Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Uzbekistan Part 1 : Arriving In Tashkent After 12 Hours Bus Journey From Bishkek
Syukur alhamdulillah setelah perjalanan yang panjang di malam hari. Turun naik bas untuk stamp passport di tiga buah negara. Akhirnya kami selamat sampai di Tashkent Bus Terminal atau dikenali Tashkent Avtovokzal oleh bahasa tempatan.
Perkataan Avtovokzal juga digunakan pada Bus Terminal atau Bus Station di Bandar Almaty dan Bishkek. Mungkin membawa maksud Terminal. Sebab bila aku guna google translate ia memberi makna Auto Station. Tapi tak kesah la kan.
 |
Syukur Selamat sampai di Tashkent setelah mengharungi perjalanan yang jauh. |
Oh ya untuk simkad boleh dibeli selepas melepasi Border/Immigration Uzbekistan. Terdapat beberapa buah restoran, kedai runcit dan juga kedai menjual simkad di border dan ia seolah-olah seperti sebuah pekan kecil.
Dan di sini kita akan menunggu bas lebih 20 minit disebabkan bas akan mengambil masa yang agak lama untuk melepasi border berbanding penumpang. Dan waktu menunggu boleh berubah menjadi lebih lama jika kenderaan terlalu banyak.
 |
Sampai di Terminal Bas ini kami berehat dan fresh up semula. Di luar terlalu sejuk. |
Kenapa tak beli simkad apabila sampai di Tashkent Bus Terminal sahaja?
Ini kerana bas akan sampai pada pukul 6.00 pagi di Tashkent dan dari bacaan aku di internet, kebanyakan kedai yang berada di dalam terminal masih lagi belum dibuka dan pada kebiasaanya hanya dibuka pada pukul pukul 8.00 - 9.00 pagi.
 |
Hanya kedai makanan sahaja yang dibuka dan itu pun bukan semua. |
Tiada wifi percuma yang disediakan di terminal bas di tashkent ini. Macam kedekut pula sebab nampak di lebih maju dari terminal di bishkek yang memberi wifi percuma sehingga kita boleh buat video call whatsapp dengan orang di Malaysia.
Walau bangunan terminal bas di Bishkek adalah dari era soviet yang agak ketinggalan tapi ia mampu memberikan wifi percuma dengan begitu baik tanpa memerlukan kita untuk log in apa-apa password pun. Dan untuk di Tashkent ini kita hanya boleh gunakan wifi dari kedai makanan setelah membuat pembelian di kedai mereka.
 |
Pukul 7.45 pagi kelihatan orang mula memenuhi ruang terminal. Kuanter tiket juga telah dibuka kesemuanya termasuklah tourist service center ini.
|
 |
Setelah matahari terbit barulah kami memulakan langkah keluar dari terminal. |
Dan bas kami telah sampai beberapa minit sebelum pukul 6.00 pagi dan kami telah berehat, solat dan fresh up di terminal sehingga jam 7.30 pagi. Satu perkara yang aku nak berkongsi adalah penggunaan tandas di Almaty, Bishkek dan Tahskent semuanya dikenakan bayaran. Tak kesah la samada di Bus Terminal, Pasaraya or even di dalam restoran pun kena bayar.
Cuma bagi aku di Tahskent adalah yang paling mahal bayaran untuk menggunakan tandas. Mungkin sebab kalau dibandingkan antara Almaty, Bishkek dan Tashkent. Maka Tashkent lah yang paling maju dan bangunan di sini nampak lebih moden dan cantik berbanding di bandar lain dalam trip ini.
 |
Dapat gift manisan Cekme Helva dari orang Turkiye yang satu bas dari Bishkek. |
 |
Dari terminal kami ikut laluan underground ini untuk kesebarang jalan. |
Almaty dan Bishkek kadar bayaran untuk penggunaan tandas lebih kurang RM1.00-1.50. Tapi kalau di Tashkent bayaran bermula dari RM3.00 ke atas. Mahal kan? Semasa di Bus Terminal kami dapat gift dari seorang pengembara Turkiye yang sama-sama ditahan di border tadi.
Dia pesan banyakan bagi anak-anak makan benda manis sebab cuaca sangat sejuk di luar. Ok pun mengucapkan terima kasih sambil membalas tersenyum. Dan dia kata "I need to go now, my hotel let me check in early".
 |
Terjumpa taman permainan ketika berjalan-jalan di kawasan perumahan. |
 |
The kids suka kutip bunga Doremon yang banyak tumbuh liar di sepanjang jalan. |
 |
Terdapat satu anak sungai yang ada di kawasan perumahan ini. Keadaan air yang bersih dan jernih. Siap boleh lihat ada ikan kejar mengejar lagi. |
Selepas matahari terbit sedikit kami telah berjalan keluar bagi menuju sebuah masjid yang terletak tidak berapa jauh dari terminal bas bagi membuang masa. Sebab accommodation yang kami booking tidak membenarkan kami check in awal walau diberitahu bilik berkenaan adalah kosong dan ready to move in.
Dan staff di reception meminta kami membayar lebih USD30.00 jika mahu. Terus aku tak reply whatsapp staff tersebut. Masa inilah aku search di internet dan terlihat ada sebuah masjid yang cantik dan besar yang terletak hanya 1.5 km sahaja berjalan kaki. Terus aku kata dengan wife jom jalan and if jumpa warung kita stop la minum teh.
 |
Seronok berjalan kaki di kawasan perumahan di Tashkent ini. Bersih dan kemas. |
 |
Berjalan di celah celah bangunan flat. Mungkin orang masih bercuti sebab hari raya ke 3. |
Sambil berjalan di kawasan perumahan warga tempatan terjumpa taman permainan terus the kids minta stop nak main sekejap. Seronok juga berjalan di area kawasan perumahan yang sangat berlainan dari Malaysia. Di sini setiap rumah ada laman sendiri yang dipenuhi rumput carpet dan pokok-pokok bunga serta pokok buah seperti delima dan oren.
 |
Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque yang terletak di Al Kharizmi Street, Tashkent. |
 |
Design corak di dalam masjid yang begitu cantik dan sangat unik. |
 |
Tangga untuk naik ke tingkat atas, Kebiasaanya tingkat atas ini khas untuk wanita. |
 |
Masjid yang bukan sahaja indah kaya dengan design Uzbekistan tapi juga mewah dan exclusive. |
At last kami sampai di Ubay Ibn ka'b Jameh Mosque setelah hampir 30 minit berjalan santai bersama the kids. Alhamdulillah sebuah masjid yang cantik terdapat perkuburan islam di sebelah masjid. Masa ni terjumpa dengan penjaga masjid dan beliau telah membuka tandas untuk kami gunakan. Sebab tandas hanya dibuka ketika waktu solat sahaja.
Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque adalah salah satu masjid yang menjadi attraction kecil di Tashkent. Terkenal dengan keindahan design dalaman yang cukup unik, kemas dan cantik. Terletak dalam kawasan perumahan rumah bawah, flat dan apartment. Dan bersebelahan dengan Muslim Cemetery.
Kadang2 rasa nak membebel jugak dengan sesetengah policy yg tak kasi guest check in awal padahal room tu dah available takde siapa duduk pun. Nak masuk awal kena cas mahal pulak ye amboiii sangat.
ReplyDeleteNasib baiklah ada masjid dan playground area berdekatan, dapatlah duduk2 rehat skejap
Itulah... Policy tak bagi check in awal walau bilik kosong.. hurmm kadang kadang kita faham ada charge sebab check in awal tapi kalau sampai nak sama dengan harga satu malam macam tak masuk akal pulak..
DeleteMcm yg ini dh bgtau ada anak kecil bagai.. dia macam ada aku kesah hahahaaa.. Kena la buang masa bawa the kids jalan jalan.. 🤗
bila tengok keadaan dalam terminal bas tu mengingatkan sy suasana kat stesen HSR kat taiwan... lbh kurang pun ya... tenang je...
ReplyDeleteMemang tenang dan nampak moden berbanding di Almaty dan Bishkek.. Tapi Tashkent boleh tahan mahal huhuu.. nasib la last destination.. 😅
Deletemahal juga ya dia cas utk early check in!
ReplyDeletecantik senibina masjid ni. yg pasti ciri-ciri uzbek tu tak lekang!
Dah nak sama dengan harga utk check in satu malam kan.. so kita ignore jer la.. Masjid di uzbek mmg cantik2 dan besar.. 😎
Deleteuishh mahal juga ye charge utk check in awal.. hurmmm mujurlah penjaga masjid izinkan utk gunakan tandas, syukur juga dia tolerate bagi guna..
ReplyDeleteMahal macam nak check in satu malam harga nya.. Syukur la dapat jenjalan buang masa dan singgah ke masjid dan dpt jumpa penjaga masjid yang baik hati.. 😎👍🏻
DeleteKalah chrg toilet premium dkt klcc ni =)
ReplyDeleteHahaha tau tak pe.. Kalau cantik mcm premium toilet tak apa la jugak 😅
DeleteMahal ya bayaran untuk guna toilet di sana. Bagusnya penjaga masjid bagi guna tandas.
ReplyDeleteTak tau la mungkin dah jadi budaya di sana kena bayar utk masuk toilet .. bayang kan masuk restoran dan nak guna tandas dalam restoran tu kena bayar hahaha.. 🤣
DeleteAmboi mahalnya dia nak ketuk ye utk check in awal...
ReplyDeleteCantik sungguh masjid tu!
Dapat owner yg baik di Almaty dan Bishkek.. tapi Allah uji dpt owner bermasalah di Tashkent pulak.. asam garam mengembara 🤗
DeleteAyat apa kat kat dinding besar dalam masjid tu? Cantiknya! Tapi sayang terlindung dengan 2 tiang.
ReplyDeleteOk ok... uncle tau bunga doremon tu... hhehehe
Oh tak ingat dah apa yang ditulis masa di sana tu ada jer baca hihiii..
DeleteNanti try tgk if ada gambar lain yg lebih clear saya update di sini.
Nanti saya post video bunga doremon tu :D
Terminal bas dia besar dan selesa. Letih juga menunggu masa untuk check in. Dalam kemodenan, ada juga kekurangan dia. Mahal juga tu kalau charge sampai RM3. Seronok kawasan perumahan tu bersih, ada taman permainan dan sungai. Dapat juga jejak ke masjid berdekatan. Cantik seni bina masjid luar dan dalamnya.
ReplyDeleteTerminal bas di Tashkent agak moden berbanding negara jiran yg lain.. itulah charge toilet tu mcm mahal sgt walau RM3 jer pun.. asbab nak buang masa dpt explore kawasan sekitar 😊
DeleteHikmah tak dapat check in awal, dapatlah pergi masjid cantik ni. Gah sungguh dekorasi silingnya, tempat wuduk pun nampak mewah.
ReplyDeleteBaik orang Turki tu bagi gift, tentu dia suka tengok anak-anak Afif.
Itulah gunakan masa utk explore kawasan berdekatan.. seronok jalan kaki merayau kawasan perumahan di Tashkent.. Masjid tu mmg nampak mewah dgn design dalaman.. Tak sangka dpt manisan tu dri org Turkiye tu.. 😊
DeleteMahal...lepak je la kat situ sampai masa baru check in..jumpa gak masjid lawa kan
ReplyDeleteItulah tengok di google map ada kawasan berdekatan yg boleh kita jalan jalan.. syukur ada masjid yg cantik berhampiran. 🤲🏻
Deletepart byran masuk toilet tu..haaa kalau kat swiss, lagi ler, rate masuk toilet 1 swiss franc(kalau convert RM memang jd lebih kurang RM5!) memang ada toilet yg free tp byk jugak tmpt kami singgah tu, kena byr la toiletnya, saya plak berdua dgn mr hubby, so 2 swiss fran for toilet only! dan kami jenis kerap gi toilet..emmm expenses kat situ jer dh berapa hahhaah
ReplyDeleteKan.. kalau mahal kita nak masuk banyak kali pun berkira.. tapi mcm swiss dalam mall or restaurant takde la kena bayar kan.. ini kat Kazakhstan.. dalam restaurant yg kita tgh makan pun nak kena bayar toilet hahaha.. itulah unexpected expenses yg kita kena prepare ketika travel.. 😅
DeleteTinggi banget charge-nya. Alhamdulillah, akhirnya jumpa Mesjid cantik
ReplyDeleteNgak tahu kenapa begitu tinggi charge utk menggunakan toilet di sana.. alhamdulillah masjid nya cantik dan mewah..
DeleteMahalnya harga masuk tandas. Susah juga kalau time tu sakit perut.
ReplyDeleteBunga doraemon? Acik tak tahu bunga doraemon tu camana..
Lawa bebenor masjidnya.
Cepat tengok intro cerita kartun Doremon tu.. ada satu bunga warna putih tu.. bila ditiup akan berterbangan serpihan bunga tu hihii.. nanti kita post video bunga tu huhu..
Delete