Pages

Friday, 21 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 14 : 5 Masjid Kecil Bersejarah Di Sekitar Masjid Nabawi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Madinah adalah Kota Islam yang pertama dalam sejarah Islam yang juga dipimpin oleh Rasulullah sendiri. Oleh sebab itu banyak sejarah islam ada di sini. Dari apa jua yang mengenai tentang Rasulullah kepada sahabat sehinggalah ke zaman Tabi'in dan Tabi' Tabi'in. Dan juga sehingga Kerajaan Khalifah Uthmaniyah yang terakhir.

Entry kali ini jom kita ceritakan mengenai 5 buah masjid kecil yang bersejarah di sekitar Masjid Nabawi. Ada banyak lagi masjid tapi kita fokus pada yang 5 ini terlebih dahulu. Moga kepada yang bakal menjadi tetamu di Masjidil Nabawi nanti cubalah untuk pergi menziarahi masjid-masjid ini dan jika bernasib baik solatlah dua rakaat di dalamnya. Janganlah sibuk bershopping sehingga tidak menziarahi masjid-masjid bersejarah ini.

Masjid Ghamamah

Sebuah masjid terletak lebih kurang 300 meter di bahagian Barat Daya Masjid Nabawi. Masjid Ghamamah adalah tempat di mana Rasulullah menunaikan Solat Aidilfitri dan Aidiladha serta Solat Istisqa' (Solat meminta hujan). Dan Ghamamah itu sendiri bermakna awan atau mendung. Diberi nama semasa kejadian selepas Solat Istisqa' ketika awan datang yang kemudian menurunkan hujan.

Pemandangan dari hadapan Masjid Ghamamah
Arah pintu masuk ke Masjid Ghamamah
Orang pertama yang mula membina masjid ini adalah Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan telah diubah suai kepada keadaan seperti sekarang oleh Sultan Abdul Majid - Khalifah Ke 23 dari Kerajaan Uthmaniyah yang memerintah dari 2 Julai 1839 sehingga 25 Jun 1861 (Lahir 25 April 1823). Dan juga telah dibaik pulih oleh Raja Fadh pada tahun 1411 Hijrah.

Keadaan di dalam Masjid Ghamamah.
Aku tak ingat pulak sama ada wanita dibenarkan masuk atau tidak.
Masjid yang mempunyai 5 buah khubah dan satu menara berbentuk silindir ini dibuka untuk orang ramai dari 10.00 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari dan telah menjadi antara tarikan pelancong seluruh dunia. Solat Jenazah Ghaib yang diimamkan oleh Rasulullah saw ketika meninggalnya Raja Habsyah yang memeluk islam dan melindungi umat islam yang berhijrah ke sana. Juga telah diberlaku di Masjid Ghamamah ini.

Masjid Abu Bakar As Siddiq

Salah satu antara masjid tertua di Kota Madinah sama seperti Masjid Ghamamah yang berusia lebih 1000 tahun. Ianya telah dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz di antara tahun 86-91 Hijrah. Dan ia telah dibaiki dan ditambah baik oleh Sultan Mahmood II pada tahun 1254 Hijrah dari Kerajaan Uthmaniyah Turkey. Masjid ini terletak hanya beberapa meter dari Masjid Ghamamah.

Masjid Abu Bakar As-Siddiq berusia lebih 1000 tahun.
Dikatakan tempat ini telah digunakan oleh Rasulullah saw bagi menunaikan Solat Hari Raya yang mana kemudian khaifah pertama kerajaan islam iaitu Saidina Abu Bakar ra telah menyambung penggunaan tapak ini bagi mengimamkan Solat Hari Raya. Masjid ini mempunyai sebuah menara setinggi 15 meter dan sebuah khubah. Keluasan masjid ini adalah 19.5meter x 15meter. Dan riwayat lain mengatakan di sini adalah tapak rumah Abu Bakar Siddiq ra.

Masjid Ali Bin Abi Talib

Ada beberapa riwayat mengenai masjid ini yang pertama adalah di sini letak tapak rumah Khalifah Ali Bin Abi Talib ra bersama isteri beliau Fatimah Az Zahrah ra yang juga anak kesayangan Rasulullah saw. Dan riwayat kedua bahawa Rasulullah pernah mengimami solat raya di sini dan kemudian diikuti oleh Khalifah Ali ketika perintahan beliau selama 5 tahun.

Masjid Ali Bin Abi Talib - Permanently closed by authority.
Namun yang sedihnya berkenaan masjid serba putih ini adalah ia telah ditutup sepenuhnya oleh pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi kerana terdapat ramai pengikut syiah yang mengunjungi masjid ini telah melakukan beberapa perkara yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh sebab itu juga tidak dimaklumkan di mana jasad Khalifah Ali ra dimaqamkan sehinggalah ke hari ini. Bagi mengelak kelakuan yang tidak ingini oleh pengikut syiah.

Masjid ini telah dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dan kemudian telah diubahsuai oleh Gebenor Madinah pada tahun 881 Hijrah. Pada tahun 1411 Hijrah Raja Fadh telah membesarkan masjid ini sehingga berkeluasan 682 meter persegi dan mempunyai 7 buah khubah serta sebuah menara setinggi 26 meter. Dan telah dibina tembok pagar sekitar masjid seperti yang wujud pada hari ini.

Masjid Umar Al Khattab

Masjid ini terletak agak kebelakang sedikit dari Masjid Ghamamah. Kami bernasib baik menginap hotel yang berdepan dengan masjid ini. Sama seperti 3 buah masjid sebelum ini, masjid ini juga berumur lebih 1000 tahun dan dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz pada abad pertama tahun Hijrah. Dan semasa pemerintah Khalifah Abdul Aziz beliau telah membina banyak masjid yang mana Rasulullah saw telah bersolat di atasnya.

Masjid Umar Al-Khatta. Paling susah untuk ditemui antara kelima buah masjid.
Di sini dikatakan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab telah menjadi imam bagi menunaikan solat dua hari raya. Seorang warga tempatan telah memberitahu ketika Madinah semakin berkembang pesat kawasan lapang berdekatan Masjid Nabawi makin berkurangan dan ini menyebabkan Khalifah Umar beralih ke luar sedikit bagi berhimpun bersama rakyat dan menunaikan solat hari raya. 

Masjid Imam Bukhari

Masjid ini telah dibina di tapak asal rumah Imam Bukhari yang terletak berdekatan dengan pintu 26 Masjid Nabawi, hanya memerlukan beberapa langkah sahaja untuk ke sini dari masjid Nabawi. Amatlah rugi jika anda tidak berkunjung ke sini. Dan di sini juga pengumpulan hadis-hadis oleh Imam Bukhari sehingga terbukunya Kitab Sahih Bukhari.

Sumber Google - Masjid Imam Al-Bukhari
Masjid yang kecil yang berwarna putih ini mempunyai sebuah khubah dan sebuah menara dengan keluasan 20 x 30meter. Ianya dibuka setiap hari seperti Masjis Ghamamah. Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Al-Bukhari dan dilahirkan di pada 13 Syawal 194 Hijrah bersamaan 20 Julai 810 Masehi di Kota Bukhara, Uzbekistan.

Bersambung Umrah Mantop Travel Part 15 : Ratio Coffee - Quba Walkway Park - Masjid Bilal Bin Rabah

34 comments:

  1. sukaaaa tengok masjid 'tanpa cat'' ni. maksud sy masjid yg binaannya menggunakan batu bata mcm tu... disusun cantik2 dan warnanya kekal dari dulu sampai sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid-masjid bersejarah mmg ada keunikan tersendiri. Dan mmg masjid lama mcm ni akan lebih utuh binaan nya sebb tu blh bertahan lebih 100 tahun lama nya .

      Delete
  2. haha dah agak daaa... ada je nama saidina ali pasti puak tu akan berkumpul or buat something kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat onar kan... Itulah.. sayang jer dah tak dpt masuk masjid tu.. moga ada la sesiapa yg dpt masuk share gmbr keadaan di dalam masjid tu..

      Delete
  3. bahayaaaaa sgt kalau jenazah saidina ali diberitahu kepaa orang awam. sedangkan 'kepala' saidina hussin pun ada yg menyembah inikan pula jasad sebenar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu sehinggalah sekarang tidak diberitahu dimana jasad Khalifah Ali Bin Abi Talib dikebumikan. Kalau diberitahu habis la diorng dtg buat onar..

      Delete
    2. pun begitu sy teringin juga nak pergi masjid saidina ali kat iran tu.... nak korek berlian kalau ada laa hahahahahahaha

      Delete
    3. Hahahahaa ... Mesti dah khatam kisah trip iran ni hahahaha.. tak dinafikan mmg cantik seni bina masjid di Iran.. :D

      Delete
  4. cantiknya masjid dia... sangat unik.. ada pulak pokok-pokok ditepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes unik sangat sebab masjid pun dah berumur lebih 100 tahun..

      Delete
  5. Cute betul masjid umar alkhattab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cute sgt... Nasib ada depan hotel jer.. mmg nampak sentiasa setiap kali nk ke masjid nabawi..

      Delete
  6. Masjid Ghamamah tu cantiknya walaupun nampak kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda unik bersejarah ni mmg cantik sebab lain dari yg lain..

      Delete
  7. Masjid Ghamamah tu cantiknya walaupun nampak kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid Abu Bakar adalah yang paling kecil.. Dan Masjid Umar AL-Khattab juga. Kedua-dua masjid ini hanya mampu menampung kurang dari 100 jemaah.

      Delete
  8. Cantik dan cute sangat seni bina dan ukiran masjid tuu semuaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. lagi lagi masjid Umar Al Khattab dan Masjid Abu Bakar ra.

      Delete
  9. Suka tengok semua masjid. Rindu serindunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. insyallah berazam nak pergi lagi.. Nak menziarahi maqam Rasulullah saw lagi..

      Delete
  10. Next umroh, saya nak visit mesjid2 bersejarah ini ❤️. Jadi adalah pegangan info setelah baca blog Abang utk mengunjungi semuanya.

    Kalau dilihat mesjid2nya cendrung kecil, tapi sejarah dibaliknya pastilah besar. Saya suka bentuk mesjid pertama, yg seolah natural, dengan batu2 nya terlihat. ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan untuk menziarahi ke semua lima masjid bersejarah ini.
      Betul bangat sejarah di sebalik masjid-masjid kecil ini cukup besar dalam sejarah islam. Semoga ia terpelihara sepanjang zaman.

      Delete
  11. jujur tampilan masjid di luar negeri itu berbeda sekali ya dengan masjid di negara saya,
    berarti tiap negara itu beda ya tampilannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap negara ada cara dan seni yg tersendiri.. Apa pun masjid masjid ini semua sudah 1000 tahun lebih berdiri.. mmg antik gitu

      Delete
  12. Tertarik dengan lampu2 bergantungan tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuu.... Memang menarik dan tertarik Uncle.. :D

      Delete
  13. Banyak masjid yang dilawati ya.....boleh la tahu sedikit sebanyak sejarah zaman sahabat dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena explore banyak tempat tempat yg menarik terutama yg bersejarah di tanah suci.. alhamdulillah byk benda boleh belajar.. :D

      Delete
  14. Binaan yang sangat2 cantik dan indah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1000 tahun lebih seni binaanmg unik dan cantik :D

      Delete
  15. Cantik sungguh pemandangan dan binaan masjid tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. lagi lagi ia adalah tempat bersejarah Rasulullah dan para sahabat :D

      Delete
  16. Allah ya Allah.... rindunya saya hendak jalan-jalan santai di sekitar kawasan ini. Rasanya hendak study dan menghayati sungguh-sungguh sejarah tempat hijrah Rasulullah ini. Setakat ini macam tak cukup ilmu, perlu digali lagi sedalam-dalamnya supaya meresap dalam jiwa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rindu ingin menziarahi Rasulullah dan Kota Madinah. Masih banyak lagi peninggalan Nabi bersama para sahabat di Kota Madinah yg kita perlu belajar dan ziarahi..

      Delete