mohtahhar Khomaini (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Kami telah dibantu oleh lima pemuda Iran yang secara tiba-tiba entah muncul dari mana membantu kami mencari penginapan untuk malam ini. Semasa kami memasuki South Metro Station, kami diberitahu oleh salah seorang dari mereka bahawa hari ini Metro percuma sebab sempena sambutan apa pun aku dah tak ingat. So hari ini adalah waktu terbaik untuk jalan-jalan guna Metro.

Inilah pemuda Iran itu dan at last kami check in di Nikka Hotel di tengah Bandar Tehran.
Memang cuak pada mulanya sebab tiba-tiba nak tolong sampai dekat sejam ikut kami semata-mata nak tolong carikan hotel yang harga berpatutan dengan budget kami. Takut juga lepas tolong nanti diorang akan minta duit atau paling takut kene rompak hahaa. 

So ending ceritanya lima pemuda Iran ni memang baik hati dalam membantu kami. Siap bagi kami duit dalam RM50.00 untuk kami spend nak beli barang ke atau nak makan apa-apa. Serius la aku rasa macam nak nangis pun ada unexpected sangat hahaha :P

Nikka Hotel - Central Tehran

Setelah beberapa hotel mereka tolong tanyakan dan akhir sekali kami setuju untuk check in di Nikan Hotel. Dengan harga RM120.00 untuk dua buah bilik. Satu bilik 2 katil single dan satu lagi bilik 3 katil single. Cuma yang tak best bathroom sharing di luar bilik. Tapi nak murah so kita hadap jer lah. Janji dapat tidur lena malam in. :D

Tak jauh beza pemandangan dengan hotel murah di Seoul, Korea Selatan :P
Dari South Metro Station kami ke Imam Khomeini Metro Station untuk mencari hotel. Kata mereka berlima sini kawasan tengah bandar dan mudah nak ke mana-mana termasuklah esok nak ke airport. Terdapat banyak kedai di sekitar hotel termasuk kedai serbaneka, farmasi dan kedai makan yang mana kami beli falafel dan fries di makan dengan roti. Ah rindu pulak falafel tu :P

Bilik 2 katil single tiada tv cuma ada heater.
Bilik 3 katil single tiada tv tapi ada fridge dan heater.
Dan satu lagi yang best berkenaan hotel ini ialah terdapat dapur untuk memasak yang disediakan untuk para penghuni yang menginap di hotel ini. Periuk belanga dan kuali bagai disediakan. Overall hotel ni ok sangat kena la dengan budget kami yang ciput ini.

Untuk makan malam kami habiskan sisa baki bekal yang tinggal. Sempat beli beras di kedai berdekatan dan masak nasi makan dengan sardin tin serta goreng telur + sambal ikan bilis dan serunding ikan. :D

Mungkin sebab orang silih berganti so memang banyak left over di dapur hotel ini. Termasuk minyak masak, garam, gula, cili, bawang, buah zaitun dan rempah ratus serta pelbagai bahan masak lain. Even beras lebihan yang kami beli kami tinggalkan di dapur hotel ini juga. By the way aku masak nasi pakai dapur gas okey hahaha..

Pemandangan kawasan persekitaran dari Metro Station ke Nikan Hotel.
Untuk hari ini kami tak ke mana-mana memang habiskan masa banyak di hotel lagi pun dah petang dengan cuaca yang teramat sejuk sebab Tehran lebih sejuk dari Shiraz. Kami stay untuk malam ini sahaja dan kemudian check out seawal 9.30 pagi untuk take last walk in Tehran sebelum ke airport.

Reza Great Bazaar

Keesokan pagi dari hotel kami menuju ke Imam Khomeini Metro Station lebih kurang 250 meter dan kemudian menaiki train ke Panzdah-e Khordad Metro Station dan berjalan kaki ke Reza Great Bazaar ianya sebuah bazaar yang amat besar di Tehran. Boleh dikatakan segala jenis benda yang kita nak boleh dibeli di sini.

Terjumpa sepasang suami isteri rakyat Malaysia di Reza Great Bazaar
Dengan beg backpack kita teruskan perjalanan sekitar bazaar ini.
Perlukan masa lebih 2 jam untuk menerokai Reza Great Bazaar ini. Kalau tak pandai baca map pasti boleh sesat di dalam bazaar ini. Bayangkan dari menjual makanan dan peralatan dapur sehingga barang binaan bangunan juga dijual di dalam bazaar ini. Masa ini abang ipar aku tergoda dan terbeli sepasang kasut adidas. Murah dan ini last destination sebelum ke airport katanya.

Ada underground bazaar. Ingat kecik jer sekali masuk boleh tahan besar dan luas.
Kami redah je setiap lorong dan ter exit di sini. Almost 500 meter dari tempat entrance kami tadi.
Walaupun orang ramai tetapi kawasan sekitar tetap bersih tak sakit mata memandang.
Sila pastikan masuk dan keluar dari entrance yang sama. Dengan bazaar yang terlalu besar ini silap sedikit anda akan exit di pintu lain yang jauh dari tempat anda masuk tadi. Masa ni aku kata dengan yang lain kalau kita ter exit jauh dari entrance tadi and if ada Metro Station memang kita akan naik train terus la.

Panjang setiap lorong melebihi 100 meter dan ada berpuluh-puluh lorong.
Jika lorong menjual kain maka sepanjang lorong tu akan menjual kain sahaja.
Begitulah dengan lorong yang lain. So agak mudah kalau nak cari barang yang kita perlukan.
Golestan Palace - World Heritage Site UNESCO

Golestan Palace. Entrance fee 1,000,000 Riyals / RM110.00 (2023)
Dan di sini juga terletaknya Golestan Palace yang memakan masa selama 3 tahun untuk dibina di dalam kurun ke 16 Masihi. Dan ketika era Pemerintaha Raja-Raja Qajar selama 131 tahun meraka telah membina pelbagai sturktur lain di dalam kompaun istana dan menjadikan Golestan Palace sebagai Kediaman rasmi di Raja Iran. Terdapat 17 sturktur bangunan di dalam Golestan Palace ini termasuk istana, muzium, hall dan beberapa bangunan lain. 

Baloi tak bayar RM110.00 untuk entrance fee Golestan Palace ni?
One of main attraction Marble Throne - Tempat pertabalan Raja Pahlavi.
Selepas era Raja-Raja Qajar berakhir istana ini hanya digunakan untuk majlis majlis tertentu dan menyambut sesuatu keraian sahaja. Ini termasuk pertabalan Reza Shah sebagai Raja Iran juga telah dilakukan di Golestan Palace pada tahun 1925 yang memerintah sehingga 1941. Dan Reza Pahlavi juga ditabalkan di sini pada tahun 1941 yang memerintah sehingga 1979. Dan dari 1925 sehingga 1979 adalah dipanggil era Pemerintahan Pahlavi.

Terjumpa pakcik ni jual Nasi Safaran. Boleh beli nasi sahaja atau dengan ayam masak rempah apa ntah macam kari gitu. Tapi tau tak halal kita beli nasi tu sahaja sebab wangi sangat :D
Kami santai-santai lepak makan nasi tu di kawasan luar bazaar.
Sambil layan last view of Tehran sebelum kami bergerak ke airport. Cepat jer 9 hari berlalu.

Haram-e Mohtahhar Imam Khomeini 

Setelah hampir 3 jam kami berjalan-jalan di area Reza great Bazaar dan Golestan Palace. Kami terus menaiki train ke Haram Mohtahhar Khomeini Metro Station. Tempat destinasi terakhir dan juga sebab nak murah ke airport. Kalau dari Tehran City Center naik teksi ke airport akan dikenakan charge yang agak mahal. 

Dari Panzdah-e Khordad Metro Station ke Haram Mohtahhar Khomeini Metro Station.
Station terakhir dan paling dekat dengan airport. 
Walau kawasan luar dan jauh dari bandar train kesemuanya underground.
Tapi kalau kita naik train ke station yang paling dekat dengan airport dan kemudian naik teksi ke airport total cost tak sampai separuh dari naik teksi dari Tehran ke airport. Tapi sekarang anda dah boleh naik train dari Tehran City Center terus ke Airport menggunakan train. So tak perlu susah payah macam kami :D

Kawasan ni besar sangat. Dari Metro Station kena jalan kaki sikit ke nun jauh sana tu :D
Tengah winter kan jalan jauh bawa beg backpack pun tak la terasa penat sangat :D
At last sampai juga kita di sini tapi macam tak ada apa -apa pun di sini.
Setelah sampai di last metro station kami pun berjalan ke sturktur bangunan Haram Mohtahhar Khomeini ini tapi bila sampai nampak macam kosong tak ada orang. Even ada la satu dua cafe, restoran, kedai serbaneka dan kedai souvenir. 

Disebabkan ianya sebuah kompleks yang attach dengan masjid di bahagian belakang kami terus decide untuk mengambil teksi dari sini terus ke airport. Sebab nak berjalan lagi ke arah depan macam dah tak larat haha. Sebelum naik teksi kami memulakan sesi tawar menawar sehingga dapat harga IRR 250,000 bersamaan RM27.00. 

Well yang boleh telan makanan yang pelik-pelik ni memang aku sorang jer. 
Sebelum sampai di Airport driver teksi ni berhenti sekejap di tepi jalan katanya ada orang sedekah makanan. So dia kata nak makan sekejap sebab dia lapar belum makan. Pastu dia ajak kitaorang makan sekali. Aku pun turun dan tengok makanan apa tu. Sejenis bubur campuran kekacang dan di makan dengan spaghetti macam tu. Semua makan tak habis kecuali aku :P

At last alhamdulillah kami sampai semula di Imam Khomeini International Airport.
Ok dah check in ticket dan kami terus menuju ke departure dan melepasi immigration.
Overall semua orang Iran yang aku jumpa selama 9 hari ini semua baik-baik belaka kecuali driver teksi sorang ni. Aku baru nak declare orang Iran ni semua baik berbudi bahasa dan suka membantu. Teksi ni boleh berhenti tepi jalan lagi 300-400 meter dari nak sampai airport dan minta extra duit pastu aku kata aku tak nak bagi. 

Dia boleh balas pulak kata kalau tak bagi dia tak nak drive kereta. Aku pun mengamuk la time ni, abang ipar aku dah cuak jugak tapi aku kata nak takut apa. Aku cakap dengan driver teksi tu "kalau tak nak drive kitaorang boleh jalan kaki la ke airport". Memang time ni aku dah buka pintu (duduk sebelah driver). Dan nasib baik kami belum bayar apa-apa lagi.

Penerbangan Air Asia ke Iran makanan disediakan yer tak perlu beli.
Struggle nya seorang ayah menjaga anak dalam flight hahahaha :P
Bab-bab bergaduh time tengah travel ni alhamdulillah aku tak pernah kalah lagi. Bukan nak berlagak tapi kalau kita betul kenapa nak kena tunduk pda orang jahat yang menipu kan. Dulu aku belajar pun dalam kelas ada 55 nationality so bab nak bertengkar mulut selagi di pihak yang benar Insyallah ok la :D

At last si driver teksi ni geleng kepala dan ajak aku masuk kereta dan diam terus bawa terus ke airport. Dan bila sampai airport lepas keluarkan barang dari bonet bagai barulah aku bayar pada dia dan aku pesan kat dia "Never do that again and u dont even know who you face with". Actually aku pun ada juga la rasa takut sikit-sikit. Kot la dia bawa pisau tikam kita ke. But then that is the way i travel. TAMAT.

37 comments:

  1. Rasa macam kebarangkalian nak 'ter' jumpa rakyat malaysia kat sana macam susah je... Tapi boleh jumpa kan?

    Oh? Baik pulak air aisa tak jual-jual.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jer kami terjumpa tapi ntah ramai yg sombong hahaha.. Yg ini alhamdulillah baik bertegur sapa dgn kami.. Kami ada jumpa di Isfaham dan Shiraz org Malaysia..
      Air asia ada jual boleh je kalau nak beli..

      Delete
    2. terus terang ckp uncle. kalu jumpa org mesia kat luar x yah tegur pn x pe. sombongggg yak mat... nak senyum pun payahhhh... bkn sekali tp byk kali. sbb tu.kalau jumpanyg bertudung atau muka asian, sy mengangguk je. plg x senyum laa sket

      Delete
    3. Most worst jumpa malaysian kat mana @dear anies.. for me dekat London.. mostly jumpa Malaysian kat sana yg especially melayu hahaha jgn harap boleh bertegur sapa la.. dalam 100 mungkin sorang dua jer yang boleh bertegur sapa :P

      Delete
    4. samaaaaaaaa!!!! ya allah kekwatnyaaaaaa rs nak hempuk je dgn boot. mcm laa diorg sorg je berduit dpt g london. eee kalau igt blk mmg geram laa...
      kat vietnam pn kn jg. pd hal sm2 shopping sakan dlm ben thant tu pun nk menyombong. bkn nya ko tgh shopping kt butik branded... eeee geram betulllll

      Delete
    5. Kann.. dia rasa mcm dia sorang jer boleh sampai ke situ.. bila nampak org lain dia rasa mcm eh ko buat apa kat sini.. ko ada duit ke nak jalan-jalan sini hahahahah.. Ikut cara masing-masing la nk travel ara apa pun kan :D

      Delete
  2. Cantik Golestan Palace..berbaloi dgn entrance fee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg suka seni bina yg cantik ok boleh masuk :D

      Delete
  3. Memang cantik sangat senibina di sana ya. Bazaar besar sungguh. Ehh laa pemandu teksi tu, Thanks for sharing Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far Iran antara top 5 negara yg cantik dlm my own list dalam travelling..biasa la dlm travel mau tak mau mesti ada org nak kena kan kita :D

      Delete
  4. tlg bagitahu tarikh dpt naik metro free tu brape hb?๐Ÿคฃ๐Ÿคฃmana laa tau sy nnt nk g sn, bleh pilih tarikh ni...jimattt $$

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa tak sure lak pulak.. cuba study all the big day di Iran.. mungkin that time free kot hahaha ;P

      Delete
  5. kalau msk golestan tu sy dpt tgk dkt2 mahkota yg farah diba pakai masa pertabalan shah reza tu, nak juga sy bayar harga mcm tu. sbb dah lamaaa kagum dgn mahkota tu sejak sy tgk ms kecik2 dulu.. tp sy tahu mahkota tu ada kat bank pusat iran. kalau ada kt golestan tu mungkin replika

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti ada ke atau tak ada dlm istana golestan ni..
      Kalau rajin nak masuk setiap pelusuk penjuru istana mungkin berpontensi nak berjumpa hihii.. Mahkota mahal mcm tu confirm disimpan di tmpt rahsia.. replika utk pertunjukan sahaja..

      Delete
    2. tp nk buat replika pun payah kot takut ada yg kebas nnt๐Ÿ˜

      suasana dlm tu mirip istana topkapi. cuma kat topkapi tu sy x puas hati dgn lantai dia. geram je tgk x rata wpn ada tiles๐Ÿ˜

      Delete
    3. Piala Juaran Bole Sepak Dunia FIFA pun berapa kali kene rompak huhuu..
      Design dalam ni cantik dgn susunan tiles dia yg cantik..

      Delete
  6. asik sekali ya dapat traveling.... saya di depan komputer setiap hari ... otak saya yang traveling mengikuti blog kaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diberi kesempatan utk merantau di negara org dan berkongsi pengalaman di sini.. terima kasih sudi membaca blog ini ya :D

      Delete
  7. Nasib baik yang berlima tu baik menolong. Mungkin2 student2 universiti kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa pelajar university mungkin somehow nak practice english mereka dgn tourist.. :D

      Delete
  8. Thanks sudi follow newbies blogger mcm kita...alhamdulillah done follow jugak. wah menarik n teruja sangat dapat kawan2 yang positive..share travelling sana sini...moga dapat memberi manfaat untuk rakan2 yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most Welcome kerana sudi datang ke sini jua dan follow blog ini.. samalah kita blogger kecil kecilan sahaja :D

      Delete
  9. First time singgah blog ni, patutlah nama travel2 rupanya banyak negara dah pergi..sangat menarik perkongsian..dapatlah kita semua tahu ada apa kat sana..budayanya dan orangnya macamana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita first time nampak nama dia di sini hahaha.. thanks for coming.. tak byk pun negara nya compare dgn org lain.. insyallah akan terus menerus berkongsi :D

      Delete
  10. Golestan Palace memang cantik tapi bayarannya ya ampun....mahalnya....

    Kalau tiba2 ada yang menawarkan bantuan selalunya saya akan berfikiran -ve sebab zaman sekarang sangat kurang yang membantu sebab nak membantu tetapi 'sebab ada makna tu....'. Rezeki la tu jumpa orang yang baik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bayaran dia aduhai.. Tapi kdg2 mungkin sebab maintenance mahal sbb tu fee mahal.. Bangunan ratusan tahun kan..
      Itulah mula2 rasa takut jugak tapi sebab dri first day semua baik suka membantu.. Maka terpercaya jugak huhuu :D

      Delete
  11. Syukur ketemu orang yang baik"saja dalam perjalanan, nah ada juga ketemu yang tak menyenangkan seperti sopir taksi tuh, pengalaman adalah guru paling berharga bang๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali travel pasti ada masam manis nya.. Dan itu menjadi trip travelnya berwana warni.. :D

      Delete
  12. pengalaman menarik esp part jumpa strangers yg helpful

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bernasib baik sgt apabila jumpa org yg membantu kita ketika travel :D

      Delete
  13. Rupanya supir taksi Iran juga ada yang nakal ya. Di sini juga ada oknum driver yang minta uang tambahan pada penumpang di luar kesepakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 dalam 100 org ada satu yg buat perkara nakal tu.. Bertabah jer lah..

      Delete
  14. Nasib baik pemuda 5 orang tu, baik-baik orangnya ye. Tolong cari hotel bajet.
    Terer Encik Time Traveller masak nasi guna dapur gas. :)
    Sungguh tegas dan berani tindakan Encik Time Traveller, berhadapan pemandu teksi minta tambang extra tu. Lebih-lebih lagi, di negara orang. Saya salute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak disangka2 dibantu oleh org yg betul2 baik hihii.. Hahah dah biasa masak pakai gas masa camping atau hiking.. :D
      Sbb masa tu tak bayar lgi so apa nak takut kalaubkita tak bayar dia juga yg rugi.. Ada sbb berani la bukan sembernono jer hahaha :D

      Delete
  15. Naaah bener kaaan, baik2 mereka ternyata ๐Ÿ˜„๐Ÿคญ. Saluuut lah, sampai segitunya sekali kalo membantu foreigners yaaa. Tapi kalo ketemu yg seperti ini, kita bagi uang utk terimakasih mereka mau terima atau tidak samasekali bang? Terkadang tak enak juga soalnya ๐Ÿ˜…

    Btw di Reza great Bazaar tuh ada jual Adidas, barang gelap atau selundupan kah? Soalnya Negara2 yg kena sanction macam ni tak masuk barang2 dari US biasanya.. kecuali melalui black market. Macam di Korut.

    Syukurlah kalo skr dah bisa ke airport langsung dari city center yaa.

    Dan saya td baru baca berita terbaru, Iran dah membebaskan free visa untuk Indonesia. Sebelumnya kami msh harus apply. Jadi saya tinggal plan kapan nak ke Iran nih ๐Ÿ˜„

    Memang lah driver taxi tuh merusak image saja yaa. Hari terakhir pula ketemu orang menyebalkan kayak dia ๐Ÿ˜…. Abang sama kayak suami saya. Tak nak kalah kalo dalam hal begini. Di awal dah sepakat harga, kenapa pula jadi berubah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika orang itu mulia dan baik maka tak kira bangsa agama pasti akan ditolongin seikhlas hati. Bukan kami beri duit malah mereka juga memberi kami duit untuk berbelanja hahaha.. yang pasti org baik itu ada di mana-mana sahaja :D
      Rasanya melalui blak market mungkin kerana terdapat juga dijual beberapa item yang branded di Iran.

      Delete
    2. Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Iran. Dan sekarang lebih banyak negara yang membuka pintu masuk mereka untuk pelancong luar. Ia skrg sudah ada train dari airport terus ke tengah bandar. amat memudahkan perjalanan bagi tourist.
      Biasa la itu .. orang jahat atau berperangai buruk juga ada di mana-mana sahaja yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelancong.

      Delete