Pages

Sunday, 1 March 2026

Bulgaria Part 2 : Banya Bashi Mosque - Hot Spring Drinking Water - Stivan Iskar Hotel

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 1 : Tiba Di Sofia Selepas 9 Jam Perjalanan Bus Dari Istanbul

Selamat tiba di pintu masjid setelah berjalan hampir 20 minit atau 2.4km dari Sofia Bus Station. Lega rasanya bila ada tempat untuk bersolat dan berehat seketika. Pada waktu aku sampai di masjid, solat subuh berjemaah telah pun selesai.

Oleh kerana masjid ini lama dan bersejarah maka tempat wudhu berada di luar. Terpaksalah angkut backpack ke tandas dan tempat wudhu dalam kesejukan berangin. Apa pun syukur alhamdulillah dapat solat subuh masih di dalam waktunya.

Banya Bashi Camii atau The Bath Mosque antara icon utama di Sofia, Bulgaria.
Banya Bashi Mosque ini telah siap dibina mengikut seni bina Ottomaniyah pada tahun 1576M dan reka bentuk telah dicipta oleh Mimar Sinan. Watak atau tokoh utama yang sama dalam membina The Blue Mosque of Istanbul di Turkey. 

Masjid ini adalah satu-satunya masjid bersejarah dari zaman pemerintahan kerajaan Ottomaniyah yang masih wujud dan berfungsi sebagai masjid di Bandar Sofia ini. Yang lain samada telah musnah, dirobohkan atau dijadikan muzium.

Alhamdulillah sempat sampai masjid dalam waktu subuh
Tempat wudhu berada di bawah tanah.
Masjid ini mampu memuatkan 700 orang jemaah pada satu-satu masa dan ia terletak berhampiran Sofia Central Mineral Bath yang menjadi asbab nama masjid ini The Bath Mosque atau Banya Bashi Camii di dalam bahasa Turkey atau Баня Баши джамия dalam bahasa tempatan (Bulgarian). Tempat mandian ini telah wujud dari zaman pemerintahan Rome lagi.

Dalam beberapa kajian sejarah ada yang mengatakan masjid ini telah siap dibina lebih awal iaitu di antara 1566–1567M atau bersamaan 974 Hijri. Namun bukti pada pintu masuk masjid ini yang tertulis 1576M menjadi pegangan ahli sejarah.

Pemandangan ruang solat di dalam Banya Bashi Mosque.
Internal design yang cantik berusia ratusan tahun.
Tempat solat wanita berada di atas yang dibina menggunakan kayu.
Mengikut catatan sejarah dari pengembara terkenal kurun ke-16 iaitu Evliya Çelebi seorang explorer dari Turkey (1611-1682) yang telah mengembara selama 40 tahun. Menjelajah kesemua kawasan di eropah tengah, utara, selatan dan timur termasuk Rusia dan Crimea. Afrika utara sehingga ke timur tengah termasuk Iraq, Palestine, Sudan dan Somalia.

Beliau mencatatkan bahawa di Bandar Sofia sahaja terdapat lebih 53 buah masjid dan di waktu kegemilangan jumlah masjid mencecah angka 100 buah. Namun di hujung era pemerintahan Ottmaniyah hanya berbaki 50-80 buah masjid sahaja. Dan makin berkurang pada 1908 setelah berakhirnya pemerintahan Ottomaniyah di Bulgaria.

Pemandangan di bahagian pintu masuk masjid. Sebelah kiri pintu ada tandas.
Berborak dengan ahli kariah masjid yang tinggal berdekatan.
Antara punca utama pengurangan adalah ketika gempa bumi besar yang melanda Bulgaria pada 30 September 1858 dan 04 April 1904 yang menyebabkan banyak struktur bangunan musnah yang dianggarkan 70-80% kemusnahan. Dan pada ketika itu sejumlah besar bangunan bersejarah termasuklah banyak masjid dan gereja yang berusia ratusan tahun turut musnah.

Public Bath yang wujud sejak kurun ke-15 yang menjadi tumpuan pelancong ketika itu.
Dan punca lain adalah disebabkan peperangan yang telah berlaku termasuklah The Russo-Turkish War 1806-1812. Perang Dunia Kedua 1939-1945 dan terakhir sekali disebabkan Pemerintahan Party Communist 1944-1990 yang melarang penglibatan rakyat kepada sebarang aktiviti keagamaan termasuk penutupan masjid dan gereja.

Sekarang berbaki hanya 5 buah masjid yang terselamat dan Banya Bashi adalah satu-satunya yang masih berfungsi sebagai masjid kepada lebih 8000 orang islam di sekitar Bandar Sofia ini. Tapi cuba banyangkan Ottomaniyah telah memerintah Bulgaria dari 1400 selama lebih 500 tahun. Dan dengan banyaknya masjid pasti islam adalah agama utama rakyat di sini.

Suasana yang tenang di pagi hari selepas waktu subuh berdekatan masjid.
Central Market Hall of Sofia terletak seberang jalan dengan Banya Bashi Mosque.
Regional History Museum of Bulgaria terletak berhadapan Banya Bashi.
Selesai solat aku mengambil masa berehat sambil membaca al-quran sebab nak check in hotel pun pukul 12.00 tengah hari nanti. Sempat juga berborak dengan beberapa orang jemaah dan ada aku bertanya kalau ada mamak kat sini. 

Kot dapat perkena chai panas tapi tak ada kedai muslim yang buka pagi untuk breakfast di sini. Mungkin orang-orang India dan Pakistan belum datang menetap di sini lagi. Kalau ada komuiti mereka pasti ada kedai runcit dan kedai makan huhu.. 

Di hadapan Bany Bashi Mosque terdapat kawasan lapang yang pada satu ketika dahulu adalah kawasann public bath yang menggunakan spring water yang menjadi tumpuan dunia. Namun sekarang tiada lagi, yang ada cuma air panas yang mengalir tanpa henti sepanjang tahun. Di bina khas untuk orang ramai mengambil air secara percuma.

Lebih kurang pukul 8.00 pagi ketika suasana mula dipenuhi dengan aktivti manusia. Aku berjalan kaki menuju ke arah hotel yang telah di booking dari Istanbul melalui Agoda.com yang terletak lebih kurang 450 meter dari masjid tadi atau dua blok bangunan sahaja. Agak mudah untuk dijumpai bersebelahan dengan sebuah restoran dan simpang empat.

Dan macam biasa kita cuba nasib tanya kalau nak check awal boleh ker dan jawapan biasa aku dapat "tak boleh". Dan kemudian aku minta letak beg di kaunter sementara nak tunggu waktu check in dan memang kebiasaanya dibenarkan. Dapatlah aku merayau dengan lebih jauh tanpa backpack 13kg di belakang badan. 😅

Cuma ada seorang staff kat sini agak racist sedikit tapi tak apalah kita nak tumpang tidur berbayarkan. Ignore jer la. Alang-alang dah sampai aku pun minta nak guna kettle nak buat mi segera dengan bancuh coffee 3 in 1. Tak sabar nak breakfast.

Masa aku minta nak guna kettle tu ada seorang makcik tu ok jer bagi aku guna tapi masa nak tunggu air tu masak datang pulak yang racist tu, dah dia catu pulak berapa banyak air nak bagi aku. Buat Mamee Asam Laksa, Mushroom Soup dengan Coffee 3in1. Memang habis la air dalam kettle tu 😅

43 comments:

  1. Masjidnya sangat klasik gitu. Alahai Cian dah la makan megi ,air pun kena catu. Biasalah tu kan traveling tak semua org okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sangat klasik.. masuk pun ada rasa aura dari zaman Ottoman.. Sama macam masuk ke Blue Mosque di Istanbul.. Makan megi la cepat dan kenyang. Air kena catu tu mg susah sikit nak faham huhuu :D

      Delete
  2. Cantik Masjid Banya Bashi. Tapi kami tengok dari luar saja, tak masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke rugi la.. kena amik berkat masjid yang telah ratusan tahun ini. Insyallah next time moga berkesempatan solat di dalam :D

      Delete
  3. Cantik dan unik. Tempat wudhuk bawah tanah memang menarik ni. Negara kita takde kan rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab zaman dahulu rasanya tempat wudhu adalah mustahil untuk di bina di dalam masjid. sistem paip air itu belum wujud. Underground ni rasa baru dibuat masa 1920 tu.

      Delete
  4. Patutlah design agak sama dengan Blue Mosque. Tempat wuduk bawah tanah, menarik. Masjid2 di belah2 sana kan, kebanyakan pengalaman agak jauh dengan tempat solat. Agak rumit buat kita yang travel apalagi kami yang perempuan dan bawa luggage. Bukan lah semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan design agak sama sebab yg buat design pun org yg sama.. bila kawasan bukan majoriti islam mmg susah nak jumpa masjid.. tapi unik di sini ada masjid di tgh2 bandar.. kdg masjid tiada ruang utk wanita..

      Delete
  5. Replies
    1. Insyallah dalam masa terdekat saya doakan.. memang menarik especillay yg suka sejarah.

      Delete
  6. Antara negara yang saya nak sangat travel masa kecil dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dipermudahkan hajat di hati untuk sampai ke sini saya doakan amin

      Delete
  7. cantik betul masjidnya---rasa annoyed bila baca part org yg racist tu...asam garam traveller kat negara org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ada jer di mana-mana org racist ni.. kita jgn layan sangat.. kalau nak travel diy mmg hati kena kuat huhuu..

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah cantik.. architecture adalah org yg sama dalam membina Blue Mosque di Istanbul.

      Delete
  9. Beautiful photos. Thank you for sharing this lovely tour.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much for coming here too.. 👍🏻😉

      Delete
  10. Cantik masjid ni. terima kasih share gambar dan sejarah2 nya.
    Tengok maggi tu tengah hari ni lain macam rasanya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg masjid dan agak menakjubkan bila tgk seni bina yg unik.. alahai maggi je pun.. tak ada apa lah hihii... 😅

      Delete
  11. racist ni ada di mana-mana... kadang kita sendiri racist tanpa kita sedar.... (mintak jauh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kat mana2 pun ada.. minta dijauhkan sifat racist ni.. amin..

      Delete
  12. Subahanallah..besar masjid, bertuah dapat pergi ke banyak tempat dan akan ke Masjid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi peluang utk solat di masjid yg dah ratusan tahun.. 🤲🏻☺️

      Delete
  13. Kat mana2 pun ada si racist ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Jangan dilayan sangat demgan mcm ni huhuu.. 😅

      Delete
  14. Tak faham betul dgn policy hotel yg terlalu strict taknak kasi check in awal ni. Kalau bilik tu mmng dah sedia bersih, takde org menginap hari sebelumnya kasi jelah masuk awal kan..
    Oo kat turki pun ada orang racist2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak sikit pun tak leh .. nak awal mcm biasa la kena tambah duit.. tak apa la ngalah jer lah .. business org tempat org kan huhuu.. oh bukan org turkish tapi org bulgaria.. tapi makcik sorang tu jer racist..😅

      Delete
  15. Sedih pulak baca sejarah masjid di sana. Syukurlah masih ada satu yang kekal sebagai nadi penyatuan orang Islam.

    Entah apa pengalaman buruk si staf racist tu sampai bagi layanan buruk kat Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least ada lagi sebuah masjid yang masih boleh digunakan di tengah bandar sofia ini. Biasa la org putih nampak org asia yang kdg2 mereka rasa lebih tinggi level dari asian.. :D

      Delete
  16. asam garam di perantauan jadi kenangan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul asam garam di perantauan menjadikan kita lebih kuat.. 💪🏻💪🏻

      Delete
  17. hurmm apa lah salahnya bg je lah check in awal kalau bilik tu mmg dah sedia elokkk ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la .. polisi mereka begitulah kot.. Biasa kat Malaysia jer minta dapat.. Kat luar negara jarang la nak bagi :D

      Delete
  18. Subhanallah cantik masjidnya...kesiannya dapat layanan buruk..xpe la tempat dia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat orang kan.. Kita senyum jer lah.. lagi pun bukan semua dia sorang jer ada perangai pelik tu huhuu :D

      Delete
  19. Lihat foto2nya, saya memang nostalgia sangat. Ada rasa menyesal, Krn saat saya kesana dulu, saya belum aktif di blog traveling. Blog ada, tp hanya utk menulis curhat tak penting 😄😄. Jadi banyaaak cerita saya di Sofia selama 3 Minggu tak tertulis. Yg saya ingat hanya central market, mesjid, juga sempat ke Plovdiv , agak jauh, tp Krn diajak oleh salah satu staff embassy, ikut sajalah.

    Alaaah masih ada saja Orang2 Petty minded macam si racist itu yaaa. Tak paham dengan orang sombong begini 😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pernah berada di sana pasti akan mengingat kembali nastolgia lama. Apatah lagi itu perjalanan berjumpa kenal mengenal dengan bakal in law hihii..

      Aduh sayang bangat tiada kisah kembara di Bulgaria itu.. makna nya harus ke sana lagi bersama anak anak dan raka.. Kita travelling kalau ada yg ajak ke mana mana mmg harus diikuti 😅

      Delete
    2. Orang yg racist ni memang ada sahaja di mana-mana.. kena selalu minta dijauhkan apatah lagi ketika sedang travelling.. Minta sgt jgn jumpa org sebegini.. 😔

      Delete
  20. Memang cantik design dalaman masjid tu.
    Pagi-pagi nengok peket 3 in 1 kopi Kapal Api tu sedap sungguh aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa maggi dgn kopi 3in1 jer hahaha... Okay sorry sorry terpost bulan puasa hahaha.. alhamdulillah cantik masjid ini.. ☺️👍🏻

      Delete
  21. ID masjid memang tak mengecewakan..
    Haisyh, masak megi mana boleh nak catu² air..nanti tak kembang megi nya...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sangat sangat tidak mengecewakan.. itulah dia org tak makan maggi apa dia tahu.. nak catu pulak air kita kan (sbb dha minta) hahaha.. 😅

      Delete