Pages

Tuesday, 19 November 2024

Bali Part 9 : Short Trekking To Beauty Leke Leke Waterfall At Tabahan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai makan tengah hari di Restaurant Bebek Joni kami meneruskan perjalanan ke Bedugul. Namun dalam perjalanan ketika baru sahaja keluar dari Pekan Ubud, Pak Supir bertanya "Mahu berhenti di waterfall?" Aku pun membalas "Boleh ke dan cukup ke masa kalau nak ke waterfall?". 

Pak Supir kata ada satu waterfall ini sebelah sahaja dengan jalan besar. Kalau mahu kita bisa berhenti kerna nanti di Bedugul pun ngak ada apa-apa aktiviti selain sightseeing sahaja. Lagi pun kalau berhenti harganya tetap sama "Saya ngak ada charge tambahan".

Leke Leke Waterfall @ Tabahan antara waterfall yang paling famous di Bali.
Dan Pak Supir kata kalau mahu berhenti pun waktu masih awal tak ganggu waktu ketibaan di Bedugul. Kami pun setuju sahaja. Perjalanan dari Bebek Joni ke Leke Leke Waterfall mengambil masa lebih satu jam disebabkan jalan yang dipenuhi dengan kenderaan walaupun jarak hanya dalam 33 km sahaja.

Perjalanan hampir satu jam dengan jarak sejauh 33 km dari Ubud ke Leke Leke Waterfall.
Yang berbaju putih inilah Pak Supir kami. Bayaran masuk seorang adalah IDR50,000.
Mungkin sebab kepenatan trekking di Campuhan Ridge Walk dan kemudian rushing nak check out kemudian makan tengah hari. Akhirnya kami semua tertidur dalam perjalanan ke Leke Leke Waterfall. Aku hanya tersedar dalam 10 minit sebelum sampai di persimpangan waterfall.

Sampai di entrance Leke Leke Waterfall penjaga parking mengarahkan kereta di parking mengikut susunan yang telah ditetapkan. Tiada bayaran parking dan nampak gaya waterfall ini macam hak milik persendirian. Dan bayaran masuk untuk seorang adalah IDR50,000. Kalau ditanya, aku memang recommend untuk datang ke Leke Leke Waterfall ini.

Okay jom ke waterfall  sementara cuaca masih lagi baik dan nyaman.
Selepas dari pintu gerbang ini bermulalah trek sejauh 200 meter ke waterfall.
Banyak lak buah durian di sepanjang trek ni. Tak ada la pulak nampak yang gugur ke tanah :P
Untuk sampai ke waterfall ada sedikit perjalanan trekking menurun bukit lebih kurang 200 meter. Dan terdapat sebuah jambatan buluh di pertengahan perjalanan untuk kita lintasi sebatang anak sungai sebelum tiba di waterfall. 

Setiap beberapa minit pasti akan berselisih dengan pengunjung lain yang datang dari pelbagai negara. Memang tak sunyi langsung keadaan dan suasana di sepanjang trek. Kami yang berempat ni pun boleh tahan kecoh asyik nak tergelak-gelak jer :D

Trek tak la susah sebab dia dah buah lalu menurun sehingga ke Jambatan Buluh.
Once dah sampai di Jambatan Buluh ini maka dalam 50 langkah sampailah ke Leke Leke.
Oh ya masa nak masuk di entrance trekking ini. Kami diberikan minum Jus Kunyit dan hanya aku dengan Ust Anas sahaja yang berani mencuba itu pun minum sikit dan baki curi-curi tuang ke tanah hahaa. Tak leh nak telan mungkin sebab rasa kunyit yang pekat dan dalam mindset kunyit tu untuk masak jer bukan buat jus :D

Jus Kunyit Segar diberi percuma kepada setiap pengunjung yang datang.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit trekking untuk sampai di Leke Leke Waterfall. Kelihatan ada lebih 20 pengunjung yang hampir kesemuanya pelancong bawang putih. Boleh pulak buka baju dan hanya berpakaian dalam yang kecik tu jer. 

Kami pun turun sekejap dan celup kaki dalam air buat rasa-rasa sebab dah sampaikan. Dan kemudian memulakan sesi bergambar dan selesai bergambar kami terus beredar dari Leke Leke Waterfall. Sebab kami tak bawa baju mandi dan kedua takut kepala air di jambatan buluh tadi sebab cuaca nampak mendung.

Inilah dia Leke Leke Waterfall salah satu antara puluhan waterfall di Bali.
Awan dah mendung moh ler kita cepat-cepat balik ke entrance masuk tadi.
Terdapat sebuah cafe yang terletak di laluan keluar. Yang tak nak ke waterfall boleh la lepak sini
Lagi pun kami tidak membawa baju untuk mandi. Dan kelihatan awan pun agak mendung. Maka moh ler kita beredar cepat. Terdapat sebuah cafe di entrance yang mempunyai anjung di lereng bukit. Memang cantik view macam biasa kalau nak duduk menikmati pemandangan bukit bukau yang menghijau kenalah order minuman atau makanan. 

Di sini juga ada aktivti swing dan flying fox seperti di Terrace Padi Tegallalang.
Di sini juga terdapat beberapa aktiviti seperti beberapa jenis swing dan flying fox. Dan di sini tidaklah terlalu crowded seperti di Tegallalang. Dan apa yang best di sepanjang trek ini adalah terdapat banyak pohon buah-buahan seperti Durian, Manggis, Duku, Langsat, Rambutan, Nenas dan sebagainya. Masa ni pulak Buah Durian dah besar menunggu gugur jer.

Warung khas untuk para Supir berehat dan menunggu para pengunjung yang dibawa.
Tu dia dah jumpa Pak Supir nya sedang berborak dipanggil pun tak sedar.
Selesai kami naik ke entrance semula terus mncari Pak Supir yang sedang duduk di pondok menunggu khas untuk para Supir. Sempat juga aku membeli kopi susu ais di sini dengan harga cuma IDR5,000. Kalau di Cafe tadi puluhan ribu huhuu.

Sebelum menaiki kereta kita dibenarkan menggunakan tandas yang disediakan untuk membersihkan kasut atau pakaian jika terdapat kesan tanah atau kotoran yang melekat. Dan bilik mandi juga disediakan jika pengunjung ingin membersihkan diri setelah pulang bermandi mandi di waterfall.

Di sebelah kawasan parking kereta terdapat satu pemandangan yang indah.
Beberapa sawah yang telah sedia untuk ditanam anak pokok padi.
Pada asalnya entry ini ditulis sekali dengan cerita di The Hidden Garden Coffee (Bali Part 10). Tapi sebab entry ini dah terlalu panjang sangat dan terlalu banyak gambar yang aku nak share di sini maka aku potonglah entry ini kepada dua buah entry. Alhamdulillah nampak pendek dan tak lah panjang sangat :D

Bersambung Indonesia Bali Part 10 : The Hidden Garden Coffee House At Tahaban (Under Construction) 

30 comments:

  1. Replies
    1. Mmg cantik view di sepanjang trek hingga ke waterfall :D

      Delete
  2. Jus kunyit kita pun mungkin tak lalu tapi kalau bagi ayam goreng kunyit ke daging goreng kunyit ke laju sahaja habisnya. Makan ok ke di sana? Katanya Bali ni susah sikit nak yakin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam dgn daging goreng kunyit mmg kita nombor satu hahaha.. mmg tak yah tanya mmg terus makan.. Makan agak susah sikit di Bali.. tak banyak yg halal.. especially luar bandar .

      Delete
  3. Best nya. Seronok sangat baca trip Afif, thanks for sharing. Nampak pekat jus kunyit, di sana memang terbiasa minum jus kunyit ni kan, untuk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pekat pun bau dia pun dah buat susah nak minum hahaha.. sebab kita dh biasa kunyit utk mengoreng hahaha.. betul baik utk kesihatan katanya :D

      Delete
  4. berbaloi berhenti...bagusnya paksupir tu...
    yang geram nengok buah durian tuh...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami bila org offer kita on jer la.. sbb kalau supir lain mau ditambah ongkos nya.. Durian tu mmg gemuk2 penuh di se.panjang trek..

      Delete
  5. terbaek entry ni :) nice jer dari segi length :) jus kunyit tu nmpk sgt pekat..saya membayangkan jus lemon sbb warnanya sama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab kalau gabung jadi panjang sangat sebba banyak gmbr yg nak di share dlm entry ini.. Warna kuning mcm dah jadi jus oren pulak huhuu

      Delete
  6. Sejuk dan damai di hutan rimba.
    Tapi kalau hari dah gelap malam macam seram juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu dia buka sampai ptg sahaja.. malam tak buka.. suasana sejuk jer air terjun tu pun sejuk :D

      Delete
  7. Kok kaya bangat ye tuan tanah ni, punya waterfall sekali :D
    Adudu, pekat nampaknya jus kunyit tu. Mesti pure rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm kaya tu mungkin korupsi tu ntah hahaha.. Punyai tanah dan air terjun mmg Kaya Raya lah jawap nya.. pure tu yg tak leh nak telan huhuu.. :D

      Delete
  8. Durian jenis apa tu yang nampak tebal kulitnya.
    Aduhai...disajikan jus kunyitlah pulak. Warnanya cantik, macam jus oren pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam durian musang king.. bau dia pun boleh tahan.. sedap kalau dpt makan.. jus kunyit bau dia jer dah tak boleh nak minum hihii.. sbb biasa goreng ayam jer :D

      Delete
  9. Ju ju ju jusss kunyit? Camana la pulak rasa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap tahu uncle πŸ˜„. Saya dah minum sejak usia 12 tahun, dari awal dipaksa mama, sampai akhirnya sukarela nak minum πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
    2. Macam mana rasa.. ? Uncle try blend la hahaha pastu bgtau hihii

      Delete
    3. Fenny : Kalau udah di paksa dari kecil mmg sudah biasa dgn rasanya hahaha.. mmg skrg jdi selukarela la.. :D

      Delete
  10. Aissssh baru tahu saya waterfall ini. Bali nih memang banyak air terjun apalagi Bali daerah atas. Tp memang kena trekking. Makanya saat kesana saya dan suami tak nak datang ke waterfall. Tapi cantiiik Leke Leke waterfall ini πŸ‘πŸ‘. Dan Krn akses kesana tak susah, mungkin next ke Bali saya nak lihat lah.

    Jus kunyit itu bagi orang Indonesia dah biasa minum. Apalagi wanita. Krn bagus utk mengurangi sakit menstruasi. Tapi memang rasanya ada yg sedap, ada yg kuat sangat. Mama saya biasa buat sendiri, dan sedap Krn ditambahkan asam jeruk nipis , jadi segar. Dan kunyit pun punya banyak manfaat kesehatan. Bagi yg biasa minum, pasti tinggal telan πŸ˜‚. Tapi dulu awal2 dipaksa mama minum, saya pun Susah payah nak telan🀭😁.

    Memang jomplang sangat harga kopi antara warung tempat supir dan kafe itu ya bang 🀭🀭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul itu.. Di Bali ada puluhan waterfall.. Dapat pergi satu pun dah bersyukur..
      Ekses ke Leke Leke Waterfall tidak susah mudah bangat.. Dan tidak jauh dari jalan besar..

      Delete
    2. Itulah rasanya memang sudah biasa di Indonesia minum jus kunyit. Kalau udah dicampur dgn bahan lain pasti ada sedapnya seperti asam jeruk bagai.. Kalau minum semata mata kunyit sahaja pasti susah huhuu

      Delete
  11. Isssh baru tahu pula saya tempat waterfall iniii 😍😍😍. Di Bali memang banyak air terjun trutama yg daerah tinggi. Tapi saya belum pernah visit satupun, Krn aksesnya susah. Tapi saya lihat Leke Leke waterfall ini tak susah sangat kan jalur trekkingnya, jadi bolehlah next ke Bali coba visit.

    Paling malas kalo akses kesana mesti trekking susah payah πŸ˜‚.

    Kunyit nih memang dah macam minuman jamu yg wajib diminum. Sebenernya utk wanita kebanyakan bang. Krn manfaatnya bisa mengurangi sakit menstruasi.

    Makanya saya dulu dipaksa mama minum dari usia 12 tahun, supaya tak sakit saat period. Awalnya memang tak suka. Lama2 jadi biasa. Apalagi mama pandai buat, Krn diksh asam jeruk nipis supaya segar.

    Terakhir ke Bali kami juga diksh minum kunyit. Saya pikir air jeruk 🍊. Langsung teguk tak pakai rasa. Eh ternyata kunyit 😁Hahahaha. Suami yg langsung shock. Dia tak biasa soalnya 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di kawasan berdekatan ada lebih kurang 6 lagi air terjun yg juga cantik dan ada yg masih belum dibuka kepada pelancongan.. kalau ada peluang lgi mmg nak explore lebih byk Waterfall di Bali.. Jalur trek leke leke telah dibuat utk mudah berjalan.. mudah aja..

      Delete
    2. Tiba tiba minum segelas jus kunyit yg difikirkan jus oren.. pasti si suami terkejut hahaha.. Kerna rasanya bukan mudah utk ditelan apatah lagi yg pertama kali mencuba :D

      Delete
  12. What a lovely adventures traveling in Bali. You did great photographs. Sure this travel was so wonderful. Have the best for you, and greetings from Mallorca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much for coming here as well.. Just sharing my travelling experience in this blog to let the people know and see how beautiful the world is :D

      Delete
  13. Maha Kaya betul lah pemilik yang ada tanah siap air terjun/sungai tu.
    Nampak nyaman dan bersih kawasan nya.
    Mana boleh ngelat minum jus kunyit tu, ibu-ibu lepas bersalin elok je minum paksa/rela 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Di Indonesia banyak tanah dan kawasan cantik dimiliki oleh org persendirian .. ngak tahu bagaimana.. Lelaki kena lah mengelat minum jus kunyit.. tak apa lelaki tak perlu dipaksa.. hahaha..

      Delete