Pages

Thursday, 25 January 2024

Pulau Batam Part 8 : Kasta Coffee House - Sungai Jodoh Night Market (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Pulau Batam Part 7 : Masjid Laksamana Cheng Hoo - The illusion House - ALTO Beach Cafe

Setelah kecewa di ALTO Beach Cafe, Pak Supir bawa kami semula ke area Bengkong Town atau juga dikenali sebagai Golden City. Bagi mencari cafe yang halal dan sesuai dihadiri bersama anak-anak. Terlalu banyak cafe yang ada di Golden City sehingga Pak Supir harus membuat dua kali pusingan bagi memberi kami peluang mencari cafe yang kami rasa sesuai.

Basically kami pun rambang mata nak pilih mana dan akhir sekali kami memilih Kasta Coffee House yang pada mulanya kami pun tak tahu apa yang ada di dalam dan sekelilingnya serta apakah keistimewaan coffee house ini. Kali ini kami ajak Pak Supir duduk sekali sebab masa makan di Citra Utama 188, Pak Supir ini ntah hilang ke mana walau dah diajak untuk duduk makan sekali.

Kasta Coffe House ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 12.30 malam. Dan pada Hari Ahad akan ditutup lewat 30 minit iaitu pada pukul 1.00 pagi. Tandas yang amat selesa dan Musolla untuk warga muslim bersolat juga disediakan. Terdapat ruang outdoor dan indoor yang berhawa dingin disediakan bagi pelanggan memilih citarasa sendiri. 

Terdapat sebuah tasik buatan di tepi Kasta Coffee House ini yang mana kalau kita sekadar lalu dibahagian luar memang tidak menyedari akan kewujudan tasik ini. Bagi aku ianya agak menarik kerana boleh memilih meja yang berdekatan dengan tasik sambil menghirup coffee. 

Dan kali ini Pak Supir tak boleh lari dan harus duduk bersama kami. Aku pun berikan buku menu untuk beliau memilih makanan dan minuman. Selepas Pak Supir membelek-belek dan menutup buku menu sambil berkata Kopi Susu Panas ada? Aku terus orderkan Coffee Latte. Dan tak nak makan apa-apa. Aku pun pelik, rasanya start amik kami di hotel pagi tadi sampai la ni, dia macam tak makan apa-apa lagi. 

Elok jer waiter pergi selepas mengambil order kami semua terus Pak Supir kata mahal bangat makanan dan minuman di sini "Kopi aja sudah IDR 20,000 - 40,000 secawan.." Terus aku jawap sebab biji kopinya dari luar negara Pak, yang datang dari Brazil pun ada.." Selamba aku goreng. Sebab kalau tak cakap macam tu mana mahu dia nak duduk. Rupa-rupanya Pak Supir ni tak pernah masuk cafe dan ini frist time katanya.

Selesai kami membuang waktu petang kami di Kasta Coffee Hous, Pak Supir terus memandu menghantar kami pulang ke hotel di Bandar Nagoya. Dan Pak Supir tanya jika mahu beli keropok sama jajan dia boleh bawakan kerana kalau ke Batam tak lengkap jika tidak membelinya. Kami pun okay jer since have no other plan to do.

Terperdaya jugaklah especially wife aku, banyak lak jajan dia beli hahaha.. Makcik yang jual lak pandai, tambah la lagi 10 ribu cukupkan 300 gram la apa la.. Last-last IDR150,000 jugak la kami spend beli jajan dengan IDR75,000 beli 3 jenis buah Limau/Oren. Tapi memang sedap jugak Maruku Manis, Keropok Ikan Tenggiri, Mangga Kering, Nenas Kering, Pelbagai jenis jeruk buah, kekacang dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua jenis jajan kami dapat rasa :D

Bayaran Pak Supir untuk kesemua destinasi dari hotel ke Barelang Bridge - Restoran Citra Rasa 188 - Masjid Laksamana Cheng Hoo - Golden Layer Cakes Factory - The Illusion House - Dino Park - Membeli jajan di Nagoya - adalah IDR400,000/RM120.00. Dari jam 9.45 pagi sehinggalah jam 5.00 petang Pak Supir bersama kami. Bagi aku dah cukup murah tu. Kalau kat Malaysia memang tak dapat harga macam tu. Betul tak? Ke aku salah? hahaha :P

Sampai di hotel kami terus ke bilik memang tak ada nak singgah kedai ke apa ke. Masing-masing dah penat lepas mandi kami semua tertidur sehinggalah masuk magrib. Lepas solat kami ke Warung Pak Har untuk makan malam - Boleh baca Part 4 (klik) nak tahu menu dan kesedapan masakan Pak Har. Selepas selesai makan malam kami berjalan-jalan di kawasan sekitar hotel.

Sungai Jodoh Night Market

Secara tak sengaja kami terjumpa Night Market ini selepas makan di Warung Pak Har. Jarak antara Night Market dengan Gloris Hotel lebih kurang 100 meter. Kami berjalan dari starting pasar sampailah ke hujung pasar yang terletak berhampiran Four Points Hotel by Sheraton. Panjang pasar lebih dari 150 meter dengan 2 laluan. Dan mostly barangan yang dijual di sini adalah pakaian dan kasut bundle.

Walau keadaan di night market ini agak menakutkan sedikit - Mungkin sebab kita orang luar dan tak biasa dengan suasana di Ngaoya ini terutamanya dan juga Pak Supir pesan jangan berkeliaran di waktu malam. Alhamdulillah kami selamat tak ada pickpocket atau tak ada juga ada orang try nak menyamun bagai. Itulah pengalaman kami berjalan bersama 3 orang anak sambil menolak stroller si baby Afnan. 

Dan sebenarnya seronok jer jalan-jalan di Sungai Jodoh Night Market ini. Kasut bundle semurah IDR 25,000-50,000/RM7.50-15.00 sepasang. Dan kasut baru copy ori pun IDR 70,000-100,000/RM21-30.00 sepasang. Kasut bundle budak serendah IDR 10,000 pun ada. Sampai terduduk kami cari kasut bundle untuk the kids hahahaa :D

Restoran Jeumpa Kupi Aceh

Kami pulang ke hotel lebih kurang jam 11.00 malam selepas berkeliaran di kawasan sekitar melihat kehidupan malam di sini. Walau sudah lewat malam masih terdapat peniaga yang menjual nasi berlauk dan orang ramai masih beratur membeli. Menarik juga tu :D

Bila sampai di hotel mandikan anak-anak dan buat susu untuk affan dan afnan dan kami terus tidur. Dan keesokan pagi jam 9.00 pagi kami keluar mencari sarapan pagi dan memilih Restoran Juempa Kupi Aceh ini. Tapi disebabkan kami datang lewat banyak makanan sarapan sudah habis. Ada la tinggal 2 bungkus Nasi Lemak dan ada lagi beberapa jenis kueh yang tinggal.

Untuk kueh yang kami pilih bagi aku boleh jer la telan tapi wife dengan anak-anak tak boleh telan hahah.. So aku layan Kopi Pancong Cangkir dan wife teh susu sahaja. Anak-anak minum Teh O Dingin. Jam 10.00 pagi Pak Supir datang membawa kami ke Terminal Batam Centre dan kami membayar surcharge IDR135,000 seorang dan Baby Afnan IDR100,00 in total kami beremnam IDR 775,000/RM233.00 sebelum menaiki Fery pulang ke Johor.


Total all in untuk keseluruhan trip ke Batam termasuk perjalanan minyak kereta dan tol return KL ke Johor, Segala makan dan minum di Malaysia dan di Batam, Tiket Feri pergi balik, Bayaran Pak Supir sebanyak 3 kali untuk 3 hari. Shopping membeli barang dan jajan, Hotel 2 malam dan semua tiket entrance untuk kami berenam adalah sebanyak RM1,870.00. Kisah Trip Batam Tamat :D

44 comments:

  1. Wuahhh banyak juga tempat yang bisa dikunjungi dari sekitaran hotel tempat tinggal, mulai dari kuliner, belanjaan yang murah-murah, serta tempat wisatanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 dalam memilih hotel harus berkira juga.. Kalau bisa dpt tmpt yg mudah dgn semua tmpt libur dan keperluan itu satu bonus :D

      Delete
  2. Jafi di ALTO tidak jadi minum ya?Bagus juga belanja Pak Supir minum. Rupanya diapun tidak pernah masuk.
    Memang murah harga tempat yang dibawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg tak jadi minum di ALTO tu sbb byk arak.. sekali selala belanja Pak Supir dia pun manusia jugak kan :D

      Delete
  3. sgt affordable lah kosnya!!! masa i gi langkawi last year pun i spent more than that (sbb flight ajer cost rm1500 for 5 of us)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Bila dah ada anak2 ni lagi2 masa diorng kecik mmg kena bawa sekali pi travel.. Costly sket la.. Tpi yg penting enjoy :D

      Delete
  4. Best nya baca. Dah plan dengan kawan2 ribena nak pergi Batam nanti Insya Allah. Boleh refer semua kat blog Afif ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ok gud luck.. Ada byk lgi tmpt yg menarik di Batam yg saya sendiri tak dpt explore.. Insyallah moga Batam memberi seribu kenangan indah :D

      Delete
  5. Jangan convert duit tu kpd RM.. biar nampak juta²...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... Ok jer tak la berkira sgt sbb mostly murah2 mmg jadi jutawan kat sana.. :D

      Delete
  6. Pak Supir tak mahu membebankan. Baik dia. Murah la ye. Pergi Batam, beli barang, belanja hotel, makan, semua. Berpatutanlah harga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ajak makan pun dua lari2.. Ada supir ajak makan laju je.. Hihii.. So far murah la perbelanjaan di Batam.. Berpatutan Insyallah :D

      Delete
  7. SA rujuk sini je la nanti...orang ckap di Batam lumayan harganya...tapi rujuk entry2 kat sini lebih kurang aje dengan tempat- tempat lain di Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla la lumayan juga berlibur ke Batam Bu. Makanan nya dikira murah kalau kena tmpt nya mmg murah bangat :D

      Delete
  8. Replies
    1. Murah sket je la dari kita.. Beli jugak buat kunyeh2 :D

      Delete
  9. alahaiiii pak supir
    segan2 laa pula dia yaaaa
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik dan peramah org nya.. Segan tapi mahu gitu hahahaha :D

      Delete
  10. cafe tu nampak mahal,patutlah pak supir segan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la dia tak pernah masuk tmpt mahal.. Kopi biasa minum pun bawah 10ribu rupiah jer..

      Delete
  11. Beberapa kali kami kembara sekitar Indonesia, begitulah pak supirnya. Sangat segan untuk makan minum bersama walaupun seringkali diajak.
    Dan paling syukur kalau cafe sediakan musolla serta tandas yang selesa. Ada juga musolla yang bercampur lelaki dan perempuan, serta tandasnya uzur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga pengalaman beberapa kali pak supir bisa aja makan sekali dan ada juga seperti ini tidak mahu makan sekali.. Satu perkara di Batam ini ruang musolla amat penting walau kedai dimiliki oleh org Cina.

      Delete
  12. Rm1870 berarti sekitar 6.3 juta rupiah. Okelaaaah, untuk 3 hari, sekeluarga pula 👍. Krn kalo saya ke malaysia sekeluarga, biasanya menghabiskan Rp20juta untuk 5-7 hari 😄. Indonesia masih lebih murah memang, walo yg buat mahal itu tiket pesawat 🤣

    Makanya saya belum pernah ke Papua dan wilayah Indonesia Timur, karena tiket pesawatnya lebih mahal atau sama drpada ke jepang 😂. Tapi di sananya murah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini trip yg saya buat mmg sehabis jimat.. Ajar anak travel backpack.. Biar mereka bljr susah dan lebih memahami keadaan di negara org.. Saya ada juga lihat tiket ke kwsn timur indonesia termasuk timur leste harga tiket nya blh tahan mahal..

      Delete
  13. Oh iyaa, supir di Indonesia ini terkadang segan dan malu kalo diajak makan bersama. Saya pernah bawa driver ke luar kota, dan dia juga tak nak makan bersama. Akhirnya saya KSH uang makan, terserah dia mau makan di mana. Terkadang mereka kuatir tak suka dengan rasa makanan yg terlalu mahal, atau bingung memakai sendok garpu. Krn terbiasa pakai tangan.

    Padahal kalo di Penang dulu, pak Yusuf, driver taxi yg selalu saya sewa , beliau selalu mau diajak makan bersama . Dah macam uncle saya sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul itu.. Pak supir ini minta nya kopi susu di cafe terus sy order kan latte.. Bila minum kata nya kopi apa ini hahaa.. Itu pun tidak duduk lama.. Bgn dn terus jalan2 di luar cafe..
      Ada supir bisa aja diajak makan sekali seperti di Aceh, Bandung dulu ok saja makan sekali..

      Delete
  14. Meriah sungguh pilihan jajan. Rambang mata nak memilih. Memang patutlah terbeli banyak ya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru stop satu kedai hahaha.. Mmg meriah lepas tu tak kedekut pulak bahi kita rasa smpai kenyang hahaaha :D

      Delete
  15. Cantik juga cafe kat sini. Ambiance dia best. Kalau Pak Supir minum sekali kalau saya la tak selesa nak minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kasta coffee house ini.. ok la boleh tenang-tenang selepas penat berjalan seharian :D

      Delete
  16. Assalamualaikum, boleh kongsi nombor pak supir jika ada? adakah dia terima jika booking lebih awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Pak Supir ni banyak di Terminal Ferry atau di Airport.. tanya sahaja sesiapa dan kemudian boleh buat tawar menawar.. insyallah kalau berpuas hati.. langsung diambil perkhidmatan nya.. nanti sy cri no pak supir nya.. :D

      Delete
  17. nampak khemah-khemah biru ni
    terus dalam kepala teringat uptown/downtown
    kat sini..
    hehehe
    sana pun tak ada beza
    serumpun kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi banyak jual barangan bundle di pasar ni..
      Ad la jugak yng jual brg baru tapi tak banyak tapi best jer jenjalan dalam pasar ni.. seronok tgk brg yg murah2 ni :D

      Delete
  18. kupi2 & OOTD di cafe yg cantik itu bikin senang hati & minda...jajan tu buat kudapan naik feri...bisa mabuk laut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja duduk mencari ketenangan.. penat jug bawa anak2 travel huhuu.. jajan tu mmg buat makan2 dalam ferri :D

      Delete
  19. Banyak rupanya tempat menarik di Batam ni. Haruskah daku plan trip hendak ke sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgr citer Batik Air dah buka route ke Batam.. lagi senang tak yah lama2 duduk atas feri hihii.. ada tiket murah serang je :D

      Delete
  20. Boleh shared no hp pak supir di batam ni…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tersimpan.. cuma tak jumpa.. insyallah nanti jumpa sy update di sini yer .

      Delete
  21. Tuan, boleh share ke cmne nk dptkn supir yg bwk tuan kt sana ni. nak gunakan khidmat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar sahaja dari terminal ferry akan ada ramai pak supir yg sedia memberi perkhidmatan... Tanya sahaja mau ke mana dan berapa harga dan boleh tawar menawar.. no pak supir ini saya tak jumpa simpan di mana.. masih mencari.. kalau jumpa sy akna share di sini ya..

      Delete