Pages

Thursday, 18 January 2024

Pulau Batam Part 6 : Kelong Restoran Seafood Citra Utama 188

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Pulau Batam Part 5 : Barelang Bridge - Ikon Utama Kota Batam

My first quote about this place is "The Most Fresh Seafood I Have Ever Eaten In My Life".

Agak-agak sebab apa? Ok this restaurant antara tempat yang aku aim nak pergi sangat-sangat sebab seafood dia fresh yang mana kita sebagai pelanggan dibenarkan menangkap sendiri segala jenis seafood yang berada dalam beberapa buah sangkar di tengah-tengah restoran ini untuk dijadikan hidangan kita.

Finally we arrived here. Restoran Citra Utama 188 Seafood.
Ada beberapa restoran kelong atau restoran yang berada di atas air berdekatan dengan Barelang Bridge ini. Namun hanya restoran ini sahaja yang menyediakan hidupan seafood yang hidup dan memberi kita peluang untuk menangkap hidangan sendiri. Keseluruhan restoran ini diperbuat daripada kayu buluh dan rotan. Memang cantik dan unik jika melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di atas restoran kelong ini.

Akhirnya sampai jua di tempat yang di nantikan :D
Macam biasa kita bergambar terlebih dahulu sebelum masuk.
Sampai di hadapan pintu masuk Restoran Citra Utama 188 ini kita harus berjalan di atas titi berbumbung yang melintasi beberapa buah rumah kampung yang juga di bina di atas air. Namun yang menariknya adalah kawasan persekitaran di sini boleh dikira agak bersih. Walau rumah mereka di atas air admin suka tengok kebun yang mereka buat di sisi rumah mereka.

Laluan ke restoran melintas beberapa buah rumah di sebelah kanan. 
Menuju terus ke restoran kelong di penghujung titi. 
Kesemua jenis seafood seperti Ketam Bunga, Ketam Nipah, Udang Harimau, Udang Putih, Udang Lobster, Siput Gong Gong, Lala, Kupang, Kerang dan pelbagai jenis lagi semuanya hidup. Dan part paling best dan susah ialah menangkap ikan di dalam sangkar tersebut. Yang aku perasan ada beberapa jenis ikan antaranya Siakap, Bawal, Ikan Kerapu Tiger, Kerapu Merah, Jenahak, Gerut, Kaci dan Ikan Merah.

Part paling susah adalah menangkap/menyauk ikan. Kami tangkap ikan bawal :D
Seteleh berhempas pulas berjaya menangkap sekor Ikan Bawal yang agak besar :D
Ketam Bunga, Udang Harimau dan Udang Lobster :D
Sesi menangkap Ketam Bunga. Kami amik 3 ekor yang besar.

Hasil yang ditangkap akan ditimbang dihadapan kita. Dan jika anda rasa terlebih atau terkurang boleh la menambah atau mengurangkan. Puas hati sangat.

Kalau pernah makan seafood di Restoran Mail Ikan Bakar atau Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan, Pahang. Konsep dia sama sahaja iaitu pilih seafood yang kita nak dan kemudian pilih nak masak apa. Sama jugalah di sini cumanya seafoodnya masih hidup sebelum ia dimasak. Dan in term of price lebih kurang sama juga dengan Mail dan Ana ikan Bakar.

Area tempat bersantai-santai. Sementara tunggu makanan siap dimasak kita bergambar dulu.
Kawasan bersih dan banyak tempat bergambar untuk instagram :D
Selain seafood yang best dengan pengalaman sendiri menangkap hasil laut dalam sangkar. Restoran ini juga amatlah menarik dan tersangat cantik. Ada disediakan satu section beberapa hammock yang boleh kita bersantai. Beberapa pondok dibuat di hujung kelong ini untuk bergambar atau berehat. Termasuk buai dan kerusi gantung yang kesemuanya dibuat dari Buluh, Kayu, Rotan dan Daun Nipah.

Ada banyak section restoran ini. Nak tangkap hasil seafood tu semua dekat section ini.
Kemudahan yang lengkap dengan Kid Playground, Surau dan Toilet.
Tempat bermain kanak-kanak tergantung dalam jaring. Seronok the kids especially si baby tu.
Masa kesemua hidangan sampai tiba-tiba hujan turun dengan lebat selebatnya. Dan ada pula air menitik dari bumbung yang diperbuat dari daun nipah yang dicampur dengan buluh halus  aku rasa la hahahaa..  Terus datang perkerja restoran tolong kami angkat semua hidangan tukar ke meja lain. Betul lah kata Pak Supir tadi angin kuat lain macam sebab nak hujan.

Oh ya kami pilih hidangan Ikan Bawal Stim Halia & Lemon, Ketam Bunga Salted Egg, Udang Harimau Masak Sweet Sour dan Siput Gong Gong yang direbus biasa yang  dicicah denagn sambal kicap manis. Untuk Nasi Putih pula ia dikira hanya pada orang dewasa sahaja iaitu IDR5,000/RM1.50 seorang. Kanak-kanak makan percuma dan nasi boleh refillable. In total kami bayar IDR500,000/RM150.00. (setelah dapat diskaun IDR2,000). Harga termasuk sekali dengan 6 gelas pelbagai jenis air.

# Gambar makanan yang telah dimasak dan dihidang di atas meja msih sedang dicari lagi. Tak tau kenapa tak jumpa-jumpa.. jangan la terdeleted atau hilang :(

43 comments:

  1. semua jenis ikan dalam 1 sangkar ke?kira nasib la ye dapat ikan apa,kalau nak pilih yang kita nak belum tentu dapat tangkap kan..
    saya rasa harga dia lagi murah banding dengan restoran seafood kuantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak tak.. Ada sangkar yang ikan nya dicampur dengan ikan lain dan ada sangkar ikan nya tidak campur dengan ikan lain. Macam bawal ni dalam sangkar tu ikan bawal sahaja. Insyallah nak pilih senang je kalau susah suruh perkerja yang tangkap kan :D

      Delete
  2. Murahnya makan seafood dekat situ. Masakannya sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla kot murah kan.. Ikan dgn yg lain semua fresh tangkap hidup lagi.. And Alhamdulillah masakan diorang sedap2.. Teeasa nak repeat lagi.. :D

      Delete
  3. unik betul pengalaman tangkap sendiri apa yg nak dimasak tu heheh dan kos pun ok sgt tuuuu...kat msia tak dpt lah kot rate tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab mmg aim nak ke restoran ini nak dpt feel gitu hahaha.. Seronok juga la bila anak2 sauk udg tu.. :D kalau konsep mcm ni kt Malaysia mesti mahal huhuu

      Delete
  4. Happy betul tu sebab dapat ikan bawal besar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la semua dpt merasa sauk udang la.. Siput la.. Best sgt2.. Mmg kalau ke batam make sure ke restoran ni :D

      Delete
  5. ooh restoran citra utama 188 ni sblh je dgn restoran Kopak seafood yg wak pnh pegi kemaren., siap naik ferry smpi bwh jambatan barelang ittu., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh wak ni.. bukan mahu diberi tahu awal naik feri itu.. supir pun tak tahu menahu apa aktiviti apa yg ada di barelang bridge..

      Delete
    2. Hahaha ko x baca blog wak kemaren kann..

      https://antaradohadanjakarta.blogspot.com/2023/06/sepetang-menyusuri-jembatan-balerang.html?m=1

      Delete
    3. Saya tgh demam teruk ni wak .. Tu yg slow update blog ni... Nak blog walking pun tak sempat lagi.. Selsema teruk wakkk huhuuu

      Delete
    4. oo okay, get well soon..
      ps. wak baru je singgah kt Citra Utama 88 seafood restoran ptg tadi., hehe

      Delete
    5. La ye ke... Bila nak jumpa ni wak.. byk nak borak dgn wak ni.. macam mana sedap tak makan di citra utama 188 tu :D

      Delete
  6. tecari cari mana laa gambar makanan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa... Masih mencari lagi.. Tak tahu mana kedudukan nya huhuu.. Sabar. Tungguuuuu :P

      Delete
  7. bestnya...tangkap sendiri...mesti fun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah feeling dia makan ikan betul2 fresh mmg lain.. Budak2 la suka sauk udang harimau dgn siput tu.. :D

      Delete
  8. Best nya tangkap sendiri fresh tu. Seronok baca, banyak tempat menarik. Boleh plan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mmg nak sgt ke restoran ni sbb nak pengalaman tangkap hasil makanan sendiri hihihii... Insyallah Batam tidaklah mndukacitakan... Seronok je :D

      Delete
  9. please share jugak gambar makanan,,,jgn la hilang..syg tuuu..

    thanks for sharing tmpt menarikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam usaha mencari lagi.. Insyallah jumpa jer akan terus upload dlm ni.. :D
      Thanks juga sudi berkunjung ke sini :D

      Delete
  10. br nk tgk menu2 yg di order tu....hrp2 jumpa la gmbr tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah jumpa gambr tu akan terus update di sini :D

      Delete
  11. wahh menarik ni.. sambil tunggu hidangan siap dimasak anak2 boleh main, boleh selfie puas2. heheh. kawasan nampak sgt bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg menarik sangat2.. Ada tempat bermain kanak2, tmpt bergambar, blh tngkap hasil laut utk dijadikan hidangan makanan.. Dan makanan pun sedap2 :D

      Delete
  12. Macam malas hendak tangkap sendiri. Hehe. Mesti budak itu seronok cuba tangkapkan?
    Rasanya berpatutan harga dengan kesegaran hidupan laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas then order jer mcm biasa nanti pepandai la pekerja kat situ tangkap kan.. Budak2 semua seronok tapi suh tangkap udang dgn siput jer la.. :D

      Delete
  13. tak sabarnya SA nak pi Batam nanti..makanan murah la kat situ...geram plak SA tengok ikan bawal yang ditangkap hidup2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far tmpt2 yg saya pergi mmg murah makananya Alhamdulillah la seronok juga travel ke Batam :D

      Delete
  14. serius rare restoran ni siap ada playground dalam net. kagum tengok tempat ni terjaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak di youtube berkenaan restoran n terus letak dlm itinerary list wajib nk pergi hihihii.. :D

      Delete
  15. Terasa-rasa keenakan makan hidangan laut yang segar manis dan sungguh menyelerakan.
    Harap-harap dapat jumpalah gambar makanannya. Dari atas sampai ke bawah saya tengok gambar, rupanya gambar makanannya tertinggal hehehheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asbab itulah saya nak sgt dtg ke restoran ini nak try makanan yg fresh :D
      Itulah once dpt gmbr makanan nya inshallah akan terus upload ke sini :D

      Delete
  16. Memang kalo ke kota dekat pesisir harga jauuuuuuh lebih murah bang. Fresh pula. Jgn harap dpt Hrg segitu kalo makan seafood di jakarta🤣🤣🤣.

    Nanti saya nak coba juga makan di sana 😍😍. Seruuu bisa tangkap sendiri ikannya yaa. Suami saya pernah dapat tugas audit office branch di Batam. Pas waktunya makan dia cerita makanan sana trutama seafood segar dan sedap. Tapi saya lupa apa dia makan di sini atau tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau jauh dari bandar tapi berbaloi dgn kesegaran seafood nya.. Sama juga jgn harap dpt harga begitu di KL.. Hahahaha :D

      Delete
    2. Dpt tangkap sendiri hidupan seafood itu pengalaman yg amat menarik bangat :D
      Keliling Batam itu juga laut.. Apatah lagi di barelang bridge mmg seafood ya fresh bangat. :D

      Delete
  17. Nasib baik ketam tak berat ye. Silap-silap boleh tertonggeng masuk dalam sangkor. Udah le isteri Encik Time Traveller kecik molek orangnya. Hehe.. gurau je, tau.
    Best betul, dapat makan seafood segar, tangkap sendiri. Tumpang seronok tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketma tak berat tapi kayu sauk ketam tu berat hahahhaa.. Tapi ia lebih kepada fun dan feeling tangkap sendiri.. Anak-anak pun dapat peluang seronok la jugak :D
      Itulah kalau di Malaysia ada restoran macam ni mesti famous beratur org nak pergi :D

      Delete
  18. Fresh la makan seafood tu. Sure manis rasanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis especially udang ketam dengn siput tu terasa juicy dia lain dari yang lain :D

      Delete
  19. kalau tertangkap jaws, mcm mana?
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg ada di dalam sangkar tu semua boleh sauk dan boleh dimakan.. kalau ada jaws nk juga try sauk kan hahahaha :P

      Delete