Pages

Friday, 8 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 5 : Ziarah Sekitar Kota Mekah - Miqat Masjid Jaranah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan dari Umrah Mantop Travel Part 4 : Check In Al Masa Hani - Menunaikan Umrah Pertama

Alhamdulillah dapat lagi peluang untuk update part ke 5 entry Umrah bersama Mantop Travel Agensi ini. Okay baik di hari kedua kami diberi acara bebas mungkin juga bagi memberi peluang untuk berehat secukupnya selepas penat seharian semalam melakukan ziarah di Kota Thoif. Dan dalam jemaah kami ada yang uzur berkerusi roda, yang berusia hampir atau lebih setengah abad dan juga kaum wanita. Syukur setakat hari kedua ini tiada yang sakit.

Lupa nak share gambar beramai-ramai di KLIA masa first part :D
Dan kami juga bernasib baik kerana ada seorang Tabib Pakar Acupuncture dalam jemaah kami iaitu Ustaz Nasrul dari An Nas Rehab Centre yang beribu pejabat di Bandar Bukit Raja, Klang. Sepanjang trip umrah ini seramai 28 orang telah menerima rawatan dari Ustaz Nasrul yang mana ada beberapa orang jemaah menerima lebih dari satu atau dua kali rawatan acupuncture. Alhamdulillah rawatan beliau memberi kesan yang amat positif.

Ustaz Mohd Nasrul dari An Nas Rehab Centre.
Di sekitar Kota Mekah terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan ada juga yang harus untuk kita ziarahi sebagai seorang yang beragama islam bagi mengenal sejarah samada tentang baginda Rasulullah saw, tentang para sahabat atau juga tentang sejarah Islam itu sendiri. 

Alhamdulillah ramai sahabat dari Jabatan Amal Negeri Selangor yang hadir di KLIA
Seperti biasa arahan telah dikeluarkan di group WhatsApp oleh Mutawwif kami untuk berkumpul di lobi hotel selepas bersarapan seawal jam 7.30 pagi. Dan untuk aktiviti pada hari ketiga ini kami akan dibawa untuk menziarahi ke Jabal Thur, Arafah (Jabal Rahmah), Muzdalifah dan Mina. Dan kemudian kami akan dibawa ke Miqat Masjid Ja'ranah untuk berniat ihram buat kali kedua.

Jabal Thur

Destinasi pertama kami adalah ke Gua Thur yang terletak 8.4km dari dari Masjidil Haram. Alhamdulillah kami antara 3 bas terawal yang sampai di sini. Dan ketika bas kami keluar dari kawasan parking kelihatan sudah hampir 20 buah bas berada di sini. Kami diberi tazkirah ringkas oleh Ust Atif berkenaan sejarah Nabi saw berhijrah ke Kota Madinah.

Setiba kami di Jabal Thur di mana letaknya sebuah gua Nabi bersembunyi bersama Abu Bakar r.a
Ketika Nabi saw keluar dari Kota Mekah untuk berhijrah ke Kota Madinah. Nabi saw telah singgah bersembunyi selama beberapa hari di sebuah gua di bukit ini yang dikenali sebagai Gua Thur. Abu Bakar r.a telah menemani Rasulullah selama waktu hijrah itu. Dan di gua inilah Abu Bakar r.a telah dipatuk seekor ular berbisa pada saat Nabi saw sedang tidur di pangkuan Abu Bakar r.a.

Kami tak naik ke Gua Thur sebab pendakian memakan masa hampir 2 jam. Dan jika nak naik boleh la datang sendiri di lain waktu. Dan lagi pun sekarang ni musim panas maka tidak digalakkan untuk naik ke atas. Dan jika nak naik juga dinasihatkan utk naik pada waktu malam.
Cuaca pada masa ini masih acceptable hahaha. Wajah masing-masing pun masih ceria.
Hanya selepas keadaan selamat barulah Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur ini dan meneruskan perjalanan ke Kota Madinah. Namun telah dijumpai oleh seorang pemburu berkuda yang telah diupah oleh Kaum Musyrikin Mekah yang bernama Suraqah Bin Malik. Namun daripada niat memburu Rasulullah bertukar dengan memeluk islam setelah 3 kali beliau bersama kudanya terbenam sebahagian ke dalam tanah.

Jabal Rahmah Arafah

Selepas selesai di Jabal Thur kami semua berangkat ke Jabal Rahmah di Arafah. Jarak perjalanan sejauh 25km antara Jabal Thur dan jabal Rahmah di Arafah. Seperti biasa kami telah diberi tazkirah ringkas berkenaan Jabal Rahmah ini. Bukit berbatu setinggi 70 meter dan mempunyai 170 anak tangga. Tempat ini juga agak popular dikalangan para jemaah umrah sebagai tempat berdoa untuk bertemu jodoh.

Alhamdulillah kami sampai Jabal Rahmah di Arafah.
Kerana di sini tempat bertemunya Nabi Adam a.s dan isteri baginda Hawa a.s setelah terpisah sekian lama. Dan di sini juga terjadi kisah mimpi Nabi Ibrahim a.s menyembelih anak beliau Naib Ismail a.s yang kemudian Allah Taala telah menukarkan kepada seekor haiwan qurban. 

Bas parking agak jauh dari Jabal Rahmah kalau dulu 2018 bas parking berdekatan sahaja.
Sekitar pemandangan di Arafah.
Dan di sini juga turunnya ayat daripada Surah Al-Maidah yang bermaksud: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".

Meninggalkan Arafah dan menuju ke Mina dan Muzdalifah.

Mina dan Muzdalifah

Dari Jabal Rahmah di Arafah kami telah dibawa ke Mina dan Muzdalifah dengan jarak perjalanan sejauh 17km. Di sini kami tidak turun dari bas. Kami telah diberi penerangan dari dalam bas oleh Ust Atif especially mengenai rukun-rukun haji di mana Mina dan Muzdalifah adalah dua tempat penting untuk para jemaah haji singgah dalam menunaikan ibadah mereka.

Masjid Al Mashar Al Haram. Terletak di lembah antara Muzdalifah dan Mina.

Miqat Masjid Ja'ranah

Selesai melakukan ziarah kami telah di bawa ke Masjid Jaranah iaitu kawasan untuk penduduk Mekah bermiqat dan ketika waktu belum pun masuk Solat Zohor. Dan kami dimaklumkan bahawa Jaranah adalah tempat miqat umrah yang paling Afdal dan utama bagi penduduk Mekah kerana Rasulullah berihram dari tempat ini.

Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Masjid Jaranah untuk berniat ihram kali kedua.
Ada di antara kami yang memakai kain ihram bersama t-shirt bagi memudahkan kami berihram di masjid ini. Ada juga yang memakai baju dan seluar biasa dari awal ziarah sehingga ke masjid ini mereka menukar kepada pakaian ihram. Perjalanan dari muzdalifah ke Masjid Jaranah adalah sejauh 26km.

Ramai jemaah yang hadir bermiqat di sini. Antara masjid yang sentiasa penuh dengan orang.
Keadaan di dalam dewan utama solat Masjid Jaranah.
Selepas berihram dan berniat di dalam bas kami menuju semula ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah kedua dan kali ini Ust Atif memberi izin kepada jemaah samada untuk bersama-sama beliau atau menunaikan sendiri ibadah umrah. Kerana ketika sampai di hotel ada yang ingin makan tengah hari terlebih dahulu dan menunggu zohor  dan baru menunaikan umrah. 

40 comments:

  1. Jabal rahmah tu memang tempat famous tapi ada juga terlebih taksub sampai tulis nama dan pasangan pada batu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah jadi vandalisms pulak kat atas Jabal Rahmah tu.. kang sbb org2 jahil macam ni nanti jabal rahmah pun kerajaan arab saudi nak tutup.. huhuu

      Delete
  2. Saya saat itu gak mendaki, hanya di bawah saja,selain cuaca sangat panas..tempat yang tinggi juga jadi salah satu alasan..biarlah yang penting bisa mengunjungi tempat "bersejarah islam, itu pun sudah membuat saya takjub dengan kebesaranNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa umrah pertama dulu sudah naik pada tahun 2018 juga.. dan pada ketika itu cuaca sejuk.. tapi pd kali ini tidak naik ditambah pulak dgn cuaca panas .. alhamdulillah dapat sekali seumur hidup dah cukup..

      Delete
  3. Aku belum pernah umroh kakak, semoga suatu saat bisa umroh untuk melihat Masjidil Haram dan juga Jabal Rahmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya mendoakan moga dimurah rezeki dan dipermudahkan urusan utk ke tanah suci utk menunaikan ibadah umrah amin .

      Delete
  4. alhamdulillah...tiap kali baca entry psl mekah/madinah etc, memang akan teringat memori saya buat umrah tp many2 years ago...moga2 ada rezeki utk ke sana lagi one day insya ALlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan Puan Mama Zhafran akan kembali ke tanah suci bgi menunaikan lahi ibadah umran insyallah amin..

      Delete
  5. Tentu sukar kalau nak mendaki ke Gua Thur dalam cuaca panas terik dan tempoh masa lama jugak tu dekat dua jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bila malam haba dari tanah naik ke atas.. Allahu panas sgt2.. kalau dtg pada musim dingin insyallah dah naik ke gua thur tu..

      Delete
  6. Syukur alhamdulillah gak ada yang sakit ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur permulaannya beberapa hari semua masih sihat, kuat dan bertenaga tapi beberapa hari kemudian ada yg mula sakit2..

      Delete
  7. Uncle perhati beg gantung hijau grey tu nampak praktikal sangat. Saiznya nampak cukup2 tapi tak terlalu besar. Ada setengah travel agent tu bagi beg kecik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes beg silang umrah dia besar smpai boleh simpan selipar la dlm beg tu senang nak masuk masjid.. mmg sesuai nk letak segala brg dlm tu..

      Delete
  8. InsyaAllah sy akan menyusul ke Tanah Suci pd thn hadapan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin .. semoga Allah permudahkan segala urusan abam kie nak ke tanah suci menunaikan umrah amin..

      Delete
  9. semoga Allah jemput kami ke rumahnya suatu hari nanti... ameeennnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin saya doakan moga dipermudahkan segala urusan buat puan lady bersama seisi keluarga menunaikan umrah ..

      Delete
  10. Moga dapat ke sana lagi, Aamiin Ya Allah. Seronok sangat. Rindu serindunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan semoga dipermudahkan hajat di hati utk pergi sekali lagi ke tanah suci menunaikan ibadah umrah amin..

      Delete
  11. Makasih banyak dah diringkaskan tempat tempatnya ya, Moga moga Mbul suatu hari nanti bisa nyampai sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin moga dipermudahkan urusan untuk ke sana insyallah :D

      Delete
  12. Berapa suhu waktu Encik Time Traveller pergi?
    Seronoknya, dapat menunaikan umrah. Entah bila giliran saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara 36-43 degree masa buat umrah tu kalau tak silap la.. waktu malam mmg haba dari tanah naik boleh rasa bahang nya.. insyallah saya doakan moga dipermudahkan segala urusan buat puan nur ke tanah suci amin

      Delete
  13. Cuaca baik sekali sepanjang di sana ya. Masa saya pergi dulu bulan 12 jadi cuaca sejuk sikit di Madinah tetapi di Mekah panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tapi dapat merasa sekali hujan semasa berbuka puasa di muzdalifah sekejap je hujan tapi sbb panas sgt lepas hujan macam tak hujan huhuu..

      Delete
  14. Saat ke Jabal Rahmah itu saya juga tak naik. Melihat batu2nya dan tinggi ke atas, dahlaah di bawah aja 🤣. Terlebih pula ada banyak penjual di bawah, Macam2 kan jualan. Saya langsung mengarah kesana😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. ramai yg berjualan.. dan barangan yg dijual juga agak murah.. lagi2 kalau sedang panas mmg ramai yg akan menyerbu ke lori aiskrim hihii.. kalau waktu tidak panas sudah pasti akan naik ke atas Jabal Rahmah..

      Delete
  15. Antata impian saya dan doa yang tidak putus agar dijemput menjadi tetamu Kaa'baitullah🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan juga moga dipermudahkan urusan utk menjadi tetamu Allah di tanah suci amin :D

      Delete
  16. habis tu org tua yang tak larat jalan jauh tu macam mana
    kalau bas parking jauh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg uzur berkerusi roda dtg bersama anak beliau maka anaknya yg soleh itu yg membawa atau nya keliling tempat . Mmg bas parking di tmpt yg ditetapkan.. dulu parking dekat jer..

      Delete
  17. masjid ni sentiasa penuh...
    almaklumlah tempat bermiqat...
    tapi saya suka suasananya...
    rasa tenteram je...
    tengok muka2 jemaah mcm tak sabar2 nak buat umrah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap masa ada sahaja org dtg utk bermiqat.. sebab antara yg dekat dgn Kota Makkah. Betul walau panas di luar tapi temang di dalam ..

      Delete
  18. Terima kasih atas perkongsiannya tuan. Nanti boleh la saya jengah pusat rawatan akupuntur di Bukit Raja tuh. In sya Allah sepelaung je dari Shah Alam. Alhamdulillah rezeki ada jemaah yang mempunyai anak soleh untuk menguruskannya diatas kerusi roda. Mungkin sebab saya membaca perkongsian ni di bulan Ramadhan, rasa sayu extra pula berharap ada rezeki menunaikan umrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya kena frozen shoulder pergi jumpa beliau amik rawatan alhamdulillah beransur pulih setelah 2 kali ke doktor makan pain killer.. Dapat anak yg soleh itu mmg satu rezeki dan nikmat yg tak terkata.. Tabah si anak usung ayah kemana-mana..terbaik..

      Delete
  19. Alhamdulillah.. sekali lagi, terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. terima kasih juga sudi dtg membaca dan memberi komentar di sini :D

      Delete