Pages

Friday, 18 September 2026

Hong Kong & Macau Part 7 : A Ma Temple & Pier - Barra Woof Garden - Sai Van Lake

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 6 : Midnight Walk Around Senado Square & St. Augustine's Square

Disebabkan masih di awal pagi maka aku decide untuk terus berjalan ke arah A Ma Pier yang terletak di selatan pulau. A waterfront sightseeing pier located near the historic A-Ma Temple on the southwestern tip of the Macau Peninsula.

Berjalan sejauh 1.4km sambil menikmati suasana pagi yang mula sibuk. A-Ma Pier diambil sempena nama A-Ma Temple yang telah dibina pada tahun 1488M. Dan dari pier ini kita boleh mengambil cruise untuk berjalan-jalan sehingga ke Taipa.

Ada sebahagian jalan ditutup kepada kenderaan hanya untuk pejalan kaki sahaja.
Keadaan di waktu yang teramat pagi masih lagi sunyi dan hampir kesemua kedai-kedai belum lagi dibuka. Somehow seronok juga berjalan di laluan sempit di kawasan perumahan di Macau ini. Seperti apa yang aku katakan di part yang lepas, walau keadaan di sini sangat padat tapi kebersihan tetap menjadi No 1 buat masyarakat di sini.

Comel-comel jer jalan-jalan di kawasan perumahan ini.
Rasanya dalam 100-200 orang hanya 1 sahaja yang ada kereta or maybe less.
Terjumpa satu kedai pastry yang tertera logo Halal yang sangat rare di sini.
Di tengah-tengah perjalanan aku terlihat satu kedai pastry yang tertera logo halal. Terus terasa excited di situ. Disebabkan ia belum dibuka maka aku akan singgah semula balik nanti sebab aku nak beli Portuguese Egg Tart yang halal.

Kalau datang ke Macau boleh cari kedai ini Lot 112-A yang dibuka setiap hari dari 9.00 pagi sehingga 8.00 malam. Lokasi tidak jauh dari Loulan Islam Restaurant atau Hong Kung Night Market dan Temple de Hong Chan Kuan.

Terdapat park di hadapan Temple de Hong Chan Kuan.
Temple de Hong Chan Kuan or Hong Kung Temple build in 1860 
Hong Kung Night Market terletak berdekatan Hong Kung Temple ini. Oleh itu ia juga dikenali sebagai Bazaar Temple atau the historic Largo do Bazar. Kurang 50 meter dari Hong Kung Temple kita akan nampak bangunan Hotel Sofitel Macau at Ponte 16 yang berdiri megah. Tak kelihatan pun laut yang menjarakkan antara China dan Macau 😅.

Five Star Hotel Sofitel Macau at Ponte 16 yang berdiri megah.
Berjalan sedikit ke arah kanan hotel dan terlihat jejantas.
Pemandangan tanah besar China dari atas jejantas.
Dari sini aku terus berjalan menuju ke A-Ma Pier dengan jarak 1.4km. Kalau tadi ikut laluan dalam yang hanya lorong-lorong kecil sahaja dan sekarang berjalan bersebelahan jalan besar yang sibuk dan kelihatan public bus yang banyak.

Dan ketika ini yang paling ramai beratur di bus stop adalah pelajar sekolah. Bayaran bas untuk pelajar sekolah hanya MOP1.00/RM0.50 sahaja, Murah kan? At last aku ampai di A-Ma Temple kira-kira selepas 20 minit berjalan kaki.

Suka pulak briswalk pagi-pagi ini di Macau ni.
Ada juga warung breakfast tepi jalan macam di Malaysia.
Mesti sama konsep sebab simple, cepat dan murah 😎.
Di hadapan A-Ma Temple terdapat sebuah bangunan yang unik iaitu Museu Maritimo atau Maritime Museum - Honoring Fishing History. Namun ia belum dibuka kerana masih di awal pagi. Aku masuk ke dalam A-Ma Temple dan hanya melihat beberapa tempat sahaja di bahagian hadapan atau yang berdekatan pintu entrance dan tidak naik sehingga ke atas bukit.

Keadaan laluan pejalan kaki yang cantik dan bersih.
A-Ma Temple yang mula dibina pada tahun 1488M.
Jom masuk dalam tengok apa yang patut.
Terdapat kawasan yang sangat lapang di hadapan temple dengan seni tradisi corak yang unik di atas jalan. Yang menjadi sebagai trademark di Macau. Dan terlihat beberapa cafe dan restaurant yang terletak tak jauh dari kawasan lapang ini.

Cara berdoa dalam mengharapkan sesuatu perkara baik.
Aku sekadar melihat anak tangga untuk naik ke atas A-Ma Temple ini.
Aku melintasi jalan besar yang terletak di bahagian hadapan A-Ma Temple dan menuju ke A-Ma Pier yang terletak bersebelahan laut. Dan terus berjalan sejauh 650 meter sambil menikmati pemandangan bot dan kapal yang lalu lalang di sebelah water front ini. Keadaan yang sejuk juga menambahkan lagi keseronokan untuk briswalk pagi ini.

Jom sambung briswalk pagi ini di A-Ma Pier sehingga ke hujung waterfront.
Pemandangan dari A-Ma Pier menuju ke Barra Woof Garden dan Sai Van Lake.
Dan berjalan seorang diri ketika ini menambahkan lagi perasaan melayan hati yang dibelengu pebagai persoalan hahahaa.. Antaranya nasib tadi pagi dah makan dan minum coffee. If not mesti nak kena terjah mana-mana cafe untuk alas perut dengan sebiji croissant dan secawan coffee huhuu..

Sampai di Barra Woof Garden kita tak five kejap.
Macau Tower - Sai Van Lake & Bridge - Memorial Portas do Entendimento.
Dan akhirnya aku tiba di Barra Woof Garden. Sebuah park yang kecil dengan pemandangan ke arah Memorial Portas do Entendimento (Gate of Understanding). A symbol of friendship, peace, and cultural connection between Portugal and China. Dan Sai Van Bridge yang menghubungkan Macau dan Taipa juga mencuri pandangan mata ketika ini.

Terlihat pekerja warga asing membersihkan kawwasan Sai Van Lake ini.
Antara bangunan rumah, restaurant dan pejabat yang berada di tepi Sai Van Lake ini.
Terasa ingin berjalan hingga ke Memorial Portas do Entendimento tapi disebabkan kena berpatah balik ke Barra Woof Garden untuk pulang ke hotel maka aku decide hanya mengambil gambar dari jauh sahaja. Dan aku meneruskan lagi berjalan melalui Av. da Republica Road bersebelahan Sai Van Lake. Memang cantik view waktu pagi matahari terbit di sini.

Berbaloi biswalk jauh, boleh layan view waktu pagi.
Dalam tak sedar aku kena berjalan for another 3.2km untuk pulang ke hotel. Memang cari pasal, mula-mula nak jalan sikit sahaja dan kemudian depan sikit lagi dan depan lagi. At last dah sampai di hujung pulau dan dah dekat untuk ke Taipa.

Sepanjang berjalan pulang ke hotel, aku cuba untuk menggunakan jalan yang berlainan dengan memasuki kawasan dalam bandar. Ketika ini jalanraya dan laluan pejalan kaki penuh dengan manusia yang menuju ke tempat kerja masing-masing.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 8 : Solat Jumaat Di Macau Islamic Mosque & Cemetery (Under Construction)

No comments:

Post a Comment