Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Kisah perjalanan ke Perth Australia ni adalah juga dengan tidak sengaja disebabkan dapat harga ticket flight Airasia RM485.00 for return. Maka pembelian seawal 6 bulan adalah untuk aku, wife dan Atiyya. Kemudian Abang Ipar aku pun nak ikut sekali iaitu Abang Wan. Dia pun terjerumus sekali selepas kena racun dengan aku & wife dan last anak buah aku pun nak ikut juga. (Mak aku punya sepupu punya cucu - She is a doctor 28 yrs old - Single & We call her Kak Ngah).
|
Me, Kak Ngah, My Wife, Atiyya and My Brotehr In Law Abang Wan. |
Maka jadilah kami satu team travel seramai 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Dan macam biasa waktu paling seronok nak pergi tanpa perlu fikir nak apply cuti bagai adalah waktu Raya Aidilfitri. Flight kami adalah pada hari raya ketiga. Sempat la nak memohon maaf bagai dulu hahahaa.. Masa di airport selepas immigration, kami lepak di sebuah restoran sambil nak buang masa sebelum flight. Tiba-tiba Kak Ngah call mak dia which i panggil Kak Normi.
|
Antara trip santai yang tak berlari ke Boarding Gate hahaha. |
"Ma.. Nak bagitau ni.. Kak Ngah nak pergi Perth Australia ni dengan Abang Afif dan Kak Mia.. Kejap lagi dah naik flight.." Aku dengan wife erkkkk baru nak bagitau Mama ke Kak Ngah? Sambil Kak Ngah bangun meninggalkan meja. Selepas beberapa ketika Kak Ngah datang semula dan bagitau Mama kata ok jer sebab pergi ikut Abang Afif dengan Kak Mia. Dalam hati aku "Hasihh budak ni kan" Hahahahaa..
Penginapan kami adalah di sebuah Executive Apartment dengan 1 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 bilik ruang tamu yang menyediakan Sofa Bed. Balkoni yang tiada pemandangan cantik. Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Washing Mechine dan sabun basuh baju juga disediakan. Dengan harga AUD 135.00 per night bersamaan dengan RM409.00 - Kadar tukaran pada ketika itu adalah RM1.00 bersamaan AUD 0.32. Aku book accommodation ini menggunakan booking.com.
|
Alhamdulillah dapat apartment yang luas dan selesa untuk kami berempat. |
|
Ruang tamu ada sofa bed dan boleh boleh ditutup (sliding door) menjadi bilik. |
|
So yang lelaki akan tidur di sini. Baju putih tu owner tak sempat nak bergambar dengan dia. |
|
Yang perempuan akan tidur dalam bilik yang ada bathroom. |
Aku memilih bayaran secara "Pay On Arrival". Sebab kadang-kadang rasa lebih secure takut kena scam hahaha.. Satu belajar dari pengalaman dan dua mungkin sebab accommodation di Australia agak mahal sebab nilai pertukaran matawang yang agak tinggi dengan MYR. Maka kita pilih la bayar bila sampai nanti. Kalau harga lebih kurang Malaysia kita bayar dari Malaysia jer la. Itu mungkin cara aku la. Ntah la tengok keadaan jugak sebenarnya.
|
Peti Ais yang cute, Oven, Kettle dan Dapur Elektirk. |
|
Alhamdulillah kelengkapan di dapur semuanya lengkap. Rice cooker pun ada mungkin sebab owner apartment ini berbangsa Cina. Orang Asia kan mesti la nak makan nasi :D |
Untuk kenderaan kami sewa untuk 3 hari pertama sahaja sebab target kegunaan nak pergi yang jauh dulu macam
The Pinnacles Desert, Lancelin Sand Dune, Southern Beekeepers Nature Reserve etc. Pergerakkan dalam bandar kita guna public transport sahaja. Dan untuk sekarang anda boleh melayari
Perth Airport Website (Clicks) untuk urusan booking kereta sewa yang mudah dari Perth Airport. So pada 3 hari pertama ini kami akan walk in sahaja di mana-mana hotel yang kami jumpa di sepanjang perjalanan nanti.
|
Dalam gambar dapat kereta macam KIA Picanto tapi dapat Hyundai Ascent (Similar) |
Kadar sewaan kereta untuk sekarang ini pada tahun 2024 adalah dari AUD 65.00 - AUD 90.00 per day. Bergantung jenis kenderaan dan waktu permintaan tinggi seperti pada Musim Cuti Sekolah atau Cuti Umum. Dan pada waktu aku dulu rate harga sewa adalah lebih murah berbanding sekarang. Dan harga petrol di Australia untuk bulan Julai 2024 adalah AUD 1.30 per liter bersamaan RM4.13 per liter.
|
Boleh book kereta sewa dari laman web ini yang menggabungkan semua company rental car di Perth Airport. Boleh pay later bila sampai nanti. Kami pilih compact car with 5 seater. |
|
Contoh harga untuk booking bulan November 2024 nanti. |
|
Add on keperluan yang kita perlukan. Yang ada anak kecil wajib ambil car seat yer. |
Antara perkara lain yang anda perlu ambil kira adalah kos insurance kenderaan, baby car seat wajib untuk anak yang masih category infant atau dibawah 9 kg. Kos untuk penambahan second and third driver. Masa ni Kak Ngah dengan Abang Wan kata nak drive di Australia so aku pun tak amik sebab dah 3 orang drive. Kita senyap-senyap duduk tepi jer lah. Sebab aku dah bayar extra for baby car seat kalau sekarang AUD 70.00 untuk sekali sewa.
Tips bila ambil kereta sewa di negara lain adalah pertama sebelum keluar parking make sure ambil gambar setiap inci kereta depan, belakang, tepi bagai. Dan pastikan semua button function seperti tingkap, wiper, penutup tangki minyak, signal, radio. Dan try buka semua pintu termasuk bonet depan. Simpan gambar sebagai bukti apabila kita pulangkan kereta nanti. Sebab melibatkan Kad Kredit kan so just take precaution.
|
First driver dari airport adalah Abang Wan - Excited first time bawa kereta luar Malaysia :D |
|
Jalan jem jugak di Perth. Bertembung dengan waktu orang balik kerja. |
Untuk urusan Visa Australia aku menggunakan agent sebab harga yang diminta adalah RM30.00 seorang. Masa pergi ni aku guna khidmat Kak Ila dari Backpackers Buddy Malaysia (BBM). Dia memang ada buat service apply visa ke Australia ni. Tapi bila aku whatsapp dia baru ni masa nak up entry ni, dia kata tak buat dah. Maka tak ada la aku nak promote contact number dia kat sini.
|
Nak try apply Electronic Travel Authority (ETA) Visa Australia sendiri pun boleh. |
Bersambung
Australia Perth Part 2 : Immigration - Makanan Apa Yang Kita Boleh Bawa
Tak sabar nak baca entri seterusnya.
ReplyDeleteSabar sabar... Hahaha.. insyallah tunggu 2 -3 hari lagi.. :D
DeleteDah lama tak pergi ke Oz. Kali terakhir masa kat uni dulu sbb UTM buat trip melawat universiti kat Melbourne.
ReplyDeleteUTM buat trip alahai best nyer dibawa ke Melbourne pulak tu.. insyallah moga diberi rezeki lagi utk ke sana.. :D
DeleteRileks betul kak ngah tu.. Dah nak pergi, baru gtaw mama dia... Hahaha
ReplyDeleteItulah.. kita pulak yang suspen takut kena marah hahahaha...
Deletemama kak ngah tak boleh kata apa dah..sebab nak pergi perth... bukan perthlis...kikiki
DeleteKan.... dah lepas immigration dah pun... mmg iyer kan je lah hahahaha :P
DeleteOrang kata Perth ni bandar orang pencen. Tenang-tenang saja.
ReplyDeleteAda beli minyak wangi tak? Dulu saya borong sampai 19 botol.... ahaks!
Betul .. Bandar Perth ni tenang tenang jer.. just nice jer.. Tak beli minyak wangi pape pun.. banyak tu smpai 19 botol dibeli hihihii..
DeleteTerkejut tengok harga minyak wangi di sana. Jauh sangat beza dengan negara kita. Sampai ulang pergi dua kali kami beli. Bukan saya saja, tapi semua gang (kami enam orang) beli banyak. Sampai sekarang teringat-ingat, nak beli lagi tapi jauuuhhhhlah pulak!
DeleteKlau dah murah mesti la tergoda membeli nya.. sbb kalau kat negara sendiri lagi mahal kan hihihii... Sy pun shopping sampai dua kali beli baju rompers sbb murah dari separuh harga di Malaysia..
Deletetak sabar next entry! hehehe
ReplyDeleteAduhh.. baru post hari ini.. entey ni hampir 4 hari nak siapkan hahahaa.. sabar lah yer..
DeleteThanks TT follow blog Akak dan banyak tinggalkan komen.
ReplyDeletePatut la masa kami balik Perth aritu asik terjumpa pelancong Msia di mana2, bershopping2an sakan mereka.. oh TT and family rupa2nya.๐
Jarang ada masa sekarang nak blog walking. Sekali datang kita baca la seberapa banyak yang boleh hihihi. Oh yang shopping sakan tu bukan kita yer.. hahahaha.. kita banyak jalan jalan jer.. shopping kureng sikit.. unless ada duit lebih masa last day tu :D
Deletebest entry ni!! i tak pernah lg sampai perth ni. cuma rezeki pergi sydney jer (2x)..dan those days visa senang jer, ie apply online then terus dpt...nowadays rasa tak confident jugak la kalau nak cuti cuti2 OZ ni..err betul ker kena beli tiket flight dulu siap2? dah kalau tak dpt visa, maunya burnt tiket laaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat kunjungan dari Mama Zhafran lagi hihihiii :D
DeleteUish dah pi Sydney dua kali.. kena amik ilmu Sydney dengan MZ ni huhuuu.. Betul tu dulu senang jer kan.. la ni mcm takut jer nak pergi sana..
Ada dgr org kata pi apply visa dulu sebelum beli tiket takut visa tak lulus.
Amboi Kak Ngah tu, macam nak pegi Melaka je dah nak fly baru bgtau mak ye ๐คญ
ReplyDeleteBole la tlg jadi tourist guide lepas ni tuan hehe...
tak tau la apa yg kak ngah tu fikir.. yg kita tau waktu tgh travel semua okey itu jer. Hihihii.. :D
DeleteTourist guide.. tak pandai la kita.. kita travel small group jer..
Perth antara tempat yang best kalau pergi. Kalau ada peluang nak pergi lagi. Drive kat sini selalunya orang ikut peraturan. Takde cilok2 macam kat Malaysia.....
ReplyDeletePerth tempat yg santai tenang-tenang jer.. Kalau drive kereta mesti ngantuk dan boring sebab kena bawa slow jer takut kena speed trap hahaha... :P
DeleteMurahnya tiket flight tu…untung sungguh!
ReplyDeleteKihkih…sempoi eh kak Ngah, dah nak terbang baru bagitau mak. Mujur maknya tak bising, hari raya berjalan ke luar negara ๐
Kena hunting tiket promo Airasia kalau nak tiket murah.. Begitulah rakyat marhain hihihii... Dah berrmohon maaf bagai okla kot.. Kalau hari raya pertama mau kene tibai hahahahaa... Tak tau la mak nyer ok jer...
DeleteWAH SEDANG KUSYUK BACA INFO TRAVEL YA CU
ReplyDeleteDia mewarisi kebijaksanaan ayah nyer.. Moga menjadi seorang traveller yg hebat besar nanti hiihii..
DeleteUih! Tak reti dok diam eh korang?
ReplyDeleteTgh duduk diam la ni uncle... Hahahaa.. :D
Deletemenarik la bro...saya baca pelan-pelan dan terasa nikmat seperti pergi travel juga hehehe...orang kata...tulis guna hati dan sampai ke hati juga
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih atas comment yg membina semangat saya nak terus menulis hihiii.. kita menulis dari pengalaman yg mewarna kan pengembaraan itu.. :D
Deleteat least 3 bln sebelum fly kan kena apply visa ni?
ReplyDeleteApply jer visa tu sebelum ada niat nak pergi Australia. 3 bulan should be okay kot rasanya. Sebab sekali apply dapat jer visa, valid untuk setahun multiple entry gitu. Dah dapat nak renew insyallah tak ada masalah.
Deletelepas guna petrol kita kena kasi penuh balik ke?
ReplyDeleteYer betul masa pulang tu kena make sure petrol tu dekat par yang sama. plus minus sikit ok jer.
Deleteperangai kak ngah tu dah sama mcm sy duluuuu tp sy ok lg. semggu nak pegi baru beritahu mama... ๐ nnt blk kite cover laa dgn mcm2 souvenir so x de sesi soal siasat๐คฃ
ReplyDeleteMemang pun si kak ngah tu ada beli something utk ibu dia.. hahaha.. bab kena sola siasat tak sure la mcm mana kan hihih...
Deletesoal siasat tu biasanya kena tanya "nak g dgn siapa?" then ms kat airport kena hntr selfie dgn member. barulah dpt cop mohor๐๐
DeleteYer laaa.. gegurl kan.. mesti la mak pak risau nak pergi dgn siapa.. ceh padahal boleh jer selfie dgn sesiapa kan kata ini kwn travel sekali hahahaha. .
DeleteMenarik untuk dibaca ni sebab pernah juga ke Perth. Muat ke kereta tu untuk 4 dewasa dan 1 baby car seat tu?
ReplyDeleteAah kereta tu muat.. sebab 5 seater.. Hyundai Ascent.. Baby Car seat letak tgh2 seat belakang.. yg 3 dewasa tu kurus kering kita sorang jer yg mamam hahahaa...
DeleteEh saya kira Malaysian free visa ke Aussie. Krn sesama commonwealth. Ternyata tak ya bang?
ReplyDeleteSaya pun tipe yg tak pernah KSH tahu kalo nak traveling ke parents ๐คญ. Tak baik memang. Tapi saya izin ke husband. Krn negara2 yg saya datangi biasanya yg antimainstream kan. Korut, Belarus, yg macam tuh. Kalo husband dah paham Krn dia pun suka traveling. Tapi parents bisa panjang nanti cerita , makanya LBH suka tak bilang. ๐
Agree ttg check dan videokan atau foto semua sudut kendaraan sebelum sewa. Saya pun begitu. Tak mau kalo nanti kita dituduh merusak .
Teringin juga ke Aussie. Dan new Zealand sebenarnya. Tapi tuhlah, masih mahal ๐. Negara2 lain dulu, baru fokus kesana.
Oh tidak orang Malaysia harus apply visa.. yg free kalau tidak silap saya hanya Singaporean.. Saya pun kalau trip yg panjang sampai seminggu diberitahu sama keluarga besar tapi kalau trip yg sekejap 3 4 hari tu diam diam aja.. hahaha..
DeleteBeruntung dapat pasangan yg juga suka traveling.. kalau di ajak selalu aja diberi "yes" tanpa banyak soal.. Kalau yg ngak suka travelling malah ngak diberi izin travel lagi susah dibuat nya..
DeleteBila sewa keretaharus amik gmbr video bagai utk elak kita di tuduh .. jgn percaya apa yg dikata oleh syarikat sewa kereta ajaa..
Iya NZ sama Aussie mahal benar.. travel ke tmpt lain dulu.. tapi makin lama makin mahal juga jadi nya kos travel ke sana hahaha
pergi time raya..ok jg tu..faham sgt kes Kak Ngah tu...hehe..kalau beritau awal, mesti mak bising..haha..tapi pergi dgn saudara mara, mak pun confidence...bestnya drive kt oversea, belum pernah cuba lg..kena ada international driving licence kan..
ReplyDeleteHari Raya ketiga selepas mohon maaf bagai. So tak ada la nak marah sangat kot hahaha.. Kan kdg2 kalau bgtau awal byk masalah nya hihii.. Tak perlu tunjuk driving lesen Malaysia jer.. Seronok juga amik pengalaman drive krete di negara :D
Deletemasa bw dh sampai part 4 tapi balik ke sini dulu.
ReplyDeleteTerima kasih... Sudi bertandang ke sini membaca hihii... :D
DeleteOkey..gigih nak baca ni..part 1 baru..x peenah lagi travel time raya..kalau nak rasa suasana kena try la kan...mau menangis Pak Zain..hahaha..
ReplyDeleteHahahaa... Tak apa sila kan berkunjung.. Membaca adalah amalan yg mulia.. Sekali sekala beraya diperantauan mengambil pengalaman apa salah nya hihii
Deletemacamana nak drive di australia, apa dokumen yg diperlukan? kena apply international license ke? now kita pun pakai digital license sahaja
ReplyDeleteWaktu kami ke Australia.. Tak perlu apply international license. Cukup sekadar dgn Malaysia Driving License sahaja. Untuk sekarang digital license ni aaaaa.. Kena tanya JPJ atau boleh check di website kedutaan Australia.
DeleteBoleh tanya nama apartment tu?nampak selesa๐๐
ReplyDeleteAll Suite Perth Apartment. Memang selesa.. recommended sgt and walking distance to Hay Street Mall.. :D
Delete