Pages

Thursday, 15 May 2025

Kyrgyzstan Part 9 : History of Manas Statue - Stella Monument - Julius Meinl Cafe

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 8 : Oak Park - Ala Too Square - State History Museum

Kisah Manas yang banyak diperdengarkan di dalam sajak mahu pun syair di kalangan warga Kyrgyzstan dari turun menurun yang bermula dari sebelum kurun yang ke 18 yang mengisahkan kehebatan seorang pahlawan dari Qhazan yang pertama.

Emperor yang memerintah satu kerajaan yang sangat besar dan kuat merangkumi masyarakat Turkic, Chinese dan Mongolia serta sebahagian bangsa Afghan dan Parsi utara. Sebuah kerajaan yang tertubuhkan lebih 1000 tahun yang lalu. 

Manas Statue Bihskek - The First Great Qhazan Emperor - Kyrgyzstan.
Pemerintahan berkeluasan dari sebahagian Russia merentasi Kazakhstan, Mongolia sehingga ke Wilayah Xinjiang, China. Dan ke selatan sehingga ke Tajikistan Uzebkistan dan utara Afghanistan. Memiliki lebih dari angka sejuta tentera yang berkhidmat tidak termasuk tentera simpanan dan tentera kerahan rakyat.

Dari Aidarbekov Imanaly Statue kita boleh lihat Manas Statue di Ala Too Square.
Banyak statue pahlawan, tokoh dan pemimpin Kyrgyzstan dibina di Oak Park.
Antara salah satu pemandangan di Oak Park, Bishkek. Sangatlah kemas dan bersih.
Dikatakan syair yang pertama telah ditulis oleh musuh utama Qhazan sendiri yang mengakui kehebatan Qhazan iaitu Oirat seorang pemerintah yang memerintah sebuah kerajaan di barat Mongolia. Manuskrip syair oleh Oirat itu dikatakan telah ditemui pada kurun ke 17. Dan dikatakan kumpulan syair mengenai Qhazan mempunyai lebih dari 553,500 baris.

Bangunan Supreme Court of Kyrgyzs Republic dan Marksa Statue berada di hujung Oak Park. 
Terlihat pulak sekumpulan gadis Kyrgyzstan sedang menyambut sesuatu.
Eh dia senyum pulak pada kita, nak balas senyuman kang kena cubit peha hahahaa..
Begitulah hebatnya Pahlawan Qhazan ini pada suatu ketika dahulu. Dan pada tahun 1995 kerajaan Kyrgyzstan telah menyambut ulang tahun Qhazan yang ke 1000. Ini kerana Qhazan adalah simbol kepada kekuatan orang-orang Kyrgyzs sehingga sekarang. Slogan "We are forty" kerana "Qhazan - A legendary hero who united forty regional clans".

Statue Manas telah dibina pada tahun 1999 semepena 10 tahun kemerdekaan Kyrgyzstan daripada Soviet Union (USSR). Dan lokasi Manas Statue pada sekarang ini adalah lokasi asal Vladimir Lenin Statue yang kemudian telah dipindahkan ketempat lain pada tahun 2003.

Lama juga kami spend masa di sini. Banyak tempat untuk kita lihat dan explore. Dan juga kawasan yang terlalu luas. Alhamdulillah the kids enjoy everything in here. Kami terus menuju ke Manas Statue dan bergambar dengan bendera Kyrgyzstan. Di waktu petang kelihatan lebih ramai orang berkunjung ke sini.

Kami sempat melihat pertukaran askar yang berjaga di hadapan State History Museum. Cumanya ia tidaklah sehebat seperti pertukaran di Seoul dan London. Atau mungkin dalam beberapa pertukaran dalam sehari itu ada satu dua pertukarana yang dibuat dengan megah. Kalau ada yang tahu boleh comment di bawah yer.

Dataran Ala Too Square di mana letaknya Manas Statue dan Flag of Kyrgyzstan.
The Members of The 701st Military Unit Kyrgyz National Guard of Honor 
Bergambar dengan Burung Helang Pemburu yang sangat besar. 
Sama seperti di Malaysia ada yang offer untuk mengambil gambar dan terus print gambar. Ada yang menjual makanan ringan, air minuman dan juga souviner tapi yang paling interesting adalah ada seorang warga tempatan ni yang membawa dua ekor burung helang pemburu yang sangatlah besar. 

Jika nak ambil gambar burung sahaja kena bayar apatah lagi bergambar dengan burung berkenaan. Makanya aku ambil gambar dari jauh sahaja. Sebab bila ajak the kids untuk bergambar tapi semua tak berani sebab burung tu mcm sama besar dengan diorang huhuu. 

Stellah of Nation Friednship Monument. Kyrgyzstan & Russia 1876.
Boleh dikatakan setiap peristiwa akan dibuat monument dan tokoh akan dibina statue.
Dari sini kami berjalan terus ke hadapan dan melewati Stella of Nation Friendship Monument yang terletak disebelah kanan jalan tak jauh dari Manas Statue tadi. Monument ini dibina pada tahun 1974 bagi mengenang peristiwa Kyrgyzstan menyertai former Russian Empire pada tahun 1876. 

Selepas dari Stella Monument ini the kids semua dah tak larat nak berjalan lagi. Katanya semua nak balik ke apartment nak makan dan tidur. Aku pun okay la.. "Nanti balik semua mandi dalam bathtub dengan air panas yer". Dan aku terus memesan Yandex dan kurang dari 20 minit kami telah tiba di apartment.

Recommended untuk try coffee, kek dan pasrty di sini.
Hot Coffee Latte & Hot Chocolate. Seronok minum di malam hari ketika waktu sejuk.
Kami berehat di apartment sehinggalah malam tiba dan selepas isya kami berjalan keluar mencari cafe yang sesuai untuk melayan kesejukan malam. Dan di antara banyak cafe di sini kami memilih Julius Meinl Vienna 1862 Cafe.

Mungkin kerana keunikannya berwarna merah. Dan juga sebab si atiyya dengan athira la yang berkuasa untuk memilih hahaa. Di antara kami semua hanya aku yang memilihi coffee dan 3 hot chocolate menjadi pilihan the girls semua. 

Cuaca di malam hari tetap sejuk walau heater telah dipasang di dalam cafe.
Tema cafe ni macam tempat vampire pulak dengan bunga ros & kain merah bagai.
Tapi tak seram pun dan coffee di sini sedap sangat. Ada pilihan pastry yang boleh dicuba.
Kelihatan ramai yang berkunjung ke cafe ini tapi mostly take away dan boleh dikatakan hanya kami sahaja yang duduk melepak di sini melayan hot coffee and chocolate dengan agak lama. Sambil-sambil tu search google apa plan untuk esok sebab dah last day di Bishkek.

Terasa sekejap 4 hari di Bishkek dan esok kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Tashkent, Uzbekistan dengan menaiki bas hampir 10 jam lamanya. Harap-harap the kids tak meragamlah sepanjang perjalanan waktu malam dan bolehlah kami semua tidur dengan tenang di dalam bas.

43 comments:

  1. Bahaya, jangan balas senyuman sangat.... Nnt melekat..bahaya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati kata nak balas senyuman tapi diri tak berani hahaha... Jgn melekat tuan.. jauh tu nak ulang alik hahahaha . 😅

      Delete
  2. 4 hari memang nak cukup tu untuk meneroka, semoga akan datang ada peluang tinggal lebih lama. 10 jam naik bas tu, nasib baik malam, boleh zzzzz, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak cukup.. insyallah kalau ada peluang lagi mmg akan repeat dah akan spend lebih lama di bishkek.. ☺️👍🏻

      Delete
  3. 4 hari memang nak cukup tu untuk meneroka, semoga akan datang ada peluang tinggal lebih lama. 10 jam naik bas tu, nasib baik malam, boleh zzzzz, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang plan nak zzzzzz.. tapi tu lah bawa the kids kan... If tak meragam mmg smooth jer lah dalam bas tu hihii.. 😂

      Delete
  4. bagus betul u dh ajar ur kids travel jauh2 gini dan diaorg pun semua behave jer!! teringat zmn2 my boys kecik ie time cuti2 seoul 2016, razeen masih pakai pampers (siap pampers bocor la dlm van yg kami sewa tu..haru sungguh!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum nak ke central asia ni mmg dah train anak2.. jalan jalan taman.. hiking bukit dan jungle trekking bagai.. nak build stamina anak.. alhamdulillah boleh dikatakan berjaya juga lah ketika travel.. bab behave tu kita as parent mcm kena main peranan lebih huhuu.. kalau tak mmg tak enjoy la travel hihii..

      Delete
  5. terkejut tengok gambar The Members of The 701st Military Unit Kyrgyz National Guard of Honor, dari jauh nampak macam kene gantung plak guard tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ... memang agak menakjubkan sebab berdiri tegak mendada. tak gerak walau seinci sepanjang kami berada di sana. Dah la winter steady jer berdiri tak sejuk ke huhuuu..

      Delete
  6. Haipppp jaga senyum tu. Haha. Bestnya coffee dan pastries masa sejuk. Banyak betul statue di sana ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak senyum la.. kang dia nak ikut balik Malaysia susah pulak hahahaha :P ... time winter mmg seronok layan hot coffee di small cafe mcm ni :D

      Delete
  7. Banyaknya baris puisi tu! Mesti hebat betul pahlawan nan seorang ni kan...
    Sedapnya hirup kopi & lepak² di kafe time sejuk² gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah sangat menakjubkan.. yela zaman dahulu mmg dipuisikan apa yg tersirat di hati.. lepak coffee malam tgh sejuk seronok☺️

      Delete
  8. penat skodeng burung helang pemburu tu dekat mana...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada di tengah tengah org dlam gambr tu.. burung tu bertenggen dpn org tu.. hahaha zoom lah... Itu je yg mampu hahaha 😅

      Delete
  9. Pahlawan yg hebat sehingga disanjungi oleh lawan sendiri.
    Bersih dan kemas park tu. Knpa tak bls senyuman gadis tu hikss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dahulu lawan itu disanjung tak seperti sekarang lawan itu dihina bagai huhuu.. ke salah hahaha.. alhamdulillah seronok jalan jalan park tu.. kita tangkap senyuman tu jer tapi tak balas pun hahaha.. mati kalau wife baca ni 🤣🤣

      Delete
  10. cantiknya monumen dia, kawasan dah lah kemas dan bersih. Jalan-jalan kat situ pun seronok sebab sedap mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tempat cantik bersih dan kemas mmg seronok nak berjalan jalan... Mmg byk monument sbb hampir setiap kejadian akan dibina monument baru huhuu 😅

      Delete
  11. Replies
    1. Lifesaver for the first time travelers... Yes 💯 correct..

      Delete
  12. Macam-macam cara orang cari duit ye, bergambar dengan burung helang pun boleh.
    Berapa harga secawan latte?
    Lamanya nanti nak naik bas, 10 jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ok jer diorang tak ada la memaksa mcm di sesetengah tempat tu.. diorang approach nicely dan if tak nak mereka just senyum dan berlalu.. ☺️
      Harga kalau convert RM6-7 sahaja.. Kyrgyzstan mmg murah.. 👍🏻

      Delete
  13. Cubit peha ok lagi... kalau aunty dia terus beli tiket balik malaysia sorang! hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie mana auntie.. boleh ke beli tiket balik sorang tu hahahaa 😂 ... Uncle dah makin famous skrg makin naik saham huhuu 😅

      Delete
  14. Menarik dapat tengok depan mata burung helang pemburu tu.
    Pernah tengok dalam dokumentari/video mana entah - orang lokal lepaskan helang pemburu sambil berkuda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah besar sgt helang tu sampai budak-budak ni takut nak dekat.. nak juga bergambar sebenarnya huhuu.. yes helang yg boleh buru serigala, kambing dan rusa sama mcm documentary dlmtv tu..

      Delete
  15. besar betul ye size burung tu kalau lebih kurang sama dgn the kids! ewaahhhh gadis Kyrgyzstan senyummmm ye? puan isteri ooooooo puan isteriiii mehh baca blog ni tengok ni! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap besar mcm best kalau ada sekor bela kat rumah kan.. Gadis tu senyum mungkin sbb nampak kami tourist kot hahaha tak yah la jerit jerit hahahaa.. risau den..

      Delete
  16. Sepupu saya suka Travel. Baru-baru ni ke Pakistan. Tersangkut kejap di sana. Syukur akhirnya dapat pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Pakistan dlm peperangan.. alhamdulillah syukur selamat dpt pulang ke tanah air.. travel ni mmg ada risiko sikit..

      Delete
  17. Tempat yang menarik dan bersih. Semoga ada peluang untuk saya juga ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan koga dipermudahkan urusan utk ke sana.. Tmpt menarik dan majoriti islam di sana..

      Delete
  18. kalau kat malaysia mcm tu sikit2 buat statue sikit2 buat monumen... hmm... mmg kena bash laa... membazir je... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib la kita di Malaysia bukan ex negara komunis.. kalau tidak setiap benda nak buat statue bagai hahaha.. mmg membazir la jawapnya huhuu..😅

      Delete
  19. cafe cafe yg macam Julius Meinl ni ada merata ya kat sana? starbucks (brand famous) ada juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak bersepah juga cafe cafe kecil mcm ni di Bishkek. Dan mmg agak berkualiti coffee mereka even di cafe yg kecil. Mungkin culture minum coffee so semua org berikan yg terbaik huhuu

      Delete
  20. Mahal x hot latte dan hot chocolate kat sana...hati2 senyum tu...kangggggg...tido luar kang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahal.. kalau convert dalam RM6-7 secawan.. so far Kyrgyzstan mmg murah makanan di sana.. senyum jer hahahaa.. tak la smpai tido luar ..sejuk winter ooo...

      Delete
  21. Ya ampuuuun, syair 553,500 baris itu macam mana bacanya yaaaa 🤣🤣🤣. Banyak sangat. Hebat lah penyair yg buat.

    Yg saya suka dari negara2 eks Sovyet, ada banyak patung di sana. Betul lah bang, rasanya tiap ada moment bersejarah, langsung dibuat patung kan 😁👍. Tapi bagus2 dan megah memang patung mereka.

    Saya sukaaa lah. Jadi objek foto pun bagus. Nantilah semoga ada kesempatan segera ke negara2 STAN ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makna kata ramai yg membuat syair utk dia mungkin dalam jangka waktu yg ama .. sehingga ratusan ribu baris syairnya.. makna kata mmg hebat org nya.. di sanjungi oleh kawan dan lawan..

      Delete
    2. Hampir setiap peristiwa, ada sahaja tokoh apa pun pasti dibuat monument atau statue.. lama kelamaan habis kawasan di park itu nanti hahaha.. 😅

      Iya sesuai lah jika mahu berphoto dgn statue itu semua..

      Delete