Friday, 14 February 2025

Jalan-Jalan Sehari Bersama Family Explore Tempat Menarik Di Bandar Raub

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Outstation Ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh 4M3H

Tiga entry sebelum ini yang aku update menggunakan handphone ketika berada di Raub - Kuala Lipis - Temerloh atas urusan kerja. Alhamdulillah safely arrived at home after beberapa hari yang panjang. Apa pun syukur anak-anak semua enjoy ikut pergi outstation bersama. 

Kalau tanya apa yang best mesti the kids akan kata "Tidur Hotel". Ntah tak tahu apa yang best sangat tidur hotel hahaha. Sebab tu kadang-kadang mencari juga hotel yang ada swimming pool dan yang ada buffet breakfast supaya the kids enjoy. Tapi biasanya kalau ada tu mesti over dari allocate budget.

Kilometer 0 Bandar Raub terletak di hadapan Pejabat Pos Bandar Raub.
Antara yang menarik di Raub - Taman Tasik, Lorong Dato' Abdullah, Menara Jam dan KM 0.
Tak lama kami singgah di Bandar Raub cuma sehari semalam sahaja dan untuk penginapan boleh baca review aku di sini Hotel Agro Raub - My Experience 1 Night Review. Buat kerja hanya 2 jam sahaja di Raub selebihnya kita gunakan masa untuk berjalan-jalan bersama the kids explore Bandar Raub.

Pukul 6.00 petang ke atas kebanyakan kedai dah mula nak tutup pintu hanya yang besar sahaja akan dibuka sehingga jam 9-10.00 malam. After 8.00 petang tu memang jalan agak kosong dan kedai makan pun boleh kira ada dalam 10 buah kedai sahaja yang buka untuk makan malam. If Weekend mungkin meriah lagi.

Bangunan Majlis Daerah Raub berhadapan Dataran Raub.
Untuk pertama kalinya nak explore sebab selama ini sekadar pass by dan paling tidak pernah sekali dua sahaja berhenti makan sebelum meneruskan perjalanan. Tapi semenjak highway baru siap rasanya dah 2 tahun lebih juga tak lalu Bandar Raub ini.

Terminal Bas Raub. Teringat zaman duduk asrama naik bas balik cuti.
Petang selepas check in aku terus memandu ke arah area Terminal Bas Raub. Dan terjumpa Kedai Kek Seringgit. Macam menarik maka kami pun singgah tapi disebabkan dah lewat petang banyak kek, pastries dan kuih yang dah habis. Dapat la juga beli beberapa item yang masih berbaki. Alhamdulillah sedap. Boleh la if nak try kalau singgah di Raub.

Kedai Kek Seringgit berdekatan dengan Terminal Bas Raub.
Dah lewat petang banyak yang habis. Kalau pagi penuh makanan di rak.
Dapat juga membeli 12 jenis kuih dan kek yang masih berbaki.
Kami ke Dataran Raub untuk melihat keadaan persekitaran dan bawa kids jalan-jalan sekejap. Sebab plan biarlah sampai malam dan kemudian baru la balik ke hotel dan tak perlulah nak keluar lagi untuk makan malam. 

Bersebelahan dengan Dataran Raub ada Masjid Tengku Abu Bakar yang dibina pada tahun 1963. Pada tahun 90an ketika aku masih kanak-kanak dulu, arwah ayah selalu berhenti solat di sini dalam perjalanan naik ke Cameroon Highland. Memang banyak kenangan dengan arwah ayah di sini.

Masjid Tengku Abu Bakar Raub atau dikenali dengan nama Majis Daerah Raub.
At this moment bukan Musim Durian maka tiada peluang untuk kami menjamu Musing King di sini. Di waktu malam suasana lampu-lampu yang meriah menghiasi Bandar Raub namun agak lengang. Mungkin bukan malam weekend. Sebab perasan di siang hari tadi agak riuh dengan kenderaan dan orang ramai.

Makan malam di Restoran Rokiah Sate.
The kids dah kelaparan - Alhamdulillah sedap juga masakan di sini. 
Kita try Sate Itik. Sate Ikan Talapia dan Burung Unta out of stock.
Kami makan malam di Restoran Rokiah Sate dan pilihan dibuat sebab paling mudah nak parking kereta. Apa pun syukur alhamdulillah masakan panas di sini sedap Tomyam Ayam, Daging Masak Merah, Kangkung Goreng Biasa, Telur Dadar dan Nasi Putih. Untuk sate kami pilih Sate Ayam, Sate Daging Tenderlian dan Sate Itik. 

Mango Shake Padu terletak di hadapan Masjid Tengku Abu Bakar.
Cuaca tengah panas petang-petang ni. Jom pekena Mango Shake Padu ni.
Selepas solat asar di Masjid Tengku Abu Bakar terlihat seperti ada deretan kedai makan di bahagian luar pagar pintu masuk masjid. Tapi banyak kedai kelihatan telah ditutup sebab rata-rata menjual makanan berlauk untuk tengah hari dan sebahagian dibuka untuk bersarapan sahaja.

Yang masih dibuka dihujung waktu petang ini salah satunya adalah Mango Shake Padu ini. Dari Air Mango biasa, blended, topping aiskrim pun boleh. Layan juga sebab waktu petang ni pun panas. Dan di waktu malam hanya satu kedai sahaja yang buka menjual masakan panas.

Bersarapan di Kedai Makan Bob - Jalan Lipis, Kg Gali Hilir, 27600 Raub.
Keesokan pagi kami check out awal sebelum pukul 9.00 pagi bagi meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Di perjalanan terjumpa kedai makan sarapan pagi ini di tepi jalan di salah sebuah kampung. Ketika kami sampai hampir pukul 10.00 pagi banyak makanan yang telah habis termasuklah roti canai sold out hahaha.

Teh Tarik, Teh O Ais, Roti Jala, Nasi Lemak, Lontong dan kuih muih menjadi menu sarapan pagi kami. Seronok bersarapan di area kampung macam ni. Makanan sedap dan suasana yang tiba-tiba dengan ayam berkokok. Si Affan dengan Afnan boleh pulak kejar nak tangkap ayam. Habis ditegur dengan seorang pakcik "Kejor la, kat bandar tak jumpa ayam hidup kan". :D

36 comments:

  1. memang seronok vibes kampung macam nie...linda lagi suka mango shake dari coconut shake...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sekali sekala pi tempat yg tak ramai org ni pun best juga.. Mango shake sedap lagi sedap dri coconut shake hahaha..

      Delete
  2. Suka singgah pekan² kecil gini, tenang dan tak sibuk sangat.
    Paling best dapat makan minum kat kedai kampung², suka vibenya. Masakan pun selalu sedap²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leps habis waktu keje jalan dah tenang tak sibuk... Okla sekali sekala lepak pekan mcm ni.. makanan org kampung mmg ada vibe dia tersendiri.. harga pun murah marhain jer :D

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah 60 tahun lebih dah ia berdiri dan pernah selamat dari dirobohkan suatau ketika dahulu..

      Delete
  4. waahhhh bestnyaaaa explore Raub! kilometer 0 tu unik mcm kat Perlis ada jugak km 0 hehe.. waduhhhh mangga shake menggodaaaaaa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi pekan atau bandar lama mmg akan cari KM 0 ni.. Dah jadi satu kemestian ytk bergambar hihii..

      Delete
  5. kalau gi KL cuma lalu je kat bandar Raub. Skrg ni x akan lalu la sejak CSR siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah bila CSR siap mmg tak lalu dah Bentong Raub.. ni first time lalu after 2 thn lebih...

      Delete
  6. Kdg2 seronok berjalan di area x ramai dan x padat dgn org ni. Masuk kg semuanya best klau di Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga kalau nak lari dari kesibukan bandar.. insyallah repeat lgi utk explore mora about raub..

      Delete
  7. seronok JJCM di bdr2 mcm ni..samalah di kuala kangsar, pukul 7-8, kedai dah tutup..wahh..mcm2 sate nya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau smpai lewat petang dah magrib mesti jem pale tak tahu nak buat apa hahaha.. Alhamdulillah ada few kedai mkn yg buka waktu malam..

      Delete
  8. Kenapa ye km0 selalunya dekat dengan pejabat pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab yg menggunakan sistem alamat ni yg pertama adalah pos.. sbb sblm tu mana ada surat lgi sbb takde alamat.. ha gitu lah

      Delete
  9. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa best nyer.. last year kita tgh travel tak dapat nak join.. Insyallah kali mesti join.. Terima kasih atas pemakluman Cuya :D

      Delete
  10. Selalu kalau ke Raub cuma sampai ke tempat Musang King je, dah makan tros balik. Ni dah abis musim plk ye.

    Bestnya kalau dpt jln2 semua perkampungan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita belum pernah ke Raub untuk makan durian atau makan durian di Raub. Insyallah next time nak dtg lagi nak explore about Raub. Mungkin nak try dtg masa tgh musim durian pulak. Kg2 di Raub best ada vibes tersendiri.. :D

      Delete
  11. Menarik juga Raub ni untuk di explore. Rasa pernah singgah breakfast je sebelum ke pantai timur dulu, lama dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini mmg tak de apa2.. tapi kena mai lagi nak tgk apa lagi yg menarik di Bandar Raub. Nak try dtg musim durian lak..

      Delete
  12. Suka dengan suasananya, ...memang anak"tu entah kenapa suka banget tidur di hotel, barangkali karna ada kolam renangnya itu 😁

    Saya barusan saja makan durian, walau bukan musang king 😁tapi engak apalah.. rasa manisnya sudah cukup mewakili, harga pun gak mahal amat:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 ini kalau berjalan mmg suka tak kesah walau ke mana.. ada kolam renang lgi bonus pd anak2.. itulah menunggu juga musim durian akan dtg nak try dtg ke Raub.. jika bukan musim mmg mahal durian .. kalau nk murah kena tunggu musim.. :D

      Delete
  13. kompom jantung ayam tu laju je....sebab kena kejar dgn anak org keyEll....hahhaha'
    dari kak Anash lupa password (lagi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib la tak kejar anak ayam.. kalau tak mau kena patuk dgn mak nyer hahaha.. lupa password lgi ke hahaha..

      Delete
  14. pernah sekali je datang ke raub ni
    kebetulan kawan baik kawen
    tp tu laa syg x dan nak merayau2 kat pekan raub masa tu
    padahal drive sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa tmpt yg tak popular dan kecik mcm ni ada keistimewaan tersembunyi.. Nak kena explore lagi next time..

      Delete
  15. kilometer 0 tu laa tempat paling pemes utk bergambar.... sbb rare kan?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mmg rare bergambar dgn KM 0 tu.. nanti dah banyak boleh buat satu entry khas KM 0 hahaha...

      Delete
  16. Kedai kek seringgit tu owner nak menjual ke bersedekah? Nampak menarik pilihan kek dia walau tk banyak. Suka beli kek yg kecik2 cmni je senang nak rasa pelbagai perisa.

    Uish sate itik ye.. saya tak pernah rasa. Sate burung unta pun ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. dia menjual tapi bila jual RM1 tu kita boleh la membeli pelbagai jenis pastry dan kuih. bagus juga idea tu.. Boleh la merasa itu ini.. hahahaha..

      Delete
  17. Kedai kek seringgit tu owner nak menjual ke bersedekah? Nampak menarik pilihan kek dia walau tk banyak. Suka beli kek yg kecik2 cmni je senang nak rasa pelbagai perisa.

    Uish sate itik ye.. saya tak pernah rasa. Sate burung unta pun ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sate itik tu rasa sedap jer .. sebab rempah sate tu mcm sedap dan padu so mcm tak terasa pun makan sate itik hihii.. Sate burung unta habis masa ni tak dpt nak merasa huhuhu :D

      Delete
  18. so far tak sempat lagi nak explore raub sbb memang laluan pulang ke kg ie sekadar lalu semata2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg selalu pun lalu Raub tapi kali ini tergerak hati nak pusing2 pekan Raub.. okla nice place to explore :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...