Pages

Monday, 24 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 15 : Ratio Coffee - Quba Walkway - Masjid Bilal Bin Rabah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Pada trip umrah aku pada tahun 2018 yang dulu. Kami sekeluarga menginap di sebuah hotel di bahagian belakang kanan Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 150 meter dari pintu pagar masjid. Maka ketika itu aku lebih banyak explore area di belakang dan sekarang boleh dikatakan ke semua perumahan, pasar dan banguanan di sebalik First King Faisal Rd telah pun dirobohkan.

Quba Walkway Park dan di tengah ada Quba Front di mana terletaknya Quba Clock Tower.
Tiada apa yang menarik lagi seperti pasar murah tempat kami borang souvenir, kurma, coklat dan pakaian etc. Dan ketika trip umrah baru ini kelihatan tapak-tapak yang dirobohkan sedang dalam pembinaan untuk pembanguanan yang lebih mewah dan canggih. Dan sekarang untuk kali ini kami menginap di bahagian depan kanan Masjid Nabawi lebih kurang 210 meter dari Masjid Ghamamah.

Quba Clock Tower di tengah-tengah Quba Walkway Park.
Masa ni dah nak masuk waktu solat asar. Maka banyak kedai yang telah ditutup.
Kawasan bahagian depan ini adalah first time bagi aku untuk explore. Dalam entry lepas aku ada mention hotel jemaah kami berdepan dengan Masjid Umar Al-Khattab yang berusia lebih 1000 tahun. Tanpa membuat sebarang kaji selidik aku meredah ke bahagian depan melalui Jalan Abu Ayub Al Ansari dan terjumpa sebuah pusat pelancongan membeli belah terbuka iaitu Quba Walkway.

Penat berjalan kita masuk Ratio Speciality Coffee. Sejuk ada aircond kuat :D
Americano SAR 13.00 dan Ice Latte SAR 16.00 - Kami pilih biji Kopi Ethiopia.
Dia ni seorang sahaja handle semua order - buat coffee -  kemas meja.
Dan di sini kedai pertama yang aku jumpa adalah Ratio Coffee. Cafe yang sama aku lepak beberapa kali di Mekah ketika dalam berjalan pulang dari Masjidil Haram ke Hotel yang jauh hampir 1 kilometer. If you all ada peluang ke tanah suci dan nampak Ratio Coffee ni memang aku recommended sangat untuk cuba segelas coffee di sini. 

Tapi cuaca yang agak panas ketika trip umrah kali ini agak menyukarkan pergerakan untuk berjalan di kawasan Quba Walkway ini. Tapi kalau musim sejuk mesti best nak berjalan-jalan di sini. Dan mungkin kerana cuaca panas, hanya pada awal pagi dan lewat petang sehingga malam barulah ramai orang berkeliaran di sini. Dan tempat ni memang cantik especially di waktu malam. Panjang Quba Walkway ini lebih kurang 500 meter.

Berjalan menuju ke Masjid Bilal. 30 minit sebelum masuk waktu semua kedai dah tutup
Keadaan di dalam masjid yang penuh ketika waktu solat asar.
Dari Quba Walkway aku bersama Abang Ipar (Yan) dan seorang lagi jemaah sebilik aku. Kami berjalan ke arah Masjid Bilal Bin Rabah yang terletak kurang 400 meter untuk bersolat Asar. Masjid bilal ini dibuka pada waktu solat sahaja dan ruang solat hanya berada di tingkat atas. Di tingkat bawah ada banyak kedai kedai yang menjual pakaian dan souvenir. Dan yang pasti ianya jauh lebih murah dari kedai-kedai di sekitar Masjid Nabawi.

Lepas solat kita turun ke tingkat bawah. Memang banyak kedai kat sini.
Alhamdulillah menawar dalam urdu dapat sehelai Sejadah Raudah SAR60.00.
Official Sejadah Raudah hanya ada 4 warna iaitu Hijau, Putih, Merah dan Biru.
Dan boleh pilih nak yang tebal 4mm atau 6mm. Lebih tebal lebih mahal gitu :D
Solat Asar di sini agak penuh tapi 85% jemaah adalah warga asing yang bukan Arab. Bangladesh, Pakistan, India dan Afghanistan. Selepas solat kami turun ke bawah untuk melihat kedai-kedai dan di sini aku terbeli dua helai Sejadah Official Raudah yang berharga SAR 60.00 sehelai sebagai kenangan. Paling murah sebab di tempat lain semua berharg SAR 85-100 ke atas. Mungkin sebab aku buat tawar menawar dalam Bahasa Urdu.

Selepas selesai solat asar semua kedai dibuka semula.
Dan area sini banyak warga Bangladesh, Afghanistan dengan Pakistan.
Membeli dan terus membeli diorang ni. Murah dari Mekah dan area Masjid Nabawi katanya.
Selepas pusing-pusing area kedai di bahagian bawah masjid, kami menuju keluar menghala ke arah kedai-kedai yang ada di sepanjang Abdul Muhsin Ibni Abdul Aziz Rd dan agak mengejutkan apabila kedai di sini menjual barangan dengan harga lebih murah dan lebih banyak pilihan serta kedai makanan yang banyak di sini. Samosa, Biryani, Kebab dan Sharwama pun ada.

Alhamdulillah sampai juga area tempat makan ikan laut dan kambing golek.
Ikan semuanya segar-segar setiap hari stok baru sampai dari laut. Pilih jer yang mana.
Inilah kambing  golek yang aku cakap tadi. Just bagitahu nak bahagian mana dan berapa gram. Nanti dia potong dan timbang. Kepala Kambing adalah yang paling cepat habis.
Dan semestinya makanan di area sini sangat aku recommended. Harga murah, unik, lain dari yang lain dan sedap. Kedai makan Pakistan dan Afghanistan pun ada. Kedai makanan Arab lagi la ada. Masa ni Abg Yan dah tanya nak makan kat mana sebab kalau balik hotel makanan dah habis ni. Aku cakap kita makan di Kedai yang ada jual Ikan Goreng Arab Style. Kat sini ada satu tempat famous makan ikan goreng fresh yang kita boleh pilih dari atas meja.

Dari Quba Walkway Park. Kami jalan ke Masjid Bilal dan kemudian makan di area Chef Market. Dan terus sambung shopping di sepanjang perjalanan balik ke hotel.
Tempat ni aku tak sure apa nama dia tapi u all boleh search Chef Market sebab kat sini macam sebuah kompleks kecil yang ada lebih kurang 20 restoran yang menjual Ikan Goreng dan Kambing Golek Seekor. Kebab pun ada. Dan kita boleh pilih nak makan dengan nasi atau pun roti arab. Well kami minta makan dengan nasi arab. Air tak ada choice melainkan air gas tin atau mineral botol.

Inilah Ikan Jenahak yang kami pilih tadi dan siap digoreng garing berempah.
Andai anda tak nak ikan digoreng boleh juga memilih untuk dibakar.
Kami pilih seekor ikan macam jenahak hampir 1kg beratnya. Digoreng berempah dan Nasi Mandi bersama 350 gram daging kambing golek. Alhamdulillah portion agak banyak untuk kami bertiga tapi kami berjaya habiskan. Oh lupa nak apa yang special berkenaan ikan goreng di sini. Mereka tidak menggunakan serbuk kunyit tapi menggunakan rempah ratus yang diletakkan pada ikan sebelum dan juga selepas digoreng.

Satu set nasi arab dengan kambing dan satu set nasi arab dengan ikan goreng. 
Gambar ikan goreng garing berempah yang terhidang lupa nak ambil sebab masing-masing dah kelaparan yang teramat. Dah half way makan baru teringat belum ambil gambar tapi sambung makan jer la sebab ikan pun dah hilang rupa. Tak tahu rempah apa dia pakai tapi ada la rasa ketumbar dan paprika kalau tak silap. Dan disebabkan aku tukang tawar menawar diorang belanja aku makan. Alhamdulillah rezeki.

42 comments:

  1. Menarik, saya tidak tahu ada tarikan baru.
    Chef Market rasa hendak pergi sahaja.
    Banyak ya borong barang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tempat mana pun kita pergi mmg kena explore sendiri even kalau pergi dgn travel agent.. ada banyak lagi tarikan Madinah itu sendiri.. especially tmpt bersejarahasih ada banyak lagi.. Chef Market tu recommended sangat.. sedap makanan di situ.. banyak la jugak brg yg diborong hahaha..

      Delete
  2. menariknya! cantik betul sejadah raudah tu...moga2 ada rezeki nak ke sana nanti lagi, esp my hubby belum pernah lg buat umrah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg menarik sgt2 area sini especially kalau nak shopping.. mmg murah sgt2.. Sejadah Raudah tu bagi sy kalau mampu beli la satu.. kenangan masuk raudah.. dah la skrg boleh masuk raudah sekali sahaja dalam masa 45 hari..

      Delete
  3. Tahun 2022 lengang tak banyak kedai2 buka seperti sebelum nya dan terkini. Moga dapat ke sana lagi. Seronok baca trip ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2022 mungkin kes covid baru lagi nak reda.. but now alhamdulillah byk perniagaan dah kembali aktif.. Insyallah kita sama doakan moga dpt berkunjung lagi ke Madinah..

      Delete
  4. komen sikit kopi dari biji kopi Ethiopia tu... teringin juga nak rasa mana laa tau bla smpi sana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pilihn biji kopi.. so pilih biji kopi Ethiopia.. okla sedap sgt hahaha.. hantu coffee boleh la.. insyallah nanti boleh try ada di Madinah dgn juga Mekah..

      Delete
    2. kalau sedap sy nak kirim kwn suh belikan hehehe... sblm dia blk haji nnt😁

      Delete
    3. Hahahaha agak agak la nk sub beli kopi bawa balik :D

      Delete
  5. betul2 mantoppp ni siap ada ikan jenahak... besar pula tu saiznya... puas makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul mmg puas makan.. tak rugi mencuba.. rempah pada ikan goreng tu mmg sedap sampai la ni terasa hahahah... Kalau dtg 5 -7 org lagi la boleh pilih mcm2..

      Delete
    2. pandai tukang masak pikat selera org malaysia👍👍👍

      Delete
    3. Tapi ikan goreng garing seekor berempah ni mmg famous kat negara arab..sebab pernah makan di Qatar dan UAE juga .

      Delete
  6. sejadah raudah kaler hijau tu mama sy ada beli. best kalau solat atasnya... lepas tu baring2 boleh terlelap sekejap hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau beli yg 8mm tu mmg tebal la.. sedap je duduk atas sejadah tu hihii.. dah empuk mmg terlena la.. lagi dari magrib nk tunggu isya' tu hahahaha..

      Delete
    2. ya yg plg tebal. sy ckp kat mama ni karpet ke sejadah? apsal tebal semcm? nnt sujud lama dlm tahajud bleh lena ni🤣

      Delete
    3. Sesuai guna waktu tahajud... Rasa empuk je... Khusyuk smpai ke subuh nanti jadi nya.. kita beli yg 4mm sbb 8mm tu mcm tebal sgt hahahahah... Takut terlebih khusyuk nanti :P

      Delete
  7. ALHAMDULILLAH SEMPURNA BERIBADAH UMRAH SAMBIL BERZIARAH RATA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur.. sambil beribadah sambil kita ziarah Kota Madinah :D

      Delete
  8. Bulan satu baru ni tak sempat nak explore kawasan ni, masih tinggal di kawasan belakang masjid nabawi semasa di Madinah. Bagaimanapun sempat juga merasa makan nasi arab dengan ikan goreng tu. Sedapnya terngiang2 sampai sekarang. Kena pula ada cili segar, patah2kan buat kasi pedas. Sejadah tu kena beli original baru berbaloi, kalau tak silap brand MADA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa yg stay area belakang tak ke depan..dan yg stay depan tak pergi kebelakang.. sbb masjid nabawi tu besar sgt.. lagi2 lepas solat tu rasa mcm nak balik rehat jer dlm hotel.. so mana yg ada dlm perjalanan ke hotel itulah yg kita jalan2.. Bab ikam goreng dgn nasi arab tu mmg smpai skrg terasa hahaha..

      Delete
  9. Terbaiklah...jeles betul tengok boleh ziarah dan jalan-jalan di bumi anbiya'...dan nikmati suasana di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi rezeki utk berkongsi pengalaman.. moga boleh sedikit sebanyak memberi info kepada yg akan menjejakkan kaki ke sana.. :D

      Delete
  10. Nampak sedap pula ikan jenahak goreng tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nampak jer.. mmg sedap sgt pun hihihii

      Delete
    2. Pernah rasa yang dibuat asam pedas. Yg goreng ni pasti sedap juga.

      Delete
    3. Insyallah ada rezeki nanti boleh try ikan goreng garing berempah di Arab dan makan dgn nasi mandi.. :D

      Delete
  11. Rindunya nak kesana lagi. Pegi Umrah bersama keluarga tahun 2014.. Mudah2an ada rezeki ke sana lg nnt.. Aamiin!! Salam kenal ibu Aqil follow sini.. Jauh perjalanan luas permandangan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga ada rezeki utk ke sana lagi.. sy pun harap dpt lagi pergi ke sana.. Salam Kenal juga dari saya :D teria kasih sudi bertandang ke sini :D

      Delete
  12. Kita kat Malaysia ni tak biasa makan ikan berwarna terang macam kat sana. Apa agaknya rasanya kan. Wah ikan jenahak goreng panas2 dan garing2 makan dgn nasi mandy... mesti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je rasa nya.. yg merah tu ikan kerapu... Ikan batu karang tu kat sabah banyak.. semua dh pernah rasa sbb kaki mancing hahaha... Goreng garing berempah mmg sedap sgt..

      Delete
  13. Alaaaaa...xde gambar ikan goreng...pergi sana balik and order, amik gambar sekali...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti tunggu ada rezeki lagi nak ke sana. Saya akan first sekali amik gambar ikan goreng tu hihihii :D

      Delete
  14. Walaupun sudah biasa makan ikan goreng tapi sedap lain macam rasanya kalau makan nasi mandy atau nasi arab dengan ikan goreng di sana. First time saya makan nasi mandy dengan ikan goreng sewaktu umrah 2014. Apabila saya kongsi menu nasi arab dengan ikan goreng, ramai blogger tertanya-tanya, bolehkah makan nasi arab dengan ikan goreng, sebab selama ini mereka hanya tahu nasi arab makan dengan ayam atau kambing saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan goreng di sana di goreng dgn rempah.. sedap lain masyam hihii.. mmg sedap walau makan dgn nasi mandy yg di masak dgn air ayam atau air kambing.. alhamdulillah pengalaman mengajar pengetahuan yg lebih luas kan..

      Delete
  15. Aissh tak nampak pula kafe kopi ini saat kesana dulu. Dari penampakannya, saya tertarik lihat latte yg dijual. Pasti creamy 👍😍.

    At least sekarang dah tahu kalo kesana nak belanja apa2, ke mesjid Bilal ini atau ke deretan kedai Abdul Muhsin Rd. Saya lihat seafood nya saja dah lapar 🤣😍.

    Ikan goreng pastilah sedap. Apalagi ikan jenahak. Tak apa tak pakai kunyit. Krn dengan rempah pun rasa daging ikan akan tetap sedap 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul latte dia agak sedap dan smooth dan juga creamy hihihii.. harus mencuba kalau berpeluang ke sana.. Seafood nya mmg sedap.. ikan ikan fresh dari laut.. di goreng pula secara berempah... Mmg nikmat sangat.. Kami pilih Jenahak kerna bajet tidak banyak.. kalau ada bajet boleh cuba kerapu merah itu hihihii...

      Delete
  16. Artikel ini menarik dan memberi gambaran jelas tentang pengalaman umrah. Memilih pakej umrah yang tepat pastinya memudahkan perjalanan dan memastikan pengalaman ibadah berjalan lancar. Terima kasih atas perkongsian ini, sangat membantu untuk mereka yang pertama kali menunaikan umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekadar berkongsi pengalaman ketika mengerjakan umrah. Insyallah memilih pakej umrah dari Mantop Travel memang sangat berbaloi dgn mutawwif yg berpengalaman dan berilmu serta boleh berbahasa arab. Moga perkongsian ini dpt mmberi gambaran pd mereka yg buat kali pertama akan ke sana :D

      Delete