Pages

Wednesday, 13 March 2024

Umrah Mantop Travel Part 6 : Explore Sekitar Masjidil Haram Ketika Acara Bebas

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 5 : Ziarah Sekitar Kota Mekah - Miqat Di Masjid Ja'ranah

Selama beberapa hari di kota Mekah terdapat waktu-waktu yang tiada aktiviti dari pihak travel agent adakala sepanjang hari tiada sebarang aktiviti maka kita boleh guna waktu itu untuk explore sendiri kawasan sekitar Masjidil Haram sehinggalah ke sekitar kawasan hotel. Kerana banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti tempat shopping, tempat makan yang menarik dan boleh ke tempat berkenaan sejarah islam.

Umrah pertama kali pada tahun 2018, pintu masuk utama King Abdul Aziz sebelah kanan tu langsung tak boleh masuk disebabkan masih lagi dalam pembinaan. 
Di hari kedua selepas solat subuh aku bersama abang ipar berjalan pulang ke hotel dan secara bersahaja aku telah menegur seorang lelaki Pakistan semasa menuruni tangga. Beliau yang menetap di Dubai telah memandu ke Mekah bagi menunaikan Umrah bersama 5 orang lagi sahabat beliau. Disebabkan juga aku menegur beliau dalam bahasa urdu. Maka terus dia ajak aku sarapan selepas tahu aku belum bersarapan lagi.

Besar area Pigeon Square dari tempat berdiri ini sehinggalah ke bangunan putih belakang tu.
Ada beribu-ribu Merpati di sini tapi keadaan bersih sebab ada petugas pembersih 24 jam.
Aku pun inform abang ipar (Abg Yan) bagitau diorang nak belanja kita breakfast. Terus Abg Yan kata "Ish engkau ni biar betul, boleh caya ker?" Aku kata rileks jer la Mekah ni semua orang baik-baik hahaha.. Orang nak belanja makan kita on jer lah. Kami pun ikut dari jalan besar sehingga la ke lorong-lorong kecil di celahan bangunan. Sehinggalah tiba di sebuah restoran Pakistani.

Pemuda Pakistan tu tanya aku nak makan apa. Aku jawap "Jo bhi ap khayenggei, mei kahungga, Us mei koyi haraj nehei" Apa yang korang makan aku makan, jangan risau. Macam mana korang nak baca bunyi bahasa urdu tu korang bacalah hahaha.. Sebab aku menulis urdu dengan menggunakan alphabet urdu bukan ABC yer :P

Alhamdulillah jumpa orang-orang Pakistani yang baik belanja breakfast :D
Alhamdulillah kenyang. Memang kalau tak tahu berbahasa Urdu susah nak makan kat sini.
Sebab cashier dia memang hanya boleh berbahasa Urdu. Memang padu makanan kat sini.
Kesilapan utama makan dengan orang pakistani adalah diorang makan memamg banyak dan adat makan dengan mereka kena duduk sampai last person habis makan. Bayangkan Roti Nan di Malaysia saiz di sini dua kali ganda besar tapi nipis sediki dan sedap. Kami bertujuh makan sampai 13 keping. Abg Yan sampai dah tak keluar suara sebab kekenyangan. Mereka order Ayam Kari, Ayam Dhal, Ayam Yogurt, Kari Kentang Kering dan Kari Kambing.

Okay area tempat makan ni mostly semua jemaah dari Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka dan Afghanistan selain nama-nama ni memang tak ada kaum lain. Kalau hotel kami di Ibrahim Al Khalil Road maka kedai makan ni berada 2 -3 blok bangunan di belakang. Dan harga barangan sekitar sini juga jauh lebih murah dari area shopping di Al Safwa Tower.

Kena faham betul-betul keadaan Geography persekitaran Masjidil Haram Insyallah tak sesat.
Jabal Omar Jumeirah Complex ni besar dan panjang sehinggakan Hilton Hotel pun is part of it. Terletak di Ibrahim Al-Khalil Road
Ada few shopping mall berhampiran dengan Masjidil Haram sesuai untuk cari makanan dan barang pakaian yang aku rasa antara destinasi wajib untuk dikunjungi. Pertama Jabal Omar Mall berada bersebelahan dengan Hilton Hotel berada di arah kiri Makkah Clock Tower. Di sini terletaknya Restoran Al-Baik sebuah jenama fast food made in Arab Saudi yang sedap. Harap sangat buka branch di Malaysia.

Mutawwif first umrah Ust Amar bagitau kalau tak makan di sini tak lengkap perjalanan di Mekah.
Dan kedua Al Safwa Tower Mall yang berada di dalam Makkah Clock Tower itu sendiri. Di sini ada ramai orang Malaysia bershopping dan makan di food court sebab ada restoran orang Malaysia di sini. Di bahagian sayap kiri Makkah Clock Tower juga ada sebuah lagi mall. Dan bersebelah Makkah Clock Tower ada bangunan Makkah Tower di situ terletaknya Pasaraya Carrefour dan Masjid Abu Bakr Siddiq.

Pandangan di tengah-tengah Makkah Tower ada escalator dari bawah naik ke atas sehingga ke Masjid Abu Bakr Siddiq yang terletak satu level di atas level food court.
Ada berpuluh restoran dari pelbagai jenis makanan especially dari timur tengah.
Namun makanan Melayu di Mekah terutama di Food Court Makkah Clock Tower tu bagi aku tak perlu la makan sebab harganya mengalahkan T20. Dan rasa pun biasa-biasa jer kot hahaha.. Tak tau la kalau lidah korang yang rasa macam mana. Even kalau sedap sekali pun tapi harga dia fuhh kus semangat hahahaha.. Bakso Mee Bebola Daging 3-4 ketul RM20.00 semangkuk di Madinah.

Kita layan makanan arab jer sebab di tanah arab hihii.
Pening nak habiskan, order nasi arab tapi roti pun dapat sekali. okla makan 4 orang.
Tengok orang arab kat meja depan bentang plastik tabur makanan. Kita pun follow la :D
Pemandangan Pullman ZamZam Makkah Tower dari Ibrahim Khalil Road.
Kalau nak beli barangan keperluan make sure beli di Carrefour ini sebab harga di kedai runcit yang bersepah di sekitar Mekah ini boleh tahan mahal termasuk ubat-ubatan pun boleh beli di sini. Okay sedikit info lagi kenapa mall tadi dipanggil Jabal Omar kerana di situlah terletaknya Rumah Umar Al Khattab ra. Dan di Makkah Tower ada sebuah Masjid Abu Bakr Siddiq kerana di situlah lokasi Rumah Abu Bakar ra. By the way jangan tersilap Makkah Tower dengan Makkah Clock Tower. 

Inilah pemandangan Makkah Tower daripada bahagian depan.
Jalan Hijrah terletak di antara Makkah Clock Tower (kiri) dan Makkah Tower (kanan).
Makkah Tower ni ada dua sayap bangunan di sebelah kiri dikenali sebagai Pullman ZamZam Hotel dan di sebelah kanan dikenali sebagai Bin Dawood Makkah Tower Shopping Mall yang ada Pasaraya Carrefour tu. Dan di semua bangunan bersambung dengan Masjidil Haram ada menyediakan ruang solat yang berimamkan imam di dalam masjidil haram. Maka kalau solat di ruang-ruang tersebut maka di kira bersolat di dalam masjdil haram juga, termasuklah Masjid Abu Bakr Siddiq.

Ruang solat di Masjid Abu Bakr Siddiq di Makkah Tower.
Dan di antara bangunan Makkah Clock Tower dan Makkah Tower ada satu jalan di tengah-tengah. Di jalan itulah bermulanya sejarah hijrah Nabi Muhamad saw bersama Abu Bakar Siddiq ra ke Kota Madinah Munawwarah. Dan sekarang jalan itu dinamakan Jalan Hijrah nama dalam Arabic aku dah lupa huhuu..

Menunggu Azan Maghrib berkumandang walau ada lagi 20 minit nak masuk waktu orang dah mula memenuhi setiap ruang di roof top ini. Lantai masjid ketika ini agak panas. 
Walau masih terasa bahang panas tapi rasa lega selepas menunaikan solat magrib.
Keadaan ketika solat magrib di roof top. Still terasa bahang panas sekali jer try solat roof top ni.
Okay one last thing aku nak share ialah berkenaan solat fardu 5 waktu sehari di dalam Masjidil Haram. Untuk yang tidak memakai ihram bagi lelaki anda tidak dibenarkan masuk dibahagian tingkat satu iaitu kawasan di mana terletaknya Ka'bah. Hanya dibenarkan bersolat di tingkat 2 dan ketika 30 minit sebelum azan jemaah yang hadir hanya akan dibenarkan solat di rooftop sahaja.

52 comments:

  1. Kalau orang baik, ya bertemunya pasti dengan orang baik juga ya Mas?
    Seperti Mas ini yang bertemu dengan orang Pakistan, yang baru saja berkenalan eh sudah mengajak makan bersama. Rupanya posri makan mereka banyak ya Mas?
    Ternyata Mas pandai berbahasa asing seperti bahasa Urdu ini. Luar biasa Mas.

    Banyak sekali ya burung merpati disana. Bagusnya ada petugas yang mengurus kebersihan lingkungan, Kalau tidak, ah terbayang lingkungan akan kotor...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aturan Allah ditemukan dgn org2 yg baik gitu.. Alhamdulillah itu juga dinamakan rezeki.. Rasanya mmg begitu orang2 Pakistan ini makan nya memang banyak sekali.. boleh berbahasa Urdu belajar waktu belajar dulu..

      Di Pigeon Square itu mmg banyak sekali burung nya.. beribu-ribu ekor tapi tmpt nya tetap berish.. makasih berkunjung ke sini..

      Delete
  2. bertambah satu ilmu..kena berpakaian ihram br boleh solat dibawah...terima kasih for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berpakaian biasa tidak dibenarkan masuk ke bahagian tingkat satu.. Maka tawaf wada kena pakai ihram siap2 kalau nal berangkat keluar dari Mekah selepas subuh..

      Delete
  3. moga2 ada lagi rezeki saya nak ke sana nanti...seronok tgk gmbr2...jd rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga Puam MZ mendapat panggilan lagi utk menunaikan umrah.. Amin :D

      Delete
  4. Replies
    1. Senang uncle mkn mcm tu tak yah nak cuit sana sini.. Lagi pun jimat kos.. Bungkus plastik basuh tgn dah siap kemas hihihi

      Delete
  5. Masyaa Allah...orang baik bertemu orang baik..Oh Pakistan menggunakan bahasa urdu yer...Teringat almarhum Tn Guru Nik Aziz juga semasa hayatnya pandai berbahasa urdu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap betul tu.. Urdu bahasa utama org pakistan.. Almarhum Tuan Guru Nik Aziz pernah belajar di Pakistan sebab tu beliau pandai ..

      Delete
  6. doakan Cie sampai ke sana jugak 1 hari nanti. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin saya doakan moga Puan Roziah dipermudahkan urusan utk menunaikan ibadah umrah dalam masa terdekat amin insyallah

      Delete
  7. Banyak rules di Masjidil Haram sekarang kan. Tapi itulah nak bagi priority kpd jemaah umrah kan...
    Rugi tak makan makanan Arab jika berada di Tanah Arab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul rules banyak sbb makin lama makin ramai umat yg dtg ke masjidil haram. Kalau tidak clash yg buat umrah dgn yg solat biasa..
      Btul duduk sana kena la makan makanan arab.. even nama sama nasi mandi tapi setiap tmpt lain rasanya :D

      Delete
  8. seronok kalau berjumpa dan berkawan dgn bangsa lain...

    kalau ldy ke sesuatu tempat dan ade org tegur ldy dalam bhs melayu.. ldy rs teruja dan rasa lebih akrab juge kot.. :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila kita ckp bahasa bangsa lain terus mereka rasa kita jdi kawan mereka..
      Pernah ke europe tiba2 ada org tegur dlm bahasa melayu mmg terharu sbb dh lama tak jumpa org Malaysia huhuu..

      Delete
  9. Foto"latar tu tampak indah...memang kalau bisa bahasa tu dapat kawan baik,rugi kalau gak coba makanan di sana,sudah coba ayam Al Baiq nya..ramai yg antri ...tapi gak rugi, enak dan besar juga ukuran ayamnya😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al Baik walau beratur panjang tapi amat berbaloi.. portion besar dan murah .. harus dicuba dan rugi kalau tidak dicuba..

      Delete
  10. Alhamdulillah, umrah waktu bulan Ramadhan. Saya buat umrah pada 2020. Ngam-ngam sebelum Covid. Dokan saya dapat menunaikan haji pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sebelum covid tidak lah banyak rules sgt mcm sekarang.. insyallah moga dipermudahkan rezeki utk menunaikan haji selepas ini amin .

      Delete
  11. Banyak benda baru tahu, bila baca entri ni. Rezeki tu, ada orang belanja makan.
    Special, makan alas plastik atas meja. Lebih kurang macam shell-out pula.
    Ada Carrefour rupanya sana. Rupanya, ada rules juga tempat mana boleh solat ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mula-mula tulis first ayat mesti wajib baca sekiraya anda belum pernah ke Kota Makah tapi nanti kata kita sorang jer yang tahu hahahah :P
      Insyallah ambil tahu selok belok di area masjidil haram moga2 tidaklah sesat semasa berada di sana ..

      Delete
  12. Masa tunaikan Haji tahun 2022, minggu terakhir baru kami explore makanan di Mekah. Ayam Al Baik mmg sedap dll. Woww boleh bertutur bahasa Urdu. Bagus bagus. Alhamdulillah rezeki dibelanja. Rindu Mekah Madinah, moga diizinkan ke sana lagi, Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah tunaikan haji.. seronok dgr bila ada org dpt tunaikan haji.. moga saya juga dpt tunaikan haji dlm masa keadaan sihat amin..
      Insyallah moga Allah memanggil lgi menjadi tetamu di tanah suci.. amin

      Delete
  13. Alhamdulillah ya mas... semoga dilancarkan urusannya. 😊 senang sekali melihat dan baca post ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih juga kerana sudi datang membaca ke sini.. :D

      Delete
  14. tuuuu diaaaaa
    dah boleh daa buka tour agensi pergi pakistan ni
    lately ramai org malaysia ke sana
    tak pun jd tour guide kami pun ok juga
    ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau da yang sudi amik kita jadi tour nak jer hahaha..
      Jom kita buat trip backpack ke Pakistan.. Explore tempat yg org jarang pergi huhuuu.. Ok set time bila nak gi hahahah :D

      Delete
    2. jap
      nak tanya bapak gula bila dia nak bank in $$$
      hahahahhaa
      mmg ada plan nak g pakistan
      tapi trip lain yg dtg dulu...
      lately prefer 1 trip dua negara
      hahaha
      aci tak mcm tu?

      Delete
    3. Harus la.. sekali terbang pergi dua tiga negara terus.. kita bukan ada perkerja ramai macam bapak gula hahaha .. kannn... :D
      Apa pun tahun ni target 6 negara baru di explore .. Insyallah

      Delete
  15. hahahahahahahhahahahahahahhaha
    sampai tak keluar suara kekenyangan tu
    hahahahahaha
    mesti senak perut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorg dah ckp kenyang dia makan la makan la.. dgn rezeki jgn kufur .. mmg kurang asam jugak la hahaha.. tapi tak dinafikan sedap hahaha..

      Delete
    2. hahahaha
      tu salah sendiri laa
      kenapa x cakap dah penuh tak leh isi lagi
      tapi tu laa kan
      bab makan ni orang selalu jadi pemurah

      Delete
    3. Betul diorang amat-amat peramah once kalau diorang suka dgn kita.
      Dah ckp tapi diorang suh makan lagi. huhuu.. mula-mula malu tapi lama2 tak ikhlas dah nak makan hahahah :D

      Delete
  16. Baru tahu kalo di Mekkah banyak merpati juga bahkan sampai ribuan. Untungnya ada petugas kebersihan ya.

    Selamat umrah bang.😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya merpatinya banyak bah kan ada waktu-waktu dimana penuh cengkerik dan belalang di seluruh Kota Mekah. Iya terima kasih juga sudi datang ke sini :D

      Delete
  17. betul
    ubat kat sana mahal
    mama saya batuk2 hari tu
    tgk harga lagi teruk batuk dibuatnya..
    mutawif pun cakap benda sama
    syukurlah ada kawan2 yg bawa ubat
    dapatlah jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh mmg betul lagi batuk jadinya bila tengok harga ubat di sana .. sebab mereka tahu keperluan ubat ubatan di sana.

      Delete
  18. Rezeki dapat sarapan percuma.
    Eh, tiba-tiba rasa rindu pula dengan suasana makan-makan di sana!
    Memang orang kata kalau tak singgah makan di Al Baik, tak lengkaplah kunjungan ke Mekah. Alhamdulillah, Restoran Q Baik ada di Kota Kinabalu. Sudah beberapa kali kami makan di situ. Q Baik ye bukan Al Baik hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sgt dpt rasa sarapan bangsa lain dibelanja pulak tu.. Hihihii.. Kan ramai org kata kena pergi Al Baik baru lengkao perjalanan ke Mekah.. Sedap rindu nak pi makan lgi..

      Delete
  19. Makan nasi arab letak atas plastik macam shell out ye. Kawan-kawan yang telah pergi umrah pesan kalau boleh bawa ubat, strepsils apa semua dari Malaysia. Terima kasih tuan kongsi pengalamannya dan gambar-gambarnya. Sebak pula hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman yg menarik mudah utk makan sebab ada pelbagai makan.. so letak tgh senang cuit sana sini hihii.. betul tu ubat basic mmg kena bawa dari Malaysia. Alhamdulillah kita beekongsi pengalaman moga bermanfaat.

      Delete
  20. bila niat kita baik pasti bertemu dengan orang baik- baik kan...syukur alhamdulillah oranag baik belanja makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak sangka-sangka boleh jumpa org baik siap belanja makan lagi :D

      Delete
  21. bila nampak masjid tu, terkenang saat belajar di uitm jengka dulu, kalau baik ikut kuantan akan lepas tumoang solat kat masjid situ dulu sebelum balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comment mcm tersalah masuk entry lain ni hihihi.. tapi tak apa la janji comment kan :D
      Oh belajar UITM Jengka dulu.. Masjid tu besar dan luas boleh tenang2 kan

      Delete
  22. Saya pun saat di tanah suci, sama sekali tak tertarik makan makanan Melayu atau Indonesia. Krn saya yakin rasanya tak akan sesedap dj negara sendiri kan. Sedang di tanah arab, makan lah makanan arab 😄👍. Lagi sedap.

    Al baik itu memang enak saya dan suami JD sering belum tapi roti nan dan kari itu tak coba, Krn tak ketemu juga restorannya 😄.

    Bagsa2 arab dan timur tengah ini memang terbiasa makan porsi besar yaa. Porsi satu utk mereka bisa di share bertiga rasanya bagi kita 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kalau sudah ke sesuatu tempat haruslah kita belajar cara hidup di sana.. makan makanan mereka kerna setelah pulang ngak berpeluang lagi utk mencuba.. dan makanan arab itu asli nya di negara arab.. sedap bangat..

      Delete
  23. Banyak maklumat yang ada dalam entry ini.
    Biasa kalau pergi ke tempat orang, akan cuba makanan tempat itu sebab tak nak teringat bila kembali ke rumah.. 'ruginya tak cuba makanan tu..'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga boleh dijadikan rujukan pada mereka yg akan ke tanah suci nanti.. sekadar berkongsi apa yg telah diberitahu.. Makanan di tmpt org wajib dicuba selagi halal kan :D

      Delete