Pages

Wednesday, 18 December 2024

Bali Part 15 : Masjid Al Hasanah Canggu Permai - Pantai Berawa - Anika Guest House

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Perjalanan yang hanya memakan masa kurang dari satu jam tapi menjadi lebih 2 jam kerana keadaan jalan yang terlalu mecet. Dan pemandu grab bilang mungkin kami akan sampai ketika waktu sudah malam dan tiada harapan untuk kami melihat suasana cantik matahari terbenam di Tanah Lot.

Pemandangan Sunset di Tanah Lot Temple - Sumber Google.
Dan di dalam kereta aku tanya pendapat semua nak terus ke Tanah Lot atau kita batalkan sahaja dan minta pemandu grab berhentikan kita di mana-mana sahaja. Lagi pun kami belum sempat solat jama Zohor dengan Asar ketika ini. Dan plan asal kami akan solat di musolla bila sampai di tanah lot nanti.

Oleh sebab kami semua belum solat maka terus search di mana masjid yang terdekat. Dan Masjid Al Hassanah Canggu Permai adalah yang paling dekat sekitar 20 minit dari tempat kami berada. Dan paling penting masjid itu berada di luar jalan utama yang mecet. 

Masjid Al Hassanah Canggu Permai yang telah siap direnovasi pada tahun 2019.
Bentuk asal Masjid Al Hasanah Canggu Permai sebelum dinaik taraf pada 2019
Alhamdulillah kami sampai di masjid setengah jam sebelum masuk waktu maghrib. Oleh sebab beg kami banyak maka aku inform pada yang lain untuk semua solat sendiri sebab ada yang nak ke tandas terlebih dahulu dan seorang kena jaga semua beg di satu tempat dan akulah yang volunteer kan diri.

Harga sepinggan IDR10,000 sahaja. Dimakan bersama sambal kuah kacang.
Sambil aku menjaga beg di bahagia luar koridor masjid terlihat seorang pakcik berniaga sesuatu. Dan pondok kecil yang berada di atas motor beliau berniaga tertulis Batagor & Siomay Bandung. Aku pun tak tahu apa benda tapi nampak macam dimsum kukus dengan goreng. Maka aku pun order sepinggan sebab dah kelaparan yang amat time ni.

Harga cuma IDR10,000 sahaja sepinggan. Dan yang penting pakcik ini pakai kupiah dan berniaga di parking masjid insyallah halal. Elok ngam habis makan Cikgu Hani dengan wife aku keluar. Maka tidak mereka tahu aku dah makan sesuatu tadi hahaha. 

Bentuk asal masjid yang mempunyai kubah sebelum diubahsuai menjadi 3 tingkat.
Ruangan dewan solat utama Masjid Al Hassanah Canggu Permai.
Selesai solat terus kami ikut supir untuk ke pantai yang berdekatan dan bawa kami ke hotel.
Okay ada satu kejadian yang aku nak cerita ketika nak solat maghrib berjemaah di masjid ini. Sebelum masuk waktu magrib aku dengan ustaz anas letak semua beg di saf paling depan hujung kiri. Dan space untuk letak beg tu pun hanya untuk satu orang berdiri sahaja. Dan aku bersapa dengan para jemaah yang hadir menunggu maghrib.

Alhamdulillah disambut baik dan ramai yang bertanya dari mana. Bila disebut dari Malaysia ramai yang bercerita pernah ke Malaysia dan ramai yang berkata kitakan serumpun kalau perlukan apa-apa bagitahu aja kami para jemaah di sini. Setelah masuk waktu dan bersolat sunat tiba-tiba ada seorang pemuda datang dan berkata "Pak tas dan bagasinya minta tolong letak di luar ya".

Masa ni sampai di pantai amik gambar sekeping dua lepas tu terus gerak keluar.
Finns Beach Club is one of the biggest club di Kepulauan Bali.
Pemandangan Sunset di Pantai Berawa yang terletak tidak jauh dari Bandar Denpasar.
Aku pun kata tak boleh ke letak sini dan dia kata lagi tas ini semua menggangu jemaah. Tiba-tiba salah seorang pakcik yang berbual dengan aku tadi kata "Biarkan aja tas nya di sini. Mau letak di mana? Di belakang? Kalau hilang kau mau ganti?". Masa ni suasana dan jadi senyap dan aku dah serba salah.

Warung Seafood Muslim yang kami berhenti makan. Disebabkan semua keletihan, exhausted, lapar maka tak ada seorang pun yang snap gambar makan malam tu.
Oleh sebab dia seorang jer yang buat kecoh dan para jemaah lain semua setuju aku letak beg kat situ. Tiba-tiba aku bangun sambil memegang beg dan berkata "Kalau tak boleh letak beg di sini ngak apa saya solat aja di luar". Terus jadi kecoh sambil ada yang marah pemuda tadi. Dan tiba-tiba Pak Imam bangun "Biarkan aja beg di situ mereka kan musafir".

Alhamdulillah at last kami sampai di Anika Guest House.
Lobi Hotel Anika ini cantik dan kemas. Reception pun sangat membantu :D
Dalam hati aku padan muka kau dah sibuk kenapa, perasan bagus nak suh letak beg kat belakang pulak. Selesai solat ada yang bertanya nak ke mana, kami jawap tak tahu lagi mungkin ke pantai berdekatan dan kemudian ke hotel. Dan kemudian kami disapa oleh seorang jemaah "Saya bisa bawakan ke pantai dan kalau mau ke mana lagi dan kemudian ke hotel dengan harga IDR200,000".

Katil Queen lengkap dengan aircond, tab mandi dan ada ruang rehat di luar bilik.
Dalam bilik Peti Ais dan Tv. Sangatlah berbaloi dengan harga RM44.00 semalam.
Kami pun terus on sebab badan dah penat sangat. Kami terus ke Pantai Berawa yang tak jauh dari masjid. Tapi kami turun sekejap tak sampai 10 minit sahaja sebab pantai ini penuh dengan bar dan night club dari hujung ke hujung dengan orang macam tak berbaju bagai. Ditambah lagi dengn muzik yang kuat.

Unexpected ada swimming Pool yang cantik yang terletak di entrance gate utama.
Terus aku cakap dengan yang lain "Jom la pergi kang mati kena bala kat sini sia-sia jer." Kami minta dengan pak supir untuk keluar dari area pantai dan singgah sebentar ke kedai serbaneka nak beli something untuk alas perut. Dalam perjalanan ke hotel pak supir kata kalau nak makan dia boleh berhenti di warung makan milik orang islam.

Selepas makan malam kami terus ke Hotel Anika. Kenapa stay di sini? Sebab ia terletak walking distance ke Ngurah Rai International Airport untuk kami balik esok malam. Walking distance ke Masjid Nurul Huda dan Bulatan Satria Gatotkaca Park. Walau murah bertaraf dua bintang tapi ada swimming pool yang cantik. Harga bilik kami cuma RM44.00 semalam.

21 comments:

  1. Wow..Cantik view nih..Bleh la bgtau bos sy...Kot2 ade rezeki utk next company trip =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu sbb flight ke Bali tak la mahal sgt2 tapi kena naik airasia la..Moga ada rezeki ya :D

      Delete
  2. Replies
    1. Betul nice hotel berbaloi dgn harga murah.. :D

      Delete
  3. Hotel di Indonesia ni cantik dan murah kan. Best nya Bali dah banyak makanan halal. Thanks for sharing Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jer yg mahal tapi byk yg murah dan agak menerujakan. Just kena pandai cari insyallah. Makanan halal area town insyallah mudah sikit.

      Delete
  4. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan bermusafir cantik n selesa hotel sewapun amat rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dipermudahkan urusan ketiak berkelana sebagai musafir. Dpt hotel murah yg selesa mmg seronok dan nikmat sgt :D

      Delete
  5. Pernah makan batagor di Bandung dulu. Kata kawan batagor tu = bakso tauhu goreng.
    Cantik dan murah hotelnya 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam dimsum pun jugak.. tapi memang sedap hihi..
      Okla sepanjang penginapan di Bali alhamdulillah dapat yg murah..

      Delete
  6. Hamboiii... kenyang sendiri je 😁
    Lengkap bilik hotelnya walau 2* je dan harganya nampak macam tak berapa nak masuk akal. Berbaloi betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Dah ada rezeki depan mata kita ngap la dulu huhuu :D
      Hotel okla serba lengkap walau semua biasa jer.. yng penting selesa nak tidur kan..

      Delete
  7. Rezeki anak Soleh....semua di permudah...jangan kapok main ke Indonesia ya bang hehe...memang ada saja ya kalau jalan di suatu tempat ketemu hal tak terduga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bila bermusafir byk benda yang Allah permudahkan :D
      Tak pernah serik berkunjung ke Indonesia.. Hampir 10 kali ke indonesia :D

      Delete
  8. Aisssh sayangnya tak jadi ke tanah lot bang . Saya baru 2x kesana, tp tak pernah saat sunset. Selalu siang hahahahah. Tak apalah, sebab view dia memang cantik, walo tak sunset atau sunrise.

    Nasib baik pak imam dah bertitah 😄. Tak berani jadinya laki Sorang tuh. Saya pun biasa selalu letak tas di depan saya kalo nak sholat di mesjid. Kecuali ada yg jaga. Kalo tak, bisa hilang selesai sholat.

    Itulah kenapa saya tak suka pantai di Bali, sebab ramai beach club, bar etc 🤣🤣. Nak healing malah jadi stress dengar lagu2 dugem mereka 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah syg bangat tak dpt ke Tanah Lot.. tapi syukur dah jejak ke byk tmpt di kawasan luar bandar.. mungkin jika ada rezeki next time boleh focus pada area denpasar dan kuta pulak.. hanya ada 4 hari penuh di Bali.. next time harus spend seminggu :D

      Delete
    2. Itulah nasib baik pak imam bertitah membantu keadaan.. bila ke masjid utk bersolat tas harus letak di depan.. lagi lagi kita bukan warga tempatan.. kalau kehilangan payah jadinya.. kalau di bali harus ke luar kota jgn ke pantai.. susah mau healing hihihii

      Delete
  9. Alhamdulillah sepertinya semua urusan dipermudah, termasuk kejadian di masjid itu. Masjidnya terlihat bagus, dan jamaah disana sepertinya ramah-ramah kepada tamu.

    Wah sempat makan batagor juga disana Mas. Makanan itu memang awalnya mulai diperkenalkan di kota Bandung. Batagor singkatan dari "bakso tahu goreng".

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh baru saya tahu Batagor itu singkatan dari Bakso Tahu Goreng... Ketika makan berasa kurang pasti apakah ia.. tapi tahu ia halal maka saya makan terus hahaha.. :D

      Delete