Pages

Saturday, 19 July 2025

Brunch Bersama Family Di Kedai Kopi Atok - Bandar Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selepas menyiapkan the kids semua di bilik hotel. Kami menuju keluar bagi mencari sesuatu untuk perut yang sedang bermainkan lagu meminta sesuatu untuk diisi. Disebabkan kami dari De Spring Hotel maka tempat yang paling dekat ada menuju ke Kedai Kopi Atok.

Kedai Kopi Atok  - Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan.
Beralamat di No 77, Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan, 25200 Kuantan, Pahang. Sebuah kedai kopi berkonsep santai, hipster, old school dan sesuai untuk didatangi oleh semua peringkat umur masyarakat untuk semua bangsa. Dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7.00 malam. Dan tutup pada setiap Hari Isnin.

Ini adalah tempat baru yang mana sebelum ini kedai kopi ini dikenali sebagai Kedai Kopi Atok Wall Street yang terletak di Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang. Betul-betul bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Kali ni kami dapat tempat duduk di luar tapi ok juga berangin dan terlanggar siku.
Berkonsepkan "Kedai Kopi Traditional Zaman Dahulu".
Pekerja agak ramai insyallah tak akan ambil masa lama untuk dapat makanan.
Setiap kali ke sini pasti penuh dengan pelanggan yang sedang menjamah makanan. Ada kala kelihatan pelancong asing juga duduk santai di sini. Dan yang lebih menyeronokan adalah walau tempat ini agak viral sentiasa dipenuhi pelanggan tapi harga makanan di sini masih lagi berpatutan. 

Lokasi kedai yang corner lot juga amat mudah untuk dijumpai, berhadapan dengan jalan utama iaitu Jalan Bukit Ubi. Latest masa aku datang minggu lepas walau pun keadaan hujan lebat pelanggan tetap hadir tanpa henti. 

Cakoi dan Pau Goreng dibuat fresh setiap masa.
Cuma satu kekurangan yang aku nampak adalah ruang tempat duduk makan agak sempit. Kalau terlaga siku, tersondol kaki sesama pelanggan itu adalah perkara biasa. Nak buat macam mana kan dah tempatnya tak besar tapi pelanggan yang hadir sentiasa ramai. Tak kan nak pindah tempat lain pula huhu.

Baby Rose Tea, Teh Tarik Kurang Manis & Teh O Limau Suam.
Antara recommended makanan yang aku boleh suggestkan adalah Pau Gulung Atok iaitu pau kukus kosong yang dimakan bersama sambal. Pau Kacang Merah Goreng dan Cakoi di sini sedap sebab dibuat fresh setiap masa di hadapan kita. Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng di sini bagi aku wajib dicuba. Terdapat juga pau kukus pelbagai jenis di sini.

Nasil Lemak Ayam & Telur RM10.90. Telur Separuh Masak RM3.90.
Mee Kari RM8.90. Bihun Sup Daging RM7.90.
Nangka RM10 - Ada seorang pakcik berbaju oren menjual dari meja ke meja.
Tempat makan classic dan vintage. Harga insyallah sangatlah reasonable.
Terdapat makanan berat dan ringan yang disediakan sepanjang masa mereka beroperasi dalam sehari. So untuk aku yang hadir bersama anak-anak kecil ini senang nak bagi mereka pilihan makanan. Disebabkan aku dah makan breakfast di hotel maka the kids jer yang menjamah makanan. Mihun Sup Daging, Mee Kari dan Nasi Lemak Ayam Crispy.

Boleh consider untuk makan di sini kalau nak mencari tempat makan yang sedap, viral dan murah di Bandar Kuantan. Lagi-lagi macam aku yang bawa sampai 4 orang anak. Harga reasonable and affordable untuk datang bersama family ☺️.

Wednesday, 16 July 2025

Aktiviti Wajib Jika Ke Kuantan - Mengail

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Alang alang dah sampai kuantan kita buat lah aktiviti mana yang mampu kan..

Joran dibawa setiap kali ada kerja di Kuantan. Dapat peluang dan masa yang tepat pasti tidak akan dilepaskan. Tapi selalu jer tak ada masa nak labuhkan mata kail walau berhari-hari berada di Kuantan.

Dia pun tak nak kalah. Ikan Dengkis atau Gelibas.
Senangin dari Sungai Muara Kuantan.
Okla lebih panjang dari tapak kaki kita.
Antara hasil lain selepas memancing bersama family di muara Kuantan.
Kali ini ada la sedikit rezeki nak masak Asam Pedas Ikan Senangin. Ikan Jenahak Goreng Berlado. Paling seronok bila tengok the kids menjerit-jerit tarik ikan naik ke tebing. Kalau dapat yang besar sikit tu terus takut suh ayahnya yang bawa naik ikan. 😅

Benteng Kuantan atau Muara Sungai Kuantan ini adalah air payau iaitu separuh tawar separuh masin. Ikan Kerapu, Siakap, Senangin, Kurau, Tetanda, Gerut, Gelama Pisang dan Sembilang memang selalu menjadi mangsa pemancing di sini. Kadang-kadang ketam pun sangkut pada mata kail.

Monday, 14 July 2025

Salam Pagi Isnin Dari Bandar Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Hari ketiga berada di Kuantan. Tangan gatal juga nak update blog walau tak bawa laptop. Maka kita update pakai hp jer la. 

Alhamdulillah safely arrived Kuantan Jumaat malam untuk urusan kerja selama 3 hari.  Insyallah petang ni dah boleh pulang semula ke KL. Anak-anak semua terpaksa dicutikan hari ini dari persekolahan sebab dipaksa ikut sekali 😅.

First time check in di De Spring Hotel. Alhamdulillah selesa dan cantik.
Macam biasa, bila ke Kuantan atas urusan kerja jarang sangatlah nak booking hotel awal-awal. Selalunya memang last minute. Maka rezeki untuk kali ini dapatlah stay di De Spring Hotel ini untuk tiga malam. Hotel ke 18 yang aku check in di Kuantan disebabkan selalu datang ke sini atas urusan kerja. Nanti aku buat full review hotel De Spring Hotel ini insyallah.

At first suka stay di Classic Hotel yang berdekatan dengan Benteng Muara Kuantan sebab situ satu-satunya hotel di Kuantan yang bagi breakfast variety dan jenis tak berkira langsung. Dan menu breakfast setiap hari pasti berlainan.

Tapi sebab disebabkan tiada parking khas untuk pelanggan hotel dan selalu kena saman MPK. Dan kalau parking bawah pokok tu mesti dapat hadiah dari burung (bukan sikit yer). Maka kami beralih ke Hotel Cathayana. Bilik besar, breakfast 8/10 dan ada parking khas untuk customer. Tapi itulah selalu fully book especially weekend.

Malam pertama makan di Kedai Burok tak tahu apa pasal nama dia macam tu. Lokasi belakang Hospital Kuantan (HTAA). Makanan Sedap tapi agak keras harganya hihi. Air Bandung Q, Teh O Ais 1, Kopi Panas 1, Tom Yam Ayam dengan Daging Masak Merah & Kopok Keping RM46.00. 🤔

Jom brunch di Kedai Kopi Atok.
Mee Goreng, Nasi Lemak, Mee Kari, Bihun Sup, Pau semuanya sedap 🤤
Breakfast first day tak sah kalau bukan di Kedai Kopi Atok. Makanan sedap dan variety. Menu breakfast + lunch = Mihun Sup Daging, Mee Kari, Nasi Lemak Ayam, Mee Goreng, Telur Separuh Masam, Pau Goreng dan Pau Kacang. Eh hotel tak bagi breakfast ke? Ada tapi simple breakfast iaitu Nasi Lemak bungkus dan roti. First come first serve. Kalau habis bye bye gitu 😅.

Kedai Kopi Atok ni makanan sedap cuma masalah kedai dia kecik dan tempat duduk pun agak rapat so kalau tersiku orang belakang tu perkara biasalah hihi. Dan kalau salah timing datang memang kena que tunggu seat available yer. Dan pastilah kopi di sini amat menarik dan harganya murah dari kopi kampung sehinggalah cappuccino dan latte and so on.

Pantai Kempadang terletak 10km dari Bandar Kuantan.
Ada anak sungai cetek yang mengalir keluar.
Datang ke Kuantan tak sah kalau tak mandi pantai. Dan kali ni bawa the kids main di Pantai Kempadang. By the way first time mandi manda di sini. Selalu ke Pantai  Gelora, Pantai Anak Air, Pantai Teluk Sisek dan Pantai Sepat. Teluk Cempedak dah tak pergi sebab orang ramai sangat kalau weekend dan parking kena bayar 🤭. Pantai lain semua free jer parking dan entrance.

Friday, 11 July 2025

Uzbekistan Part 6 : Alisher Navoiy Theater - State Museum - Mustakillik Fountain

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Pada hari kedua di Tashkent ini, kami dah keluar seawal pagi menuju ke Alisher Navoiy Theater dengan menaiki Yandex. Bangunan asal theater telah dibina pada tahun 1929 oleh M. Kari-Yakubov dan pada tahun 1939 ia dikenali sebagai The Uzbek State Opera and Ballet Theatre.

Dan kemudian telah dibina sebuah bangunan yang lebih besar seperti yang ada pada hari ini di antara 1942-1947 dengan menggunakan forced labor. Dibuka pada tahun 1947 sempena ulang tahun kelahiran Alisher Navoiy yang ke 500. Theater ini boleh memuatkan 1,400 orang penonton dalam satu masa. 

Di hadapan bangunan Alisher Navoiy Theater yang bersejarah.
Oh ya force labor yang membina theater ini adalah banduan dari bekas tentera jepun atau dikenali sebagai Prison of War (POW) yang ditangkap oleh Soviet selepas perang dunia kedua yang dianggarkan lebih 750,000 orang. Dan dianggarkan 3.5 juta tentera jepun yang tertangkap selepas kalahnya Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Bila musim winter memang kebiasaanya fountain akan ditutup.
Sesi bergambar yang teramat susah sebab nak susun semua empat orang bukan perkara yang mudah. Mak nya dah jadi singa pun the kids stil dengar arahan hahaha 😂.
Di tahun 1996, President Uzbekistan Islam Karimov telah meletakan sebuah plague di theater ini bagi memperingati (honoring) orang-orang jepun yang telah membina Theater ini. Tertulis pada plague ini "In 1945–1946 hundreds of Japanese citizens deported from the Far East took an active part in the Alisher Navoiy Theater Construction".

Simpang empat besar ini juga lengang. Abg polis tu pun tak tahu nak buat apa 😅
Nak lintas jalan besar kena ikut laluan underground.
Ianya bukan underground station tapi hanya lintasan bawah tanah semata-mata.
Dari Alisher Navoiy Theater, kami berjalan kaki menuju ke State Museum of Uzbekistan History yang terletak hanya 600 meter sahaja. Dan mungkin disebabkan masih lagi cuti Aidilfitri, maka jalan raya tidaklah begitu banyak kenderaan sehingga kami boleh shot video di atas jalan bersama the kids.

Suasana yang tenang di pagi hari menuju ke State Museum 
State Museum hanya terletak 600 meter dari Alisher Navoiy Theater.
Apa yang menarik tentang muzium ini adalah ia memberikan gambaran dari zaman stone age sehinggalah zaman sekarang tentang budaya, masyarakat dan negara Uzbek itu sendiri. Dibina pada tahun 1876 dan pernah dinamakan sebagai Lenin Museum ketika di awal pemerintahan soviet. Bayaran masuk 60,000 SOM atau 20.00 MYR untuk orang dewasa.

Bagi yang suka nak membaca banyak fakta berkenaan sejarah seperti aku insyallah ia sangatlah berbaloi dan amat menyeronokan. Tapi bagi yang tidak hurmm pepandai lah korang hahaha 🤣.  Bagi aku bila datang negara kita kena mendalami sejarah, adat dan budaya barulah enjoy the trip di sesebuah negara tersebut.

Antara barangan bersejarah yang dipamerkan di dalam state museum
Info dari bacaan aku pada hari ini mengatakan muzium telah ditutup untuk satu jangka masa yang lama untuk memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih dan naik taraf bangunan muzium yang telah pun menghampiri 150 tahun. Tempat banyak menyimpan artifak pra sejarah kan, harus lah dijaga dengan baik.

Sejarah awal ajaran Budha dan agama islam juga banyak ada di sini. Dari Kerajaan Islam Timurid Empire (1370-1507) dan Mughal Empire (1526-1857) dari Barlas Clan of Turco - Mongol yang memerintah dari Bukhara & Samarkand sehingga Almaty di atas dan sehingga Kabul di bawah. Pemerintahan yang berasal dari salah satu keturunan Genghis Khan.

Mustakillik Fountain - Waktu winter tiada air lansung di sini. 
Dari State Museum kami berjalan melintasi Mustakillik Fountain dan Independence Square. Dan terus menuju ke Ankhor Park dengan jarak 1.8km. Terlalu banyak yang menarik di sepanjang perjalanan sehingga tak terasa kami berjalan jauh. Mustakillik Fountain ini kalau bukan musim sejuk pasti cantik sebab susunan air pancut yang seolah menari-nari. 

Melintasi park yang luas menghijau dan terdapat banyak bunga berwarna warni tumbuh dengan segar walau dengan cuaca yang sejuk. Athira dengan Atiyya suka lah dengan pemadangan bunga-bunga ini. Affan pulak tak begitu menghayati.

Selepas Uzbekistan mengisytiharkan kemerdekaan pada September 1991 maka Lenin Square ini telah ditukar kepada nama Mustaqillik Maydon yang membawa maksud Independence Square. Dan Lenin Monument telah diruntuhkan. Dan telah digantikan dengan sebuah "Globe" bagi menunjukkan simbolik kebebesan.

Untuk sekarang Independence Square ini selalu dijadikan sebgai host dalam mana-mana acara sambutan pada peringkat negara termasuklah perarakan ketenteraan di hari ulang tahun ketenteraan atau sambutan kemerdekaan. Dan Independence Square ini adalah square yang terbesar di Tashkent dan di sini terdapat banyak statue atau monument.

Dan akhirnya kami berjalan sampai di Ankhor Park yang berada di hujung bersebelahan denagn sebatang sungai yang cantik. Dan dari sini kami akan ke Memorial Square yang mana terletaknya Ilhaq Eternal Flame dan The Tomb of Motherland. Nak tahu apa ada di Memorial Square? tunggulah next part.

Bersambung Uzbekistan Part 7 : (under construction)

Monday, 7 July 2025

Uzbekistan Part 5 : Survey Kawasan Sekitar Hostel - Solat Maghrib Di Rakat Jami Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Alhamdulillah selepas melalui semua dugaan dan ujian, akhirnya kami redha dan check in sahaja di Sulton Hostel untuk sepanjang 4 hari kami di Tashkent. Bak kata orang setiap yang berlaku pasti ada hikmah Insyallah.

Di sini suasana lebih ceria dengan penuh aktiviti masyarakat setempat. Somehow kami pejamkan mata dengan masalah accommodation dan kami enjoy the moment sepanjang masa menginap di sini. Buat apa nak stress kan fikiran, lebih baik focus pada next move dalam misi mengembara di bumi yang pernah melahirkan ramai ulama ini.

Suasana tenang pagi hari di hadapan Sulton Hostel.
Bila dapat jer bilik, masing-masing nak mandi, tukar baju dan berehat. Afnan dan affan terus terlelap selepas mandi dan diberi susu. Sambil aku memunggah beg dan menyusun baju dalam almari dan saki baki makanan yang ke di atas meja.

Selepas 2 jam kami berehat aku tanya wife "Nak keluar ke? Sebab nanti malam for sure tak buat apa-apa". Wife kata ikut la lagi pun the kids dah tidur lama, takut malam nanti tidur lewat. Boleh la nak penatkan kids supaya boleh tidur awal. 

Pasaraya 24 Open. Itulah kot namanya sebab tak jumpa nama lain yang tertera.
Pasaraya yang kemas dan lengkap semua barang dari makanan hingga keperluan diri.
Lewat petang tu kami keluar berjalan-jalan kawasan sekitar Sulton Hostel. Dan aku rasa satu hikmah besar tak jadi stay di Na Bobura Hostel adalah di sini kawasan lebih meriah dipenuhi kedai runcit, cafe, restoran halal, farmasi, bakery, kedai serbaneka dan pasaraya. Semuanya dalam lingkungan 100 meter sahaja.

Dapatlah kami membeli sedikit keperluan especially makanan. Lagi pun ada dapur yang disediakan di hostel untuk kami memasak. Baki beras masih ada dari Bishkek maka misi mencari sesuatu untuk dimasak sebagai lauk makan malam nanti.

Banyak benda yang kena cukai dengan the kids setiap kali ke sini.
Beli roti di sini lebih murah berbanding dengan tempat lain.
Bila travel ni memang akan amik gambar di mana jua. Lagi-lagi seorang blogger hihii.
Somehow aku rasa kalau korang tak kesah pasal keadaan accommodation yang bertaraf 1 bintang atau yang mahukan harga penginapan yang budget. Aku suggest korang stay di Sulton Hostel. Sebab lokasi ia sangatlah convenience. Berbanding dengan Na Bobura Hostel yang tiada ada di sekeliling dan hanya terdapat satu cafe sahaja.

Beruniy Somsa - Bakery yang terletak berhampiran hostel.
Di antara Sulton Hostel dengan Pasaraya 24 Open terdapat dua buah kedai runcit, satu farmasi dan satu kedai roti atau aku boleh kata kilang roti sebab dari pagi sampai ke petang tak berhenti membakar roti dan orang yang datang membeli sekeping dua atau sebuku roti tapi berpeket-peket banyaknya.

Kami cuba juga nak membeli roti yang dibuat dan kelihatan terdapat pelbagai jenis berdasarkan perbezaan bentuk. Namun masalah bahasa menyukarkan kami untuk membeli dan akhirnya kami berlalu meninggalkan sahaja disebabkan owner kelihatan tidak begitu melayan kami kerana sibuk membakar roti dalam ketuhar api.

Gulyar Market berada bersebelahan dengan Sulton Hostel.
Dan Rakaat Market bersebelahan Gulyar Market.
Selesai survey kawasan sekitar dan membeli di keperluan Pasaraya 24 open. Kami pulang ke hostel dan meletakan barang dan kemudian bersiap-siap untuk ke masjid. Sebab tadi waktu asar kami boleh dengar azan yang begitu jelas.

Mestilah masjid tidak begitu jauh kalau azan boleh didengari. Berpandukan direction oleh pemuda di reception. Kami berjalan kaki hampir 500 meter ke arah masjid. Dari kejauhan boleh dilihat menara masjid yang tinggi dan bercahaya.

Berjalan hampir 500 meter untuk ke Rakat Jami Masjid dari Sulton Hostel.
Masjid yang sangat besar, cantik dan mewah. Even dah sampai pintu masjid kita masih lagi perlu berjalan jauh untuk menuju ke saf hadapan menyertai solat jemaah. Dan masjid ini ada menyediakan ruang untuk kaum wanita bersolat tidak seperti kebanyakan masjid di sini yang bermazhab hanafi yang tidak menyediakan ruang untuk muslimat.

Terletak di 20 Abdulla Avloniy Street, Tashkent. Rakat Jami Mosque ini adalah antara salah satu masjid yang baru dan tercantik di Tashkent. Dibina pada tahun 2019 dan siap pada 2022. Dibuka pada bulan Ramadhan di tahun berikutnya.

Kelainan masjid ini dengan masjid-masjid besar yang lain adalah ia terletak di dalam kawasan perumahan awam. Tidak seperti masjid-masjid besar yang lain yang kebanyakan terletak di kawasan tarikan pelancong dan kawasan yang terbuka luas dan agak jauh dari kawasan perumahan. Masjid in boleh memuatkan lebih 8000 orang jemaah dalam satu masa.

Salah seorang yang memakai serban itu tadi adalah iman solat maghrib tadi.
Pengalaman solat berjemaah di sini memang berlainan dari di Malaysia. Selepas solat ada zikir tapi tidaklah banyak atau sepanjang zikir selepas solat di Malaysia. Dan zikir di sini tidak dibaca dengan kuat bersama-sama para makmum. Lebih kepada hanya di guide sebutan utama oleh imam dan kemudian diam seketika. 

Dan di sini majoriti bermazhab Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah dari ajaran Imam Abu Hanifah atau lebih dikenali sebagai Mazhab Hanafi. By the way ada juga masjid yang dipegang oleh yang bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah dan Wahabi tapi dalam lingkungan yang amat sedikit.