Wednesday, 12 February 2025

Pertama Kali Berjumpa Dengan Sultan Pahang Tunku Abdullah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Masih lagi sibuk dengan kerja sampaikan tak tersentuh langsung blog ini. Mencabar sungguh kerja di bulan ini. Belum lagi cerita penat nak siapkan kelengkapan anak-anak nak mulakan sesi baru persekolahan minggu depan.

Apa pun moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan diberi izin untuk menyambut Bulan Ramadhan yang akan datang dengan penuh bersemangat mengerjakan ibadah - Insyallah. Okay done sesi meluahkan perasaan.

Bersama dengan salah seorang ahli rombongan Sultan Abdullah.
Orang ramai berkerumun nak bersalam dengan Tuanku :D
Di entry yang lepas aku ada cerita pasal outstation ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh. Masa kami di Kuala Lipis di satu pagi tu ketika keluar dari hotel untuk mencari sarapan. TNak djiadikan cerita rezeki terserempak dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Bergambar dengan Sultan paling sempoi berjiwa rakyat :D
Masa tu kami datang sini sebab nak breakfast di Kedai Kopi Stesyen Lama. Dan tiba-tiba terlihat rombongan Tuanku Sultan Abdullah baru sahaja selesai melawat di Station Keretapi Bersejarah Kuala Lipis. Ada yang kata Tuanku bersarapan pagi di salah satu kedai makan di situ.

Kenderaan Tuanku Abdullah Sultan Pahang di hadapan Stesyen Kereta Kuala Lipis.
Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga sebab ada beberapa orang pegawai pengiring mengarahkan kami ke depan untuk bersalam dan bergambar bersama Tuanku. Masa ni memang nervous sampai lupa nak bersalam dengan Tuanku. 

Si Kecik Afnan kata dengan pegawai pengiring tu "Cepat la.. Panas ni" (dalam bahasa pelat dia). Budak kecil memang tak tahu lah siapa sultan tu. Dan lagi tak faham kenapa la mak ayah dia berdiri tengah panas tak tahu tengah tunggu apa hahaha..

30 comments:

  1. Wah ampun tuanku, best dapat jumpa Sultan Pahang yang sempoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa Sultan berjiwa rakyat :D

      Delete
  2. Wwah..seronoknyaaa..kenangan manis yang tak mungkin dilupakan ni...anak- anak dah besar nanti faham la tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kenangan manis sungguh. Memang first time dapat jumpa Sultan Pahang dan bergambar ni. Si kakak dah faham yang kecik tu hahaha..

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah syukur rezeki. Anak2 pun dapat duit raya hihii :D

      Delete
  4. Wah rezeki tu dapat bergambar dengan sultan Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nervous sangat nak bergambar. Kita dah la tak biasa nak berbahasa istana ni hihii

      Delete
  5. Wah kenangan manis dapat bersua Sultan Pahang yang memang berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak excited sangat sebab dia kata biasa tgk gambar dekat sekolah jer masa Tunku Abddulah jadi agong.

      Delete
  6. Alhamdulillah pengalaman yang indah kan, kak ana pernah sekali beramah mesra dengan Tuanku yang sangat humble di satu event sewaktu tuanku memegang YDPA dahulu, kenangan manis sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat humble.. berjiwa rakyat dan nampak tuanku memang suka dengan anak kecil. Kenangan manis sangat :D

      Delete
  7. Alhamdulillah seronok tu dapat jumpa sultan kesayangan ramai.
    Nanti dah besar mesti Afnan bangga tengok balik gmbr dia ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. boleh pulak dia suruh sultan cepat sikit jalan sebab dia panas. Habis tergelak semua orang :D

      Delete
  8. Alhamdulillah, rezeki dapat berjumpa sultan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dan seronok bila sultan pun berjiwa rakyat.

      Delete
  9. Tipe pemimpin yang disayangi rakyatnya. 👍. Rela beratur panjang , panas demi bisa bersalaman. Saya pun kalau respect dengan seorang pemimpin berjiwa seperti itu, mau juga utk salam dan berfoto ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan Abdullah dari Negeri Pahang ini memang dikenali sebagai seorang sultan yang sangat berjiwa rakyat. Memang ramai rakyat yang gembira kalau bertemu dengan beliau. :D

      Delete
  10. Dapat rejeki ya bisa berfoto bersama pemimpin yang amanah... Walau berpanas".. Enggak apalah, kapan lagi bisa foto bareng"😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul peluang itu kadang2 tidak utk kali keduanya.. bila ada peluang jgn dilepaskan.. :D

      Delete
  11. Kalau tengok medsos, Sultan Pahang ni kerap menyantuni rakyat jelata. Peluang baik kan dapat bertemu sultan yang berjiwa rakyat ni. Tak perlu dalam majlis yang besar, kalau dah rezeki, tengah santai² pun dapat jumpa.

    Kami pernah bergambar dengan Raja Muda Selangor masa larian Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam. Pengiring RMS yang offer untuk kami bergambar... ehhh peluang sangat lah.. Kalau kami sendiri nak pergi dekat RMS memang tak beranilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyalah sultan paling byk mendekatkan diri dgn rakyat.. alhamdulillah diberi peluang utk bertemu beliau tanpa dijangka.. dia dtg makan pun simple jer bukan nak naik khemah bagai.. duduk mcm rakyat biasa makan.. sultan santai sgt..

      Lepas ni nak aim bergambar dengan sultan selangor pulak la.. mana tau boleh tambah koleksi bergambar dgn para sultan di Malaysia hihii..

      Delete
  12. masa jadi agong tak dapat jumpa ek hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dpt... Apatah lagi nak bergambar huhuu...

      Delete
  13. nanti boleh laa try makan kat tempat sultan bersantap tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau ada peluang nak try juga kena sultan pilih tmpt tu tuk makan hihii

      Delete
  14. Sultan yg berjiwa rakyat. Tak kisah pun orang ajak selfie bersama. Semoga sultan dan permaisuri pahang diberikan kesihatan yg baik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Tenang jer dia org ajak selfie.. masa ni ada seorang makcik tu kuat membebel tapi sultan tenang jer layan makcik tu hahaha...

      Delete
  15. waaa siap boleh bergambar lagi tu dgn sultan. rezeki sgt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rezeki sgt.. masa jadi Agong tak pulak ada peluang.. hihii:D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...