Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Masih lagi sibuk dengan kerja sampaikan tak tersentuh langsung blog ini. Mencabar sungguh kerja di bulan ini. Belum lagi cerita penat nak siapkan kelengkapan anak-anak nak mulakan sesi baru persekolahan minggu depan.
Apa pun moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan diberi izin untuk menyambut Bulan Ramadhan yang akan datang dengan penuh bersemangat mengerjakan ibadah - Insyallah. Okay done sesi meluahkan perasaan.
![]() |
Bersama dengan salah seorang ahli rombongan Sultan Abdullah. |
![]() |
Orang ramai berkerumun nak bersalam dengan Tuanku :D |
Di entry yang lepas aku ada cerita pasal outstation ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh. Masa kami di Kuala Lipis di satu pagi tu ketika keluar dari hotel untuk mencari sarapan. TNak djiadikan cerita rezeki terserempak dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
![]() |
Bergambar dengan Sultan paling sempoi berjiwa rakyat :D |
Masa tu kami datang sini sebab nak breakfast di Kedai Kopi Stesyen Lama. Dan tiba-tiba terlihat rombongan Tuanku Sultan Abdullah baru sahaja selesai melawat di Station Keretapi Bersejarah Kuala Lipis. Ada yang kata Tuanku bersarapan pagi di salah satu kedai makan di situ.
![]() |
![]() |
Kenderaan Tuanku Abdullah Sultan Pahang di hadapan Stesyen Kereta Kuala Lipis. |
Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga sebab ada beberapa orang pegawai pengiring mengarahkan kami ke depan untuk bersalam dan bergambar bersama Tuanku. Masa ni memang nervous sampai lupa nak bersalam dengan Tuanku.
Si Kecik Afnan kata dengan pegawai pengiring tu "Cepat la.. Panas ni" (dalam bahasa pelat dia). Budak kecil memang tak tahu lah siapa sultan tu. Dan lagi tak faham kenapa la mak ayah dia berdiri tengah panas tak tahu tengah tunggu apa hahaha..
Wah ampun tuanku, best dapat jumpa Sultan Pahang yang sempoi.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat jumpa Sultan berjiwa rakyat :D
DeleteWwah..seronoknyaaa..kenangan manis yang tak mungkin dilupakan ni...anak- anak dah besar nanti faham la tu kan...
ReplyDeleteBetul kenangan manis sungguh. Memang first time dapat jumpa Sultan Pahang dan bergambar ni. Si kakak dah faham yang kecik tu hahaha..
DeleteAlhamdulillah rezeki ...
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur rezeki. Anak2 pun dapat duit raya hihii :D
DeleteWah rezeki tu dapat bergambar dengan sultan Pahang.
ReplyDeleteNervous sangat nak bergambar. Kita dah la tak biasa nak berbahasa istana ni hihii
DeleteWah kenangan manis dapat bersua Sultan Pahang yang memang berjiwa rakyat.
ReplyDeleteKakak excited sangat sebab dia kata biasa tgk gambar dekat sekolah jer masa Tunku Abddulah jadi agong.
DeleteAlhamdulillah pengalaman yang indah kan, kak ana pernah sekali beramah mesra dengan Tuanku yang sangat humble di satu event sewaktu tuanku memegang YDPA dahulu, kenangan manis sangat :)
ReplyDeleteBetul sangat humble.. berjiwa rakyat dan nampak tuanku memang suka dengan anak kecil. Kenangan manis sangat :D
DeleteAlhamdulillah seronok tu dapat jumpa sultan kesayangan ramai.
ReplyDeleteNanti dah besar mesti Afnan bangga tengok balik gmbr dia ni :)
Itulah.. boleh pulak dia suruh sultan cepat sikit jalan sebab dia panas. Habis tergelak semua orang :D
DeleteAlhamdulillah, rezeki dapat berjumpa sultan
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dan seronok bila sultan pun berjiwa rakyat.
DeleteTipe pemimpin yang disayangi rakyatnya. 👍. Rela beratur panjang , panas demi bisa bersalaman. Saya pun kalau respect dengan seorang pemimpin berjiwa seperti itu, mau juga utk salam dan berfoto ☺️
ReplyDeleteSultan Abdullah dari Negeri Pahang ini memang dikenali sebagai seorang sultan yang sangat berjiwa rakyat. Memang ramai rakyat yang gembira kalau bertemu dengan beliau. :D
DeleteDapat rejeki ya bisa berfoto bersama pemimpin yang amanah... Walau berpanas".. Enggak apalah, kapan lagi bisa foto bareng"😁
ReplyDeleteBetul peluang itu kadang2 tidak utk kali keduanya.. bila ada peluang jgn dilepaskan.. :D
DeleteKalau tengok medsos, Sultan Pahang ni kerap menyantuni rakyat jelata. Peluang baik kan dapat bertemu sultan yang berjiwa rakyat ni. Tak perlu dalam majlis yang besar, kalau dah rezeki, tengah santai² pun dapat jumpa.
ReplyDeleteKami pernah bergambar dengan Raja Muda Selangor masa larian Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam. Pengiring RMS yang offer untuk kami bergambar... ehhh peluang sangat lah.. Kalau kami sendiri nak pergi dekat RMS memang tak beranilah.
Rasanyalah sultan paling byk mendekatkan diri dgn rakyat.. alhamdulillah diberi peluang utk bertemu beliau tanpa dijangka.. dia dtg makan pun simple jer bukan nak naik khemah bagai.. duduk mcm rakyat biasa makan.. sultan santai sgt..
DeleteLepas ni nak aim bergambar dengan sultan selangor pulak la.. mana tau boleh tambah koleksi bergambar dgn para sultan di Malaysia hihii..
masa jadi agong tak dapat jumpa ek hehehe
ReplyDeleteTak dpt... Apatah lagi nak bergambar huhuu...
Deletenanti boleh laa try makan kat tempat sultan bersantap tu....
ReplyDeleteItulah kalau ada peluang nak try juga kena sultan pilih tmpt tu tuk makan hihii
DeleteSultan yg berjiwa rakyat. Tak kisah pun orang ajak selfie bersama. Semoga sultan dan permaisuri pahang diberikan kesihatan yg baik :D
ReplyDeleteBetul... Tenang jer dia org ajak selfie.. masa ni ada seorang makcik tu kuat membebel tapi sultan tenang jer layan makcik tu hahaha...
Deletewaaa siap boleh bergambar lagi tu dgn sultan. rezeki sgt!!!
ReplyDeleteItulah rezeki sgt.. masa jadi Agong tak pulak ada peluang.. hihii:D
Delete