Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Bila dah ad-hoc diarahkan pergi outstation maka tiadalah mana-mana hotel yang dibooking awal. Namun syukur bernasib baik ada bilik kosong ketika walk in di lewat petang. Hotel Agro Raub dipilih kerana ianya terletak tidak jauh dari exit highway Mempaga - Raub. Dan jarak ke Bandar Raub hanya 3 km sahaja.
Dan selepas Raub nak kena pergi Kuala Lipis so this hotel location just nice for me. Bilik kami Grand Triple Suite berharga RM150.00 dan Cukai Negeri Pahang RM3.00 serta tiada bayaran untuk deposit dikenakan. Masa ni saja-saja check sebelum buat bayaran, harga walk in lebih murah dari agoda.com.
 |
Reception Hotel Agro Raub. |
 |
Ruangan Lobi di hadapan kaunter dan tempat breakfast di serve. |
Breakfast disediakan oleh pihak hotel dengan harga RM8.00 seorang. Namun breakfast bukanlah buffet tapi hanya sebungkus nasi lemak. Itu yang diberitahu oleh pekerja di kaunter semasa kami membuat urusan check in. Staff tu pun suggest makan di luar lagi berbaloi dan rugi jer kalau amik breakfast hotel.
 |
Satu Queen Bed dan Satu Single Bed. |
 |
Macam biasa kita cantum kedua katil bagi muat satu family nak tidur. |
Untuk ruangan bilik just nice 👍. Kenalah dengan harganya yang tidak begitu mahal untuk Grand Triple Suite. Untuk kami berenam dan kanak-kanak bawah umur 12 tahun ke bawah stay percuma. Lift disediakan untuk naik ke tingkat atas. Itu yang penting bagi kami yang ada anak seramai 4 orang.
Bilik lengkap dengan water heater, hair dryer, tv, kettle, tv dan air conditioner yang cukup sejuk. 3 Sachet Coffee Aik Cheong 3 in 1 disediakan. Okla cukup lengkap buat kami sekeluarga untuk stay one night di Raub ini. But if datang lagi ke Raub mungkin akan cari hotel lain untuk mencari kelainan.
Satu kekurangan lokasi hotel ini ialah tiada kedai makanan yang berdekatan. Maka kami harus menuju ke Bandar Raub untuk mencari makan malam. Dan tiada convenience store seperti 7-ELEVEN atau speedmart 99 yang berdekatan. Terdapat satu kedai Bundle yang terletak di entrance jalan masuk ke hotel ini.
 |
Terdapat sebuah kedai bundle di jalan masuk hotel. |
 |
Mula-mula tak perasan bawah tu kedai bukan lobi hotel. |
 |
Lobi hotel di bahagian tepi bangunan. |
Satu part yang paling scary ialah di lobi berhadapan lift hotel ini ada beberapa pasu yang sangatlah besar dan berharga ribuan ringgit. Harga pasu tertampal di semua pasu yang ada di lobi ini. Memang seriau bila ada anak kecil yang suka berlari-lari dan suka menyentuh semua benda.
 |
Pasu besar dan tinggi yang berharga ribuan ringgit di ruang lobi hotel. |
Memang aku pegang kuat anak-anak. Kot lah terpecah satu pasu mau ikat perut sekeluarga dua tiga bulan huhuu. Dah masuk lift baru la lega. Si Afnan dan Affan tu lah yang paling kena jaga. Syukur si kakak dua orang tu dah besar sikit, tak la susah nak handle dan dengar cakap.
Parking kereta percuma disediakan di belakang hotel dan jika anda parking di ruang kotak parking di hadapan hotel kena sediakan kupon parking di siang hari atau boleh bayar parking menggunakan app. Kalau tak nanti dapat surat cinta dari Majlis Daerah Raub. 😂
Ni lebih kurang macam hotel SA pi stay kat JB hari tu...hotel biasa- biasa je booked guna Traveloka...but ok la selesa je...eh..x share bab hotel erk..hahahaha...nanti la share...
ReplyDeleteSetakat nak tidur malam jer.. sebab siang nak berjalan sana sini hihihii.. utk lebih tidur lebih semalam tidak lah kot :D
DeleteSeriau tengok pasu dengan harga tu. Hotel ni janji bersih kemas, mesti selesa.
ReplyDeleteBetul... Dah la yg boys ni tak reti nak duduk diam.. pastu nak menyentuh semua benda huhu... Hotel kemas dan bersih ..
Deleteraub ni memang daerah yg saya lalu setiap kali drive balik ke kelantan laaa cuma tak de lah plak plan nak bermlm ker apa sbb 2 hrs drive jer dari gombak
ReplyDeleteKalau tak ada asbab kita pun tak berhenti di Raub ni.. but okla nak buat buat rehat semalam jadi la.. hihii
Deletemusim durian Raub meriah tu pernah sampai sekali
ReplyDeleteItulah terbaca Bandar Durian Musang King katanya.. tunggulah musim nanti :D
Deletelebih baik breakfast luar, kot dpt menu yg lagi menarik dgn harga rm8 tu kan :D
ReplyDeleteMemang pun kalau seorang RM8 kalau 6 org dah RM36.00. Mkn luar la jawapnya.. Alhamdulillah makan di area kg sedap dan murah :D
DeleteDia jual pasu tu ye, sebab tu letak tanda harga? Dah lama saya tak ke Raub. Tapi saya biasa lalu je, tak pernah singgah.
ReplyDeleteRasanya macam tu la.. Dia jual sbb tu ada harga.. tapi scary la letak dekat lobi hotel tanpa sebarang halangan huhuu .itulah ini first time nak explore bandar raub :D
DeleteSaya pernah menginap di sini sekali. Tak ingat tahun bila sebab saya tak buat entri hotel ni. Masa tu harga termasuk sarapan, dapatlah makan nasi lemak sebungkus dan minuman panas.
ReplyDeletememang betul bab nak cari makan tu agak leceh. Masa tu cuma ada gerai burger je di area depan tu. Terpaksalah naik kereta pergi jauh sikit untuk cari makan malam.
Saya walk in tu yang nampak harga utk breakfast RM8.00 seorang. Kalau dah include mcm hotel jelai di Temerloh tu tak apa la.. Yeap betul nak cari makan area tepi hotel mmg tak ada.. kena masuk bandar raub bru ada makanan :D
DeleteKalau uncle komfom 'menyelam' kat bundle jap
ReplyDeleteItu kalau masa banyak uncle.. Bekerja sambil berjalan dengan family byk rushing.. Teringin nk msuk bundle tu jugak :D
DeleteMemang kena beli siap-siaplah apa yang patut atau kena keluar bila kedai/convenience store jauh dari hotel. Dari luar nampak besar jugalah hotel tu.
ReplyDeleteBila ad hoc check in hotel mmg kena standby semua benda. Gudap gudap untuk anak2 tu yg paling penting.. Kami lps check in terus keluar cari makan bagi. then baru balik hotel.
DeleteKenapalah vas besar antik begitu di taro di lobby yaa. Mereka tahu yg datang tak selalu dewasa . Saya pun seram liat nya, takut tersenggol pecah 😅😅.
ReplyDeleteTiap kali kemana2 destinasi yg sama, saya pun jaraaaaang book hotel yg sama. Walau hotel yg pernah dicoba mungkin bagus, tp selalunya nak cari hotel lain utk ganti suasana 😄. Ada orang yg kalo suka dengan 1 hotel, ituuu saja, tak nak coba lain.
Mungkin bagi kita yg blogger, mencoba tempat baru, bisa buat utk bahan cerita baru 😄
Dalam lift sudah pegang anak-anak dengan kuat jangan biar mereka berlari-lari. Kalau jatuh pecah habis semua duit nak pergi travel hahahahaa..
DeleteKalau masa nya ada memang akan bertukar 0tukar setiap kali dtg nak merasai mana yang lebih selesa gitu. tapi kadang2 kalau ad hoc ini hotel tak banyak yang ada kekosongan. Lagi byk hotel lebih banyak ceritanya :D
huish , seram tengok pasu2 tu...anak2 linda yang dah sek rendah pun kita seram..sebab maisng2 suka bergurau kasar...
ReplyDeleteKannn.... Mmg kecut jer perut selagi tak masuk lift... Kalau la terpecab sebiji aduhaiii ikat perut la sebulan dua hahaha...
Deletekot ya pun nak buat hiasan jgn laa letak pasu macam tu
ReplyDeletesy tgk pun serammmmmm
Pasu bukan puluh ringgit ribu riban harganya... Seriau betul sekali berada di lobi huhuu..
Deletekalau sesiapa buka kedai makan kat situ mesti laku...
ReplyDeleteishhhh syok ni jual nasi lemak tepi jln bukan payung sejam dua hahaha
Boleh try la.. kalau laku dari payung jadi bumbung pulak hihii..
Deleteok jer utk short stay..rate berbaloi
ReplyDeleteBerbaloi tapi utk next time boleh try yg lain :D
Delete