Tuesday, 18 February 2025

Sesi Persekolahan 2025/2026 Bermula

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Start awal minggu hari tu sesi persekolahan dah pun bermula. Jalan yang tenang selama 3 minggu nak pergi ke tempat kerja pun bertukar menjadi sesak berkali ganda. Kalau musim cuti sekolah keluar rumah 7.30 pagi sebelum pukul 8.00 pagi dah sampai.

First day habis hari persekolahan kita belanja la the kids makan Pokok at Sunway Velocity
Tapi minggu ni keluar rumah 7.15 pagi 8.30 pagi baru sampai tempat kerja. Minggu ni langsung tak bagi chance nak update blog walau draft dah banyak. Tiba-tiba jadi blur macam tak terurus pulak jadual seharian. 

Sebabnya si kakak dah tukar Sekolah Kebangsaan waktu pagi dan Sekolah Agama di waktu petang. Dan si adik masih lagi Sekolah Agama di waktu pagi dan Sekolah Kebangsaan di waktu petang. Dan si Affan masih di tadika. Kalau sebelum ni kena hantar dua tempat now dah kena hantar 3 tempat. Si bongsu maknya lah kena hantar ke pengasuh.

Petang pulak Si Affan habis pukul 5.00 petang. Si Kakak Sekolah Agama habis 5.35 petang dan Si Ateera habis Sekolah Kebangsaan pukul 6.20 petang. Amik si Afnan di pengasuh sebelum pukul 6.00 petang. Kalau lewat kena extra charge.

Inilah cabaran nak membesarkan anak-anak yang masih bersekolah rendah. Lepas ni kalau ada orang tanya bila nak tambah anak lagi. Mesti aku jeling "Kilang close!!" Hahahaha.. Cukuplah 4 orang. Yang 4 orang ni pun susah nak cari masa untuk pergi travel kalau tambah lagi la. 

Actually 4 orang anak cukup dah kot walau dihati kalau ada seorang lagi mesti best hihii. Sebab zaman la ni nak membesarkan anak tak sama macam dulu. Biar jaga sikit tapi terurus dari nak jaga ramai tapi tak mampu. For those anak ramai tu tapi boleh jaga dan urus dengan baik memang aku respect sangat.

Ni pun update dalam kereta sementara menunggu di Ateera balik sekolah. Yang lain semua dah selamat hantar di rumah. Hurmm tiba tiba teringat pula dengan statement Menteri Pendidikan. Tak bagi pelajar balik awal dari sekolah di bulan puasa nanti. Memang la budak-budak tu tak buat apa.. tapi bila balik awal parent dah boleh focus benda lain nak especially nak prepare juadah berbuka.

Dan ofcoz cikgu yang rata-rata kebanyakan wanita adalah golongan ibu-ibu yang sudah tentu nak balik awal memasak untuk berbuka. Sesi persekolahan tamat 6.15 petang bukan boleh terus keluar sekolah. Dah la sekarang cikgu ada giliran untuk jaga dan tunggu semua pelajar pulang dari sekolah.

Benda dah elok diamalkan bertahun lamanya kenapa nak diubah. Benda lain yang lebih serius masih banyak perlu diperbaiki tak pulak nak buat perubahan. Lately ni ramai Menteri Pendidikan asyik buat perubahan yang tak perlu dari tukar kasut putih ke hitam, hapus UPSR, hapus PMR/PT3, Dan ada juga cadangan nak hapuskan SPM.

34 comments:

  1. Ank sulung dah sek men (sesi petang).. Sek dia lagi lah habis sesi persekolah 6.45 ptg..
    Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.. Aamin2..

    Yang kabo tak boleh balik awal tu, tengok pukul 3 dia dah dok rumah memasak juadah berbuka.. Opss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 menteri tukar semula fikiran.. byk faedah beri pelajar balik awal.. Kalau 6.45 bru blik tak merasa lah nk pergi bazaar Ramadhan..

      Kita tunggulah kalau dia upload gmbr memasak juadah berbuka nanti. Mmg kena kecam la..

      Delete
  2. Tak boleh tengok muka MP sekarang ni... terus stres!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bru tgk muka blm lagi dgr ucapan yg kdg tu menyakitkan hati sgt.. hahaha..

      Delete
  3. Cukuplah dgn apa yg ada ni ek…kita jaga kualiti dari kuantiti.

    Senang je ek MP ni ckp. Tp kan dlm byk2 changes tu ammi suka je yg tukar kasut putih ke hitam huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dah ada dan terbukti keberkesanan dan kebaikan tak perlulah nak diubah.. Kasut putih dulu disiplin tinggi oo nka jaga kasut hahaha...

      Delete
  4. Mencabar jadi mak ayah zaman sekarang ni.
    Banyak pertukaran dan arahan baru yang memenatkan.
    Nanti zaman Cuya entah macam mana pula.
    Moga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mencabar... Dgn teknologi yg makin mencabar.. tapi itulah kualiti makin kurang.. tahun lps 10k pelajar tak amik spm kan.. moga dipermudahkan lah utk kita semua..

      Delete
  5. Begitulah bila sekolah dah buka, kelam kabut, sesak, serabut semua ada huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan sesak sebab nak kena hadap 3 buah sekolah sblm smpai tmpt kerja.. hahaha..

      Delete
  6. Memang kelam kabut, drama apa semua ada bila sesi persekolahan dah buka ni. Molek ada exam sebenarnya biar budak2 ni belajar dengan tekun. Cabaran membesarkan anak2 sekarang bukan calang-calang. Terus semangat ibu bapa dan anak-anak😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada exam UPSR & PMR ni.. dia menjadi ukuran tahap fahaman seseorang pelajar.. Pelajar pun ada misi nak capai score A bagai.. skrg ni sekolah rendah lebih nak habiskan alam persekolahan sahaja.. Anak2 skrg makin advance makin bijak. Parent skrg kena lebih bijak hahaha...

      Delete
  7. Ada yg perlu kita korbankan utk masa depan anak2...Semoga urusan kita semua dipermudahkn olehnya...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin moga urusan kita semua dipermudahkan Allah Taala.. Cabaran nak besarkan anak zaman skrg kian mencabar..

      Delete
  8. nak cakap yg kat bawah tu :

    tu la kan... kenapa la sistem pendidikan sekarang x follow je yg dah sedia baik, kenapa perlu diubah2.. yg perlu diubah x diubah pula.. org atasan tidak merasa berada di kasut gol ibu bapa yg xde pembantu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dah lama dan baik yg telah terbukti biarkan ia kekal. Tak perlu ubah kan.. org yg di atas kdg tu dah merasa tapi lupa sbb dah ada di atas..

      Delete
  9. penat bila kena berulang alik ambil kan. kalau terikat dgn waktu kerja kita lak lagi la jadi serba salah nak mnta keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab tu bertahan dengan tmpt kerja yg ada skrg sbb tak berkira sgt nak pi hantar amik anak balik sekolah tgh hari tu. apa pun syukur rezeki masa yang ada skrg..

      Delete
  10. Itulah pelik juga bab sekolah tak boleh balik awal tu. Zaman kita dulu2 elok je balik awal kan.. kesian kat cikgu2 sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik awal itu satu keriangan dalam meraikan bulan ramadhan. Nak kurangkan penat moga malam hari boleh spend masa lebih utk beribadah.

      Delete
  11. Saya harap bro bersabar hadapi masa sukar tersebut...tak lama pun sekitar 10 tahun jer...nanti anak-anak dah membesar kita akan dapat masa terluang yang cukup banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg kena banyak bersabar dlm mmbesarkan anak2.. betul la tu sekejap jer lagi 10 tahun semua dah besar. Insyallah jaga kesihatan utk masa hadapan :D

      Delete
  12. selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak, ermm isu yang sama setiap tahun waktu persekolahan bulan puasa dan kantin buka atau tak.. namun semuanya pasti akan baik-baik nanti, In Syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda tenang jer.. kantin tu buka jer macam biasa kalau sekolah rendah. Kanak-kanak dilatih utk berpuasa belum diwajibkan lagi. Apa pun harap tahun ini juga baik2 sahaja utk semua pelajar dan guru. amin..

      Delete
  13. Dah merasa semuanya walaupun 2 orang. Alhamdulillah sekolah dekat tapi sekolah kecik, jalan kecik. Kenangan manis semuanya. Aihh kita housewives baca perutusan MP pun rasa tak keruan mengenangkan guru2 balik dari sekolah petang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah kecik lebih senang nak diuruskan dari yg besar yg ada ratusan pelajar. Cabaran utk masa sekarang tapi kenangan di masa hadapan utk dikenang kan.. Bln puasa bg la guru balik awal mereka juga penat kan..

      Delete
  14. Saya pikir di sini saja yg aturannya tak masuk akal. Baru2 ini ada sekolah yg menyuruh parent utk ganti sepatu sekolah anak. Seharusnya hitam. Tapi guru ini bilang sepatu anak ini ada putihnya, dibagian logo brand.

    See, apa cobaaaa pentingnya hal begitu??? Negara barat dah tak peduli masalah seragam sekolah. Ini pula sepatu tak penting masih dibuat masalah.

    Yg suruh tambah anak, coba minta dia utk biayain semuanya juga bang 🤣. Dipikir bayar biaya anak2 ini pakai daun apa 😅...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sekolah atau guru yg berlebih-lebih dlm peraturan walau yg penting keutamaan adalah pembelajaran itu. Setakat logo brand sahaja berwarna putih apalah sangat..

      Betul negara maju kdg2 lbh utama kan sistem pembelajaran dri nk fikir hal yg remah temeh..

      Delete
  15. Wow, Ramadan pulang sekolah seperti biasa, tidak lebih awal? Jadi kalau di sekolah rendah, pulang jam berapa, Kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dahulu setiap tahun bila dtg Bulan Ramadhan pasti sesi persekolahan akan balik awal.. Sekolah Rendah waktu biasa 6.20 kalau puasa biasa jam 5 lebih sudah pulang.

      Delete
  16. kan?! mp sekarang lebih fikir pasal benda yang tak ada kaitan dari yang realistik tau. they literally mansuhkan benda-benda penting such as upsr, pt3.. it kind of piss me off T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. UPSR dgn PMR/PT3 tu wajib dikekalkan supaya pelajar ada matlamat dan misi dalam pembelajaran.. bila dah tak ada SPM pun 10 org tak hadir exam sbb takde rasa penting..

      Delete
  17. i was still in swiss masa 1st day schooling, so tugasan antar amik adik2 ke sekolah dilakukan oleh my zharfan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok bila anak anak dah besar dah boleh banyak membantu adik2 yg lain..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...