Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 4 : Visit Ruins of Saint Paul - Forte do Monte - Museu de Macau
Lega rasanya bila selamat tiba di lobi hotel, memang time ni dah terbayang katil hotel yang empuk. Sekali tetiba staff hotel kata tiada booking aku dari Agoda. Aku macam "Eh tak kan kot..π
" orang dah penat ni jangan la main-main.
Dan aku pun tunjuk booking dari Agoda apps dan berkali-kali staff hotel check tapi tiada. At last staff hotel perasan aku tersalah date dalam booking. Tarikh yang sama cuma bukan bulan ini tapi next month. Ah sudah..
 |
| Walau pun murah tapi keadaan dan peralatan dalam bilik sangatlah sempurna. |
Try call Agoda customer service tapi mereka kata tak boleh buat apa sebab kalau nak buat cancelation on the day check in memang no refund at all. Try nego dengan manager hotel pun nothing they can do. At last terpaksa bayar juga untuk satu bilik standard yang berharga HKD350.00 tapi aku try minta diskaun dengan muka kesian alhamdulillah dapat π
.
 |
| Keadaan bilik air yang bersih, water heater, hair dryer, sabun & shampoo disediakan. |
 |
| Berus & Ubat Gigi, selipar bilik juga disediakan. Keadaan luar bilik pun bersih dan kemas. |
Dapat bilik dengan harga HKD300.00 / RM154.70 semalam. Ikutkan harga yang aku dapat di Agoda cuma RM133.00 sahaja.
Tak apa lah. Janji secure tempat nak tidur malam ni. Lagi pun semalam dah tidur airport. Untuk review hotel ini bagi aku sangat recommended especially yang nak harga murah. Kedai convenience, souvenir, pharmacy, McDonalds dan few cafe is walking distance sahaja. Cuma aku tak jumpa any nearby tempat yang menjual makanan halal.
 |
Papan tanda berlampu merah tu adalah Holiday Hotel. 50 meter dari hotel ada tempat duduk dan tab drinking water disediakan. |
 |
Kedai makan atau cafe bersepah di hadapan dan sekitar hotel. Paling nak cuba adalah egg tart tu tapi mostly tak halal sebab ada campur lard. |
Untuk bilik standard memang selesa, semua barang elektronik seperti tv, aircond, kettle, hair dryer dan water heater semua berfungsi dengan baik dan ia kelihatan baru. Lift disediakan untuk naik ke atas (bilik aku di 3rd floor). Air minum bersih disediakan di lobi hotel. Ruang bilik agak luas dan selesa. Keadaan bilik juga bersih, kemas dan tidak berbau.
 |
Lampu jalan yang rendah nampak unik dan cantik. Tak ada pun jumpa yang rosak, patah atau yang kena vandalism. |
 |
| Suasana berjalan di kawasan perumahan di waktu maghrib. |
 |
| Lalu di hadapan Fortaleza do Monte, tadi siang dari atas tak perasan pulak ada jalan ni. |
Selesai mandi dan solat aku tertidur 3 jam lebih sehingga hampir waktu maghrib. Terasa lega yang amat dapat refresh badan. Bersiap-siap untuk solat maghrib dan prepare makan malam mushroom soup dengan Mamee Chef Lontong Flavour.
 |
| Dalam google map tak tunjuk jalan naik turu bukit tu. Mengah dibuatnya. |
Pukul 7.50 pm aku dah mula melangkah keluar dari hotel dan destinasi pertama aku ke R. de Sau Domingos atau Domingos Road - A Pedestrian Shopping Street di sini banyak kedai-kedai pakaian dan makanan berjenama antarabangsa seperti New Era, Miniso, Uniqlo, Colombia, FILA, Converse, Crocs, Adidas, Nike, Reebook, McDonald, Subway dan banyak lagi.
Kalau berminat nak cari pakaian jenama buatan Macau, boleh la singgah ke Outlet Loving Macau atau Lines Lab. Fashion pakaian yang mengabungkan seni design Western & Portuguese dan Asian & tempatan (sumber google).
 |
| Jalan tak sampai 850 meter tapi jalan naik turun bukit tu yang memenatkan. |
Dan dipertengahan Domingos Road ada satu lorong iaitu Travessa dos Anjos atau lebih dikenali sebagai Angel's Lane or 倩η₯ε··. A vibrant, pedestrian-friendly narrow street famous for local street food, bubble tea shops, and historic architecture.
 |
| Orang ramai memeriahkan suasana di R. de Sau Domingos atau Domingos Road. |
 |
| Miniso, NEW ERA, Colombia Sportwear, Adidas, Nike. Mixue & Aicha pun ada. |
For non muslim memang boleh makan pelbagai jenis aneka makanan yang dijual di sini. Dan aku nak beli air pun kena semak banyak kali even secawan ice tea. Dan di sini kalau nak cari souvenir memang sangat recommended dan harga juga berpatutan dan kalau berani macam aku sila lah buat tawar menawar. Orang Macau sangatlah baik especially pada tourist.
 |
| Suasana di Angel's Lane lebih meriah dan penuh tarikan. Ada pula Akihabara π. |
 |
| Gundam tu memang untuk ayah. Blind box untuk athira dengan atiyah. |
 |
| Souvenir untuk si afan dan afnan. Kat sini murah berbanding di Malaysia. |
The Portuguese administration telah menamakan jalan ini pada 1869 sebagai Travessa dos Anjos yang membawa maksud "Lane of the Angels" atau "Heavenly Gods dalam bahasa Chinese. Namun dikatakan ia telah wujud lebih 100 tahun awal.
Orang tempatan menamakan ia sebagai GuΗzΗi atau Guihai Lane yang bermaksud "Ghost Boy Alley". Kerana western people frequently walked on this street. Oleh kerana lokasi yang hebat ramai orang-orang kaya membina rumah di sini. Termasuklah rumah No 37 yang dimiliki oleh Pao Ka Un atau Song Family. Sila google untuk tahu siapakah mereka π
.
 |
| Waktu malam ada beberapa peniaga yang menjual buah di atas troli. |
 |
| Pelbagai kedai snack and beverage di lalun masuk Angel's Lane dari Domingos Road. |
 |
| Circle K adalah kedai convenience seperti 7eleven yang banyak di Macau. |
Panjang Angel's Lane ini hanya 170 meter namun ia telah dijadikan sebagai salah satu tarikan pedestrian street utama di Macau. Dengan mempunyai hampir 50 kedai dari dessert & snack, beverage, hobby, sportwear and lifestyle. Dan antara minumam yang paling popular di sini adalah Cafe E.S Kimo, ChaliYiShi dan HEYTEA.
 |
| Jalan sehingga ke hujung Angel's Lane dan kemudian berpatah balik ke Domingos Road. |
Dari Angel's Lane aku patah balik ke Domingos Road dan terus berjalan menuju ke Senado Square dengan jarak 450 meter. Sebelum sampai di Senado Square kita akan jumpa St. Dominic's Church Museum - A Treasure of Sacred Art.
 |
| View at pedestrian Street in Domingos Road toward Senado Square. |
Ia telah dibina pada tahun 1587 oleh tiga orang priest dari Spanish yang pada asalnya dibina menggunakan kayu dan hanya pada awal 1600 telah dibina seperti apa yang kita lihat sekarang. Diiktiraf sebagai one of The Historic Centre of Macau.
 |
| Saint Dominic's Church Museum build in 1587 neaby Senado Square. |
 |
| Chinese New Year Celebration at Senado Square. |
Sepanjang laluan di Domingos Road ini tiada kenderaan yang dibenarkan masuk menjadikan suasana orang ramai berjalan dengan tenang sambil menikmati suasana malam yang meriah dengan architecture bangunan bersejarah yang kebanyakan dibina dari zaman Portuguese. Dan Senado Square terletak 150 meter dari St Dominic's Church.
Update: Alhamdulillah dapat full refund untuk tersalah book tarikh di Holiday Hotel tu. Seminggu selepas pulang dari Hong Kong dapat call dari Agoda Customer Service memaklumkan duit telah dikreditkan semula ke agoda account. Tak boleh cash back but can use for booking another accommodation. Jadi la kan dari terus hangus macam tu jer π.
Bersambung Part 6 Hong Kong & Macau : (Under Construction)
Dh la penat.. Tgk2 booking tkde plak ye.. Bertabahla kena byr yg baru, janji dpt bilik.. Mlm dpt kuar ke tmpt2 tu walking distance je la
ReplyDeleteItulah sebab trip pun last minute kan.. semua nya ad hoc.. mmg marah pada sendiri sebab tersalah tarikh book hotel tu huhuu.. Apa pun syukur dapat juga bilik dapat la berehat..
DeleteUihhh mujur la boleh jugak menginap kat hotel tu, itulah punya seronok sampai tersilap bookign tarikh hahahah. Nampak selesa dan lengkap hotelnya tu walaupun comel. Kiranya tang buah tu la boleh beli sebab comfirm halal kan.
ReplyDeleteSyukur ada juga bilik kosong untuk single person.. boleh la nak berehat.. lagi pun hotel ini antra yang termurah di Macau.. Kalau nak cari yg lain blm tentu dapat bawah RM200 untuk satu malam. Yes di Macau mmg makan buah jer la huhuu :D
Deletepart booking tersalah date tu memang scary! syukur u dpt refund! ooo susah nak cari halal food yer kat macau..i assume tak ramai tourist dari msia/muslim lah kot eh
ReplyDeleteYes memang scary tapi itulah tenang jer la walau dah salah hahaha.. buat muka kesian minta tlg baik2 dgn org hotel.. syukur alhamdulillah dpt bilik kosong dan dapat diskaun sikit hihii.. ys muslim sgtlah kurang di Macau berbanding HKong.
DeleteSeronok ikut cerita Hong Kong-Macau ni, detail perjalanan memang membantu orang yang nak plan trip sendiri π Holiday Hotel tu nampak strategik juga untuk explore Macau.
ReplyDeleteYes luaran nampak macam hotel murah tpi dalam complete dan very need. sgt recommended pada yg mencari hotel murah di Macau.. Location pun walking distance sahaja dgn most of the place..
DeleteCie pernah salah date booking tu nasib baik pilih yang free cancellation tu dapat la full refund masa tu. Salah bulan jugak masa tu.
ReplyDeleteYes mmg selalu juga pilih yg free cancelation but ini trip ad hoc mmg byk benda main terjah buat booking byk last minute huhu.. alhamdulillah syukur dpt refund semula..
Deleteantara sisi macau yg sy suka adalah sbb ada pengaruh portugis yg kuatπ
ReplyDeleteBetul... boleh lihat da rasa vibe western dalam culture dan architecture mereka.
Deletems sy dtg fulu senafo square tu thh hujan lebat... jln pn licin... so terpaksa beeteduh tepi2 kedai
ReplyDeletepeniaga kat sini ok je kalau kite menumpang teduh
Hujan lebat memang tak best la .. sebab di Macau ini memang kena berjalan kaki untuk ke semua attraction place. Yes orang sana ok jer layan dgn baik bila masuk kedai walau tak beli apa hihiii... :D
DeleteMasalah besar tu kalau booking hotel penginapan tiba2 takde dalam booking pula. Nasib baik lah hotel tu masih ade bilik yang kosong, kalau tidak masalah lagi kene cari hotel lain. Saya kalau bab nak book ape2 ni mmg semak 5-6 kali sebelum confirm, taknak perkara mcm ni terjadi. Alhamdulillah la dapat refund, terpaksa la travel lg sebab bukan dapat duit... hehehe
ReplyDeleteMeriah kedua2 jalan ni waktu malam. ramai pengunjung..
Itulah terduduk juga lepas dapat tahu tu.. tapi yg penting kena buat muka kesian dan ngaku salah jer.. syukur ada bilik kosong dan dapat diskaun sikit.. So far ini first time tersalah book hotel sepanjang karier travel huhuu.. itulah kena travel semula sbb dpt balik duit kan hahahaha..
DeleteNampak selamat (safe vibe) utk berjalan kaki kemana-mana. Seronok dapat explore tempat ni by foot. Banyak tarikan yg boleh dijumpai & diterokai
ReplyDeleteSo far from my own expereince memang selamat untuk berjalan seorang diri baik siang mahu pun malam walau di lorong lorong kecil di kawasan flat.. Yes Macau mmg seronok explore guna kaki berjalan merata :D
DeleteBeautiful photos!!! Looks like an amazing time!
ReplyDeleteYes indeed.. Macau is very lovely place to visit.. :D
Delete