Pages

Wednesday, 10 January 2024

Pulau Batam Part 4 : Gloris Hotel - Mall Nagoya Hill - Warung Pak Har

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Pulau Batam Part 3 : Masjid Tanjak - Welcome To Batam Monument - Coastarina

Oleh kerana kami dapat harga yang agak reasonable bersama Pak Supir untuk dibawa berjalan ke Masjid Tanwirun Naja atau Masjid Tanjak, Welcome To Batam Monument dan Coastarina. Dan kemudian Pak Supir dengan ikhlas membawa kami ke Bengkong untuk melihat beberapa kawasan wisata yang lebih baik dari Coastarina.

Di hadapan Lobby Gloris Hotel di jam 8.00 malam sebelum kami ke Nagoya Hill.
Dan bila agak lewat petang barulah kami sampai di Gloris Hotel yang terletak di area Nagoya. Memang badan kepenatan yang teramat dan The Kids lagi la masuk hotel mandi terus tidur. Dari sebelum subuh bertolak dari rumah and only now dapat rehatkan badan. Tapi walau penat our journey memang berbaloi sangat hari ini. Alhamdulillah :D

Value For Money - Satu Queen Satu Single. Kasi cantum cukup la buat sekeluarga :D
Okay kita story sedikit berkenaan dengan Gloris Hotel ini. Pada mulanya aku pun rasa macam tak berapa confident sangat sebab dengan harga RM73.00 untuk Family Room. Harga final untuk dua malam campur tax bagai RM176.90. Dan lokasi pun agak baik sebab banyak comment yang diberi di Agoda, hotel ini dekat dengan beberapa fasiliti seperti kedai serbaneka Indomart dan Alfamart. Dan ada lebih 10 restoran di sekeliling hotel ini.

Tv, Bathtub, Aircond, Fridge, Sofa dan meja disediakan. Okla nak tidur malam jer kan.
Bilik air agak bersih, lengkap dan perlatan berfungsi dengan baik cuma dah agak berusia.
Gloris Hotel ini dibina pada tahun 1999 dan telah dinaik taraf pada tahun 2016. So korang boleh bayangkanlah keadaan hotel ini yang agak lama namun dalam keadaan baik tapi tak berapa nak moden sangat. Tiada alat pemanas air kettle dan iron baju disediakan oleh pihak hotel. Namun air panas boleh diambil di tingkat bawah. 

Aircond bilik boleh la agak sejuk dengan satu level suhu sahaja, walau kita turunkan suhu paling rendah atau naikan suhu paling atas. Aircond ni cenggitu jer hahaa.. Tv dan fridge disediakan. Dan paling best ada bathtub disediakan di Family Room ini. Tak ada swimming pool pun tak apa. The Kids enjoy main air dalam bathtub dan bilik air dia besar dan luas serta air panas yang baik :D

Terdapat sebuah Bakery & Cafe berdekatan dengan Hotel. Boleh la lepak-lepak.
Yang tak berapa nak best ialah jalan depan hotel ni macam dibom tentera zionis israhell - Berlubang-lubang. Dan bila waktu pagi ada pasar basah dalam 50 meter dari entrance hotel. So kalau arrange supir untuk pickup, make sure kena dibuat awal pagi sebelum jam 8.00 pagi. Otherwise memang susah nak keluar dari area hotel ni.

Lokasi yang agak baik. 850 meter ke Mall Nagoya Hill dan Masjid Jabal Arafah.
Kami jalan kaki bersama The Kids selama 10-15 minit untuk sampai di Mall Nagoya Hill.
Nagoya Hill Shopping Mall

Ini adalah salah satu mall utama di Pulau Batam, Indonesia. Dan pada kebiasaannya adalah tidak lengkap jika anda tidak menjejakkan kaki ke sini. Di sini terkenal dengan menjual barangan yang lebih murah dari di tempat lain. Terutamanya jika ingin membeli barangan seperti Camera DSLR, Digital Video Camera dan Drone serta peralatan komputer.

Welcome To Nagoya Hill Shopping Mall.
Ada beberapa kedai menjual Camera DSLR, Drone, Video Camera Digital,
Peralatan Komputer dan sebagainya lebih murah dari Malaysia.
Cuci mata sekejap. Tak larat dah nak main camera DSLR ni lagi. :D
Setelah berehat sehingga jam 8.00 malam and the kids tidur dalam sejam lebih. Kami mula bersiap-siap untuk berjalan ke Nagoya Hill Shopping Mall. Tak ada niat untuk bershopping tapi lebih sekadar ingin melihat sendiri keadaan di dalam mall. Dan juga misi dalam mencari makan malam.

Terlalu banyak kedai menjual chocolate dan kelihatan orang ramai memborong.
Chocolate is every where here.. 
Kami spend masa lebih kurang sejam di dalam mall dan ending tak membeli apa-apa pun kecuali beberapa keperluan mandi. Sebab Gloris Hotel hanya memberi sabun buku mandi yang kecil warna putih tu sahaja. Tiada shampoo yang disediakan. So kami beli peralatan mandi and The Kids siap beli perfume made in Indonesia. Harga memang jauh lebih murah dari Malaysia :D

Harga special edition G-Shock lebih kurang sama di Malaysia.
So tak jadi beli la hahahaa.. Sembang kari lak aku nie :P  
Di bahagian main entrance pintu utama Nagoya Hill.
Persiapan pihak mall dengan kedatangan Sambutan Christmas.
Pada mulanya nak makan di dalam mall tapi sebab nak balik ke hotel agak jauh maka kami decide untuk makan malam di pertengahan perjalanan pulang ke Hotel. Sebab risaukan The Kids takut meragam. Dan dari perjalanan datang tadi boleh dikatakan berpuluh kedai makan ada di kedai-kedai sepanjang perjalanan

Warung Pak Har

Terletak kira-kira 80 meter sahaja dari Gloris Hotel. Dan bersebelahan dengan Restoran Jeumpakopi Aceh. Asalnya tak terfikir pun nak beli makanan di tepi jalan macam ni tapi sebab ramai orang beratur dan bau masakannya yang sedap. Kami pun decide nak order makanan di sini sahaja.

Welcome to Warung Pak Har. Nasi Goreng Best In Batam Town.
Mula-mula ingatkan telur dada gebu tu order asing sekali rupanya dah include sekali.
Elok-elok tengah order tiba-tiba hujan renyai mula turun membasahi bumi. So dari "Eating Here" kami bertukar status kepada "Take Away". Air Teh O Es segelas yang berharga IDR 4,000/RM1.19 dan itu the only air yang ada. Air kosong dalam jug free sahaja. Dan hanya ada 3 jenis makanan iaitu Nasi Goreng, Mee Goreng dan Indomee Goreng.

Bungkus dan makan di hotel. Nasi Goreng 2 bungkus, Mee Goreng Basah 1 bungkus.
Kami order 1 Mee Goreng Basah dan 2 Nasi Goreng yang setiap satu berharga IDR15,000/RM4.47 sepinggan. Dan harga untuk setiap satu hidangan ialah termasuk telur dada dan keropok ikan serta timun potong. Ada seorang lelaki makan di meja sebelah kami, order nasi putih dengan telur dada dan kicap sahaja. IDR10,000/RM2.98 sepinggan.

Malam kedua datang semula ke sini makan "dine in". Puas hati dapat makan di sini. 
Di sebelah Pak Har ini ada jual Murtabak Manis IDR13,000/RM3.90 sekotak.
Kalau kat Malaysia ia dipanggil Apam Balik. :D
In total IDR 57,000/RM17.00 - We spend for our dinner that night. Alhamdulillah kenyang dan paling penting Mee Goreng Basah dan Nasi Goreng yang Pak Har masak ni memang sedap bangat. Rezeki sangat terjumpa Warung Pak Har ni. Dan kami repaet lagi malam esoknya dan bernasib baik dapat makan di Warung tanpa perlu membungkus ke hotel. 

37 comments:

  1. Seronoknya! Value for money tu penting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan lagi2 bila travel bawa ahli keluarga yg ramai.. Kena berjimat :D

      Delete
  2. Makanan agak murah di sana. Makanan yang unik kami makan di sana ialah nasi bakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly makanan mmg murah patut org singapore kata food heaven kat sini :P
      Oh Nasi bakar.. Tak berkesempatan nak cuba semasa di sana..

      Delete
  3. bestnye.. completed.. semua ada cerite.. toilet biru.. dslr (gadget lain x minat :P), shopping mall.. dan yg penting makanan.. sedap sgt2 nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yg kita sempat buat kita share di big ini insyallah :D
      Makanan sedap dan murah di Batam... Seronok la juga food hunting kat sana.. :D

      Delete
  4. selesa tempat inapnya kemas n bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting selamat dan selesa especially bila bawa anak2 sekali.. Baru mereka boleh tidur dgn tenang.. :D

      Delete
  5. Murah sangat harga makanan kat sana ye. Anak2 tak meragam sepanjang di berada luar ialah satu rezeki jugak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ini percubaan kali kedua bawa semua anak2 pergi travel selepas trip Singapore .. So far alhamdulillah syukur diorang cooperate dgn baik.. Batam mmg murah makanan nya.. :D

      Delete
  6. nampak betul old shool bilik tu ye. hihih. makanan murah tu yang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg nampak old school sgt2.. Tapi Alhamdulillah selesa dan ada bathtub tu yg best.. Bgi anak2 main air.. :D

      Delete
  7. Murah yek, harga makanan kat sana. Tengok gambar, saya pun tiba-tiba teringin nak makan nasi goreng dengan telur dadar. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah sangat2 makanan di Batam.. kalau mahal pun still murah dri Malaysia.. Nasi Goreng telur dada mmg sedap huhu. :D

      Delete
  8. Memang tak sama kan bila kita makan bungkus, kena makan di tempatnya lebih syok layan suasana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Bila bungkus pun dh rasa sedap bila makan di tmpt nya lebih enak.. Suasana pun seronok tenang dan persekitaran warung pun bersih.. :D

      Delete
  9. Syukurnya fasilitas lumayanlah ya...nyaman yg di cari, warung"pun dekat, masakan warung biasanya lebih berbumbu dan bikin selera dari pada masakan di restoran sih kadang"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Value for money.. Gitulah sesuai dgn harganya yg murah.. Warung Pak Har berdekatan dan masakan nya sedap.. Isi nasi goreng nya tidak kedekut :D

      Delete
  10. bestnya dpt rate hotel gitu..kat msia mcm tak berapa nak ada dgn rate gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Value for money la alhamdulillah dpt harga murah tapi jgn complain byk la hahahah :D

      Delete
  11. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa ada buat giveaway ker.. best best ok ok thank you minggu ni buzy sgt2 blog walking pun tak sempat lagi ni :D

      Delete
  12. Berbaloi sangat harga hotel untuk dua malam!
    Tambah rezeki dapat beli makanan yang sedap sampai repeat beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mula-mula cuba nasib jer la sebab murah. tapi alhamdulillah dapat hotel yang ok.. Makanan tu dpt tmpt yg sedap terus repeat yg sama sahaja :D

      Delete
  13. lokasi strategik...hotel dekat dengan tempat makan/shopping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 ada yg kata stay luar area Nagoya sbb tak la bz sgt dan mecet bila nak berjalan. Tpi mengenangkan mudah cari makan mmg stay area Nagoya..

      Delete
  14. kt sana pun ada nagoya tp sini jual kain2 saja.. zaman DSRL dh berlalu, kamera sy pun lens dh rosak.

    bilik hotel bersih satu nikmat kan.. makanan2 pun nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nagoya kat sana nama tmpt.. Kat sini nama tmpt jual kain.. Kan dh berlalu nak mula balik pun rasa macam dah takde tmpt hahaha..
      Bilik hotel kalau bersih dan nyaman utk tido mmg satu nikmat.. :D

      Delete
  15. murah betul bilik hotel tu..eh ada nagoya...tempat feberet suatu ketika dulu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Alhamdulillah dpt bilik murah hotel pun just nice nothing much to complain hihihii :D

      Delete
  16. Kalo nasi goreng memang paling best yg di pinggir jalan bang, drpd restoran 🀣🀣. Kami sebut itu nasi goreng Tek Tek. Soalnya terkadang si penjual memukul pancinya, berbunyi tek tek Tek... Makanya dipanggil begitu πŸ˜„.

    Suka lewat di depan rumah saya tiap malam kalo nasi goreng Tek Tek begini. Bedanya pak har ini lebih memilih jualan di 1 tempat, tak berjalan kemana2.

    Saya pun dah tak sentuh lagi DSLR. Berat. Prefer beli hp yg bagus sekalian kameranya. Toh kita ini bukan fotografer kan πŸ˜‚.saja nak ambil gambar buat memori 😁. Tak perlulah DSLR πŸ˜….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Nasi Goreng Tek Tek.. hahaha betul juga nama diberi disebabkan bunyi nya hahaha.. waa bagus kalau berkeliaran ..bila kita mahu terus ditahan dan order terus ..tak perlu keluar rumah.. senang bangat itu. :D

      Delete
    2. Dulu travel berdua dgn isteri atau anak seorang.. mmg boleh bawa DSLR.. tapi skrg anak 4 mmg tak ada masa dan susah nak bawa DSLR bila travel..

      Delete
  17. Nagoya Hill....tempat shopping....kalau saya bab shopping tu kurang sikit.....coklat kat sini pun mungkin murah sebab ramai yg memborong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat shopping dan juga area tmpt yg ramai pelancong check in hotel mungkin sbb ada byk kemudahan di sekeliling. Nmpak ramai yg memborong coklat kat nagoya mall.. murah kot

      Delete
  18. ingatkan dalam nagoya hill
    tu banyak jual barang-barang dari jepun
    hahaha...
    rupanyaaa lebih daripada tu
    macam-macam adaaa
    kamera tu murah mcm mana?
    bwh RM2K boleh dpt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far mmg tgk brg2 di Nagoya mmg murah jugak la.. yeap mmg blh rasanya dpt bawah 2k. Msa hri tu ingt nak amik video camera tapi was was nak bawa balik dgn angkut 4 org anak lagi hihii

      Delete