Pages

Thursday, 22 February 2024

Umrah Mantop Travel Part 1 : Destinasi Pertama Masjid Abdullah Ibnu Abbas Di Kota Thoif

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah pada akhir tahun lepas aku sekali lagi diizinkan Allah Taala untuk menjadi tetamu di dua tanah haram dan mengerjakan Umrah buat kali kedua. Dulu pertama kali pada tahun 2018 bersama Tiram Travel Agent dan pada kali ini bersama Mantop Travel Agent. Dan kali ini pengalaman agak berbeza kerana pergi dengan abang ipar berbanding pada tahun 2018 pergi bersama wife dengan ibu mertua dan anak kedua yang berumur 8 bulan pada ketika itu.

Just before take off dapat pembuka selera ni - Soft, Creamy, Chocolate and Peanuts.
Untuk kali ini pengalaman agak berbeza dari segi cuaca yang panas berbanding dulu menunaikan umrah ketika musim sejuk. Dan kali ini kami ke Mekah menunaikan Umrah terlebih dahulu sebelum membuat ziarah ke Madinah. Dan pada pendapat aku adalah lebih baik ke Mekah menunaikan Umrah terlebih dahulu dan selesaikan ibadah yang menjadi asbab utama kita ke tanah suci.

Dua kali makan sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. 
Ok masuk bilik air untuk berwudhu - Make sure sapukan air di anggota wudhu sahaja dan bukan basuh anggota wudhu sampai basah lantai dengan dinding toilet.
Specialnya di dalam aircraft Saudi Airlines ni ada ruang Musolla siap ada digital Qiblat lagi.
Dan pada kali ini travel agent menggunakan Visa Tourist yang mana sebelum ini pada tahun 2018 adalah Visa Umrah. Ada yang mengatakan Visa Tourist tidak dibenarkan membawa pulang Air Zam-Zam tapi kumpulan kami dari Mantop Travel Agent yang kesemuanya menggunakan Visa Tourist dapat membawa pulang setiap orang satu botol 5 Liter Air Zam-Zam.

Alhamdulillah safely arrived at Jeddah International Airport selepas lebih 9 jam penerbangan.
Dan juga kali ini rezeki dapat merasa naik Saudi Airlines pergi balik berbanding dulu menaiki Airasia. Okla basically Trip Umrah kali ini aku bersyukur banyak sebab dapat melakukan dengan lebih baik dari yang sebelum ini. Lagi pun ini kali kedua so ada banyak benda kita dah tahu dan try to avoid buat salah seperti trip umrah pertama. Dan rezeki juga trip kali ini lebih murah dari yang sebelum ini. 

Makanan yang disediakan di dalam bas Hurmm macam Nasi Goreng.  Second picture tu hamba Allah yang jual SimCard. Bagus service ni tak ada lagi so far di travel agent lain.
Sesampai di Airport Jeddah pada waktu awal pagi dan staf Mantop Travel Agent bersama Mutawwif kami Ust Atif telah pun menunggu di balai ketibaan dan terus membawa kami menaiki bas di bahagian bawah. Dan sebelum bertolak dari airport Pihak Mantop telah menyediakan seorang penjual simkad dan mengaktifkan terus kepada sesiapa yang membeli di dalam bas. Makanan juga telah disediakan di dalam bas untuk kami semua.

Mosque of King Abdul Aziz International Airport.
Bas berhenti untuk isi minyak maka para jemaah berpeluang menggunakan duit Riyal mereka buat kali pertama. Thanks to Tuan Toha belanja air masa ni.. :D
Destinasi pertama kami tuju adalah Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Kota Thoif yang menjadi tumpuan utama untuk mereka yang menziarhi Kota Thoif. Dan kami telah diberikan penerangan dan juga sejarah mengenai masjid ini dan Kota Thaif ini. Alhamdulillah kami diberikan sedikit masa untuk melihat sendiri masjid ini dan membeli apa sahaja yang dijual oleh ramai peniaga disekitar kawasan masjid ini. 

Alhamdulillah safely arrived di Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Kota Thoif.
Tazkirah ringkas daripada Mutawwif mengenai Masjid Abdullah Ibnu Abbas R.A.
Harga yang dijual boleh ditawar menawar. So far buah-buahan mereka memang segar dari ladang.
Maka aku ajak siapa yang nak ikut untuk bersolat dua rakaat di dalam masjid. Alhamdulilah keadaan dalam masjid amat cantik dan tenang. Bagi yang belum menjejakkan kaki ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi pasti akan terasa auranya sebab design di dalam masjid ini kelihatan seperti dua masjid agung itu. 

Ruang dewan solat di dalam masjid Abdullah Ibnu Abbas R.A.
Orang agak ramai ketika ini dan kelihatan ada kumpulan manusia yang kurang cerdik berdiri seolah-olah berdoa sambil menangis dan ada yang sampai menjerit dengan memegang atau menepuk-nepuk dinding di bahagian luar masjid. Hurmm.. kan bagus kalau masuk dalam masjid untuk bersolat dan berdoa dari buat benda yang mengarut. Nasib baiklah yang buat tu bukan orang Malaysia. Rasa-rasa korang pasti boleh agak orang dari negara mana yang buat tu kan :P

Seronok tengok kanak-kanak yang berniaga di sekitar kawasan masjid.
Lepas solat aku ajak yang lain makan aiskrim yang dijual berhampiran pintu masuk Masjid Ibnu Abbas ni. Disebabkan yang jual aiskrim tu orang yang bertutur bahasa urdu maka aku pun speaking urdu dengan dia sambil tolong orderkan untuk para jemaah yang lain. Satu aiskrim SAR5.00/RM6.28 tapi bila sampai turn aku dia kasi SAR2.00/RM2.51 sahaja. Time ni Abang Yan (Abg Ipar) dah pelik dengan aku "Kat sini ni pun ko dapat diskaun". Aku gelak jer.

Mungkin sebab waktu pagi maka ramai orang datang menziarahi masjid ini. First time datang dulu waktu petang memang orang tak ada sangat. Orang yang jual aiskrim ni tetap sama masa 2018 dulu.
Bila berjalan ke bas aku nampak Mutawwif Ust Atif dah berkemut dahi nampak macam marah hahaha.. Ye la dia kata 15 minit jer acara bebas tapi para jemaah lenjan lebih setengah jam. Bila masuk dalam bas memang nampak ramai yang bershopping sakan especially yang first time la. Habis segala jenis buah denga kacang dibelinya. Mutawwif pun pegang mic semua kena ceramah hahaha. "Saya ni bab masa memang saya jaga betul kalau tuan-tuan puan-puan tak boleh jaga masa, Saya tinggal jer" 

48 comments:

  1. Ya begitu, kadang di kasih waktu sebentar bisa"tambah lama waktunya,apalagi kalau sudah belanja"hehe...suasana dalam masjid memang bikin tenang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yg sekali sekala datang dalam kehidupan memang akan terlupa diri berjalan-jalan hahahah :D Alhamdulillah suasana yang amat tenang di dalam masjid :D

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki ke sana lagi, tahniah TT. Mudah-mudahan ada rezeki PH sekeluarga kembali ke tanah Suci juga aamin 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka.. Insyallah saya doakan semoga diberi kesempatan dan rezeki untuk ziarah lagi ke tanah suci buat PH sekelaurga amin.

      Delete
  3. teringin sangat nak ke sana,moga ada rezeki juga untuk kami sekeluarga jejak kaki di tanah suci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin moga dipermudahkan buat Puan Afzan sekeluarga menjejakkan kaki ke Kota suci dan membuat umrah bersama keluarga .. :D

      Delete
  4. Alhamdullilah bisa berumrah dengan abang ipar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya alhamdulillah dan pasti ia amat dipermudahkan sepanjang berada di sana :D

      Delete
  5. Alhamdulillah ada rejeki untuk ke tanah suci menunaikan ibadah umroh ya kakak.😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka.. Ketemu kembali sama tanah suci.. :D

      Delete
  6. wahhh
    dapat jadi tetatmu-Nya sekali lagi
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dapat pulak pakej murah .. mmg on je la.. :D

      Delete
  7. Alhamdulillah diberikan rezeki menunaikan ibadah umrah sekali lagi. Bila kali kedua pergi dah ada pengalaman lebih mudah kan.

    Masing masing leka shopping, tak pasal² ustaz dah bebel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertama byk yg tak tahu dan terbuat silap.. alhamdulillah kali kedua ni lebih peka dan teliti dlm melakukn ibadah umrah.. syukur semuanya dipermudahkan.. Mutawwif mmg kene tegas kalau tak jemaah buat kepala sendiri payah.. :D

      Delete
  8. Replies
    1. Thank you.. saya nak follow semula tapi ada 5 - 6 blog.. nak follow yang mana yer :D

      Delete
  9. Replies
    1. Aah ada kena mengena dengan ustaz mantop tu jugak :D

      Delete
  10. alhamdulillah jadi tetamu lagi ! going to Makkah is the real healing !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat tu.. Really healing bila kita ke tanah suci Mekah dan Madinah :D

      Delete
  11. Saya pun LBH suka kalo Mekkah dulu, baru ke Madinah. Rasa dah tenang karena ibadah utama dah selesai.

    Dulu saat umroh pun kami ke Thaif. Dan sukaa memang dengan buah2 segar yg dijual.tapi tak salah saya beli banyak. Krn tak dibawa juga pun ke Indonesia 🤣. Hanya sekedar icip nak coba makan selama di sana 😅. Trutama delima mereka maniis.

    Haiiish orang mana yg sampai menangis di tembok tuh? Dah macam tembok ratapan dibuat 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Lebih mudah ke Mekah selesaikan ibadah umrah baru ke Madinah.. Di Thoif mmg buah buahan nya segar manis bangat.. kalau lihat di pasar seperti mau dibeli semuanya. Betul tu delima nya manis dan besar..
      Seperti berkata2 dgn tembok padahal tembok itu langsung tidak mengerti apa2 hahaha..

      Delete
  12. best nyaa ada mini musolla
    teringin nak rasa
    tp tu laa
    belum ada rezeki naik flight ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dulu naik saudi juga ke Morocco mmg ada musolla dlm flight.. seronok bila boleh senang dgn tenang dlm flight.. insyallah moga rezeki dear anis berlimpah ruah dan selalu dpt naik Saudi Airlines..

      Delete
  13. Alhamdulillah banyak limpahan rezeki - umrah kali kedua, pakej lebih murah, eskrim pun dapat diskaun hebat 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. First umrah dapat harga RM4990.00.. dan kali ini dapat lebih murah dari harga dulu.. syukur bila dpt panggilan mengerjakan umrah.. Kaki travel backpackers kan sentiasa rezeki murah hihihi..

      Delete
  14. Alhamdulillah ini umroh yang kedua ya Mas.
    Dan perjalanannya lebih baik dan nyaman apalagi sebelumnya sudah pernah kesana jadi sudah tahu seluk beluknya disana.

    Ternyata banyak juga yang berjualan di halaman masjid ya Mas? Dan anak muda itu berjualan apa ya? Berjualan kurma?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Alhamdulillah kita belajar dari kesilapan pada Umrah yg lepas utk buat lebih baik dan sempurna semampu mungkin..
      Anak kecil jualan kurma, minyak wangi dan buah buahan.. ada juga yg menjual souvenir..

      Delete
  15. untung lah badan pandai ckp Urdu dpt diskaunnnn ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setiap ilmu itu kan berharga.. Boleh la cakap sikit2 hihihii..

      Delete
  16. Kat sana kalau yang susah....susah betul.....kanak2 pun menjual jugak ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure.. mungkin la yg susah tu susah betul.. Mungkin juga sebab kawasan perlancongan maka ramai ambil peluang utk berniaga termasuklah kanak-kanak.. dan mungkin juga bukan org saudi tapi foreigners..

      Delete
  17. saya baca habis dan pelan-pelan...nanti sambung lagi bacaan...terasa aura best berada di Tanah Suci dan ini memberi semangat dan azam untuk berada di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan oleh Allah Taala utk menjadi tetamu Nya di tanah suci.. amin amin

      Delete
  18. Rezeki dapat umrah dah dua kali.. doakan saya sekeluarga dpt ke sana juga. Bagus yer Travel agent nie, nampak terurus sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak berat mulut kalau kata nak suggest Mantop Travel Agent kalau nk pergi umrah.. alhamdulillah mmg terbaik pengurusan mereka.

      Delete
  19. Dapat mutawif garang ke hihi. Okla tu nak jaga ramai bukan sorang dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay jer kalau mutawwif garang sebab kadang2 terleka juga dgn keadaan di tanah suci ini :D

      Delete
  20. Tahniah dapt buat umrah kali ke dua...seronok baca pengalaman..x sangaka awak boleh berbahasa Urdu...banyak keistimewaan apabila pandai atau fasih pelbagai bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mulanya macam berat nak pergi.. Tapi org kata jgn fikir byk pergi jer nanti urusan lain Allah akan permudahkan.. Skrg dh kurang sgt brrbahasa lain.. Dulu masa brlajar byk bahasa belajar..

      Delete
  21. Alhamdulillah, berpeluang sekali lg buat umrah...tak cukup 15min...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi pakai pakej kan.. mmg la kena follow kalau backpack mmg duduk selama kita mahu huhuu..

      Delete
  22. Untung tuan boleh berbahasa Urdu boleh dapat diskaun. Hari pertama mutawif udah risau ye sakan ramai shopping lebih dari masa yang ditetapkan heheheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dpt diskaun bila bercakap urdu.. sbb diorang mcm suka bila ada bangsa lain boleh berbahasa urdu hihii.. itulah ramai pulak yg shopping sakan dlm 15 mnt tu hihii..

      Delete
  23. Tinggalkan jejak di sini. Perlahan-lahan saya akan singgah di setiap entry berkaitan umrah mantop ni. Pengalaman yang menarik dikongsikan di sini. Saya suka, bertambah suka bila saya letak blog ni di blog saya untuk mudahkan saya singgah lagi di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi datang berkunjung ke sini :D
      Alhamdulillah sekadar berkongsi pengalaman di dalam blog ini. Moga bermanfaat dan suka dibaca :D

      Delete