Pages

Saturday, 5 July 2025

Klinik Al Fatihah & Pertandingan Bacaan Surah Al Fatihah Di Surau Najah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Seawal pagi di hari sabtu ini kami sekeluarga bersiap-siap menuju ke Surau An Najah di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. Bagi menghadiri Program Klinik Al Fatihah. Anjuran PERKIM Cawangan Ampang bersama pihak Surau An Najah.

Satu program khas untuk kanak-kanak berumur dari 5 tahun sehingga 9 tahun bagi membetulkan bacaan Surah Al Fatihah. Alhamdulillah majlis dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dengan pelbagai cara iaitu warsh, qurdi dan baihati oleh Ust Ahmad Al Atif Imam Masjid Jamek Al Huda.

Penceramah utama program Ust Jamal Bin Musleh seorang pegawai di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga Imam Surau Taman Mulia Jaya. Ceramah yang diberikan kepada anak-anak memang terbaik dan semua happy mendengar sampai tergelak-gelak hadirin yang hadir. Siap boleh buat suara Ejen Bakar dan suara Doreman. 

Selesai sesi ceramah Klinik Al Fatihah. Maka sesi pertandingan pun bermula. Tiga orang juri pertandingan iaitu Ust Asyraf Imam Masjid Taman TAR, Ust Muhamd Firdaus Imam Masjid Mustaqim dan Ust Abu Dzar Roslan Imam Surau An Najah.

Ust Jamal sedang memberikan ceramah berkenaan Surah Al Fatihah.
Affan baru sahaja selesai menyertai Pertandingan Muazzin Junior bulan lepas di Hari Terbuka Masjid UPM - Boleh baca di sini Affan Masuk Pertandingan Muazzin Junior Di Masjid UPM dan bulan ini alhamdulillah ada rezeki lagi bagi dia kehadapan untuk membacakan surah Al Fatihah. 

Dapat goodies beg semasa pendaftaran sebelum program.
Antara isi goodies beg yang masih berbaki.
Selepas pendaftaran seawal pagi di surau. Setiap peserta dapat beg goodies ni dan di dalam penuh dengan kudap-kudap jajan untuk peserta. Tapi sebab ada banyak beg goodies ini disediakan. Maka Atiyya dengan Afnan yang tak join jadi peserta pun dapat. Gambar ini diambil selepas pulang ke rumah itu pun dah banyak habis dimakan.

Athira peserta ke 5 membacakan Surah Al Fatihah.
Affan peserta ke 8 sedang membacakan Surah Al Fatihah.
Ust Firdaus menyampaikan hadiah saguhati beg sekolah dan sijil penyertaan.
Affan menerima hadiah saguhati beg sekolah dan sijil penyertaan
Disebabkan syarat pertandingan adalah dari umur 5 hingga 9 tahun. Dapat la si Athira masuk sekali bersama Affan dan kedua-duanya macam biasa dapat hadiah saguhati bersama sijil dari PERKIM. Tak harap menang pun just nak bagi berani ke hadapan membacakan Surah Al fatihah. 

Program habis tepat jam 12.00 tengah hari. Dan setiap yang hadir diberikan nasi ayam untuk makan tengah hari sebelum pulang. Oh ya pagi tadi breakfast juga disediakan iaitu Nasi Lemak dan kuih muih. Harap ada la peluang lagi seperti ini di masa hadapan Amin.

15 comments:

  1. bagus nya ada pertandingan yang macam ni...secara tak langsung dapat beri semangat untuk si kecil membaca Al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah syukur dpt tahu berkenaan program ini.. Membantu memperbetulkan bacaan Al Fatihah kanak2.

      Delete
  2. alhamdulilah, bagus program camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. The kids pun seronok dapat join program macam ni.. 😊

      Delete
  3. bagusnya program gini. terbaek alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga lebih banyak lagi program sebegini dianjurkan oleh masjid dan surau utk kanak2..

      Delete
  4. Program ni bagus...didikan awal untuk anak-anak kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memperbetulkan bacaan Al Fatihah dan mengajar anak minat dtg ke masjid. 👍🏻

      Delete
  5. Wah memang rejeki buat Affan, sayapun kalo dengar ceramah suka dengan ustadz yang begini, jangan yang terlalu keras ,bagus ini kegiatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penceramah yg bagus ialah yg tahui siapa pendengar.. kalau udah kanak2.. harusnya byk lawak jenaka supaya kanak2 tidak boring.. alhamdulillah bagus ustaz nya..

      Delete
  6. Majlis ilmu..pasti Allah limpahkan rahmat ..saham akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin.. insyallah moga2 dpt terus duduk dalam majlis agama seperti ini lgi..

      Delete
  7. alhamdulillah, program yg bagus utk anak2.
    seronokla affan masuk pertandingan kalini ada kakak join sekali, haritu masa pertandingan azan dia sorang2 jekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah seronok bertanding sebab kakak dia pun ada sekali.. Masa muazzin tu dia seroang sahaja. Nama pun muazzin mmg kakak dia tak boleh la hihii.. :D

      Delete
  8. Alhamdulillah..permulaan yang baik untuk Athirah dan Affan. Affan dapat pengalaman kedua. Tahniah semuanya. Sambil tu kita hadir pun dapat ilmu dan pahalanya juga. InshaAllah...

    ReplyDelete