Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Kazakhstan Almaty Part 2 : Almaty Arbat Apartment - Best Location & Friendly Owner
Ketika sampai di apartment malam tadi dan selesai urusan dengan owner, jam telah menujukan pukul 10.30 malam. Lepas selesai mandi dan uruskan anak-anak. Terus aku cakap dengan wife nak keluar sekejap untuk cari makanan buat makan sahur nanti.
Alhamdulillah tidaklah susah dengan hanya berjalan kurang 400 meter kelihatan banyak kedai runcit dan banyak restoran halal yang masih buka di sepanjang Kunaev Street ini. Aku membeli susu segar paket, roti, jus buah, beras dan satu salami daging yang bertanda halal. Pada mulanya tak sure daging atau ayam tapi ada tanda halal kita beli jer lah.
![]() |
Simpang empat antara Gogol Street dan Kunaev Street sebelum masuk ke Panfilov Park. |
![]() |
Berjalan kaki sejauh 250 meter dengan suhu +1 degree menuju ke Panfilov Park. |
Lebih kurang setengah kemudian barulah aku pulang dan kelihatan wife menarik nafas lega dan berkata "Gelisah saya dibuatnya, sebab kalau jadi apa-apa pada awak tiada siapa yang tahu". Aku hanya sekadar memberi senyuman sambil berkata "Insyallah okay, kan bulan puasa ni". Dalam hati lupa ke husband you ni backpackers hardcore hahaha.
![]() |
Ascension Cathedral - The Second Tallest Wooden Church in The World. |
Alhamdulillah waktu bersahur kami makan nasi dengan lauk instant. Selepas solat subuh kejut the kids untuk bersiap-siap nak berjalan di are Panfilov Park. Disebabkan malam tadi hujan maka pagi ini cuaca drop +1 degree dan jatuh minus dalam beberapa waktu. Walau jalan masih basah the kids dah excited nak keluar berjalan.
Kami berjalan sejauh 250 meter dan sampai di simpang empat sebelum masuk ke area park. Dan terlihat sebuah kedai bakery and cafe di sini tapi disebabkan masih awal ia masih belum dibuka. Maka aku dengan wife decide nanti on the way balik boleh bagi the kids makan di sini. Lepas penat mesti lapar dan balik nanti boleh terus tidur.
![]() |
Kalau bukan musin winter akan penuh dengan bunga di hadapan church ini. |
![]() |
Dikatakan pada permulaan binaan church kayu ini tidak menggunakan sebatang paku pun. |
![]() |
Selain musim winter area lapang ini akan ada ramai orang berjualan. |
Dan kami meneruskan perjalanan menuju destinsi pertama iaitu Ascension Cathedral. Elok sampai tiba-tiba hujan renyai maka bertuduhlah kami sekejap di sini. Russian Orthodox Church ini juga dikenali dengan nama Zenkov Cathedral. Siap dibina pada tahun 1907 dengan ketinggian 56 meter dan menjadi The Second Tallest Wooden Church in The World.
Dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kecuali Ahad dibuka seawal dari jam 6.00 pagi. Pernah dijadikan sebagai Central State Museum oleh Kazakh Soviet Socialist Republic dari tahun 1930 sehingga 1940.
Pada Mei 1995 kuasa pegangan bangunan ini telah diserah semula kepada Russian Orthodox Church Authority. Pada Jun 2005 National Bank of Kazakhstan telah menggunakan Ascension Cathedral ini sebagai ukiran pada duit syiling 500 Tenge bagi mempromosi kefahaman dan budaya kepada rakyat Kazakhstan.
![]() |
Berjalan dari Ascension Cathedral ke Memorial of Glory di Panfilov Park. |
![]() |
Mak ayah berpuasa maka kita jalan tenang-tenang. Cuaca sejuk tak la rasa penat sangat. |
Selesai hujan renyai kami pun mula pusing satu cathedral ini. Teruja juga sebab first time tengok church berseni bina orthodox ni. Nak masuk tak boleh sebab pagi ni macam ada sesi sembahyang kalau tak silap. Dan the kids pun ada sekali so tak perlu la nak masuk amik gambar di dalam.
Dari info bacaan di internet jika selain musim winter akan ada orang berjualan di kawasan lapang sebelah cathedral ini. Dan ada banyak mainan untuk kanak-kanak bermainan disediakan. But somehow park ini kawasan orang bawa anjing berjalan-jalan. Syukur datang waktu winter maka kuranglah manusia bersiar-siar apatah lagi yang membawa anjing.
![]() |
28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial of Glory) |
![]() |
Memperingati askar Kesatuan Soviet yang meninggal ketika Pertempuran Moscow. |
Dan kemudian kami berjalan ke arah 28 Panfilov Guardsmen Park yang terletak 50 meter ke arah belakang church. Dikenali juga dengan nama Memorial of Glory. Walau jalan ketika ini basah dek hujan renyai yang turun tadi but the kids still enjoy the walk dalam kesejukan.
Dibina bagi memperingati 28 askar dari unit infantri Alma-Ata Tentera Merah yang dilaporkan meninggal dunia semasa Perang Dunia II dalam Pertempuran Moscow. Mereka diingati kerana berjuang bermati-matian bagi menangguhkan kemaraan Jerman ke ibu kota Soviet di Moscow semasa Operasi Barbarossa.
![]() |
Terdapat api yang menyala semenjak memorial ini dibuka sehinggalah sekarang. |
![]() |
Mempeingati tahun 1941 sehingga 1945 adalah tahun berlakunya Perang Dunia Kedua. |
![]() |
Affan adalah orang paling excited sebab dia memang suka anything about army. |
Pada 22 Jun 1941 Adolf Hitler telah melancarkan Operasi Barbarossa. Kempen pencerobohan Kesatuan Soviet atau USSR. Ia adalah permulaan kempen yang pada akhirnya meletusnya Perang Dunia Kedua secara besar-besaran. Hitler menganggap Kesatuan Soviet sebagai musuh semulajadinya walau pada ketika itu Kesatuan Soviet tidak memberi sebarang tindak balas atas penjajah German ke atas Poland.
Selama lebih setahun lamanya dari musim bunga 1941 sehingga musim sejuk 1942, Pihak Nazi telah membuat perancangan secara rahsia bagi menyerang Kesatuan Soviet. Lebih 5 juta Tentera Nazi telah menyerang Kesatuan Soviet disepanjang perbatasan 1,800 batu iaitu dari Laut Baltic sehinggalah ke sempadan Poland - Ukraine.
![]() |
Ada satu lagi monument tapi tak faham sebab tak ada tulisan yang boleh difahami. |
![]() |
The kids yang minta untuk bergambar di semua tempat. Kita layan jer lah :D |
![]() |
So apa kena mengena park ini dengan Kesatuan Soviet dan Operasi Barbarossa? Ini kerana Kazakhstan berada di bawah Kesatuan Soviet sebelum merdeka pada tahun 1991 selepas kejatuhan USSR. Oleh itu seramai 28 orang askar dari Almaty, Kazakhstan ini telah berjuang dibawah Tentera Red Army ketika mempertahankan Moscow semasa Operasi Barbarossa.
Mereka telah terkorban ketika menangguhkan kemaraan Tentera Nazi ke arah Moscow yang mana sehingga akhirnya pihak Nazi tidak berjaya menyerang atau menaklukh Moscow sehinggalah habis Perang Dunia Kedua. Dan penyerangan ke arah Kesatuan Soviet membuka ruang di arah timur untuk pihak pakatan menyerang.
![]() |
Suasana ketika snow di Ascension Cathedral di malam hari - Sumber Google. |
![]() |
Insyallah next time jika ada rezeki nak mai waktu snow - Sumber Google. |
Ketika search info semasa menulis entry ini aku terjumpa gambar-gambar suasana ketika salji turun dengan lebat di Panfilov Park ini. Ya Allah menakjubkan dan cantiknya. Moga suatu hari nanti boleh repeat semula ke Almaty sebab nak explore more place in Almaty especially their country side. Maybe repeat without the kids hihii :D
Cantik Ascension Cathedral di malam hari
ReplyDeleteItulah kena repeat semula waktu snow tebal hihii... :D
DeleteSeronok kids berjalan.. Sebab sejuk.. Kalau paneh macam kat Malysia nie.. Tak mau nya deme.. Hihihi
ReplyDeleteDiorng dah tidur semalam dlm keadaan sejuk.. bangun fresh mmg seronok la nak berjalan sana sini .. Kat Malaysia mesti minta dukung jer la jawap nya hahaha :D
Deletegmbr google waktu mlm tu cantik betul! bagus nya ur kids suka berjln ;) dh paham yer ayahnya hardcore backpacker tuuuu
ReplyDeleteMmg sebelum ke Kazakhstan ni dah latih anak2 banyak berjalan.. bawa pi hiking dan trekking ke dalam hutan.. Kalau diorg tak larat mmg duduk dlm hotel jer la jawapnya :D
DeleteLain macam betul ukiran Memorial of Glory tu... Teringin nak tengok sendiri depan mata. Nice!
ReplyDeleteMmg unik ukiran tu.. insyallah saya doakn moga rezeki uncle dipermudahkan utk melihat sendiri :D
DeleteLewat juga kedai tutup di sana ye.
ReplyDeleteTeringin juga nak pegang salji tu :)
Rasanya ikut musim juga kalau waktu siang pendek cpt juga tutupnya.. itulah teringin juga nak pegang salji .. :D
DeleteBagus bawa anak3 ketika usia sebegini sebab mereka dah ada memory, dah boleh ingat semua kenangan hingga ke tua. Lagi2 rajin bergambar.
ReplyDeleteInsyallah akana bawa lagi tapi bukan negara yg hardcore mcm ni.. dan boleh bawa tpi tak boleh lama.. kesian juga tgk mereka menahan sejuk.. tp tu la asal bergmbr jer mesti bersemangat.. :D
DeleteCantiknya view masa snow turun tu. Seronok kalau dpt main snow.
ReplyDeleteItulah tak ada rezeki nak main snow semasa ke Almaty time ni :D
DeleteGambar-gambar dalam ni semua cantik-cantik. Kalau suasana sejuk kita berjalan masa puasa tak la penat berbanding suasana panas tu.
ReplyDeleteIni pun mendung ada hujan renyai sekejap sekejap.. Kalau ada matahari mesti lagi best.. banyak lagi gambar tapi kalau nak share semua jdi panjang pula entry ni :D
DeleteBila dah banyak gambar....tak tahu nak masuk yang mana kan....tapi serius semua gambar cantik2. Suka tengok. Tq sebab share ya.
DeleteItulah masa mengambil mmg seronok tapi bila nak masuk kan dalam blog terpaksalah sacrifice banyak gambar. kang panjang sgt pulak entry jadi nya huhuu.. Btw thank you juga selalu memberi komen di sini :D
DeleteBagus anak-anak Afif suka rela bergambar, ada kenangan untuk akan datang.
ReplyDeleteAlhamdulillah Anak No 1 sampai No 3.. Diorang masih ingat lagi kenangan di Central Asia walau dah hampir 10 bulan berlalu :D
DeleteSalji di Ascension Cathedral malam hari tu cantik sangat. Salute la Afif travel bulan puasa bawa anak2. Tapi cuaca sejuk memang nyaman kan.
ReplyDeleteBila malam akan ada lampu lampu yg menerangi suasana.. lepas tu salji turun pulak.. aduhai mmg cantik tu.. Bila sejuk nyaman seronok berjalan :D
Deletesesuana ketika snow memang cantik. moga ada peluang untuk ke sana juga nanti.
ReplyDeleteTak berpeluang nak sentuh snow ketika di Almaty tempoh hri..insyallah moga ada rezeki di lain waktu.. :D
DeleteAssalamualaikum tuan, jemput singgah blog saya untuk memartabatkan tulisan jawi..
ReplyDeletehanyajawi.blogspot.com
Waalaikumsalam... Insyallah akan dtg berkunjung ke hanyajawi.blogspot.. Bagus usaha nk memartabatkan jawi..
DeletePenting budak-budak tidak merungut.
ReplyDeleteYa Allah sejuk gila. Kalau saya sudah tidak boleh duduk lama-lama di luar.
Almaty ini mmg tenang sgt.. kalau dtg nak santai santai sahaja pun best.. weather culture dan makanan halal.. mmg mudah utk kita bercuti di Almaty..
DeletePlan saya kali ke negara STAN memang wajib winter 😄. Krn saya suka winter dari dulu. Ada vibe magis tiap kali traveling saat winter.
ReplyDeleteGereja ortodoks nya baguuuus sangat. Negara2 eks Sovyet memang kebanyakan pemeluk orthodoks yaa. Saya pun baru tahu saat ke Belarus. Agama yg sudah sangat tua, bahkan lebih tua dari Islam. Saat masuk ke dalam gerejanya, saya dijelaskan sedikit ttg cara ibadah dan kepercayaan mereka juga. Menarik, apalagi di JKT pun ada gereja orthodoks walaupun penganutnya ga banyak.
Kalau berjalan di musim winter kan lebih banyak seronoknya berbanding di musim lain.. nak bergambar pun seronok dgn baju sejuk hihii..
DeleteGereja Orthodox ini jarang ditemui.. kerana banyak yg dtg dari Russia atau era soviet dahulu.. Kebiasaannya hanya negara yg pernah dibawah soviet ada church orthodox ini.. di tmpt lain ada mungkin satu dua sahaja..
tapi kan dari jauh tak nampak pun macam binaan daripada kayu
ReplyDeletemungkin warna cat tu mainkan peranan?
Tak sure sbb tak berpeluang nak masuk dlm.. tpi itulah fact reality diperbuat dari kayu.. warna cat pun mungkin juga main peranan..
Deleteapi semula jadi ke tu?
ReplyDeletemenarik!
kalau tak padam2 sampai sekarang...
Bukan semula jadi api tu tapi yg dibuat dan ia tak terpadam walau hujan atau snow.. lebih kurang mcm tu la..
DeleteAnak-anak cukup tidur jadi bila bangun semuanya segar. Senang ajak berjalan kalau gitu.
ReplyDeleteYe ke nak repeat tak nak bawak kids.... ritu kan dah tobat 😁
Bila bawa anak2 travel ni mmg kena banyak berehat yg penting anak cukup rehat dan elakkan anak jatuh sakit.. sbb kalau sakit nanti habis terbantut pergerakan. Mcm tak nak bawa kalau jauh dan lama lebih seminggu gitu.. Kalau dekat dan sekejap insyallah bawa..
Deletehaa akakdtg komen. jom pi waktu snow lah (tiber ajak2 nape?)
ReplyDeletekesan perang actually akak tak berapa gemar sbb tinggal memori pahit sebahagian kawasan negara yg kita lawati...tapi iyela...sejarah negara...bukan kita yg kawal
dari : kak anash diva
Hah jom jom... Buat trip 20 orang hahahaha... Kesan perang mmg tak best tapi jalan cerita utk dibaca itu seronok.. macam mana yg menang tu mempertahanakan negera mereka.. ok done kelas sejarah hahahaa..
DeleteSA x leh bayang kegigihan berjalan dalam keadaan tengah puasa..nasib x panas dan musim sejuk kan...suka tengok statue perang tu...unik dan kreatif..jap nak tanya..travel time snow ni sebenarnya best ke tak best? badan x leh adapt dengan suhu terlampau sejuk kan...x jejaskan pergerakan ke?
ReplyDeleteBerjalan ketika winter lebih baik tak la penat mcm summer. Alhamdulillah anak2 enjoy berjalan.. Ada la juga train mereka byk berjalan sblm travel. Sy suka winter snow . Alhamdulillah syok berjalan dgn baju tebal hihii:D
DeleteAnak-anak tahan sejuk, ye. Tak de kena selsema ke, atau demam?
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat pengalaman masa di sana cuma selsema sedikit dan tiada yg demam.. Ubat mmg dah bawa siap2 jika ada demam, batuk dan selsema.
DeleteSaya memang suka bab sejarah...jadi memang layan baca dengan bukti gambar sekali...Saya doakan bro ada kesempatan untuk layan backpacker lagi nanti...aamiin
ReplyDeleteKita geng sebab suka bab sejarah.. mmg tak penat dan tak boring bila baca bab sejarah ini.. semoga ada peluang di masa akan dtg utk backpackers lagi amin :D
Delete