Pages

Wednesday, 6 May 2026

Romania Part 3 : Ziarah Brasov Old Town 13 Century - The Heart Of Transylvania

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Dari depan pasaraya aku menaiki teksi ke old town yang terletak 4.5km dari Brasov Train Station dengan bayaran RON25.00 atau RM22.50. Terasa agak mahal charge yang dikenakan tapi teksi ini menggunakan meter. So aku assume memang itulah harganya dan dengan keadaan yang tengah hujan renyai masa ni malas nak fikir trasnport lain.

Rupanya masa nak balik dari Old Town ke Train Station bayaran teksi cuma RON12.00 atau RM10.80 sahaja. Waktu balik barulah aku perasan pakcik teksi masa datang tu bawa ikut jalan jauh ntah mana dia pusing. No wonder la mahal huhuhu.

Di sebelah kanan train station terlihat bangunan seperti sebuah mall.
Namun hanya ada beberapa buah kedai sahaja yang beroperasi.
Berjalan lagi di sekitar untuk terlihat kawasan perumahan dan kedai-kedai.
Teksi menurunkan aku betul-betul di tengah old town iaitu di The Council Square. Dari dalam teksi lagi mata aku dah melilau melihat keindahan yang ada di sekeliling especially seni bina bangunan yang telah beratus tahun lama berdiri di sini. Baru sahaja keluar dari teksi dan belum sempat nak enjoy the view hujan mula turun dengan selebat-lebatnya.

Menaiki teksi dalam keadaan hujan yang agak lebat dari supermarket tadi.
Alhamdulillah dah mula memasuki kawasan old town dan kelihatan bangunan lama.
Sangkut sekejap di bawah bumbung kecil di hadapan sebuah cafe. Nasib juga aku ada bawa baju hujan berwarna hijau terang yang telah dibeli 10 tahun lepas di Shanghai. Bila hujan reda sedikit aku mula melangkah laju ke bangunan lain.

Info: Brasov terkenal dengan suasana zaman pertengahan kurun ke-13 dengan seni bina Gothic dan pemandangan pergunungan Carpathian. Antara tarikan utama Black Church (Biserica Neagra), Council Square (Piata Sfatului), Strada Sfora dan panorama dari Gunung Tampa. Ia juga merupakan pusat terdekat untuk melawat Bran Castle (Dracula's Castle).

Teksi menurunkan aku berdekatan Piața Sfatului atau Council Square.
Terpaksa berteduh seketika di lorong-lorong kecil sebab hujan semakin lebat.
King Vlad Tepes (Dracula) - Pada usia 11 tahun, Vlad dan adiknya Radu cel Frumos telah dihantar sebagai tebusan kepada Sultan Uthmaniyyah untuk memastikan kesetiaan bapa mereka. Beliau mempelajari taktik perang dan strategi politik semasa berada di Istana Utmaniyyah. Radu memeluk islam dan menjadi Panglima Elit Janissary yang setia kepada Sultan.

Pemandangan ke arah Piața Sfatului atau Council Square.
Bila hujan mula berhenti aku pun mula melangkah council square.
Berjalan tak sampai 30-40 langkah dah kena cari tempat berteduh.
King Vlad mempunyai satu teknik kejam yang disukai sehingga mendapat gelaran Tepes iaitu Si Penyula. Kegemaran beliau menghukum musuh dengan cara menyula badan mangsa dengan kayu tajam dari bawah hingga ke atas dan membiarkan mereka mati perlahan-lahan. Namun beliau bukanlah makhluk Dracula, cuma seorang raja yang zalim dan tegas.

Mount Tampa - Ada cable car untuk kita naik ke puncak bukit.
Pada tahun 1459 akibat pertikaian perdagangan dan politik. King Vlad telah menyerang pinggir bandar Brașov dan menyula beratus-ratus pedagang Saxon di atas Gunung Tampa. Bukit di mana papan tanda besar "BRASOV" wujud ketika ini.

Peristiwa Hutan Mayat adalah yang paling ngeri berlaku pada tahun 1462 apabila Sultan Muhammad al-Fateh (Mehmed II) tiba di ibu kota Wallachia dan menemui "hutan" yang dipenuhi dengan lebih 2,000 mayat yang telah disula. Iya juga merupakan sebagai taktik perang psikologi untuk menakutkan tentera musuh oleh King Vlad.

Pemandangan Black Gothic Church dari bahagian depan.
Dan hujan pun turun lagi dan lagi sebelum sempat nak menapak ke tempat lain.
King Vlad telah lari ke Hungary setelah kalah dalam peperangan dengan tentera Uthmaniyyah. Sultan akhirnya melantik Radu sebagai pemerintah Wallachia kerana Radu dianggap lebih setia kepada kepentingan Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimana pun King Vlad telah diangkat sebagai wira oleh masyarakat Romania kerana mempertahankan negara.

Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan buatan tempatan.
Masa ni dah rasa menyesal kenapa la pi tinggal beg backpack di Bucharest.
Kalau bawa tadi mesti dah boleh check ini satu malam di sini - tak puas berjalan.
Kerana kekejaman Vlad seorang penulis novel iaitu Bram Stoker telah mencipta watak Dracula di dalam Novelnya pada tahun 1897. Perkataan Dracula berasal dari Dracul yang membawa maksud Naga kerana ayah Vlad adalah ahli Order of the Dragon iaitu satu tentera yang ditubuhkan bagi menentang Uthmaniyyah. Nama penuh adalah King Vlad III Dracula Tepes.

Para tourist memilih duduk berehat di restaurant kerana keadaan hujan.
Pekerja restaurant mula membuka payung untuk meja makan di bahagian luar.
Suasana di Piața Sfatului atau juga dikenali sebagai Council Square.
Tak banyak tempat yang dapat aku explore sebab keadaan hujan yang tak berhenti.
Filem Animasi Hotel Transylvania juga banyak mengambil idea dari bandar ini especially di bahagian old town tapi dengan versi yang lebih kids friendly. Apa pun watak Dracula adalah fiction semata-mata dan menjadi icon pelancongan di sini pada hari ini. Baju, fridge magent, key chain dan pelbagai lagi souvenir di sini banyak berlatar belakangkan Dracula.

The Gothic Black Church (Biserica Neagră) from 13th Century.
Cantik seni binanya tapi design Gothic Church di Strasbourg lebih menerujakan.
Tapi dalam filem Dracula Untold (2014) memang totally opposite sebab ditunjuk King Vlad Tepes adalah watak baik dan Ottomaniyah pihak yang jahat 😤 hahaha.. Sebab tu kena belajar sejarah untuk memahami dan kena travel jika diberi rezeki untuk lebih memahami selepas kita faham teori dan gambaran yang telah diberi. 

Dari awal sampai hujan dan mendung ditambah dengan suhu yang semakin sejuk.
Keadaan ketika aku sampai sehinggalah beberapa seketika hujan turun sama ada renyai atau pun lebat dan langit mendung sepanjang masa. Menjadikan langkah aku tersekat dan tak dapat nak explore keadaan di old town dengan baik walau ada beberapa keadaan aku redah juga dalam hujan sehingga seluar dan kasut basah. 

Plan nak naik Mount Tampa Cable Car juga terpaksa dibatalkan. Lagi pun kalau angin terlalu kuat perkhidmatan juga akan diberhentikan sehingga cuaca kembali normal. Dan nak ke Bran Castle atau  Dracula's Castle lagi la tak nampak jalan. Free Walking Tour juga dibatalkan hari ini sebab cuaca yang tak menentu. Dan aku terus blank tak tahu nak buat apa.

Bersambung Romania Part 4 : (Under Construction)

26 comments:

  1. Saya jadi ikut tambah pengalaman
    Dan jadi tahu atau mengerti sejarahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah kalau kita fahami dan lihat memang sesuatu yg amat menyeronokan..:D

      Delete
  2. Pasal cerita opposite tu... Ye la.... Setiap cerita ada side A dan side B nya kan? Tergantung di mana kepercayaan kita... Yg tulah kita percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu.. tapi dalam cerita tu nak tunjuk tentera ottomaniyah jahat dan zalim mmg bercanggah dgn sejarah hihii.. kita percaya yang hak tu la hihiii ;D

      Delete
  3. Replies
    1. Yes sangat kejap and that era mmg membunuh org tu mcm perkara biasa..

      Delete
  4. Apalah perasaan agaknya kalau hidup di zaman kekejaman mcm ni 🥹 Anak saya suka tengok cerita Hotel Transylvania tu. Baru tau asal nama Dracula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehidupan zaman dahulu agak teruk dgn peperangan yg boleh muncul dgn tiba2.
      Yes animasi Hotel Transylvania tu anak-anak suka tgk.. repeat la berapa kali pun huhuu..

      Delete
  5. Penting juga bawa baju hujan masa travel ni ya.

    Seramnya baca pasal Hutan Mayat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sgt penting kdg2 very unexpected hujan ni.. di Sofia dan istanbul cuaca sgtlah cerah.. sampai sini hujan sokmo hihiii... kind vlad mmg raja yg zalim ..

      Delete
  6. kena bersedia kalau hujan ..habis mood juga nak meronda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib bawa baju hujan utk trip kali ini.. tak boleh nak merayau sgt sbb hujan .. tak puas sungguh huhuu..

      Delete
  7. Pemerintah dulu² kebanyakannya kejam kan. I mean hukuman yg dikenakan terhadap musuh tu kadang di tak masuk akal :(

    Anyway this bandar car free agaknya ye. Nampak tenang dan bebas berjalan Tampa kesesakan lalulintas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula dari dulu seperti pemerintah Mekah sebelum nabi diangkat menjadi rasul lagi mmg ramai pemimpin yg zalim. Nak menghukum tu mmg ikut kepala otak dan nafsu semata-mata. Macam kisah Sumayah r.a diseksa dan dibunuh..

      Delete
    2. Di bahagian old town di mana mana pun di dalam negara di Europe memang terdapat banyak jalan tidak lagi boleh digunakan oleh kenderaan dan ditutup. Hanya dibuka kepada penjalan kaki sahaja. Old town di China pun sama tak semua jalan boleh dilalui oleh kenderaan dan hanya dibuka kepada penjalan kaki sahaja..

      Delete
  8. Bila baca kisah Vlad ni, tertanya2 jugak. Dua2 ni dijaga oleh kerajaan Uthmaniyyah tapi cuma adiknya Radu je yang memeluk Islam. Vlad pulak jadi raja yang zalim. Kat mana silapnya tu ye? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidayah itukan milik Allah Taala. Si abang King Vlad memang menanam sifat marah dan benci semenjak ayah beliau kalah dan negara dijajah serta berada dibawah taklukan Empire Ottmaniyah. Namun si adik dpt hidayah memeluk islam dan mnjadi panglima dalam tentera elit janissary.

      Delete
  9. Oh asal cerita dracula bermula sejak king Vlad ni la ek. Tapi orang dulu punya hukuman brutal betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan bermula dari King Vlad ni tapi kisah King Vlad ini diguna pakai utk mencipta watak Dracula tu.. tapi dia mmg jahat pun huhuu..

      Delete
  10. cantik sgt buildings diarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaan kalau di old town mmg cantik sebab mostly design bangunan lama.. ☺️👌🏻

      Delete
  11. Kalau movie versi barat. Mesti la dia tunjuk dia yang baik.. mcm pearl harbour ... Dan banyak lagi lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa... Asal diaorg je pasti diorang lah yg baik huhuu..

      Delete
  12. Cantik juga bangunan yang klasik ..senibina mereka betul-betul ada seni tersendiri

    ReplyDelete