Pages

Sunday, 3 November 2024

Bali Part 5 : Lunch Di Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku - Pekan Ubud

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 4 : Abian Desa Padi Terrace - Tegallalang Pakudui

Perjalanan kami diteruskan lagi selepas penat bergambar sawah padi bertingkat di Tegallalang. Dan masa ni perut masing-masing dah kelaparan yang teramat. Masuk jer dalam kereta avanza Pak Supir terus aku tunjukkan lokasi restoran halal yang telah aku search sebelum datang ke Bali.

Masa di Tegallalang kami tak turun sangat ke bawah especially area sawah padi sebab padinya telah dituai. Maka pemandangan tidaklah begitu cantik atau menarik untuk bergambar. Ditambah lagi dengan cuaca yang agak panas. Tapi orang putih memang selamber jer berjalan tengah panas nak bergambar di batas sawah padi.

Selamat Datang Ke Restoran Nasi Ayam Kedewataan Ibu Mangku - Ubud.
Restoran Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku yang terletak di Pekan Ubud. Dan Pak Supir pun okay sebab katanya dalam satu perjalanan ke hotel yang kami telah booking. Tak sampai 30 minit lebih kurang 11 km dari Tegallalang, Alhamdulillah kami sampai dan terus pak supir mencari parking. Agak ramai juga pengunjung pada ketika ini.

Perjalanan memakan masa 25-30 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas.
Suasana biasa ketika perjalanan dari Tegallalang ke Ubud kata Pak Supir.

Syukur ada penjaga jalan yang disediakan oleh pihak restoran untuk para pengunjung yang hadir ke sini. Tiada bayaran parking yang dikenakan disebabkan yang hadir ke sini pasti akan menjadi tetamu bukan ke tempat lain. Kerna di sini adalah kawasan perumahan semata-mata.

Apa yang aku amat tertarik di restoran ini adalah suasana tempat makan yang unik seperti di halaman kampung. Ada meja yang disediakan di sebelah kolam, ada di anjung rumah, ada di bawah pokok, ada tempat makan bersila di dalam gazebo. Seperti nya pilih aja tempat makan mana yang enak di mata kita.

Jom lihat area tempat makan yang disediakan dalam restoran ini.
Salah satu tempat makan duduk bersila yang disediakan.
Tempat makan dengan suasana kampung. Tenang dan aman jer rasanya :D
Laluan dari kaunter dihadapan menuju ke arah tempat makan di belakang.
Kami memilih untuk duduk makan bersila di salah satu gazebo yang terletak di bahagian belakang. Dengan suasana yang dihiasi pokok-pokok dan rumah kampung serta bunyi serangga haha.. felling dia memang best sangat-sangat. Oh ya tempat makan indoor juga disediakan tapi nampak tiada yang berminat sebab nampak kosong sahaja.

Ini tempat makan yang paling belakang sekali.
Ust Anas "Buah ni boleh makan ke tidak?" Cikgu Hani "Cuba tanya patung tu".
Gazebo belakang Cikgu Hani tu lah tempat kami duduk :D
Ukiran dari Buah Kelapa. Memang kreatif orang-orang di Bali ini.
Menu makanan di sini sangatlah simple hanya ada 4 jenis hidangan sahaja. Dan Nasi Ayam Kedewatan Special adalah sangat recommanded iaitu Nasi Putih dengan lauk dipisah yaitu Ayam Gerangasem (Ayam Goreng), Ayam Suir, Ati Ampela, Sayur Urab, Kacang Goreng, Sambal Embe, Telur Pindang, Sate Lilit, Pepes Ayam, Gorengan Kulit Ayam dan Kuah Betutu berharga IDR35,000 bersamaan MYR9.75 sahaja.

Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku telah beroperasi semenjak 1963. Pada awalnya Ibu Mangku telah berniaga dari satu tempat ke tempat yang lain dan pada tahun 1968 Ibu Mangku telah mendapat satu tapak untuk berniaga dan beliau telah berniaga selama 18 tahun dan kemudian beliau berniaga di rumah sendiri iaitu di lokasi sekarang ini.

Menu makanan bermula IDR15,000 sehinggalah ke IDR35,000.
Dan pada tahun 2003 dan 2006 dua cawangan telah dibuka iaitu di Jalan Tukad Badung Nomor 11 Renon, Denpasar dan di  Jalan Kayu Jati Monor 12 Petitenget, Seminyak oleh anak-anak beliau dengan mengekalkan keaslian rasa dan cara masakan yang traditional. Dan jika ke cawangan di Denpasar akan ada 5 hidangan dan di Seminyak cuma ada 3 hidangan sahaja.

Kelihatan hampir kesemua tempat dipenuhi pengunjung semasa kami ingin pulang.
Ust Anas dengan Cikgu Hani dan wife aku pilih Nasi Ayam Kedewatan Special IDR35,000 x 2. Dan aku bersama Pak Supir pilih Nasi Ayam Kedewatan Biasa IDR30,000 x 2. Dan aku dengan wife minta nasi tambah serta ayam goreng extra. Lapar sangat sebab dari petang semalam sebelum flight kami tak makan nasi atau proper food lagi. 

Menu makan tengah hari kami di Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku.
Okay makanan dah sampai jom kita makan sama-sama. Kali ni Pak Supir ada makan sekali :D
Bagi aku memang sedap hidangan nasi ayam ini ditambah lagi ada kuah kosong yang cair tapi sedap yang dihidang dalam mangkuk kecil. Rasa dia macam ada la ala-ala gulai ayam cara orang utara masak. Nasib kuah ni free so kami minta refill dua kali huhuu.

Kami hanya ambil keropok ikan sahaja. Yang baju putih la Pak Supir kami.
Kerepak Ubi, Kerepek Pisang dan Pisang Salai juga ada dijual di sini.
Di hadapan Restoran Nasi Ayam ini terdapat sebuah Pura (Temple).
Dan sebelum kita masuk ke bahagian tempat makan kita boleh memilih beberapa jenis keropok yang disediakan di hadapan kaunter. Ada banyak jenis keropok termasuklah keropok ikan dan udang. Tapi yang paling best adalah keropok kulit lembu (Sapi). So kalau nak selamat bertanyalah dahulu sebelum ambil mana-mana keropok.

Oh ya cara order makanan adalah kita duduk terlebih dahulu di tempat mana yang kita mahu. Tapi jika keadaan penuh dengan pengunjung kita harus menunggu di depan kaunter sehingga dipanggil dan diberikan tempat duduk but in that case kita tak boleh la nak pilih tempat mana yang kita nak duduk.

43 comments:

  1. Syukur sbb ada tmpt mkn halal..sedap dan murah jugak harganya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat makan ni agak famous di Bali tapi harga dia still murah utk marhain huhu..

      Delete
  2. Kulit lembu pun boleh jadi keropok... Apa lah rasenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keropok Kulit Sapi agak famous di Indonesia.. Boleh cuba la kalau ada peluang nanti :D

      Delete
    2. Kerupuk kulit sapi itu emang enak dan gurih...di rumah makan Padang biasanya selalu ada jual kerupuk kulit sapi bang...itu ciri khasnya.

      Delete
    3. Pernah makan beberapa kali semasa travel ke Indonesia. Memang enak kdg2 lupa ia berasal dari kulit sapi.. Okay makanan padang pasti ada kerupuk kulit sapi ini .. Terima kasih info nya :D

      Delete
  3. Makan duduk cara lesehan rasanya lebih selesa.. makanan pun nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduh di lantai dgn suasana kampung memang menambah selera kan :D

      Delete
  4. Bg Sy makanan² depa semua sedap²... Nasi pun sedap & wangi :)
    Tempat ni lawa 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan walau yg membuatnya adalah dari melayu tapi ada beza dari cara dan rempah ratus nya.. Tempat makan ni mmg unik sgt :D

      Delete
  5. Patutlah biasa baca nak makan kat Bali ni kena berhati². Susah juga nak membezakan antara Hindu dan Islam dari paras rupa mereka berbanding di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes memang kena makan berhati-hati.. Kalau yg ada tulis halal tu mmg bersyukur sangat. Kalau ada masjid insyallah adalah komuniti Islam dan makanan halal.. :D

      Delete
  6. Mcm mkn nasi campur. Okla kalau blh telan masakan di sana. Saya mmg tak lalu mkn masakan di Bali masa berkunjung tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut citarasa masing-masing.. kalau tak boleh kena layan IndoMee jerlah setiap masa di Bali :D

      Delete
  7. Ya Allah, macam mana lah saya yg sering ke Bali tak pernah makan sini 😂😂😂😂. Memang lah, suka ngadi2 si Fanny ini 🤭.

    Tapi saya tahu kok nasi ayam Bu mangku. Cuma Krn di Bali selalunya ke tempat2 lebih ke atas lagi, makanya jarang ke daerah Ubud.

    Cantiiik ternyata tempatnya yaa. Saya pikir biasa saja, macam restoran legend yg sudah lama. Ternyata estetik mereka buat.

    Hrg pun tak mahal. 😍.

    Kerupuk kulit sapi, di sini sebutnya kerupuk rambak atau kerupuk jangek. Saya biasa saja, tp anak saya suka sangattt. Cuma kalo ada penjual yg menawarkan tanya juga dari kulit apa bang. Kalo di luaran suka ada yg dari kulit babi juga soalnya. Tapi biasa kalo mereka lihat pakai hijab, tak akan ditawarkan. Dulu saya ditawarin Krn belum pakai hijab. JD dia pikir non muslim

    Di Bali, pengendara motor dan mobil memang sopan. Mereka tahu kapan harus gantian lewat di jalan sempit. Kalo di JKT pun susah yg nak tolerate seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah tak apa.. sebab tempat makan kan banyak di Bali tak semestinya wajib ke Nasi Ayam Ibu Mangku ini.. Btw apa makna Kedewatan itu? Sudah di cari tapi ngak dijumpai apa makna nya hahaha..

      Okla harga makanan nya yidak begitu mahal.. Sesuai lah kalau dtg seisi keluarga..

      Delete
    2. Itulah memang tak berapa berani nak mkn keropok kulit sapi takut juga kalau yg dijual itu kulit babi.. lebih lagi di Bali.. Kalau di tempat lain mungkin tidak kerisauan bangat..
      Pak Supir ini mmg terbaik mmg tahu mana jalan harus dipotong moga cepat sampai :D

      Delete
  8. Best nya dah ada lebih banyak kedai halal di Bali. Thanks for sharing Afif, excited pulak nak pergi lagi. Nampak makanan di order tu, alahaiii lapar la pulak. Memang kreatif ya, boleh pulak diukir buah kelapa jadi muka. Di sana memang banyak temple kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Ubud dgn Denpasar banyak makanan halal. Dan agak mudah utk dijumpai. Kita kongsi pengalaman kita yg biasa biasa travel backpack jer.. okla nak repeat Bali nanti bgtau la haha.. mana tau blh ikut sekali..

      Delete
  9. Saya dah pergi Bali for honeymoon awal tahun haritu. But reading your blog, rasa kene repeat untuk pergi tempat yang you pergi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. First thank you for coming here.. nanti jgn lupa tekan follow button yer hihii..
      Saya pun repeat semula sebba banyak tempat yg tak sempat nak pergi tempoh hari.. by the way thanks agains :D

      Delete
  10. Buah kelapa tu? Seram la pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah buah kelapa tu.. Nasib siang uncle.. kalam malam seram la jugak..

      Delete
  11. aku belom pernah merasakan sambal embe ...kayaknya enak ya...kalau ibu mangku di bali ini emang terkenal...tapi aku blom pernah ke sana. sepertinya menunya enak enak cuma aku pasti pilih yang sayuran atau ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan nya enak sekali.. Rasa nya mmg terkenal ibu mangku sebab pengunjung yg tidak putus putus dtg makan di sini.. Moga biasa ke sana nanti bersama keluarga.. mmg menu nya sayur dan ayam sahaja :D

      Delete
  12. Luas tempat makannya, tapi memang lebih santai dapat makan di luar.
    Terkejut kita tengok macam kepala orang, rupanya kelapa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas dan tenang vibe kampung dalam hutan gitu hahaha.. seronok makan kat sini.. Kepala kelapa tu biasa .. dri patung patung yg menakutkan di Bali huhuu..

      Delete
  13. Lagi travel di Bali ya... 😄 luar biasa

    ReplyDelete
  14. Suasana di restoran demikian nyaman ya Mas. Bagian luar yang asri dan bagian dalam yang tertata rapi. Ada juga tempat makan untuk duduk bersila, kalau disini istilahnya makan secara "lesehan:.
    Menu makanan nya sederhana saja. Tapi cara penyajiannya cukup baik dan sangat mengundang selera dilihat dari fotonya. Dan harganya cukup terjangkau dan boleh dibilang murah untuk kawasan wisata.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat nyaman suasana tempat makan nya. Boleh pilih untuk makan di mana sahaja di dalam restoran ini. lesehan kalau di Malaysia duduk bersila nama nya.. apa pun harga makanan nya boleh dibilang murah utk kwasan wisata sebegini :D

      Delete
  15. ukiran kat buah kelapa agak menakutkan jugak. haha

    tapiiii makanan tuu nampak menyelerakan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ukiran di buah kelapa tu nampak kreatif dan seram pada yg sama hihii.. Makanan di Ibu Mangku agak menyelerakan:D

      Delete
  16. Seronoknya jalan-jalan ke Bali. Macam-macam pengalaman menarik boleh dikutip. Saya memang kagum dengan negara jiran kita ini, penuh seni dan kaya budaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok terasa kelainan.. culture shock juga la hihii.. muka sama tapi agama dan semua benda lain tak sama..

      Delete
  17. Saya tau tempat ini dari beberapa youtuber yang sering nge vlog kulineran di sini...emang bagus ya..duduk ngeleseh itu nyaman banget hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana tempat makan yg cukup selesa dan nyaman.. duduk ngeseh seperti di perkampungan dahulu..:D

      Delete
  18. tampak mewah bila ada persekitaran dan suasana sebegitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Nampak macam mewah tapi harga marhain.. okla compare dgn tmpt lain yg mahal huhuu...

      Delete
  19. Cantik sangat restoran ni! Mengekalkan ciri2 kesenian bali. Saya kalau datang tmpt mcm ni pun mmng akan pilih nk makan di gazebo berbanding indoor. Barulah terasa vibes balinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang nak enjoy the moment sebab tu pilih duduk bersila di gazebo yg belakang sekali.. mmg betul terasa vibe bali nya :D

      Delete
  20. Kemas dan selesa tempat makannya, ini kalau duduk lama sambil chit chat pun takpe (tapi waktu tak ramai orangler kan..)
    Akhirnya.. ada juga terselit pak supir di dalam gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kami makan dan berehat di sini mmg nyaman.. tempat duduk agak banyak dan kawasan amat luas.. Makan pun santai2 sahaja.. Pak Supir tak blh lari kali ini hihi :D

      Delete